Read more: perantaudiary Blogspot | life is journey diari perantau: May 2009

Thursday, May 28, 2009

Aku nak buat

Salam mujahadah, wireless nilai hotel membuat aku hanyut. Aku nak buat jugak, walaupun sahabat lain kata ni kerja budak pompuan.
Read more: perantaudiary | life is journey

Kena pinDah @ Halau

“Rumah awak ke ni?” Pegawai KKSI menyoal kumey.

“Ni rumah saya, saya nak pindah la malam ni” Aku menjawab selamba.

Balik daripada isyak, aku dan seorang sahabat dikejutkan dengan kehadiran seorang petugas kolej kediaman. Dikhabarkan pada malam ini, operasi besar-besaran menghalau pelajar-pelajar yang menumpang secara haram. Kolej kediaman kami menjadi tempat penginapan pelajar –pelajar sekolah menengah untuk pertandingan debat, bilik-bilik yang dikenal pasti perlu dikosongkan dengan kadar segera.

“Owh, saya datang baru awak nak pindah..” Petugas menyindir.

“Saya memang dah lama nak pindah, masalahnya bilik yang saya nak pindah ada student lain yang duduk. Lagipun kunci bilik pun dia belum pulang lagi..” aku menjelaskan kepada pegawai tersebut.

“Awak ni jaksa ke?” pegawai tersebut menyoal, kali ini dalam nada yang lebih lembut.

“Saya memang nak pindah malam ni, sebab esok saya tak de. Ada lawatan.” aku menjawab ringkas.

Maka tshirt putih aku basah dengan keringat. Berulang alik dari tingkat empat ke tingkat satu memunggahkan barang yang bukan sedikit jumlahnya. Letih campur dahaga.

BERNASIB BAIK

Aku antara manusia yang bernasib baik. Mengenangkan beberapa orang sahabat yang terpaksa mengambil masa lebih 20 minit ke kampus, aku antara insan yang bertuah. KKSI antara kolej kediaman yang paling strategic dan hampir dengan kampus. Kedudukannya yang berhampiran dengan masjid Nilai dan berdekatan dengan tempat kemudahan menjadikannya tempat idaman bagi pelajar yang tidak berkenderaan.

Bilangan pengambilan mahasiswa yang bertambah menyebabkan mahasiswa yang lain dipindahkan ke KKCC. Hanya AJK kolej kediaman dibenarkan untuk terus tinggal di KKSI.Dan yang pasti, ramai yang membuat surat pemohonan untuk terus tinggal di KKSI, atas pelbagai sebab dan alasan. Dan diharapkan dengan pertambahan jumlah siswa tidak menyebabkan kebajikan kami terabai.

p/s: kepada Syeday, Omar dan Daing diharapkan anda bersabar atas kehilangan handset (tanda2 untuk membeli hndset yang lebih mahal)

Read more: perantaudiary | life is journey

Tuesday, May 26, 2009

Mothers day

Salam mujahadah. Artikle ini telah Mungkin belum terlambat untuk mengucapkan selamat hari ibu, kepada semua ibu yang berada di seluruh dunia maupun di afrika tengah. Sempena hari ibu, tiba-tiba lahir rasa rindu. Sewaktu pulang, entah dari mana album lama keluarga berada di atas meja. Satu persatu gambar ditatap, dan gambar yang paling banyak meninggalkan kesan adalah gambar kenangan bersama arwah ibu.

Aku sempat melawat ke pusara bonda sewaktu pulang ke rumah baru-baru ni. Aku ambil kesempatan ziarah ke kubur pagi sebelum bertolak ke kampus. Di tanah perkuburan, rumput yang semakin panjang dicabut, dan al fatihah bersama doa disedekahkan, moga-moga roh ibu ditempatkan bersama orang yang beriman dan dilepasaskan dari azab kubur.

********************

Ingatanku berputar kembali di pertengahan tahun 2001, sewaktu masih dialam sekolah rendah. Malam yang tenang berubah menjadi tegang, Mak dihantar ke hospital.

Sejak akhir-akhir ni Mak selalu mengadu sakit kepala, aku tak tau sebab dan musababnya.

“tolong picit kepala Mak jap” aku mentaati arahan, Kepala ibu dipicit.

