Read more: perantaudiary Blogspot | life is journey diari perantau: February 2009

Wednesday, February 25, 2009

Fantasi Ilusi Atau Realiti (episode one)





Persoalan yang berserabut dalam fikiran Aku sejak beberapa hari ni. Buku karangan Harun Yahya yang dibeli masih belum dikhatamkan lagi, namun persoalan tentang Hakikat Kehidupan Duniawi yang dibincangkan memang cukup menginsafkan bagi sesiapa yang berfikir. Kehidupan manusia yang cukup singkat dibincangkan dari kacamata sains.





“Dunia ni hanya ilusi dan himpunan perspektif” kenyataan yang benar-benar memeningkan kepala Aku, apabila dibincang dari kacamata sains. Aku ketuk besi tangga, Aku pandang sekeliling bilik, ILusi ke semua ni? Maha suci Allah, Kajian dan fakta-fakta sains yang dipaparkan dan cara penyampaian penulis yang menarik membuatkan Aku seperti berada di satu alam yang lain. Tambahan lagi, Hujah beliau diperincikan lagi dengan potongan ayat-ayat Al-Quran. Hakikatnya Aku tak berapa suka apabila dibawa untuk berfikir tentang teori-teori barat yang memang memeningkan. Dalam proses bacaan karya tersebut, banyak soalan telah terjawab.






“Pejam celik dah 20 tahun Aku hidup kat dunia ni. Aku hidup kat dunia ni ape tujuannya? Aku sedar Tak lain hanya untuk beribadat kepada Allah pemilik dan pentadbir dunia. Dan Aku tahu purata umur ummat nabi Muhammad tak kurang dan tak lebih daripada 60 tahun. Singkatnya hidup ni.. Sebagai makhluk yang lemah, setiap hari Aku kena tidur 5 hingga ke 6 jam sehari. Tanpa Aku sedari, jika hayat Aku berusia 60 tahun, Aku akan menjalani kehidupan untuk 20 tahun dalam keadaan tanpa sedar. Dan sekarang baki umur Aku yang tinggal lebih kurang 40 tahun. Aku fikir lagi, Aku dah hidup dalam zaman kanak-kanak ribena lebih kurang 10 tahun, jadi Aku hanya hidup 30 tahun. Dan Kalau Aku tolak aktiviti-aktiviti rutin lain seperti mandi, makan, sembang dan sebagainya berapa tahun je Aku hidup kat dunia ni? 3 tahun? CUkup ke baki umur yang tinggal tu untuk buat amalan sebagai bekal kat akhirat nanti? kerasnya hati Aku, Kenapa payah sangat nak Istiqomah dalam ibadat? Duduk kat dunia ni ibarat sedang bemimpi, dan kedatangan malaikat maut ibarat suara yang akan mengejutkan Aku dari mimpi indah tadi”, Realiti ke mimpi? Hakikatnya semuanya adalah ilusi duniawi, dan hanya akhirat yang tempat yang hakiki…


bersambung..
Read more: perantaudiary | life is journey

Tun Sri LAnang

Cover album ichemtech, kini di pasaran!!




Kesibukan tahap gaban sejak beberapa mingu ni membuatkan badan aku rasa macam nak pitam. Tapi difikirkan balik sibuk pun sebenarnya satu nikmat, lebih baik tension dalam menuntut ilmu daripada tension akibat kebosanan tanpa sebarang aktiviti. Saat ini baru kita akan sedar betapa besarnya nikmat masa lapang. Masa sangat pantas berlalu, setiap detik kita semakin hampir untuk menuju penghidupan yang kekal di sana, kita hanya mempunyai dua pilihan samaada mendapat nikmat ataupun diazab dengan azab yang pedih. Alhamdulillah, terima kasih ya Allah kerana mengizinkan aku berada dalam nikmat islam dan iman sehingga ke hari ini. Letihnya .. Ingatkan bila ambik degree ni buleh la nak relaks-relaks sikit, tapi rasanya lebih kurang je suasana degree dengan matrik dulu. Lecturer semua sibuk nak buat kuiz, assignment pula bertimbun-timbun.





