Read more: perantaudiary Blogspot | life is journey diari perantau: August 2009

Monday, August 31, 2009

Ibn Battuta





Lessons From Journey of Ibn Battuta


IBN BATTUTA


Pengembaraan Ibnu Battuta bermula ketika usianya 21 tahun.Beliau meninggalkan Tanjah pada hari Khamis, 14 Jun 1325 masihi.


Pengembaraan beliau mengambil masa 38 tahun meliputi perjalanan sejauh 120,000 kilometer dan singgah di 44 negara di dua benua Afrika dan Asia.


Beliau kembali semula ke Morocco semasa pemerintahan Sultan Abu 'Inan dan kisah pengembaraan beliau ditulis oleh Ibn Juza melalui bukunya Tuhfat al Anzhar fi Ghoraib al Absar wa Ajaib al Asfa.


Kisah pengembaraan Ibnu Battuta terbahagi kepada tiga pusingan. Pusingan pertama bermula dari Tangier, Afrika Utara pada 13 Jun 1325 menuju Iskandariah sebelum meneruskan pengembaraan ke Dimyath dan Kaherah.


Selanjutnya Ibnu Battuta merentasi bumi Palastin menuju Damsyik dan berjalan ke Ladzikiyah, seterusnya ke Aleppo. Dalam perjalanan berkenaan, Ibnu Battuta terlihat satu kafilah sedang menuju ke Makkah untuk menunaikan ibadat haji lalu beliau bergabung dengan rombongan itu. Beliau menetap di Makkah selama 2 tahun.


Ibnu Battuta meneruskan pengembaraannya ke Yaman melalui jalan laut dan melawat Aden, Mombosa, Timur Afrika dan menuju ke Kulwa. Beliau kembali ke Oman dan balik semula ke Mekkah untuk menunaikan Haji pada tahun 1332 masihi, melaui Hormuz, Siraf, Bahrin dan Yamama.


Pada pusingan kedua pengembaraanya, Ibnu Battuta ke Syam dan Laut Hitam, Laut yang dihubungkan ke Laut Tengah oleh Selat Bosporus dan Laut Marmara serta Dardanela. Dari Laut Hitam, Ibnu Battuta meneruskan pengembaraannya ke Bulgaria, Rom, Rusia, Turki serta pelabuhan terpenting di Laut Hitam iaitu Odesia kemudian menyusuri sepanjang Sungai Danube.


Ibnu Battuta kemudian belayar menyeberangi Laut Hitam ke Semenanjung Crimea di mana beliau mengunjungi Rusia Selatan dan seterusnya ke India. Di India beliau pernah dilantik menjadi kadi dan tinggal selama beberapa tahun dan berkhidmat dengan keluarga seorang sultan. Beliau melanjutkan pengembaraannya hingga ke Sri Langka, Indonesia dan Canton, ibu negara Hong Kong. Kemudian Ibnu Battuta mengembara pula ke Sumatera, Indonesia dan melanjutkan perjalanan melalui laut Amman sebelum meneruskan perjalanan darat ke Iran, Iraq, Palestin dan Mesir. Beliau kembali ke Makkah untuk menunaikan Ibadah Haji yang ke tujuh (terakhir) pada bulan November 1348 mesihi.


Perjalanan beliau ketiga bermula pada 753 Hijrah dimana beliau sampai ke Mali di tengah Afrika Barat sebelum kembali semula ke Pas, Maghribi untuk mentafsir hasil pengembaraannya. Salah seorang penulis Dar Ifta' di Pas iaitu Mohad. Ibnu Juza telah menyunting buku beliau dan menyusun dengan gaya bahasa yang teratur. Ibn Juza mengambil masa selama 3 bulan untuk menyelesaikan tugasnya pada 9 Disember 1355 masihi.


Setiap kali mengunjungi sesebuah negeri atau negara, Ibnu Battuta akan membuat catatan terperinci mengenai penduduk, pemerintah, ulamak serta kezaliman yang dilaksanakannya. Beliau turut menceritakan pengalamannya menempuh pelbagai cabaran seperti diserang penjahat, hampir lemas bersama kapal yang karam dan nyaris dihukum penggal oleh pemerintah yang zalim. Tetapi malangnya, pencapaian Ibnu Battuta yang luar biasa itu tidak mendapat penghargaan sewajarnya apabila manuskrip catatannya dirampas dan di sembunyikan kerajaan Perancis yang menjajah kebanyakan negeri di benua Afrika.