“picit kuat lagi, mak tak rasa apa-apa pun” Mak meminta.

“Kuat macam ni ke?” Aku memicit dengan sepenuh tenaga, memang agak kasar tapi aku melihat mak begitu selesa sekali.

Mak mengangguk sambil matanya dipejamkan.

“Paiz mana?” Mak tiba-tiba bertanya.

“Tak tau ar..”aku menjawab sambil menggelengkan kepala.

Sejak Mak sakit, budak kecik bernama Faez sering lesap bersama temannya. Dan menjadi tugas aku untuk mencari dan memberi ganjaran yang setimpal kepadanya. Aku boleh dikategorikan antara abang yang ganas ketika itu, (sekarang pun ganas juga kot.. he3..). Nurul Izzah masih lena dalam buaian. Satu-satunya puteri dalam keluarga, dia tidak meragam seperti selalu.

Dan tidak diduga sama sekali sakit yang disangka hanya sementara, membuatkan Mak terlantar di hospital. Sehingga ke hari ni, aku masih gagal menyebut nama penyakit yang dihidapinya, yang pasti otaknya dijangkiti kuman.

Daripada hospital Bandar Jengka, mak dibawa ke hospital Kuantan dan terus ke unit rawatan rapi HKL. Aku bersama faiz dan Nurul Izzah diamanahkan kepada Mak Long untuk dijaga. Kami akan berulang alik dari felda Rentam ke hospital setiap minggu untuk melawat mak.

Aku paling sedih pada dua keadaan. Pertama ketika berada di Hospital Jengka, mak memanggil anak-anaknya dengan suara yang sangat lemah, aku tak sanggup menatap wajahnya. Sayu ketika itu mungkin hadir, apabila saudaraku tidak dapat menahan kesedihan. Kedua ketika melihat wayar berserabut di seluruh badan, ketika mak koma tidak sedarkan diri ketika berada di HKL. Aku dimaklumkan, air tulang belakangnya diambil untuk dianalisis. Aku tak sanggup membayangkan kesakitan yang dihadapinya.

Lebih kurang sebulan mak di HKL, aku dihantar pulang ke rumah untuk menyambung kembali persekolahan, dah lama sangat ponteng. Aku tinggal di rumah seorang jiran yang lebih dikenali dengan panggilan Cik Mek, aku dilayan seperti keluarga mereka sendiri. Cuma sejak akhir-akhir ini, setelah umur meningkat dewasa, seperti ada jurang yang besar antara aku dan jiran-jiran. InsyaAllah akan dieratkan. Petang itu, aku menyiapkan semua kerja yang terbengkalai. Aku meneruskan persekolahan seperti biasa.

Sakit mak tak lama, malam kedua di Jengka aku dikejutkan oleh seorang jiran pada awal pagi. Aku bangun dari tidur, dan melihat seorang jiran yang lebih dikenali sebagai Cik Nah di penjuru katil.

“Mak dah tak de..” katanya dalam nada sedih bercampur air mata.

Aku keluar dari bilik, terus menuju ke arah rumah. Ramai jiran berkumpul, menanti kehadiran van jenazah yang dikhabarkan akan tiba sebelum subuh. Perasaan aku ketika itu seperti bermimpi. Terkejut. Semasa jenazah diuruskan, aku langsung tak mengalirkan air mata, namun dalam hati.. hanya Allah yang tahu. Hilangnya mak, seperti kehilangan sebelah kaki untuk berdiri. Yang pasti seluruh keluarga terasa kehilangannya.

Aku memandang tepat ke wajah mak sebelum kain kapan menutup seluruh bahagian wajahnya. Dalam hati, rasa macam ada suatu perasaan yang sukar untuk digambarkan dengan perkataan. Menangis di dalam hati. Kehidupan sangat berbeza selepas mak meninggalkan kami. Pada awalnya, agak haru biru. Tiada orang untuk menguruskan keluarga. Tiada tempat untuk bercerita, dan bermanja. Dan mungkin aku yang paling terkesan, antara manusia yang paling rapat dengannya kerana hero-hero yang lain berada nun jauh di asrama.

