Read more: perantaudiary Blogspot | life is journey diari perantau: March 2009

Wednesday, March 25, 2009

Kembali kepaDa FitraH







Permaidani Merah

“Merang, pinjam blazer hitam kat membe mu aritu.” Pinta seorang housemate. Petang sabtu yang cukup sibuk untuknya, mencari kot hitam bagi dipadankan untuk malam perdana siswa. Masing-masing bergaya dengan gamis beraneka warna tidak kurang kemas memakai suit hitam, ceh macam hari raya la pulak.. “Anda dikehendaki memakai long suit atau gurkha bewarna hitam, merah atau putih” Iklan Malam Perdana Siswa ditampal di tingkat bawah. Bas memecut laju meninggalkan perkarangan kolej kediaman, malam ini kami bakal dihidangkan dengan juadah mewah di Putrajaya International Convention Centre (PLCC). Mewah ke? Kita tunggu dan lihat, aku sebenarnya tak minat sangat benda-benda macam ni, kalau free on jea, malangnya kena bayar, bukan sikit tapi 30 ringgit ma,.. tapi setelah ditawarkan dengan potongan harga 50 percent oleh seorang sahabat yang tidak dapat hadir, akhirnya aku mengambil keputusan untuk membuang masa disana.



Sayup dari jauh, satu binaan yang memukau tersergam indah, cahaya daripada dalam bangunan yang seakan sebuah stadium menceriakan kawasan sekitar. Kami tiba serentak dengan sebuah bas dari kolej kediaman muslimat. Permandangan dari dalam bangunan tidak kurang hebatnya, cukup untuk memukau mata yang memandang, luas dan permai. Aku dimaklumkan bahawa hampir 800 mahasiswa yang terlibat dengan malam ini. Selesai menunaikan solat maghrib, kami bergerak menuju ke dewan utama. Hamparan karpet merah menyambut ketibaan, beberapa wanita bertanduk berdiri kaku sepanjang permaidani merah. Wanita bertanduk disini bukanlah jelmaan kerbau ataupun sewaktu dengannya, wanita bertanduk ni special sikit, muslimat dengan pakaian minang..





I Shall Pass This Too

Majlis diserikan dengan kehadiran menteri besar Negeri Sembilan, aku tertarik dengan ucapan beliau yang cukup bermotivasi. “Jika saya hari ini sebagai menteri besar, tak selamanya saya menjadi MB, saya akan melepasi fasa ini juga nanti” antara ucapan beliau. Eh, bukan yang ni.. yang satu lagi, “ Kita tidak akan selamanya susah, dan tidak akan selamanya senang, I shall pass this too ” beliau menambah. Macam lagu hijjaz lah pulak lukisan alam. Zaman university ni sekali jea, jadi belajo la memolek, antara nasihat yang disampikan oleh beliau. Tiba-tiba rasa bermotivasi la pulak “I shall pass this too”. Banyak maklumat tentang universiti telah disampaikan sendiri oleh datuk naib canselor. Ucapan beliau disambut dengan tepukan gemuruh daripada hadirin yang hadir, terselit rasa bangga menjadi salah seorang warganya.

Air kosong diteguk perlahan, air kosong? Yea air kosong jea, ingatkan lepas ni dapat la fresh oren ke, neslo ke, carrot susu ke, ye la bayo 30 ringgit, paling koman pun sirap pun jadi la.. tapi hampeh,sky juice menjadi minuman utama pada malam itu. “ Ai, mane waiter ni, orang lain dah kenyang dah ni,” seorang sahabat membebel perlahan. Aku tengok waiter memang tak menang tangan nak bagi services, kesian tengok adik waiter terketar-ketar isi nasi, first time kot. Apapun, hidangan yang dihidangkan cukup mewah dan first class, lauk pauk beraneka jenis beserta nasi putih 5 sudu besar memang cukup “mengenyangkan” dan pencuci mulut yang disediakan harus diberikan pujian.



Kembali Kepada Fitrah

Tema yang menghiasi sepanjang acara majlis, penulis memuji acara pentomen yang dipersembahkan secara peribadi, cukup meninsafkan dan membuatkan kita untuk menghayati tema tersebut. Acara malam itu dimeriahkan dengan aksi baju ketat dan

tarian lemah gemalai mahasiswa muslimin kelab tarian universiti, dan disambut sorakan dan tepukan siswa dan siswi yang hadir, mungkin ini yang dikatakan kembali kepada fitrah. Acara “diberkati” lagi dengan tarian penari-penari wanita free hair yang dijemput khas.

Tahniah kepada pihak penganjur kerana mampu memberikan imej mahasiswa islam contoh dengan persembahan yang cukup “Islamic”. Acara nyanyian oleh seorang penyanyi tak cukup umur yang lagak gayanya seperti seorang artis “memeriahkan” lagi suasana. Kembali kepada Fitrah? Banyak lagi acara yang dirasakan tak relevan dengan majlis tersebut, penulis rasakan tak perlu untuk dinyatakan disini. Berhibur tidak ada salahnya asalkan kita tahu batas-batas syariat dan tidak melampaui batas.