Manuskrip catatan beliau dipercayai disimpan di Bibliotheque Nationale, Paris, menyebabkan bangsa Arab sendiri tidak dapat menghargai pencapaiannya sebagai seorang pelayar Islam yang agung. Hakikatnya, Ibnu Battuta adalah perintis pengembaraan dunia yang berjaya menguasai benua Afrika dan Asia serta pengarang yang menghasilkan karya penting dalam dunia Islam.

SUMBER

pegh panjang gler..

*************




Alhamdulillah siap akhirnya


Read more: perantaudiary | life is journey

Friday, August 28, 2009

Promosi Ramadan








Dari Abu Hurairah, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,


كُلُّ عَمَلِ ابْنِ آدَمَ يُضَاعَفُ الْحَسَنَةُ عَشْرُ أَمْثَالِهَا إِلَى سَبْعِمِائَةِ ضِعْفٍ قَالَ اللَّهُ عَزَّ وَجَلَّ إِلاَّ الصَّوْمَ فَإِنَّهُ لِى وَأَنَا أَجْزِى بِهِ يَدَعُ شَهْوَتَهُ وَطَعَامَهُ مِنْ أَجْلِى لِلصَّائِمِ فَرْحَتَانِ فَرْحَةٌ عِنْدَ فِطْرِهِ وَفَرْحَةٌ عِنْدَ لِقَاءِ رَبِّهِ. وَلَخُلُوفُ فِيهِ أَطْيَبُ عِنْدَ اللَّهِ مِنْ رِيحِ الْمِسْكِ


“Setiap amalan kebaikan yang dilakukan oleh manusia akan dilipatgandakan dengan sepuluh kebaikan yang semisal hingga tujuh ratus kali lipat. Allah Ta’ala berfirman (yang artinya), ‘Kecuali amalan puasa. Amalan puasa tersebut adalah untuk-Ku. Aku sendiri yang akan membalasnya. Disebabkan dia telah meninggalkan syahwat dan makanan karena-Ku. Bagi orang yang berpuasa akan mendapatkan dua kebahagiaan yaitu kebahagiaan ketika dia berbuka dan kebahagiaan ketika berjumpa dengan Rabbnya. Sungguh bau mulut orang yang berpuasa lebih harum di sisi Allah daripada bau minyak kasturi.’”

(HR. Muslim no. 1151)



p/s: Apa yang telah kita buat sepanjang ramadan ini?


Read more: perantaudiary | life is journey

Sebat

Read more: perantaudiary | life is journey

Tuesday, August 25, 2009

Kita hamba









Ibrahim bin Adham berkata,


“Suatu masa saya telah membeli seorang abdi. Saya tanya namanya. Dia menjawab “Panggillah apa sahaja yang tuan suka..” Aku bertanya pula apa yang dia mahu makan. Dia menjawab “Apa sahaja yang tuan ingin berikan..” .



Aku bertanya pula tentang pakaian yang dia hendak pakai. Dia menjawab “Apa sahaja yang hendak diberi..” Aku bertanya kepadanya tentang apa pekerjaan yang hendak dia lakukan. Dijawabnya sedemikian juga.


Aku bertanya pula kehendaknya.


Dia menjawab, “Bahawa aku hanyalah seorang hamba abdi dan hamba abdi tidak ada kehendak yang lain selain daripada kehendak tuannya”



Aku pun terfikir, sekiranya aku hamba Allah yang sejati, tentulah aku menyerah bulat-bulat kepada Allah seperti hamba ini.



-Petikan dari "Belajar dari para wali" karya Wan Ji Wan Husin-



p/s: Mari menjadi hamba

Read more: perantaudiary | life is journey

Saturday, August 22, 2009

Sakit




Batuk saya berbunyi pelik, kepala pening berpusing. Sudah tiga hari badan tak stabil, sejak pulang dari program pemikir, badan mula sengal dan tekak mulai sakit. Badan betul-betul sejuk menggigil.


Dada sesak, sukar untuk bernafas. Pulang ke kampung, saya tak dapat bangun. Tidur sepanjang hari, gagahkan juga untuk menunaikan yang fardhu. Payahnya seperti tercabut kaki, tangan, dan kepala!


Hari kedua mengalami perkara yang serupa, cuba untuk ke klinik.

“Dah berapa hari demam?”

“Ada sakit tekak?”

“Batuk?”