9 tahun berlalu, sejak kematian mak, aku lebih banyak berdikari, dan mungkin itu hikmahnya. Cuma, tiada doa seorang ibu untuk menemani sepanjang perjalanan. Nurul Izzah kini di sekolah rendah, dia terus dibesarkan mak Long selepas mak meninggal. Faez menuntut di SMAPT, calon PMR, yang menjadi kemusykilan dia kini lebih tinggi daripada aku. hu3..

Al fatihah untuk seluruh umat islam yang telah kembali ke rahmatullah.

“Dan Kami wajibkan manusia berbuat kebaikan kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung susah payah dan telah melahirkannya dengan menanggung susah payah.”

(Surah Al-Ahqaf, ayat 15)

*************************

Selain sempat melawat pusara arwah ibu, aku juga sempat menziarahi bakal ibu baru (mak tit tiri) sehari sebelum pulang ke kampus.

“Bulan 7 ni balik?” soal bakal ibu tiriku, aku dimaklumkan walimatulurus pada bulan julai.

“insyaAllah..” ^_^

p/s- sayangi dan hormatilah insan yang bergelar ibu.

Read more: perantaudiary | life is journey

Mothers day

Salam mujahadah. Artikle ini telah lama terperap. Ia telah ditulis ketika sambutan hari ibu, atas masalah teknikal ia tidak dapat dipostkan, dan pada petang yang syahdu ini, ia berjaya disiarkan.







Mungkin belum terlambat untuk mengucapkan selamat hari ibu, kepada semua ibu yang berada di seluruh dunia maupun di afrika tengah. Sempena hari ibu, tiba-tiba lahir rasa rindu. Sewaktu pulang, entah dari mana album lama keluarga berada di atas meja. Satu persatu gambar ditatap, dan gambar yang paling banyak meninggalkan kesan adalah gambar kenangan bersama arwah ibu.

Aku sempat melawat ke pusara bonda sewaktu pulang ke rumah baru-baru ni. Aku ambil kesempatan ziarah ke kubur pagi sebelum bertolak ke kampus. Di tanah perkuburan, rumput yang semakin panjang dicabut, dan al fatihah bersama doa disedekahkan, moga-moga roh ibu ditempatkan bersama orang yang beriman dan dilepasaskan dari azab kubur.

************





Ingatan aku berputar kembali di pertengahan tahun 2001, sewaktu masih dialam sekolah rendah. Malam yang tenang berubah menjadi tegang, Mak dihantar ke hospital.

Sejak akhir-akhir ni Mak selalu mengadu sakit kepala, aku tak tau sebab dan musababnya.

“tolong picit kepala Mak jap” aku mentaati arahan, Kepala ibu dipicit.

“picit kuat lagi, mak tak rasa apa-apa pun” Mak meminta.

“Kuat macam ni ke?” Aku memicit dengan sepenuh tenaga, memang agak kasar tapi aku melihat mak begitu selesa sekali.

Mak menganguk sambil matanya dipejamkan.

“Paiz mana?” Mak tiba-tiba bertanya.

“Tak tau le..”aku menjawab, sambil kepala digelengkan.

Sejak Mak sakit, budak kecik bernama Faez sering lesap bersama temannya. Dan menjadi tugas aku untuk mencari dan memberi ganjaran yang setimpal kepadanya. Aku boleh dikategorikan antara abang yang ganas ketika itu, (sekarang pun ganas juga kot.. he3..). Nurul Izzah masih lena dalam buaian. Satu-satunya puteri dalam keluarga, dia tidak meragam seperti selalu.

Dan tidak diduga sama sekali sakit yang disangka hanya sementara, membuatkan Mak terlantar di hospital. Sehingga ke hari ni, aku masih gagal menyebut nama penyakit yang dihidapinya dengan tepat, yang pasti otaknya dijangkiti kuman.



Daripada hospital Bandar Jengka, mak dibawa ke hospital Kuantan dan terus ke unit rawatan rapi HKL. Aku bersama faiz dan Nurul Izzah diamanahkan kepada Mak Long untuk dijaga. Kami akan berulang alik dari felda Rentam ke hospital. Setiap minggu.





Aku paling sedih pada dua keadaan. Pertama ketika berada di Hospital Jengka, mak memanggil anak-anaknya dengan suara yang sangat lemah, aku tak sanggup menatap wajahnya. Sayu ketika itu mungkin hadir, apabila salah seorang nenek saudaraku tidak dapat menahan kesedihan. Kedua ketika melihat wayar berserabut di seluruh badannya, ketika dia koma tidak sedarkan diri di HKL. Aku dimaklumkan, air tulang belakangnya diambil untuk dianalisis. Aku tak sanggup membayangkan kesakitan yang dihadapinya.

