Read more: perantaudiary Blogspot | life is journey diari perantau: March 2010

Monday, March 29, 2010

Azimat Ibunda




Azimat ibunda~



"Menumpang di segenap ruang yang ada di lubuk perkasihan
begitu indah setiap detik di dalam rahimmu
sehingga teramat asyik setiap saat di pangkuanmu
keperitan itu kau rasa indah demi anakmu"


"Setitis air mata ibu yang gugur kerana kesedihan
segaris luka di hati ibu kerna kederhakaan
tertutup pintu syurga jika tiada keampunannya
azimat ini ku tanam di lubuk hati yg dalam.."





Petikan daripada
Album : Halawatul Iman
Munsyid : Far East




p/s: redha Allah terletak pada redha ayah ibu..




Read more: perantaudiary | life is journey

Sunday, March 28, 2010

perbedaan





differences~




Saya mempunyai dua orang sahabat.

Kedua-duanya mempunyai fikrah pemikiran yang berlainan, dan menurut saya kira jika keduanya bertemu dan bertukar fikiran pasti tidak akan menemui titik pertemuan.

Seorang berjiwa sufi, tapi membenci haraki. Kalau berbincang mengenai siasah dan haraki bersamanya, selalunya saya akan sakit hati.

kadang-kadang saya tak faham, penjelasan yang bagaimana harus diberi kepada sahabat tadi. Sedangkan dulu kami berdua dalam manhaj tarbiah yang sama.

Perbincangan yang tak pernah menemui titik persefahaman.


Manakala seorang lagi cenderung kepada salafi. Pendapatnya selalunya saya terima dan kadang-kadang terpaksa ditapis.
Maklum, kerana saya jahil dan kurang berilmu.


Pendapat mereka berdua selalunya saya setuju, kadang-kadang terpaksa ditapis.

Tapi, selalunya kepala saya sedikit 'senget' bercelaru. Bertemu sahabat pertama pendapatnya begini, dan bertanya sahabat kedua pula katanya begitu.
Semuanya saling bertentangan.

Tidak cukup sekadar itu, apabila berada didalam kelas menimba ilmu daripada ustaz dan ustazah. Dan seterusnya akan terdapat pula penjelasan tambahan daripada sahabat. Penjelasan yang menjelaskan perkara yang dirasakannya kurang jelas, saya kira cukup bagus.

Namun saya semakin bercelaru..

Benarlah nasihat sahabat saya yang ke'dua' apabila diminta pendapat tentang kecelaruan fikrah yang saya hadapi. Jawapannya ringkas, padat, dan berbekas.

"BELAJAR.." katanya ringkas. Benarlah ilmu sahajalah akan memberi pencerahan.

"Pilih haraki.." nasihatnya lagi.

Saya sangat setuju dengan kenyataan kedua. Kerana pendapat saya haraki ada semuanya tarbiah, siasah, dakwah dan tak terkecuali tasawuf!

Berapa ramai pejuang haraki yang mempunyai asas tasawuf? As-Syahid Imam Hassan Albanna sendiri sebelum menubuhkan ikhwanul muslimin, mempunyai asas tasawuf yang kuat.


MENJAUHI TTIK PERBEZAAN

Perbezaan pendapat itu bukanlah satu keaiban. Aib itu apabila fanatismenya suatu kelompok terhadap suatu pendapat dengan mengesampingkan pendapat yang lain. Memandang masalah khilafiah dengan cara seperti ini insya Allah dapat mempertemukan hati yang berpecah belah menuju kesatuan fikrah.

Imam Hassan Al Banna berkata:
"Nataa'wanu fi ma itafaqna a'laihi wa ya'dziru ba'dhuna ba'dhan fi ma ikhtalafna fihi"

(Kita berkejasama dalam perkara yang kita sepakati, dan saling memaafkan dalam perkara yang kita perselisihkan)

Dr. Yusuf Qardawi berkata, "Diantara suatu yang perlu dijauhi oleh para pemuda islam ialah menyibukkan diri dengan masalah-masalah cabang, sementara mereka meninggalkan masalah pokok yang besar dan berkaitan kelangsungan dan kewujudan umat dan perjalanannya.

Akibatnya, engkau lihat banyak diantara mereka yang membangun dan menundukkan dunia ini sekadar untuk mencukur janggut atau memendekkannya, atau menggerakkan jari ketika tahiyat, atau sekitar masalah fotografi, dan masalah lain yang sering diperdebatkan.

Mereka tidak sedar, bahawa sekarang adalah zaman sekularisme sedang menyerang kita, sosialisme sebagai fahaman kufur tersebar dimana mana, serta zionisme semakin memperdalam cengkeraman kuku-kukunya dan kaum salib semakin ligat menjalankan misinya..."


Kesimpulannya, "Alusul koblal furu' " (perkara pokok sebelum cabang).