Antara soalan yang ditanya sebelum saya disuruh pergi ke poliklinik sejauh lebih kurang 10 km. Pukul 3.30pm matahari tepat di atas kepala, saya bertolak seorang diri bersama helmet putih ke klinik yang dimaksudkan. Ayah sudah mula menunjukkan kerisauannya ketika memasang side mirror yang tercabut sebelum saya bertolak.


“Nak ayah hantar ke?”

“Tak pe..”



ENGINEER & KONTRAKTOR


Saat ini saya terkenang satu kisah yang disampaikan seorang sahabat. Kisah kontraktor dan engineer. Bagaimana seorang engineer yang berada di tingkat atas tapak projek cuba untuk memanggil kontraktornya.


Usaha pertama dengan membaling duit syiling, tepat jatuh di atas kepala kontraktor tadi. Namun usahanya gagal, duit syiling tadi dikutip dan dimasukkan terus ke dalam poket.


Usaha diteruskan, kali ini seketul batu kecil digunakan. Meluncur laju tepat mengena kepala kontraktor tadi. Usahanya berhasil, dalam kesakitan kontraktor tadi mula mendongak ke atas mencari asal usul batu tersebut.


Pengajarannya mudah.


Ketika kita dikurniakan dengan pelbagai nikmat dari Allah, sungguh payah untuk bersyukur. Dikurniakan nikmat yang melimpah, hanya sedikit ucapan terima kasih kepada Allah.


Namun, Apabila diuji dengan secubit ujian mula mencari, merintih, mengadu kepada Allah.



Firman Allah Subhanahu Wata’ala dalam Surah Al-Baqarah ayat 214 tafsirnya :


“Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk Syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cobaan)seperti yang telah berlaku kepada orang-orang yang terdahulu daripada kamu? Mereka telah ditimpa kepapaan (kemusnahan harta benda) dan serangan penyakit serta digoncangkan (oleh ancaman bahaya musuh) sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman yang ada besertanya, bilakah (datangnya) pertolongan Allah? Ketahuilah,sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada agama Allah)”.


Setibanya di klinik saya diperiksa suhu badan, tekanan darah, dan sebagainya. Dan akhirnya


“Awak ada gejala H1N1..”






Sehingga petang itu saya disyaki mengidap selsema babi. Dr menasihati agar saya dikuarantin sehingga sembuh. Paling penting jangan biarkan ahli keluarga yang lain berjangkit. Saya dibekalkan ubat batuk dan sepapan ubat KK. Terus Pulang ke rumah memakai topeng.

27 sya’ban 1429H


RAMADAN KAREEM


Alhamdulillah, saya selamat menunaikan puasa, gejala tersebut tak lama. Diberi kesihatan untuk bertemu Ramadan kali ini..


“Wahai mereka yang belum cukup baginya dosa pada bulan Rejab, sehingga menderhakai Tuhannya pada bulan Syaaban, telah datang kepadamu bulan puasa selepas kedua-duanya.


Janganlah jadikannya juga bulan kemaksiatan, kerana ia adalah bulan al-Quran dan bulan tasbih.


“Berapa ramai orang-orang terdahulu yang kamu kenal telah berpuasa di antara jiran tetangga dan sahabat handai?


“Mereka telah meninggal dunia sedangkan kamu masih hidup. Alangkah hampirnya masa mereka yang telah pergi dengan yang masih tinggal.


Ya Allah,berkatkanlah kami di bulan Ramadan ini, supaya kami dapat menunaikan ibadah puasa dan amalan soleh. Tetapkan pendirian kami di dalam ketaatan kepada-Mu sehingga kami menemui-Mu. Hindarkan kami dari sebarang maksiat. Engkaulah yang Maha Mendengar lagi Maha Menyahut doa-doa kami”.


Sumber



p/s: Selamat menyambut ramadan al kareem..

Read more: perantaudiary | life is journey

Thursday, August 13, 2009

Lab report..








Maraton. 2 lab report dalam satu malam.


Takbirr!!






Mansuhkan lab report!!









Read more: perantaudiary | life is journey

Wednesday, August 12, 2009

Pohon Semalu











Pada suatu hari, seorang lelaki bersama anak perempuannya sedang dalam perjalanan pulang ke rumah. Dalam perjalanan, anak kecil itu terpijak pohon semalu, kakinya berdarah.



"Kenapa lah pokok ni ada tengah-tengah jalan, tak guna betul.." marah anak kecil tadi.





"Tak baik cakap macam tu, tau tak sebenarnya pokok semalu ni ada kaitan dengan orang perempuan.." pujuk bapa tadi.




