Read more: perantaudiary Blogspot | life is journey diari perantau: April 2009

Monday, April 27, 2009

Ana Ahmad

Adikku sayang





“If you look at him, tasyabbuh yahud!” Ahmad meneruskan cerita.

“Tasyabbuh yahud?” Aku dan Basit ketawa. Aii.. sampai macam tu sekali pak arab ni menggambarkan adiknya di Iraq, marah betul.

“Even we grew together, got same tarbiah from same mother, but he is opposite from me”. Pak arab menyambung.

“ Dia ada gewe, cakap-cakap sama perempuan, Superbike..bla bla..” Ahmad menggambarkan adiknya dengan penuh gaya, berusaha bercakap melayu.

Dari ciri-ciri yang disebutkan, kalau kat Malaysia kami panggil “rempit jalanan”, kalau kat Iraq tak tau la..

“Ni ada tak?” Aku menyampuk, sambil membuat isyarat di bahagian dagu.

“Janggut? Ada, but not like this..” Ahmad mengusap jambangnya yang lebat.

“Maybe he will come to Malaysia, and you could see him... And I believe, you will surprise.. Now, he is studying at Baghdad, degree in IT” ahmad bercerita, Syahir dan Ali khusyuk mendengar.

Aku menguap beberapa kali, dah jauh melalut pak arab ni, mula-mula tadi ada la terasa “zup” sikit.

“I always pray to Allah to give him hidayah” Ahmad berdoa.

Sayang jugak mamat ni kat adik dia.

“You know brothers, what make I so different from him?” ahmad memulakan pertanyaan.

“I think solat jemaah and masjid are very important..” Pak Arab menambah.

“ “In Iraq, we need to hide for solat jemaah at masjid, can you imagine? Hide from syiah.. and if they see you, they will shoot you!” katanya dengan penuh semangat.

“That’s why I always tell all of you, solat jemaah, solat jemaah.., because Allah is called you five time a day to give you rahmah.. And that is very difficult to solat jemaah in Iraq!” Ahmad menyambung.

Malam tu hampir dua jam kami ditazkirah oleh mamat Iraq ni.

Alhamdulillah, macam-macam cerita, pengisian dan peringatan disampaikan.





sem satu in memory

Kuliah Asar





Sebenarnya, banyak yang dikagumi tentang budak Iraq yang bernama Ahmad ni.

Semangat dan keberaniannya berdakwah patut dicontohi.

Petang tu Basit baru balik dari mana ntah, tiba-tiba mamat ni memanggil, menyuruh aku datang ke rumah jiran berdekatan.

“Merang, cuba mu tengok tu..” sambil menunjuk tepat ke arah kedai runcit uncle India yang terletak di hadapan kolej kediaman kami.

“Nampak tak Ahmad tengah bagi ceramah tu,” katanya lagi.

Aku membetulkan spek,

“Fuhh, terbaik..”

“Kuliah asar dekat kedai runcit, first time aku tengok ni..” aku memandang Basit, tersenyum kagum.

Dari pemerhatian lebih sepuluh muslimat indonesia yang menyertai kuliah di kedai runcit non muslim tersebut. Semuanya lengkap bertudung.

Macam mana dia ngayat uncle india, tu yang kita tak tau.

Amacam ada berani??

Ana Ahmad



warga burma yang berjaya diberkas he3 (jangan marah Basit)









Mendengar keperitan hidup yang dialaminya di Iraq, akan membuatkan kita bersyukur atas segala nikmat.

Menurutnya, di Iraq bekalan elektrik hanya selama 4 jam!

Sumber air yang sangat terhad. Dan perlu dibayar dengan harga yang sangat mahal untuk mendapatkannya.

Konflik syiah dan Sunnah melibatkan nyawa sesama islam, seperti tiada kesudahan.

Kesan peperangan sangat sukar untuk ditelan. Kehilangan insan tersayang, dan ribuan manusia yang tidak berdosa menjadi mangsa pencerobohan di Iraq.

Dan bapanya telah syahid.







Pengajaran kepada Malaysia





Kita perlu mengambil pengajaran dari peristiwa yang berlaku di Iraq.