*Sekadar pendapat rasa manusia jahil tak berilmu




p/s: Saya terus termenung..








Read more: perantaudiary | life is journey

Monday, March 22, 2010

bagaimana kita memandang




Secangkir teh pengubat letih~ (murobbi cinta sahabat saya beli)


“Tak de masa nak baca buku-buku macam ni..” ujar seorang sahabat.

“Kita kena baca buku-buku fikrah dan ilmiah” seorang lagi sahabat mencelah.

Saya termenung panjang sambil memandang hasil buruan dari pesta buku.

Perjalanan ke Pesta buku kali ini saya kira paling senang dan berbaloi, berbanding tahun-tahun yang sudah. Kami tak perlu bersesak didalam train, malahan sempat pula melelapkan mata. Dan perjalanan yang sangat pantas, memakan masa tidak kurang tiga puluh minit!

Alhamdulilah, kembara kami kali ini ditaja khas, bas percuma disediakan. Sayangnya, book fair kali ini saya terpaksa bataskan perbelanjaan akibat beberapa kekangan.

Cuma menjadi kebingungan buku yang bagaimana harus dibeli?

Agar hasilnya berbaloi dengan apa yang dibelanjakan.


BAGAIMANA KITA MEMANDANG

Saya melihat buku sebagai medium mengubah diri. Mengubah diri menjadi manusia yang lebih baik, daripada sudut cara kita berfikir, ilmu pengetahuan dan paling penting cara kita menilai dan memandang kehidupan itu sendiri.

Tidak kiralah apa genre penyampaiannya samaada melalui travelog, biografi, motivasi, fakta sejarah, tazkirah, malahan novel sekalipun!

Asalkan objektif utamanya tercapai iaitu tidak lain mendidik kita menjadi hamba yang lebih baik, itulah saya kategorikan sebagai penulisan yang berbekas.

Ada satu lagi aspek terpenting dalam menilai kualiti sesuatu penulisan.

Menurut saya, penulisan yang mampu memberi nafsu untuk kita menulis adalah tulisan yang paling baik. Membaca tulisan sebagai seorang penulis.

Bukan menolak buku haraki, dan jauh sekali mengetepikan buku ilmiah dan fikrah. Namun, cara kita melihat isi kandungan buku itu yang paling penting.

"Memandang penulisan sejarah sebagai motivasi, ia akan menjadi sumber azimat dan semangat".

"Melihat novel sebagai medium pentarbiahan diri, sifat wataknya akan cuba kita contohi dan setiap mutiara hikmah dihayati".

"Memandang buku fikrah dan haraki sebagai pelengkap diri, ia akan menambahkan kefahaman, ilmu dan pelengkap diri sebagai pejuang agama Allah".

Itulah berbalik kepada objektif asal, bagaimana penulisan tersebut mengubah kita menjadi manusia yang lebih baik.

Pokok pangkalnya “bagaimana kita memandang”.


SECANGKIR TEH PENGUBAT LETIH

Atas sebab itulah saya meminati karya ustaz Hasrizal. Nada bahasanya mudah, berbekas, dan berisi.

Dan paling penting memberi nafsu untuk saya menulis.

Bermula dari ‘Rindu bau pohon tin’ dan ‘aku terima nikahnya’, saya terus terpaku menatap setiap mutiara dalam karya-karyanya.

Dan seterusnya Secangkir teh pengubat letih.


Read more: perantaudiary | life is journey

Saturday, March 20, 2010

Terkenang





Saat ini saya sedang terkekeh-kekeh mengenangkan zaman sekolah dulu.

Ini adalah koleksi video dan gambar dari arkib sahabat Syahir Safwan, dan saya baru selesai meng'copy paste ke dalam laptop.

Setiap video dan gambar ada ceritanya tersendiri.




Gambar ketika berperang dengan SPM. Inilah tempat study kami.





Meja jepun dari bilik tamu. Kami angkat bawa naik ke tingkat atas. (Lepas tu kena marah dengan warden, kena pulang balik, hu3)




Jom minum nescafe ~



Pembaris sebagai sudu.





Bekas susu sebagai cawan.





Merdeka,mencabut countdown.





Bersama Mat Lang dan Otto, ahli bilik Gua batu tiga.









p/s: Banyak lagi gambar dan video pelik-pelik tapi tak sanggup nak upload.
Read more: perantaudiary | life is journey

Monday, March 15, 2010

homesick




~mee goreng mamak~



Seribu batu jarak kita terpisah,
silih musim,
lamanya tak bersua.

Rasa rindu,
tidak lagi terbendung,
apakah khabarnya teman dikampung.

"Andai diri mampu terbang melayang,
saat ini telah lama ku pulang.."

Hanya jasad masih ada di kota,
Sedang hati telah tiba di desa.




