Read more: perantaudiary Blogspot | life is journey diari perantau: September 2009

Saturday, September 19, 2009

kisah satu syawal

Allah masih beri peluang

“Mehnah Mu itu penghapus dosaku, mengganti hukuman Mu di akhirat”

Saya memutar rangkap lagu ini beberapa kali.

Sepatutnya malam raya semalam rumah kami akan menyambut satu jenazah. Sepatutnya hari ini satu stawal, jenazah saya selamat disemadikan.

Tapi Allah masih memberikan saya peluang,nyawa saya dipanjangkannya.

Pagi raya ini baju raya, lemang, ketupat dan rendang yang tersedia, saya hanya mampu memandang sayu. Saya kini berada dalam bilik berkain pelekat dan t shirt.

Perut saya masih kosong, sejak berbuka semalam saya hanya menjamah kuih bahulu pagi tadi. Mulut saya luka teruk.

Dagu dan tangan berjahit, kedua belah kaki cedera teruk, dengan jari kanan dan jari telunjuk dan jari hantu sebelah kiri yang masih berfungsi saya mengarang pengalaman syawal ini.

Ahamdulillah terima kasih ya Allah saya masih hidup.

Semuanya bermula semalam, 30 ramadan. Pagi itu, akhir terakhir Ramadan, saya nekad ke Bandar jengka seorang diri, mencari sepasang baju melayu untuk digayakan pada hari esok. Setelah urusan berjalan sempurna saya pulang,

sepasang baju melayu biru muda untuk esok.

Pertengahan perjalanan, entah apa yang merasuk saya memecut sehabis laju, sehingga minyak habis dipulas.

Apabila sampai di jalan utama depan sebuah stesen minyak, motosikal saya hilang kawalan kerana struktur jalan di situ yang amat daif dan beralun.

Motosikal terhutung hayang, sehingga saya bersama tersungkur, badan tergolek berpusing dan seterusnya mulut saya memakan jalan tar terus meluncur di atas jalan besar tersebut.

Saya terduduk, darah menitik nitik di atas baju, baju merah bermandi darah, seluar jeans koyak teruk. Saya duduk mengaduh, sehinggalah sebuah kereta berhenti bersama penduduk sekitar mengangkat saya ke gerai, saya dibaringkan disitu. Semuanya berlaku sepantas kilat.

Allah masih sayangkan saya, tiada kereta yang memecut ketika saya diam terduduk di atas jalan besar tersebut.

Darah yang banyak keluar, saya terus dikejarkan di poliklinik, Saya diberi rawatan selepas beberapa minit menunggu, pedihnya hanya Allah yang tahu.

“Abang boleh tutup air cond?” saya meminta, pedih sangat.

“Nanti cuci lagi pedih..” Dr membalas.

Luka saya dibersihkan, batu tar yang masih melekat diantara luka dibuang, siku, tangan kiri dan dagu saya dijahit. Pedihnya Allah sahaja yang tahu, saya mengaduh dan menggeliat menahan kesakitan.

Saat takbir raya berkumandang, saya mampu menginsafi kifarah dari tuhan ini. Saya akan kenang pengalaman ini sampai akhir hayat saya.

Saya bersyukur kerana Allah masih bagi peluang untuk saya.

p/s: Hidup sebuah perjalanan~

Read more: perantaudiary | life is journey

Semuanya bermula semalam, 30 ramadan. Pagi itu, akhir terakhir Ramadan, saya nekad ke Bandar jengka seorang diri, mencari sepasang baju melayu untuk digayakan pada hari esok. Setelah urusan berjalan sempurna saya pulang.

Sepasang baju melayu biru muda siap untuk esok!

Pertengahan perjalanan, entah apa yang merasuk saya memecut sehabis laju, sehingga minyak habis dipulas.

Apabila sampai di jalan utama depan sebuah stesen minyak, motosikal saya hilang kawalan kerana struktur jalan di situ yang amat daif dan beralun.

Motosikal terhutung hayang, sehingga saya bersama tersungkur, badan tergolek berpusing dan seterusnya mulut saya memakan jalan tar terus meluncur di atas jalan besar tersebut.

Saya terduduk, darah menitik nitik di atas baju, baju merah bermandi darah, seluar jeans koyak teruk. Saya duduk mengaduh, sehinggalah sebuah kereta berhenti bersama penduduk sekitar mengangkat saya ke gerai, saya dibaringkan disitu. Semuanya berlaku sepantas kilat.