Apa yang berlaku di Iraq tidak mustahil boleh berlaku di Negara kita.

Menurutnya sebelum pencerobohan, Di Iraq maksiat berlaku terlalu pesat. arak, judi, dan zina berleluasa di kalangan pemimpin.

Pemimpin yang hanya menggunakan islam pada nama..

Alim ulama’ hanya mendiamkan diri.

Tiada perasaan tanggungjawab di dalam diri setiap anggota masyarakat, untuk melaksanakan amar makruf wa nahi mungkar.

Akhirnya Allah menghantar tentera Amerika laknatullah untuk memberi mereka pengajaran, dan telah dibantu oleh Negara-negara arab yang tidak sebulu dengan mereka.

Pengajaran yang amat perit itu terpaksa mereka telan.

Dan jika lihat keadaan di Malaysia pada hari ini, tiada beza dengan apa yang berlaku di Iraq sebelum pencerobohan…

Dalam hadis riwayat Imam Tirmizi,

Nabi bersabda,

“Demi Allah, hendaklah kamu mengajak kepada yang makruf dan hendaklah kamu mencegah kemungkaran dan jika tidak dilakukan akan datanglah kepadamu balasan berbentuk siksaan daripada Allah dalam masa yang terdekat dan ketika itu kamu berdoa sedangkan Allah tidak akan mengabulkan doa-doa kamu.”

(mengikut Imam Tirmizi hadis ini bertaraf hassan)

Bersama kita renungkan..

Wallahualam.



Read more: perantaudiary | life is journey

Saturday, April 18, 2009

Penangan Pesta BUku

Penangan pesta buku. (milik 3 insan)

Penangan pesta buku (milik 2 insan)



“Lepas ni makan buku je la, duit dah tak de..” Aku mengeluh selepas pulang dari pesta buku dan disambut hilai tawa sahabat.

“Tu la ko, rambang sangat mata..”seorang sahabat mencelah.

Entah kenapa hari ni rasa macam nak borong semua je buku yang dijual, walaupun Aku sedang mengalami krisis ekonomi yang sangat gawat. huhu

Tapi tak pe, bak kate seorang senior,

“kalau pasal buku ni berhabis pun tak pe, Apa yang penting? Kerjasama!.” ha3, tak de la Aku mengarut jea.

Sebenarnya Aku tengah bengong ni.. Hari ni suatu peristiwa malang telah berlaku,

Handset aku hilang..

Ni baru la penangan pesta buku yang sebenar kot.

“Kalau kita redho, Allah akan ganti dengan yang lebih baik”

"Allah nak uji"

Aku memujuk hati,

Redha..







Kepada yang messagenya tak berbalas,

panggilannya tak dijawab,

missed call yang tak dilayan,

paham-paham je la ea..



P/s : Doakan agar handset kesayangan dijumpai kembali (Walau pun murah aku sayang) sob3.

Read more: perantaudiary | life is journey

Thursday, April 16, 2009

Epilog silam





Epilog Silam
Album : Erti Pengorbanan
Munsyid : Haikal
http://liriknasyid.com


Dalam mengenang kisah hidup silam
Ku sedar dari kesilapan lalu
Tuhan beratnya dosa-dosaku
Masihkah ada ampunan buatku

Tuhan...Dalam menempuh hidup ini
Banyaknya dugaan datang menguji
Tuhan...Ada yang dapatku gagahi
Dan ada yang gagal kuhindari

Tuhan...Dosaku menggunung tinggi
Tapi taubatku tak kutepati
Tuhan...Rahmat-Mu melangit luas
Terlalu sedikit kubersyukur

Kini kukembali pada-Mu
Mengharap maghfirah dari-Mu
Mogakan terampunlah dosa-dosaku
Biarpun ujian melanda
Ku tetap berkasih pada-Mu
Kerna kuyakin kasih-Mu
Kekal tiada sudahnya...


Lagu : SM Ibrahim
Lirik : SM Ibrahim
Gubahan : Haikal
Muzik : Ali Hj Yassin
O.P. : EW Music Publishing (M) Sdn Bhd
S.P. : BMG Music Publishing


1995

“Asslamualaikum!!” Aku memberi salam sekuat hati.