-Petikan daripada-
Lagu : Inang Anak Perantau
Album: Saujana (nota cinta)


Read more: perantaudiary | life is journey

Sunday, March 7, 2010

Charger





charger~


Saya sedang mencari charger, charger untuk Qarin (pendamping) saya.

Dah lama charger saya hilang, dan selalunya saya akan keliling satu kolej kediaman apabila Qarin saya kehabisan tenaganya.

Dan alhamdulillah, saya diberikan penggantinya, dengan seorang taukey cina RM 10 sahaja.


Saya juga sedang mencari charger untuk iman.

Ya, iman pun kena cas jugak..


ANALOGI

Jika semua manusia yang berada di muka bumi Allah swt ini boleh saya analogikan seperti handset.

Ya, seperti sebuah telefon bimbit. Bermacam model, warna dan bentuk.

Tidak kiralah apa sekalipun jenamanya, nokia, samsung, sony, atau sebagainya. Kita semua maklum fungsi utamanya hanyalah satu, iaitu menghubungkan antara kita sekaligus memudahkan segala urusan seharian.

Samalah juga manusia, tak kira rupa, keturunan, bangsa, dan warna kulit. Semuanya mempunyai satu tujuan hidup yang sama iaitu untuk mengabdikan diri kepada Allah.

Menjadi hamba.

Dan aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka mengabdi kepada-Ku. Aku tidak menghendaki rezeki sedikitpun dari mereka dan aku tidak menghendaki supaya mereka memberi-Ku makan. Sesungguhnya Allah Dialah Maha pemberi rezeki yang mempunyai kekuatan lagi sangat kuat.

(Adz Dzariat: 56-58)

Iman manusia adakala naik dan adalakalanya turun, dan apabila graf iman semakin turun kita pasti dapat merasainya, jauhnya kita dengan sang Pencipta.

Dan ketika inilah charger tadi memainkan peranan.

Menambah dan meningkatkan semula ketakwaan dan keimanan kita kepada Allah swt.

Dan charger yang paling mujarab pastinya rumah Allah itu sendiri.

Ya, masjid sebagai charger.



SUMBER KETENANGAN

Tidak ada tempat lebih baik di bumi ini selain rumah Allah, di situlah terbit segala ketenangan.

Dan tidak ada tempat di bumi ini yang mampu menjanjikan ketenangan dan kedamaian hidup, melainkan rumah Allah itu sendiri.

Nabi s.a.w. yang diriwayatkan oleh Imam Muslim daripada Abu Hurairah maksudnya:

"Tidak berhimpun satu kaum dalam rumah daripada rumah-rumah Allah (masjid/surau), membaca kitab Allah (al-Quran) dan berdiskusi mengenainya sesama mereka, melainkan diturunkan ke atas mereka ketenangan, mereka diselubungi dengan rahmat Allah, dikelilingi dengan para Malaikat (menulis segala kebaikan mereka) dan Allah akan sentiasa mengingati mereka (kerana mereka juga mengingati-Nya)."

Oleh itu, rumah Allah menjanjikan bukan sekadar ketenangan, malah beberapa nikmat lain sebagai dorongan berbuat kebaikan.

Allah SWT menegaskan bahawa golongan Muslim yang sanggup memakmurkannya rumah-Nya adalah terdiri daripada mereka yang benar-benar memiliki kualiti iman yang sempurna.

Allah swt berfirman maksudnya:

"Hanyasanya yang layak memakmurkan (menghidupkan) masjid-masjid Allah itu ialah orang-orang yang beriman kepada Allah dan hari akhirat serta mendirikan sembahyang dan menunaikan zakat dan tidak takut melainkan kepada Allah, (dengan adanya sifat-sifat Yang tersebut) maka adalah diharapkan mereka menjadi dari golongan yang mendapat petunjuk."

(Attaubah ayat 18)

-Diedit dari (sumber)-


Seperti jugalah handset, manusia juga memerlukan charger. Charger untuk memulihkan dan menambahkan dan menyegarkan kembali keimanan kepada Allah swt.

Selepas seharian lelah mengejar dunia, j

adikanlah rumah Allah swt sebagai tempat untuk menyegarkan kembali keimanan dan ruh kita semula.


Carilah ketenangan di rumah Allah..


Read more: perantaudiary | life is journey

Thursday, March 4, 2010

untitled



*Posting ini tiada sebarang unsur pengisian. Harap maklum.


Orang kata sebuah lukisan boleh melahirkan seribu perkataan.

Posting kali ini biarlah lukisan yang bercerita.

Namun, subjeknya masih lagi sama.

Masih lagi tentang MANUSIA.






Lukisan ini permintaan daripada seorang sahabat. Kempen menutup aurat.





Lukisan "ubat mengantuk" bagi kelas spektroskopi.


Read more: perantaudiary | life is journey