Apabila sebut pasal assignment ni, teringat pula cerita kelakar dekat UKm hari sabtu baru ni. Cerita bermula, aku bersama beberapa orang sahabat sekuliah Sahe, Qad, dan kumey telah pergi ke Perpustakaan Tun Sri Lanang di UKm. Tujuan utama rombongan ini adalah untuk mencari bahan-bahan bagi menyelesaikan assignment Hubungan Etnik yang perlu diserahkan pada hari khamis minggu hadapan. Habis jea periksa arab kami menaiki kereta kancil hijau milik sahe menuju ke KTM Batang Benar. Sebelum bertolak, kami pulang sebentar ke Sutera Indah, kami betolak ke Batang Benar dalam pukul 12.30pm. Selepas tiket dibeli oleh Qad, kami dengan riangnya menungu ketibaan train. Ramai juga manusia kat situ, biasa la hari minggu.
“macam kenal jea..”, kata sahe dengan muka selambenye. RUpa-rupanya macam tak percaya terjumpa Ustazah Manal, dia pun tengah tunggu train jugak nak balik KL. Sempat la sembang-sembang dengan dia. Ustazah kesayangan yang mengajar bahasa arab pada semester lepas. Ustazah sempat bercerita kepada kami, sewaktu dia study dulu pun macam kami juga, buat assignment last minutes. He3..




Dipendekkan cerita, kami pun tiba di ktm UKM, di sebabkan semua tak tau jalan, kami pun follow je student-student ukm, terpaksa la buat muka macam student Ukm. Sebelum bertolak ke sini seorang sahabat telah memberitahu kami cara-cara untuk ke library UKm. Setibanya di sana kami menaiki bas Khiffah (betul ke eja ni), bas Ukm, menurut sahabat tadi bas Khiffah akan menghantar student masuk ke UkM secara percuma. Apabila kaki kami menapak di tangga bas tersebut, kami dimaklumkan student luar tidak dibenarkan menggunakan perkhidmaatan bas percuma ini oleh driver. Kami disuruh menaiki bas rapid, jadi terpaksa kami menungu kehadiran bas rapid. SeLepas air kelapa yang berharga RM1 dibeli, kami pun menaiki rapid menuju ke library. Selepas menunaikan solat zohor di tingkat bawah library. Kami pun berkeliaran di sekeliling library untuk mencari sumber yang diperlukan.
Kami telah berjumpa sahabat lama Fahmi yang telah berpindah ke UKm. Dia sempat membantu kami mencari bahan, Ukhwah fillah. Atas keuzuran beliau meminta diri awal, ade assignment katenye. Nak dekat sejam lebih kami cari bahan, selepas membuat salinan fotokopi semua bahan kami pun beredar.



Ketika kami sedang khusyuk menandatangani buku pelawat untuk keluar seorang kakitangan Library tiba-tiba datang kearah kami. “Daripada mana ni?” Tanya beliau. “Usim”. Jawab salah seorang dari kami ringkas. “ Lepas ni tolong letak buku as well as kat mane awak semua ambik, sebab kami setiap hari isnin kami kena susun buku, bersepah-sepah buku, kami dah dapat aduan, bla bla….” macam ni la lebih kurang kami kena marah. Sakit juga dalam hati ni, rasenya elok je aku letak buku tadi. Ikutkan hati Nak je jawab “ saya dah lame tak belasah orang pak cik”. Tapi kami diam seribu bahasa, sambil di muka masing-masing tergambar wajah tak puas hati. Sekurang-kurangnya jika tak anggap kami sebagai tetamu pun berilah nasihat dengan cara berhikmah, jangan main redah jea.


Kami melangkahkan kaki keluar meninggalkan pegawai tadi, menungu bas untuk pulang. Bas rapid yang ditungu masih belum tiba, tiba-tiba bas kifffah berhenti di hadapan kami. Kami dengan pantasnya menaiki bas tersebut. Setibanya di pintu bas, “awak ni bukan student sinikan..”Driver menyoal, tanpa disangka beliau merupakan bro yang kami temui ketika mula-mula datang tadi, masih menjalankan tugasnya. “Tak pe la Bang”, kami beredar dengan muka seposen, seolah-olah faham dengan pertanyaan tadi, meninggalkan bas yang masih kosong tersebut dengan hampa.