Lebih kurang sebulan mak di HKL, aku dihantar pulang ke rumah untuk menyambung kembali persekolahan, dah lama sangat ponteng. Aku tinggal di rumah seorang jiran yang lebih dikenali dengan panggilan Cik Mek, aku dilayan seperti keluarga mereka sendiri. Cuma sejak akhir-akhir ini, setelah umur meningkat dewasa, seperti ada jurang yang besar antara aku dan jiran-jiran. InsyaAllah akan dieratkan. Petang itu, aku menyiapkan semua kerja yang terbengkalai. Persekolahan diteruskan.

Sakit mak tak lama, malam kedua di Jengka aku dikejutkan oleh seorang jiran pada awal pagi. Aku bangun dari tidur, dan melihat seorang jiran di penjuru katil.

“Mak dah tak de..” katanya dalam nada sedih bercampur air mata.

Aku keluar dari bilik, terus menuju ke arah rumah. Ramai jiran berkumpul, menanti kehadiran van jenazah yang dikhabarkan akan tiba sebelum subuh. Seperti bermimpi. Semasa jenazah diuruskan, aku langsung tak mengalirkan air mata, namun dalam hati.. hanya Allah yang tahu. Hilangnya mak, seperti kehilangan sebelah kaki untuk berdiri. Yang pasti seluruh keluarga terasa kehilangannya.





Aku memandang tepat ke wajah mak sebelum kain kapan menutup seluruh bahagian wajahnya. Dalam hati, rasa macam ada suatu perasaan yang sukar untuk digambarkan dengan perkataan. Menangis di dalam hati. Kehidupan sangat berbeza selepas mak meninggalkan kami. Pada awalnya, agak haru biru. Tiada orang untuk menguruskan keluarga. Tiada tempat untuk bercerita, dan bermanja. Dan mungkin aku yang paling terkesan, antara manusia yang paling rapat dengannya kerana hero-hero yang lain berada nun jauh di asrama.

9 tahun berlalu, sejak kematian mak, aku lebih banyak berdikari, dan mungkin itu hikmahnya. Cuma, tiada doa seorang ibu untuk menemani sepanjang perjalanan. Nurul Izzah kini di sekolah rendah, dia terus dibesarkan mak Long selepas mak meninggal. Faez menuntut di SMAPT, calon PMR, yang menjadi kemusykilan dia kini lebih tinggi daripada aku. hu3..

Al fatihah untuk seluruh umat islam yang telah kembali ke rahmatullah.

“Dan Kami wajibkan manusia berbuat kebaikan kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung susah payah dan telah melahirkannya dengan menanggung susah payah.”



(Surah Al-Ahqaf, ayat 15)





*************************





Selain sempat melawat pusara arwah ibu, aku juga sempat menziarahi bakal ibu baru (mak tit tiri) sehari sebelum pulang ke kampus.

“Bulan 7 ni balik?” soal bakal ibu tiriku, aku dimaklumkan walimatulurus pada bulan julai.

“insyaAllah..” ^_^

p/s- sayangi, hormati dan berbaktilah kepada insan yang bergelar ibu, sementara hayatnya masih ada.

Read more: perantaudiary | life is journey

Sunday, May 24, 2009

ego

"Anak pak cik ada jadi pensyarah dekat sini, kalau ada dia senang sikit
Read more: perantaudiary | life is journey

ego

"Anak pak cik ada jadi pensyarah dekat sini, kalau ada dia senang sikit"
Read more: perantaudiary | life is journey

Taa'ruf week

"Sila tunggu, kejap lagi number akan dipanggil" Nombor giliran diberi, sambil senyuman dihulurkan.

Dalam kesibukan 'tahap jerantut' yang dialami, aku telah ditaklifkan untuk menjadi pembantu urusetia untuk progaram ta'ruf pelajar tamhidi. Bersama seorang muslimat seniour, kami ditugaskan di bahagian pendaftaran. Tugasnya sangat mudah memberikan nombor giliran kepada pelajar.



