Read more: perantaudiary Blogspot | life is journey diari perantau: Untitled

Thursday, July 2, 2009

Untitled



Pendaftaran pelajar sarjana muda sesi 2009/2010 bermula. Pagi itu saya ditaklifkan menjadi penyambut tetamu di pintu hadapan kolej kediaman. Senyum dan salam dihulurkan seikhlas yang mungkin kepada semua tetamu yang hadir.

Sehinggalah saya dipertemukan Allah manusia hebat ini.

“Datang daripada ni..?” Saya memulakan perbualan.

“Kelate..” dia menjawab ringkas.

Saya membantu mengangkat beg hitam daripada troli menuju ke tingkat atas. Saya mengiringi sahabat tadi kebilik.



MANUSIA HEBAT

Akibat bosan dan kebatasan gerak kerja yang dapat dilakukan saya mengambil keputusan untuk berkhidmat bersama dua orang lagi sahabat di tingkat tiga sebagai “free man”. Mengangkat barang pelajar dan menjadi pemandu arah ke bilik mereka.

“Sampai bila?” saya bertanya sejurus tiba di bilik.

“Sampai semalam, saya tak tidur lagi ni..” dia membalas. Letih.

Kami berbual di ruang tamu, bilik dipenuhi keluarga rakan sebiliknya. Bilik sesak dengan ibu dan kakak rakan sebiliknya membuatkan kami hanya menunggu di ruang tamu. Saya mendapatkan kerusi ,sengaja menemaninya yang kelihatan cukup letih.

“Mintak map la nak, makcik tengah kemas ni..” seorang wanita separuh umur pekat berbahasa utara.

“tak pe mak cik..” dia menjawab, masih berdiri.

“Mana keluarga?..” makcik menyoal.

“ Tak datang, saya datang sorang je..” dia menjawab sayu.

Ini manusia hebat yang saya telah temui. Bermusafir seorang diri untuk mendaftarkan diri di sebuah university.

Menurutnya dia telah bertolak menaiki bas ekspres seorang diri dari Kelantan. Setibanya di sini, jasa baik saudara seislam telah menumpangkannya ke kolej kediaman.

“Mak ayah ada lagi, tapi kami orang susah..” dia bercerita.

Mata memerhati ibu rakan sebiliknya yang daripada awal sibuk mengemaskan barang. Mungkin sayu melihat semua sahabat ditemani sanak saudara masing-masing.

“Belajar rajin-rajin..” nasihat saya mengakhiri perbualan, saya menepuk bahunya.

“terima kasih bang..” ucapan mengakhiri perbualan.

Itu cerita tentang minggu ta’ruf, banyak lagi cerita kontrovesi dan sensasi. Sengaja saya berkongsi cerita ini, moga-moga kita sama-sama muhasabah.

kita susah dan sesak?

Ramai lagi manusia di luar sana yang tidak bernasib baik dan kurang berkemampuan daripada kita.

Kita bertuah..



SENI BERGURAU

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:”:Celakalah orang yang berbicara lalu mengarang cerita dusta agar orang lain tertawa. Celakalah !”

“Untuk bergurau dan mempersendakan orang lain, kita mesti bersedia untuk menerima perkara yang serupa..” saya pegang prinsip ini.

Membuatkan manusia senang hati dan gembira merupakan amal ibadat, rasulullah s.a.w juga bergurau dengan keluarga dan para sahabatnya.

Saya tertanya-tanya kaifiat bergurau yang paling baik dan mengikut syariat islam. Saya yakin ia tidak lepas dari beberapa kriteria ini,

ü Tidak menjadikan agama sebagai bahan gurauan, seperti mempersendakan sunah rasulullah s.a.w.

ü Gurauan tidak berbentuk cacian atau makian, seperti memperlekehkan orang lain dengan menyebut kekurangannya.

ü Gurauan bukan ghibah (mengumpat), seperti memburukan individu dengan niat merendahkannya.

ü Isi jenaka benar dan tidak dibuat-buat.

ü Bersesuaian dengan masa, tempat dan orangnya.

ü Menjauhi jenaka yang berlebihan (ketawa terbahak-bahak) kerana banyak ketawa akan memadamkan cahaya hati.

Jom kita sama-sama muhasabah, mempraktikkan seni bergurau yang paling baik, menurut syariat pastinya.



UNTITLED



“Jangan terlalu banyak memberikan alasan” prisip yang cuba saya pegang.

Sudah dua hari emosi saya tak menentu. Sentiasa tak puas hati dan tidak bersemangat melakukan satu kewajiban. Mungkin kerana hati yang semakin kotor tidak disuci dengan sempurna.

Tidak istiqamah dalam mujahadah..

Ya Allah bantu hambamu. .

Read more: perantaudiary | life is journey

5 comments:

  1. "Sudah dua hari emosi saya tak menentu.Sentiasa tak puas hati dan tidak bersemangat"

    Why is that so?

    Hati manusia kotor disebabkan beberapa perkara:

    1)cintakan kuasa
    2)cintakan harta
    3)cintakan manusia
    4)cintakan dunia

    yang mana satukah penyebab hati itu kotor?

    ReplyDelete
  2. merey

    maaf la kalau aku grau gila2 ngan mu
    sama2 muhasabah..

    ReplyDelete
  3. suka entri kali ni.

    ringkas dan berhikmah.

    chaiyok2

    ReplyDelete
  4. imrang...guano lamo dop jupo mu nih..hahaha...aku kelik mlesia bule 8 ni..moh r jupo

    ReplyDelete
  5. to lokmey

    weh mu ni duk indon ke kelate? jom datang nilai..

    ReplyDelete