Selang 10 minit bas yang dinanti pun tiba, kelihatan bas tersebut sarat dengan penumpang, Kami mengambil keputusan untuk berdiri di pintu bahagian tengah Rapid KL. Aku berdiri di bahagian paling tepi sekali pintu bas dengan machonya. Ketika sedang seronok menikmati pemandangan sekitar UKm yang indah dan luas, tiba-tiba pintu bas terbuka. Dan terjadilah satu peristiwa yang amat mengerikan, paham-paham je lah nasib makhluk Allah yang berdiri di bahagian tepi pintu tadi, nasib baik tak tersepit. Muka saya secara tiba-tiba menjadi tebal beberapa inci, he3.. Letih juga nak siapkan assignment etnik ni (alih Topik). Ketika kami berada di stesen ktm UKm, satu peristiwa ngeri lain telah berlaku, aku telah ditugaskan untuk membeli tiket. “Abang tiket ke Nilai 4” pintaku sambil menghulurkan wang kertas berjumlah RM10. Ketika abang tiket tadi memberikan tikat yang telah dipohon, barulah aku sedar bahawa kami perlu turun di batang benar, kerana kereta kancil hijau berada disana. hai..


Pengajaran kat sini ialah pertama jangan buat assignment last minutes dan jaga amanah dipertanggungjawabkan, jadilah seperti driver bas khiffah tadi, begitu syadid melaksanakan tugas tanpa mengenal erti simpati. Yang paling penting jangan berdiri kat tepi pintu bas.

waallahualam..
Read more: perantaudiary | life is journey

Sunday, February 8, 2009

PenakLuK KonstAntiNopeL


Pada cuti pertengahan sem yang lepas saya telah berpeluang mengikuti program Sekretariat Pendakwah muda Malaysia yang bertempat di kampus USIM Nilai. Pelbagai program menarik sepanjang majlis seperti teori dakwah yang telah disampaikan oleh pelbagai agensi dakwah tanah air seperli PERNIM dan PERKID. Di akhir program peserta telah beramali di KL sentral, SOGO dan Mid Valley. Saya telah ditugaskan menjalankan misi bersama kumpulan di pasaraya SOGO.

Banyak pengalaman telah di peroleh sepanjang amali. ada Sewaktu menjalankan tugas saya secara

tidak sengaja telah berpeluang menyaksikan program pelancaran mansuhkan PPSMI di pintu gerbang SOGO. NAmun begitu bukanlah itu yang menjadi fokus saya untuk post kali ni. Saya lebih tertarik untuk berkongsi maklumat tentang Penakluk konstantinopel.



Novel merupakan salah satu medium penyampai yang baik, melaluinya kita dapat mengkaji dan memahami sejarah umat islam dulu dengan lebih berkesan. Baru-baru ini dengan berbekalkan RM22, saya telah membeli sebuah novel sejarah islam yang berjudul Sultan Muhammad AL-FATEH penakluk konstantinopel karya Abdul Latip Talib. (Rasenya ni la buku terakhir kot untuk sem ni, duit dah nak kering). Novel yang harga asalnya RM24 ni berjaya dihabiskan dalam lebih kurang seminggu.






Novel ini mengisahkan kejayaan umat islam menakluki kota Konstantinopel (Istanbul). Banyak pengajaran yang boleh kita peroleh daripada kisah sejarah ini. Apa yang ingin saya kongsikan disini ialah mukjizat luar biasa nabi Muhammad SAW yang dapat melihat jauh ke masa depan, 800 tahun sebelum tentera Sultan Muhammad menakluki kota Konstantinopel baginda telah bersabda,







“Konstantinopel akan jatuh ke tangan seorang ketua yang baik, tentera yang baik dan rakyat yang baik.” (H.R Ahmad bin HambalAl-Musnad 4/335)



Kota Konstantinapel yang kini dikenali dengan nama Istanbul, terletak di sempadan antara benua eropah dan asia. Kerana percaya dan yakin dengan sabda Rasulullah SAW, usaha menakluk konstantinopel dimulakan oleh saidina Ali pada tahun 34H. Usaha diteruskan oleh Muawiyah bin abu sufyan pada tahun 84H, Sultan Sulaiman 91H, Khalifah Harun Ar-Rashid 165H, Sultan Beyazid pada tahun 1391,1397, dan 1400, namun semua usaha tersebut menemui kegagalan.