Angkat ikrar. bersama tudung yang menimbulkan kontrovesi


"Anak pak cik ada jadi pensyarah dekat sini" seorang pak cik memberitahu.

Pagi itu, keadaan cukup sesak dengan kehadiran para penjaga menemani anak mereka. Walaupun diarah beberapa kali untuk tidak memasuki dewan bahagian pendaftaran, ada segelintir yang berkeras. Kasih seorang ibu dan ayah, yang setia menemani dan memastikan anak mereka berada dalam keadaan selesa sepanjang pengajian. Fitrah yang dikurniakan Allah kepada semua manusia untuk saling mengasihi.

"kalau dia ada senang sikit kerja" Pak cik tersebut menyambung.

"Awak ambil course apa?" pak cik menyoal seorang kakak seniour.

"Saya ambil financial math, anak pakcik dapat tamhidi apa?" seniour menyoal.

"Dia dapat tamhidi sains dan teknologi, tapi tengah tunggu result medic UM" pak cik memberitahu.

"Sama la dengan saya FST, dia ni pun FST juga course kimia industri" kakak seniour memberitahu menunjuk kepada aku.

"Ha.. boleh tak awak cerita sikit tentang program yang ditawarkan, sebab saya tengok anak saya macam tak de masa depan jea bila dapat program ni" pak cik menambah.

tak de masa depan? tahniah pak cik kerana mendoakan anak sendiri untuk gelap masa depan, insyaAllah akan dimakbulkan. Panas telinga dan hati mendengar luahan ikhlas tersebut. Akak seniour tersebut melayan pak cik tersebut sengan senyuman. Dia menerangkan program yang ditawarkan di FST dan program perubatan dan pergigian yang ditawarkan. Pakcik tersebut mendengar dengan tekun. Ada dua kemungkinan,, sama ada beliau bersungguh untuk mengetahui maklumat tentang FST ataupun sengaja untuk mengayat seniour tersebut untuk memasuki dewan pendaftaran. Hampir tiga jam kami bertugas di dewan pendaftaran tersebut.

RUH TERCABUT


Empat hari yang sangat meletihkan. Hari kedua, aku tidak menghadirkan diri untuk sesi pagi program. Syahid. Timbul rasa bersalah, kerana kami dibayar dan diberi makan percuma sepanjang program. Ruh aku tercabut sebaik sahaja mendapat satu sms dari rumah. Pesanan ringkas tersebut hanya beberapa baris, tapi kesannya sangat berbisa. Hilang semangat. Apabila keadaan ini berlaku, ada dua penyelesaian. Pertama minum nescafe, menikmati aroma dan penangan kafein dapat memberi sedikit kelegaan. Ataupun cara yang kedua tidur, melelapkan mata dapat melupakan sebentar masalah. Aku pilih uslub kedua.


Read more: perantaudiary | life is journey

Sunday, May 17, 2009

budak matrik









“Imran, kenapa tak datang kelas semalam?” Pn Sallehattun bertanya.

“Saya tertidur lepas subuh cikgu..” aku bersedia dengan jawapan.

“Kalau awak tahu makna tanggungjawab awak tak akan ponteng kelas..” Pn Sallehattun menasihati.

Sambil menunggu kehadiran rakan-rakan yang lain untuk tiba ke kelas, sesi tazkirah tersebut telah berlangsung hampir 5 minit. Pn Sallehattun merangkap guru tutorial untuk subjek biologi sangat mengambil berat tentang pelajarnya, dan antara pensyarah kegemaran aku ketika di KmPh. Dan telah ditakdirkan anak lelakinya mempunyai nama yang sama, menyebabkan aku selalu menjadi mangsa di dalam kelas.

“Tadi saya ada bagi tazkirah sikit..” kata beliau kepada ahli kelas 3h15,sambil tersenyum penuh makna.

“Awak semua datang sini ada tanggungjawab untuk belajar..” dia menambah.

“Saya bukan cakap untuk Imran seorang jea..” beliau memandang tepat ke arah aku sambil tersenyum puas, satu kelas ketawa.