Allah masih sayangkan saya, tiada kereta yang memecut ketika saya diam terduduk di atas jalan besar tersebut.

Darah yang banyak keluar, saya terus dikejarkan di poliklinik, Saya diberi rawatan selepas beberapa minit menunggu, pedihnya hanya Allah yang tahu.

“Abang boleh tutup air cond?” saya meminta, pedih sangat.

“Nanti cuci lagi pedih..” Dr membalas.

Luka saya dibersihkan, batu tar yang masih melekat diantara luka dibuang, siku, tangan kiri dan dagu saya dijahit. Pedihnya Allah sahaja yang tahu, saya mengaduh dan menggeliat menahan kesakitan.

Saat takbir raya berkumandang, saya mampu menginsafi kifarah dari tuhan ini. Saya akan kenang pengalaman ini sampai akhir hayat saya.

bersyukur kerana Allah masih bagi peluang.

“Mehnah Mu itu penghapus dosaku, mengganti hukuman Mu di akhirat”

p/s: Hidup sebuah perjalanan~

Read more: perantaudiary | life is journey

kisah satu syawal

Allah masih beri peluang

“Mehnah Mu itu penghapus dosaku, mengganti hukuman Mu di akhirat”

Saya memutar rangkap lagu ini beberapa kali.

Sepatutnya malam raya semalam rumah kami akan menyambut satu jenazah. Sepatutnya hari ini satu stawal, jenazah saya selamat disemadikan.

Tapi Allah masih memberikan saya peluang,nyawa saya dipanjangkannya.

Pagi raya ini baju raya, lemang, ketupat dan rendang yang tersedia, saya hanya mampu memandang sayu. Saya kini berada dalam bilik berkain pelekat dan t shirt.

Perut saya masih kosong, sejak berbuka semalam saya hanya menjamah kuih bahulu pagi tadi. Mulut saya luka teruk.

Dagu dan tangan berjahit, kedua belah kaki cedera teruk, dengan jari kanan dan jari telunjuk dan jari hantu sebelah kiri yang masih berfungsi saya mengarang pengalaman syawal ini.

Ahamdulillah terima kasih ya Allah saya masih hidup.

Semuanya bermula semalam, 30 ramadan. Pagi itu, akhir terakhir Ramadan, saya nekad ke Bandar jengka seorang diri, mencari sepasang baju melayu untuk digayakan pada hari esok. Setelah urusan berjalan sempurna saya pulang,

sepasang baju melayu biru muda untuk esok.

Pertengahan perjalanan, entah apa yang merasuk saya memecut sehabis laju, sehingga minyak habis dipulas.

Apabila sampai di jalan utama depan sebuah stesen minyak, motosikal saya hilang kawalan kerana struktur jalan di situ yang amat daif dan beralun.

Motosikal terhutung hayang, sehingga saya bersama tersungkur, badan tergolek berpusing dan seterusnya mulut saya memakan jalan tar terus meluncur di atas jalan besar tersebut.

Saya terduduk, darah menitik nitik di atas baju, baju merah bermandi darah, seluar jeans koyak teruk. Saya duduk mengaduh, sehinggalah sebuah kereta berhenti bersama penduduk sekitar mengangkat saya ke gerai, saya dibaringkan disitu. Semuanya berlaku sepantas kilat.

Allah masih sayangkan saya, tiada kereta yang memecut ketika saya diam terduduk di atas jalan besar tersebut.

Darah yang banyak keluar, saya terus dikejarkan di poliklinik, Saya diberi rawatan selepas beberapa minit menunggu, pedihnya hanya Allah yang tahu.

“Abang boleh tutup air cond?” saya meminta, pedih sangat.

“Nanti cuci lagi pedih..” Dr membalas.

Luka saya dibersihkan, batu tar yang masih melekat diantara luka dibuang, siku, tangan kiri dan dagu saya dijahit. Pedihnya Allah sahaja yang tahu, saya mengaduh dan menggeliat menahan kesakitan.

Saat takbir raya berkumandang, saya mampu menginsafi kifarah dari tuhan ini. Saya akan kenang pengalaman ini sampai akhir hayat saya.

bersyukur kerana Allah masih bagi peluang untuk saya.