SOGO, praktikal program sekratriat pendakwah muda malaysia (SPMM)



Sehinggalah pada 20 Jamadil awal 857H bersamaan 29 mei 1435, kota Konstantinopel Berjaya ditawan oleh seorang anak muda iaitu Sultan Muhammad. Apa yang menarik disini ialah beliau menaiki takhta Turki Uthmaniah pada umur 19 tahun, selepas kewafatan ayah baginda Sultan Murad. Baginda telah mentadbir sebuah kerajaan islam yang besar dan memimpin negara dengan penuh ketakwaan di awal usia remaja. Dan seawal umur 21 tahun baginda telah berjaya menawan Istanbul dan menukar gereja kebanggaan kristian iaitu Aya Sophia menjadi masjid Aya Sophia.




Baginda seorang pemimpin yang sangat bertakwa, baginda selalu mendapatkan nasihat gurunya Syeikh Syamsudin Al Wali yang sangat terkenal denga ilmunya. Sejak dari kecil baginda telah diramal membebaskan kota Konstantinopel. Sheikh Syamsudin alWali pernah berkata,


“Wahai Sultan Murad (Ayahanda Muhammad alFateh), Bukan tuanku yang membebaskan Konstantinopel, tetapi anak yang didalam buaian itu (Muhammad AlFateh).






Pelancaran gerakan mansuhkan PPMSI diperkarangan sogo: Dimana mahasiswa? - penulis kebetulan berada di kawasan pelancaran. (gambar hiasan)






"Jangan bunuh bahasa ibunda" kelihatan media menemuramah aktivis bahasa. antara yang hadir Dr abdullah Hassan, A Samad Said. (gambar hiasan)





Baginda telah pergi menghadap ilahi pada puncak zaman kegemilangannya, Sultan Muhammad Al Fateh ketika itu telah berjaya memerintah 25 buah negeri, antara jajahan takluknya ialah Itali, Hunggary, Bosnia, Serbia dan Jerman. Baginda telah mangkat ketika membuat persiapan untuk menakluk Rhodesia kerana diracun oleh seorang yahudi bernama Moesto Jakopa. Baginda telah dilahirkan pada 29 Mac 1432 dan mangkat pada 3 Mei 1481 pada umur 49 tahun. Pemergiannya diratapi umat islam seluruh dunia. Tetapi berita tersebut amat menggembirakan penduduk kristian. Mereka berarak di jalan-jalan raya sambil menyanyikan lagu kemenangan dan ketuhanan. Pop besar mengarahkan semua gereja dibunyikan 3 hari 3 malam sebagai tanda kegembiraan.


Sebelum menghembuskan nafasnya yang terakhir baginda sempat berwasiat kepada anaknya Putera Beyazid 11. Antara isi wasiatnya,




“ayahanda bakal menghadap Allah SWT. Sedikitpun ayahanda tidak menyesal dengan apa yang berlaku kerana semua itu sudah ditakdirkan. Tambahan pula sekiranya ayahanda pergi sudah ada penggantinya. Ayahanda berwasiat kepada kamu, jadilah pemerintah yang adil….
Kamu ambillah pengajaran daripada hidupku. Ayahanda dilahirkan didunia ini seperti semut kecil. Kemudian tuhan mengurniakan kepada ayahanda nikmtnya yang begitu besar. Bekerjalah kamu bagi meninggikan agama Allah.


(petikan dari novel Abdul Latip Talib)






Sultan Muhammad akan kekal dalam ingatan semua umat islam sebagai remaja yang berjasa, marilah kita mencontohi keberanian dan ketakwaan tokoh islam ini. Kita renung kembali seawal umur kita 21 tahun apa sumbangan yang telah ataupun akan kita sumbangkan untuk islam, Muhammad al-Fateh telah berjaya menakluk Kota Konstantinopel, Mungkin diawal usia tersebut kebanyakan kita masih leka dibuai alam remaja.