Merah padam muka aku menahan panahan yang tepat mengenai muka. Pagi itu aku telah terlewat bangun dan menyebabkan kelas pada pukul 9.00 pagi itu gagal dihadiri. Dan jarang sekali untuk aku meninggalkan kelas sepanjang pengajian di matrikulasi.



bersama Pn sallehatun di cubic

MEMORY

Rasa rindu untuk kembali semula ke KmPh. Pahit manis pertemuan dan perjuangan selama setahun masih jelas di ingatan. Gambar-gambar ketika pengajian melahirkan rasa syahdu. Program dan kepadatan waktu sepanjang membuatkan ukhwah antara ahli kelas sangat akrab. Aku terkenang kembali, aktiviti bersama Muhib, seorang sahabat berasal dari kedah yang selalu melakukan perkara-perkara pelik, antara aktiviti wajib menimbang berat badan di cubic (bilik pensyarah). Banyak lagi amalan jahiliah telah dilakukan semasa pengajian bersama sahabat yang lain (tak yah sebut la). Antara kenangan yang termanis, aku bersama dua orang sahabat Muhib dan Arif memenangi tempat pertama dalam pertandingan melukis komik anjuran unit bahasa inggeris pada malam gala a.k.a malam galak.





3h15



Kartunis aku sendiri, Muhib sebagai pembantu dan Arif sebagai penyokong (penyempai). Malam galak gala adalah malam di mana semua pelajar akan berpakaian mengikut tema dan pakaian yang pelik-pelik dan percampuran lelaki dan perempuan yang ketara dapat dilihat. Aku bersama dua orang sahabat memakai baju melayu untuk menerima hadiah, ada unsur keganjilan disitu. Yang menariknya, dua kali Muhib naik ke pentas untuk menerima hadiah, hadiah comic strip dan magazine. Kelas kami menang besar malam itu.



Surau Al muttaqin yang damai dan harmoni meninggalkan pelbagai episode ukhwah dan perjuangan. Jamuan makan berjemaah atas talam dan babeque di melahirkan kerinduan. Cuma yang menjadi sesalan, aku futur sebelum berjuang.Banyak program yang ketinggalan, pelbagai alasan diberi untuk tidak menghadiri program yang telah dirancang. Alasan popular adalah sibuk dengan study. Mungkin ukhwah ketika itu belum cukup mantap.



Ukhwah itu indah. rehlah di pantai Balok



MINGGU TAARUF

“Anda semua diberi masa 10 minit untuk membuat satu graph perjalanan hidup anda daripada anda berumur 5 tahun sehingga la sekarang,” aku memberikan arahan.

“Sekiranya peristiwa tersebut gembira plotkan di bahagian positive dan sekiranya sedih, plotkan di bahagian negative” aku menambah, sambil graph contoh dilukis di papan putih.

Aku ditugaskan menjadi fasilitator untuk program ta’ruf sesi 2008/2009 pelajar KmPh. Pelbagai pengalaman ditimba sepanjang program. Tidak seperti minggu ta’ruf sewaktu menjadi peserta setahun yang dulu, guru memainkan peranan sepenuhnya. Pada sesi kali ini, fasilitator dipertanggungjawab kepada peserta untuk slot pengisian sepenuhnya.

Beberapa orang peserta secara sukarela membentangkan graph mereka, dan terdapat beberapa peserta yang gagal mengawal perasaan mereka ketika sesi pembentangan. Sebak.

“Saya pasti setiap daripada kita akan merasai peristiwa yang gembira dan sedih sepanjang kehidupan” slot muhasabah bermula. aku membuat beberapa kesimpulan cuba mengaitkan dengan pengalaman sepanjang pengajian dan cabaran yang bakal mereka hadapi.

Pengalaman kali pertama menjadi fc cukup mencabar, gugup dan terketar-ketar. Pada hari terakhir, rasa sedih dan sebak cuba disembunyi sebaiknya, komen, kritikan dan penghargaan adik-adik peserta masih lagi disimpan.

bertugas





Pelbagai pengalaman baru yang tidak pernah dirasai ketika menjadi pelajar dirasai ketika bertugas menjadi fasilitator. Antara yang menarik adalah mandi lombong. Tak ramai yang menyedari tentang kewujudan lombong yang sangat luas dan dalam di hutan KmPh. Dua hari berturut-turut warga fc lelaki berkubang di lombong tersebut.







p/s: Semua kenangan tersemat padu di ingatan. ^_^

Read more: perantaudiary | life is journey