“Waa’laikumussalam, ha dah balik..” Mak menyahut.

television 14’ inci jenama singer diaktifkan.
Rencana pentempuran komunis bintang tiga menentang tentera Tanah Melayu ditonton sepuasnya. Rancangan kegemaran selepas penat bermain di tadika.

RTM 2 pada ketika itu kerap menayangkan rancangan yang bercorak patriotic dan berunsur keriangan.

“Uda dah besar nanti nak jadi ape?” Mak tiba-tiba menyoal.


“Uda dah beso nanti nak jadi askar macam Pak Su..” Aku menjawab ringkas tanpa menoleh.



1998

“Kalau hang tak nak balik, Mak tinggal jea hang kat sini, tolong apek ni jual buku..”

“Boleh le mok.. best buku ni,” Aku keras membatu, sambil mata terus menatap komik idaman.

Mogok yang di jalankan tak berkesan, komik dragon Ball yang cukup popular tidak berjaya dibeli.

Pada ketika itu, Ujang, Pedang Setiawan, Alam Perwira,Dewata Raya dan banyak lagi komik – komik lain merupakan teman setia.

Pendidikan seni menjadi subjek kegemaran.
Menjadi kebiasaan pihak sekolah akan memberikan soalan peperiksaan pendidikan seni sehari lebih awal, supaya student dapat menyiapkan kelengkapan sepenuhnya.
Subjek ini akan ditelaah dengan cukup tekun dan bersungguh ( subjek lain tak terfikir pun nak study).

“abang pizi, dekat U nanti ade kursus nak jadi kartunis tak?” Aku menyoal abangsepupu, graduan politeknik.

Dia tak menjawab, tapi senak menahan ketawa. Ada aku buat lawak ke? hu3..

2004

“Akak menuntut dalam jurusan perubatan di UIA” fasilitator memperkenalkan diri.

Program motivasi anjuran SMA Pulau Tawar dengan kerjasama sebuah consultant yang pertama kali disertai cukup bermanfaat dan memberi kesan.
Sangat berkesan..

Nama dan wajah akak fasi ni dah hilang dalam ingatan, tapi bimbingan dan nasihatnya masih disimpan.

Pada saat itulah, terfikir matlamat hidup dan tertanam satu cita-cita tinggi, menjadi seorang doctor perubatan.
Cita-cita ini dijadikan panduan sehingga menempuh ke alam matrikulasi.
Namun takdir penentu segala, cewah..


Allah berfirman;

Kamu tidak berada dalam suatu Keadaan dan tidak membaca suatu ayat dari Al Quran dan kamu tidak mengerjakan suatu pekerjaan, melainkan Kami menjadi saksi atasmu di waktu kamu melakukannya. tidak luput dari pengetahuan Tuhanmu biarpun sebesar zarrah (atom) di bumi ataupun di langit. tidak ada yang lebih kecil dan tidak (pula) yang lebih besar dari itu, melainkan (semua tercatat) dalam kitab yang nyata (Lauh Mahfuzh).
(Surah Yunus:61)








15.04.2009

jam 7.05am, 1 message received.


“Rm0.00 Bank islam
wishes you a Happy Birthday on 15/04/2009. Bankislam. SMS”
sender:
660

Menjelang umur yang semakin tua, menjelang detik kematian yang semakin hampir,

tanggungjawab yang semakin bertambah,

amanah yang semakin besar,

Perjuangan yang masih panjang.

Ruhul jadid (semangat baru) Satu cita-cita baru satu matlamat baru, mencari mardhatillah, amin..






Dan Tiadalah kehidupan dunia ini, selain dari permainan dan gurauan belaka. Dan sungguh kampung akhirat itu lebih baik bagi orang-orang yang bertaqwa. Maka tidakkah kamu memahaminya?
(Al An’aam:32)


P/s - Syukron kepada semua sahabat, yang mengingati, ingatan kalian sangat bermakna, sob3..(terharu) ^_^




















Read more: perantaudiary | life is journey

Monday, April 13, 2009

Apa yang Penting?!!