"Apa la ayah ni, ada pulak orang perempuan ni macam pokok semalu.."






"Ye lah, cuba Along tengok pohon semalu akan kuncup apabila disentuh. macam orang perempuan, kena ada sifat malu. Tapi kenalah pada tempatnya"





"Kaki along terpijak duri semalu tajam sampai berdarah, itu cara semalu jaga dirinya. Orang perempuan juga kena tahu jaga diri. Mempertahankan maruah sebagai seorang wanita muslim.." bapanya menyambung lagi.






"Semalu juga ada akar tunjang yang sangat kuat, mencengkam bumi. Macam wanita solehah. Ada ikatan yang sangat kuat dengan Allah Rabbul Alamin"





" Dan terakhir, semalu akan kuncup dengan sendirinya apabila senja. ha, apa kaitan dengan Along?.." bapa tadi menyoal.





"Orang perempuan kena balik ke rumah apabila waktu senja.." anak kecil tadi menjawab.




"Tau tak pe, dah jom kita balik.." bapa tadi tersenyum, memandang tepat wajah anaknya.





p/s : Wahai wanita ambillah pengajaran dari semalu.

Read more: perantaudiary | life is journey

Friday, August 7, 2009

Konsert Antara Dunia



saya rasa nak melompat malam tue





Tp segan~




Read more: perantaudiary | life is journey

Thursday, August 6, 2009

Thank you







Syukron Jazilan


Read more: perantaudiary | life is journey

Tuesday, August 4, 2009

Itulah si anak muda








“Anak muda mesti berjiwa muda..” Saya teringat ucapan ustaz Dzulkairi pada malam konsert antara dunia.


Semangat muda untuk menggegarkan dunia.



JIWA MUDA



Sejarah telah membuktikan bahawa semangat dan keberanian pemuda yang telah mengubah sejarah.


Lihat sahaja keberanian saidina Ali r.a menggantikan tempat tidur rasulullah SAW dalam peristiwa hijrah. Beliau dipilih untuk tidur di atas katil Rasulullah s.a.w. dengan muka berselimut , satu tindakan berani yang mempertaruhkan nyawa.


Semangat membara (Burning desire) Sultan Muhammad untuk menakluk konstantinople. Dengan semangat membara tersebut, Sultan Muhammad mengatur strategi dan akhirnya mendapat gelaran AL Fateh penakluk Konstantinople.


Berani dan semangat.



I.S.A ?



Perhimpunan satu ogos cukup membuktikan keberanian anak muda dalam menegakkan pendirian masing-masing.


Mahasiswa dari segenap pusat pengajian tinggi turun sama ada memberi sokongan kepada puak putih pro ISA ataupun berhimpun dalam demonstrasi GMI (gerakan mansuhkan ISA) golongan hitam dan merah.


Saya cuba untuk menutralkan diri, mengkaji kebaikan dan keburukan undang-undang ini.


INTERNAL SECURITY ACT atau AKTA KESELAMATAN DALAM NEGERI (I.S.A) termaktub dalam Seksyen 73 (1) Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960. Akta yang pada asalnya dikenali sebagai Akta Darurat 1948-1960 ini diperkenalkan oleh R.H Hikling ini bertujuan bagi membanteras kegiatan komunis yang berleluasa ketika itu. Sehingga hari ini, I.S.A telah melalui proses pindaan lebih 20 kali, bagi memastikan ianya relevan dan menepati keadaan semasa.



Pelaksanaan ISA terhadap pihak yang terbabit dalam aktiviti subversif seperti pengganas komunis adalah sejarah. Pada dasarnya, Komunis telah lama lenyap dalam kamus pemerintahan Malaysia hari ini. Itu adalah objektif utama ISA.



PRO ISA



Mari kita lihat pandangan pro ISA.


Dalam catatan pentadbiran negara ini, ISA telah berjaya bertindak sebagai undang-undang pencegahan yang berkesan. Melalui ISA kerajaan berjaya membendung kelompok-kelompok ektrimis tertentu serta pelampau-pelampau agama yang bertindak di luar batasan serta mengganggu gugat keamanan dan ketenteraman negara. Kejayaan ISA terbukti, dengan melumpuhkan beberapa tindakan dan gerakan subversif dalam negara seperti Kumpulan Al Maunah, Jemaah Islamiah, HINDRAF dan sebagainya.