Harapan saya supaya kita sama-sama berusaha untuk memahami dan mengkaji sejarah islam. Antara persoalan sejarah ialah bagaimana kerajaan umaiyah boleh terbentuk, bagaimana islam boleh menguasai 2/3 dunia, bagaimana kejatuhan khilafah islamiyah, dan sebagainya. Menjadi tanggungjawab kita untuk memahami sejarah umat islam kita sendiri. Semoga Allah memberikan keampunan serta melimpahkan rahmatnya kepada penakluk Konstantinopel Sultan Muhammad Al-Fateh. AlFatihah.










Semoga dengan mendalami dan memahami sejarah islam akan meningkatkan semangat jihad dalam diri kita untuk meletakkan islam di tempatnya kembali. Takbir!!!

Wallahualam…
Read more: perantaudiary | life is journey

Sunday, February 1, 2009

VoStrO 1310

28 januari 2009, tepat jam 8.30 pagi, sebuah bas ekspres meluncur laju mememulakan perjalanan. Kelihatan di dalam bas seorang pemuda berkemeja hitam dan berseluar jeans biru sedang termenung sambil membelek-belek beg sandang bewarna hitamnya. Sesekali pandangannya teralih kearah seorang wanita lewat 20an bersama pasangannya di kerusi bernombor 38. “Tak ramai orang KL balik hari ni” bisiknya sendirian. Dia ternanti-nanti siapakah gerangan yang akan memenuhi kerusi kosong di sebelahnya. Ada benda yang lebih penting bermain di fikirannya, hari ini ada misi berat yang menantinya.

Bas ekspress tersebut tiba di Bandar Temerloh tepat jam 9.30 pagi. Pemuda tersebut bingkas bangun keluar dari Metrobus ekspres, penghawa dingin bas benar-benar membuatkan badannya yang agak kurus itu kesejukan. Setelah semua penumpang mengambil tempat, dan konduktor menjalankan tugas, bas memulakan operasinya semula. Kerusi di sebelah pemuda tersebut masih lagi kosong. Dalam perjalanan, pemuda tersebut tersengguk-sengguk menahan mengantuk, kebanyakan masa hanya dihabiskan dengan menikmati permandangan yang tidak begitu indah melalui tingkap di sebelahnya, fikirannya tidak henti-henti memikirkan strategi yang telah dirancang untuk menyelesaikan tugas yang telah diamanahkan. Setelah 2 jam perjalanan akhirnya bas tiba di perhentian Pekeliling, pemuda tersebut mengeluarkan telefon bimbitnya. “ Alhamdulillah, awal lagi.” doanya agar dipermudahkan urusan dan sentiasa berada dalam kebaikan. Pemuda tersebut bingkas bangun mencapai beg hitam, tangannya erat menggemgam beg sandangnya itu seolah-olah ada sesuatu cuba disembunyikan. Dengan penuh keyakinan dia menuruni anak tangga bas satu persatu, kakinya kemas mengatur langkah, perhentian bas Pekeliling bukanlah tempat yang asing baginya. Perkara pertama yang bermain di fikirannya ialah mencari sebuah binaan, dia berlegar di kawasan perhentian bas. Matanya liar memerhatikan setiap inci sudut di kawasan tersebut. Usahanya menemui jalan buntu.Akhirnya dia mengalah dan merendahkan keegoannya, dia memberanikan diri untuk bertanya kepada seorang wanita lewat 40an yg sedang asyik menjalankan tugasnya membersihkan kawasan sekitar. “Mak cik toilet laki kat mane?” Tanya pemuda tersebut dalam suara yang perlahan bercampur malu. “Kat platform lima” jawab wanita itu ringkas. “Orang Indon rupanya”bisik pemuda tersebut selepas mendengar loghat wanita tersebut yang pekat berbahasa dengan bahasa dari seberang. Memang sukar untuk dibezakan antara warga Malaysia dan Indonesia, bahasa dan penampilan merupakan ciri yang ketara bagi membezakan antara rakyat dari dua negara serumpun ini.