Semangat baru



Semangat baru? Jika semangat ini diibaratkan satu solution yang boleh disukat dgn thermometer, suhunya pasti melebihi takat didih. Bukan semangat untuk final exam, tapi ada satu semangat dalam diri untuk berubah. Berubah? Berubah menjadi individu muslim yang lebih baik. aminn..

“Semangat jea tak cukup sheikh” teringat nasihat dari seorang sahabat. Apa yang penting?! Kerjasama? Bukan, cuba matang sikit… Ilmu merupakan perkara yang terpenting dalam ape jua perkara. Semangat yang tidak disertai dengan kefahaman, akhirnya akan luntur ditelan masa.

Ape la yang hang merepek ni? Kepada sahabat yang masih belum memahami ape yang dibebelkan, pesanannya jelas, cari ilmu. Manusia mulia kerana ilmu. Ilmu akan membimbing manusia, mengukuhkan akidah, dan membentuk fikrah,. Dan Apa yang penting?! untuk mendapatkan ilmu tak dapat tidak, kita perlu

membaca.



1. Bacalah dengan (menyebut) nama Tuhanmu yang Menciptakan,

2. Dia telah menciptakan manusia dari segumpal darah.





TiN Kosong

“ Benda basic pun tak tau.. akidah, feqah, dan perkara yang paling basic pun tak tau”. terasa diri kosong dan tak berguna. Analogi seperti tin kosong yang didalamnya seketul batu .. cukup bising apabila digoncang, namun hakikatnya tidak bernilai walau satu sen. Cukup bersemangat dan berani mempertahankan suatu kebenaran namun hakikatnya kosong dengan ilmu. Dan Apa yang penting?! Cari ruang masa untuk membaca dan mencari ilmu.

Sedih apabila melihat keadaan diri sendiri dan sahabat yang lesu dan kosong dari segi ilmu dan isu umat islam sejagat. “Siapa perdana menteri Israel sekarang?” Aku diam membisu. Mungkin ramai di kalangan sahabat yang dapat menjawabnya, dan mungkin lebih ramai daripada yang ramai itu senasib dengan aku. Cukup malu. “Khaibar khaibar ya Yahud, kita boikot Israel!”. terkenang laungan benci israel semasa demonstrasi. Poyo je lebih..” Kurang mengambil tahu dan malas mengambil tahu membuatkan kita semakin lesu. Dan Apa yang penting?! Tidak cukup sekadar mengambil tahu, tetapi kita perlu mengkaji dan meneliti.

“Mana ada masa, banyak lagi tak study”

“Ni semua politik sheikh, ana dah bosan dengan politik ni..”

Antara alasan popular untuk tidak mengambil tahu sehinggakan peralihan kuasa Pak Lah dan Pak Najib pun tak diambil peduli. haii.. sedihnya. Bukan untuk menghina, sekadar renungan diri dan semua. Apa yang penting?! “Berubah” kata kunci untuk menyegarkan jiwa-jiwa yang lesu. Untuk mencipta satu binaan yang kukuh, kita memerlukan batu bata yang padu dan mantap. As syaahid Imam Hassan Al banna dalam risalah taa’lim, menyimpulkan individu muslim yang baik merangkupi 5 perkataan simple.

Sederhana, membaca, sembahyang, ketenteraan dan akhlak.

Secara praktikal, didiklah diri dengan membaca. Dan untuk peringatan article ini bukan pengisian untuk kempen “Marilah membaca”, cukup sekadar renungan dan peringatan untuk diri sendiri dan jiwa-jiwa yang lesu. Dan

Apa yang penting?! Kita mesti berani berubah, mulakan perubahan dalam diri sendiri. Mari kita renungi nasihat dari seorang senior,

“ Dekatkan diri dengan Allah, masalah akan hilang”



The true measure of a man is not how he behaves in moments of comfort and convenience but how he stands at times of controversy and challenges.

Martin Luther King Jr.





p/s Doakan kejayan semua dalam final exam, semoga cemerlang di dunia dan akhirat. amin..

Read more: perantaudiary | life is journey