Matlamat dan tujuan kerajaan mengekalkan ISA hanya satu, dalam apa situasi pun kerajaan bertanggungjawab memastikan keselamatan dan keamanan negara terus terpelihara, kerajaan tidak wajar memikirkan kepentingan individu. ISA perlu terus dilaksanakan tanpa mengira sesiapa, sama ada mereka ahli politik, NGO, orang perseorangan mahupun orang awam.




Kesimpulannya, melalui ISA yang telah dilaksanakan sejak lebih 30 tahun yang lalu, kerajaan berjaya mengawal negara dari berbagai-bagai ancaman sama ada ancaman dalaman mahupun luaran. Bermula dengan AKTA DARURATuntuk membanteras ancaman komunis hinggalah ke AKTA KESELAMATAN DALAM NEGERI (ISA) yang telah melalui proses transformasi dan pindaan lebih 20 kali, maka sewajarnya ISA perlu untuk terus dikekalkan demi memastikan negara terus aman dan tenteram.



http://pmr.penerangan.gov.my






MANSUHKAN ISA





Kita lihat pula mengapa ISA perlu dimansuhkan.



KUALA LUMPUR, 17 Julai (Hrkh) - Mantan perdana menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi meminta kerajaan menimbangkan untuk memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri.



Menurut agensi berita, Tun Abdullah Ahmad Badawi dilaporkan berkata ISA memberi kuasa yang besar serta skop yang mungkin terlalu luas untuk pihak berkuasa menentukan apa yang boleh dianggap sebagai ancaman keselamatan.



"Sebagai (bekas) menteri dalam negeri, saya telah menandatangani banyak penahanan tanpa perbicaraan di bawah ISA dan dengan kerajaan hari ini ingin pula mengkaji semula keberkesanan serta impak ISA, saya berasa terpanggil untuk memberi pandangan ikhlas mengenai akta ini.



"Perlu ditegaskan bahawa Malaysia masih memerlukan suatu mekanisme penahanan pencegahan demi keselamatan negara kerana cabaran yang kita hadapi seperti ancaman keganasan yang merentasi sempadan menuntut perundangan yang membolehkan kerajaan mengambil tindakan pencegahan," beliau dipetik berkata.



Abdullah mengulas isu ISA sewaktu berucap sempena majlis konvokesyen khas penganugerahan ijazah kehormat Doktor Falsafah Demokrasi kepadanya di Universiti Utara Malaysia (UUM).


Sultan Kedah Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah berkenan menyempurnakan penganugerahan berkenaan.


Abdullah menambah, sama ada suka mahupun tidak, ISA sebagai suatu akta sudah dicemari dengan stigma sebagai unsur negatif kepada agenda pemerkasaan demokrasi negara dan untuk benar-benar melakukan pembaharuan, kerajaan perlu berani untuk melangkaui kerangka lama dan membuka lembaran baru.


Abdullah dilaporkan berkata beliau percaya "kerajaan berani melakukan perubahan seumpamanya seperti memansuhkan ISA" sebagai satu petanda komitmen kepada agenda pembaharuan demokrasi negara.


"Inilah transformasi yang saya percaya rakyat harapkan kerana tindakan pencegahan itu seharusnya tidak mengorbankan kebebasan hak asasi manusia atau disalahgunakan untuk tujuan politik.


"Mungkin satu contoh adalah untuk menghadkan skop penahanan pencegahan kepada ancaman tertentu atau akta baru boleh dihadkan khusus untuk mencegah kegiatan keganasan sahaja sekaligus mengurangkan kemungkinan penyalahgunaan kuasa demi matlamat politik," katanya seperti dilaporkan.


Kelmarin, PAS menyeru ratusan ribu ahlinya agar menyertai demonstrasi membantah akta kontroversi untuk menyerahkan memorandum ke Istana Negara, 1 Ogos ini. - azm


http://harakahdaily.net




PUTIH HITAM & MERAH


Setiap pihak ada pandangan masing-masing, terpulang kepada kita untuk menilai.


Daripada pemerhatian jarak jauh, kerajaan dengan slogannya “ Rakyat didahulukan, prestasi diutamakan” menggunakan segala jentera bagi menghalang usaha ini.

Kekerasan membabi buta pihak polis dan FRU berjaya merubah perhimpunan aman menjadi seolah medan peperangan. Tidak mengenal golongan kanak dan warga tua. Alat kerajaan ini digunakan sebaiknya kononnya bagi menjaga keamanan. Meriam air dan penangan gas pemedih mata nyata Berjaya menghalang perhimpunan ini.




Putih @ hitam & merah? Anda pilih.





Read more: perantaudiary | life is journey