Perjalanan diteruskan, Kuala Lumpur sudah acapkali dilawatinya, tetapi berjalan secara sendirian di Bandar besar seperti ini merupakan pengalaman baru baginya. Dia lantas menghubungi sahabat yang dirasakan arif tentang selok belok jalan di sini. “ Salam, wei kalau aku naik monorel dari titiwangsa terus ke jalan imbi buleh tak? Antara soalan yang kurang bijak ditanya pemuda tersebut selepas melihat papan tanda KL monorel di hadapannya. Jalan Imbi adalah destinasi utama yang perlu ditujui untuk menyelesaikan misi yang mencabar dan merbahaya ini.

Ketika menunggu ketibaan monorel, pemuda tersebut hanya berdiri dan memerhatikan gelagat manusia di sekitarnya. Selang beberapa minit, Monorel yang dinanti pun tiba, pemuda tersebut menaiki monorel dengan berhati-hati, beg hitamnya disandang dengan kemas. Seperti kebiasaan puluhan manusia berasak-asak didalam kenderaan tersebut, pemuda tersebut bernasib baik kerana berjaya mendapatkan tempat duduk yang selesa. Ini merupakan pengalaman kedua baginya menaiki kemudahan awam ini. Masih jelas di ingatannya pengalaman membeli sebuah alatan elektronik di kawasan sekitar tidak lama dahulu. “Stesen Jalan Imbi” lamunan pemuda tersebut disentak dengan suara computer. Monorel berhenti di stesen jalan Imbi, dia bingkas turun dari monorel dan melangkahkan kakinya ke destinasi yang telah dirancangkan, tempat yang akan menjadi sejarah dalam hidupnya, masih terbayang jelas di benak fikirannya selok belok jalan ke tempat tersebut ketika kali pertama menjejakkan kaki bersama beberapa orang sahabat tidak lama dahulu. Walaupun pada mulanya agak kabur, dia hampir-hampir hilang arah namun seperti ada sesuatu yang memimpinnya, dia akhirnya tiba di destinasi. Jelas terpampang tulisan “Plaza Low Yat” di atas pintu gerbang bangunan di hadapannya, “Semoga dipermudahkan segala urusan” bisik pemuda tersebut.
Perutnya yang hanya diisi dengan dua keping roti pada awal pagi tadi dirasakan begitu kenyang kerana begitu teruja untuk menyelesaikan misi ini. Pemuda tersebut mempercepatkan ayunan langkahnya dia mesti menyelesaikan misi itu dengan bijak dan pantas. Segala strategi dan perancangan asal berlegar-legar di benaknya. Dia melangkah kaki dengan cukup berhati-hati, sambil tangannya erat memegang beg hitam. Mata pemuda tersebut liar seolah-olah mencari sesuatu. Sementara itu kelihatan di dalam bangunan tersebut kebanyakan jurujual yang ditemuinya merupakan warga bangladesh, masih terbayang keratan akhbar tempatan yang sempat dibacanya semalam perihal warga Bangladesh yang memonopoli perniagaan di sini.

“Abang cari laptop ke? Tanya seorang jurujual awal 30an melayu pertama yang dijumpainya disini. Jurujual dari utara tersebut sempat menasihatinya supaya tidak tertipu dengan kellibat warga asing yang memonopoli perniagaan disini. Hampir 2 jam pemuda tersebut berlegar-legar, dari tingkat yang terbawah sehinggalah ketingkat yang paling atas. Perutnya mulai lapar, namun usahanya masih belum berhasil, dia berasa cukup tidak selesa untuk meneruskan perjuangan. Telefon bimbitnya di capai, dia cuba untuk menghubungi abangnya yang ketika ini masih berada di kampung. “Hang dah beli belum”? pertanyaan pertama yang terpancul keluar dari mulut abangnya. Dia mendengar dengan teliti setiap tips dan nasihat dari abangnya pengalaman dan pengetahuan seorang graduan sains komputer memang amat berguna untuk situasi yang rumit ketika ini. Perbualan mereka berlangsung di hadapan seorang jurujual warga asing.