Indahnya malam

Acara tamat sekitar 12.00 am. Suasana permandangan sekitar Putra Jaya pada waktu malam memang cukup permai dan mendamaikan. Dari atas bukit, hamparan tasik yang luas dan kilauan lampu bewarna warni menceriakan suasana, membuatkan kita memuji kehebatan pencipta yang mencipta keindahan malam tanpa disedari. Membuatkan kita terfikir tentang fitrah kejadian manusia yang putih bersih dan suci pada asalnya, kembalilah kepada fitrah..



Read more: perantaudiary | life is journey

Sunday, March 1, 2009

Saifulislam.com



Jam menunjukkan pukul 5 petang, perut dah kenyang tapi asar tak sembahyang lagi, Aku ambik kopiah dan terus ke surau. solat berjemaah bersama seorang sahabat Rasyadan, dan diikuti beberapa orang makmum kemudiannya. Selesai solat, “Pergi tak malam ni?” Soal Syadan. Program bersama Ustaz HAsrizal Ab Jamil penulis blog Saifulislam.com di DKP4. “InsyaAllah datang”aku menjawab. Syadan ditugaskan untuk menjemput Ustaz di rumahnya di kawasan Ampang.





Dipendekkan cerita, aku diajak bersama rombongan menjemput Ustaz. “Ko ni biar betul?” soalku tak percaya. Aku balik ke bilik tukar baju kemeja, sarung sender dan terus ke tingkat satu. Aku difahamkan kami akan pergi bersama Izwan dan seorang lagi senior abang Muzakir. Kami berempat menaiki kereta kancil Izwan menuju ke SMAP Labu, untuk mengambil kereta jenis angser milik pak saudara Abg Muzakir seorang guru merangkap warden di sana. Abg Muzakir memandu angser, manakala Kami bertiga pulang semula ke Nilai untuk menghantar kereta kancil merah tadi.


Perjalanan ke Ampang bermula tepat jam 7pm. Abg MUzakir sebagai pemandu, Izwan merangkap penunjuk jalan, dan aku sebagai penyibuk, he3. Sepanjang perjalanan Hujan turun dengan lebatnya. Aku diberitahu perjalanan ke Ampang akan mengambil masa satu jam, tu pun kalau tak traffic jam dan tak sesat. Kereta dipandu laju, kami perlu tiba di kampus bersama Ustaz sebelum jam 9.00 pm. Kami dibekalkan dengan seperenggan peta, sekali baca macam teka teki la pulak . Aii, sempat ke sampai kita ni... Kami tersesat beberapa kali,dan trafik jam melambatkan lagi Perjalanan. Pengembaraan yang cukup mencabar mental dan emosi Akhirnya berakhir. Kami tiba di rumah Ustaz dalam pukul 8.15pm,. RUmah teres sederhana besar. Sebelum menjemput Ustaz kami solat berjemaah dulu di surau bedekatan. Selesai solat dengan pantasnya kami menuju semula ke rumah tadi.



Kelihatan di depan rumah Ustaz Hasrizal sedang menanti kehadiran kami, senyum penuh makna, lama sangat tunggu kami kot... Selesai bersalaman kami memulakan perjalanan. Tugas penunjuk jalan kini diambil alih oleh ustaz Hasrizal sendiri. Semasa perjalanan, tak banyak perkara yang dibualkan, Ustaz sempat menceritakan aktiviti terbarunya. Ustaz sibuk dengan pelbagai aktiviti, Program malam ni hanya disedari petang tadi selepas menerima mesej dari syadan. Aku sempat bertanya tentang buku karangan terbarunya, MenurutNya terdapat beberapa buah buku yang akan dilancarkan pada bulan April ini. Kereta dipecut selajunya, menembusi jalan yang basah dengan hujan yang masih belum berhenti.


Kami tiba di kampus dalam pukul 9.15, program talk show sejenak bersama personality bermula. Dalam ucapan Ustaz dia sempat memuji ketangkasan buraq yang ditunggani tadi, ha3..Ceramah yang cukup menarik,Ustaz berkongsi pengalaman sewaktu beliau di Jordan dan UK. “Cabar diri sendiri” mainpoint ceramah Ustaz. Seorang yang mesra dan tak la tegas sangat seperti tulisannya. Banyak input yang menarik diperoleh, tapi waktu yang diperuntukkan amat singkat, rase aku perjalanan nak datang sini lagi lame dari Program bersama ustaz. Majlis tamat sekitar 11.15pm, tetamu menjamu selera.


Aku rasa macam nak balik bilik je,tapi rasa macam tak best la pulak, pergi ambik tadi sama-sama.. pergi je la esok tak de kelas.. Lepas solat isyak dan mentapau makanan kami pun bertolak dari kampus sekitar 12am. Dalam perjalanan ustaz rancak bersembang dengan abang muzakir, Aku dan syadan syahid di belakang hu3.. Tiba dirumah Ustaz dalam pukul 1am, selepas bersalaman kami pun pulang ke Nilai. Kami tiba di Sutea Indah tepat jam 2.00 pagi.. PEgrh.. letihnya,



Read more: perantaudiary | life is journey