Pemuda tersebut melewati gerai warga asing tadi menuju ke arah meja seorang warga cina yang sudah ditemuinya sewaktu kunjungan kali pertama tidak lama dahulu. Dihadapannya tertera tulisan “Dell latest model”, dia berhenti sambil memerhatikan laptop-laptop yang dipamerkan. Jurujual berbangsa cina yang ditemuinya cukup bijak mengatur kata mempromosikan produknya. Segala ilmu dan pengalaman dikeluarkan untuk melariskan hasil jualannya. “Adik saya lasa elok lu angkat model ni la…” pujuk jurujual tersebut. Buku resit jualan ditunjukkan kepada pemuda tersebut menjadi fakta segala perkatannya adalah benar. Pemuda tersebut kini menghadapi dua pilihan. “ Tokey inspiron dia punya design lawa, lagipun ade banyak kale..” pemuda tersebut cuba menolak pelawaan taukey cina tersebut dengan baik. Memang tidak dinafikan design menjadi aspek penting dalam pemilihan sebuah notebook. “ Haiya itu warna untuk talik pelempuan saja maa” kata-kata taukey tersebut seolah-olah memberi kekuatan kepada pemuda tersebut untuk membulatkan tekad. Selepas memikirkan dengan sedalam-dalamnya dia bersetuju untuk membeli model vostro 1310, wang pendahuluan dibayarnya sebanyak RM30 sebagai perjanjian sebelum pergi mengeluarkan baki selebihnya di tingkat atas, walaupun jauh di sudut hati pemuda tersebut cuba mempersoalkan tindakan yang dilakukannya.

Pemuda tersebut melangkah kaki kearah lif, dia lantas menekan butang ke tingkat 4, di dalam hatinya timbul perasaan takut dan ragu. Takut untuk mengeluarkan wang yang jumlahnya belum pernah dikeluarkan sebelum ini. Ragu samaada tindakannya bijak untuk memiliki alatan elektronik tersebut. Namun dia membulatkan tekad, jumlah wang yang diperlukan sudah pun tersimpan kukuh di dalam dompet lusuhnya. Pemuda tersebut tidak terus menuju ke arah kedai tadi, sebaliknya hatinya kuat menyatakan supaya dia menimbang semula keputusannya dan membandingkan harga di kedai yang lain. Dia berlegar-legar bagai orang hilang arah, sambil di fikirannya tidak pernah putus mengingatkan kembali perjanjan yang telah dibuat tadi. Dia cuba untuk tidak menepati janji yang telah dibuat sebentar tadi.

Selepas beberapa minit, timbul kesedaran untuk menunaikan janji yang telah dimaterai. Terbayang jelas di fikirannya hadis pertama yang dipelajarinya sewaktu menuntut dulu perihal tanda-tanda orang munafik yang apabila dia berjanji tidak ia tepati, lagipun tawaran jurujual itu dirasakan cukup berbaloi baginya. Pendiriannya kini kembali teguh dia memutuskan keputusan untuk menyelesaikan misinya, dia mengatur langkah dengan kemas dan teratur menuju kearah jurujual tadi. “ Sory tokey lambat sikit” dia tidak mahu memberikan alasan. Urusan jual beli akhirnya selesai, vostro 1310 akhirnya beralih tangan, mouse dan cooler pad disimpan rapi didalam beg galas bewarna hitam berbelang putih. Sebelum melangkah pergi dia sempat berjabat erat dengan jurual sebanyak 2 kali,sebagai tanda urusan jual beli selesai. Terukir kepuasan di wajah jurujual sebelum dia menyerahkan resit belian dan kad perniagaannya. Pemuda tersebut meluru laju keluar dari bangunan tersebut. Misinya berjaya diselesaikan dengan lancar dan pantas, vostro 1310 di galas di belakangnya menuju ke KL sentral, Dia perlu cepat untuk tiba di sana untuk menunaikan fardhu zohor. Harapannya semoga dengan kehadiran alat ini akan memudahkannya dalam mencari mardhatillah dan tidak hanyut dan leka dalam menyelesaikan misi utamanya sebagai seorang yang bergelar muslim.


*Cerita ini telah diadaptasi daripada pengalaman penulis, jalan cerita telah diolah agar bersesuaian untuk dupaparkan, wallahualam.
Read more: perantaudiary | life is journey