“Mehnah Mu itu penghapus dosaku, mengganti hukuman Mu di akhirat”

p/s: Hidup sebuah perjalanan~

Read more: perantaudiary | life is journey

Thursday, September 17, 2009

Moga Bertemu Kembali

moga kita bertemu lagi

Malam terakhir saya bertarawikh di Nilai. Cerita malam sebelumnya, 27 ramadan.

Usai witir saya bersandar di tiang masjid menikmati secawan teh suam, teh kurang gula. Sambil menghirup udara malam dibuai angin lembut, syahdu.

Terkenang kejahilan dosa.

Menghitung amalan yang kurang sepanjang bulan Ramadan kareem ini.

Pejam celik kini Ramadan hanya berbaki beberapa hari sahaja lagi, madrasah Ramadan bakal melabuhkan tirai. Persoalannya, sejauh mana Ramadan memberi kesan dalam mentarbiah jiwa kita?

Tahniah kepada mereka yang berjaya melakukan ibadah dalam bulan Ramadan ini dengan penuh rasa keimanan. Sabda Rasulullah SAW maksudnya: “Siapa yang berpuasa dengan penuh rasa keimanan dan penuh rasa keinsafan, diampunkan dosanya apa-apa yang dilakukan sebelum ini,” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Tetapi, pernah kita terfikir?

Solat tarawikh 8 @ 20 rakaat dalam bulan Ramadan, dalam bulan bulan seterusnya kita gantikan dengan solat sunat Dhuha dan solat sunat hajat selepas isyak.

Bagi yang membaca satu juzuk sehari dalam bulan Ramadan, untuk 11 bulan seterusnya usahakan untuk membaca paling kurang satu muka sehari.

Bagi perokok tegar, tinggalkan terus amalan tersebut dalam bulan bulan yang lain.

Dengan kata lain Ramadan mampu meningkatkan kualiti ubudiah penghambaan kita kepada Allah. Sebulan dalam bulan Ramadan melatih kita untuk menempuh 11 bulan seterusnya dengan penambahan kualiti dalam ibadah.

Sama-sama kita renungkan.

p/s: Sempena syawal ini, saya memohon ribuan ampun dan maaf kepada semua sahabat yang mengenali, andai terlebih dan terkurang mohon dihalalkan.

Selamat Aidilfitri =)

Salam Aidilfitri~MySpace

Read more: perantaudiary | life is journey

Thursday, September 10, 2009

Kimia & islam (Part one)

islam itu sempurna

Ilmu kimia merupakan antara sumbangan penting yang telah diwariskan para cendekiawan Muslim di abad keemasan untuk peradaban moden. Para ilmuwan dan ahli sejarah barat mengakui bahawa dasar-dasar ilmu kimia moden diletakkan kepada para kimiawan Muslim.

Sehinggakan dunia menabalkan kimiawan Muslim bernama Jabir Ibnu Hayyan sebagai 'Bapa Kimia Modern'. Will Durant dalam The Story of Civilization IV: The Age of Faith, juga mengakui bahawa para kimiawan Muslim di zaman kekhalifahanlah yang telah meletakkan asas ilmu kimia moden.

Menurut Durant, kimia merupakan ilmu yang hampir seluruhnya diciptakan oleh peradaban Islam. "Dalam bidang ini (kimia), peradaban Yunani (seperti kita ketahui) hanya sebatas melahirkan hipotesis yang samar-samar," ungkapnya.

bersambung..

Read more: perantaudiary | life is journey

Wednesday, September 9, 2009

2 travelog

travelog

Saya mula mengenali Muhd Kamil Ibrahim dengan travelog dakwah. Sebuah buku motivasi dakwah yang cukup hebat. Berkisar tentang pengalaman beliau sendiri.

Pengalaman yang cukup unik dan memberi pengajaran yang hebat.

Dalam kerjaya,beliau sentiasa berjaya dan mendapat apa yang dihajatinya. Sehinggakan beliau berjaya memperoleh gelaran Professor pada usia 39 tahun. Namun jauh di sudut hati sedar beliau punya kekurangan peribadi.

Beliau jujur mengaku kekurangan dari segi ilmu dan amalan agama. Tidak malu belajar semula di usia yang bukan lagi muda. Belajar mengenal huruf Al-Qur’an sewaktu sudah bergelar Professor.

Karya yang menyentuh perasaan.

Akibat terlalu “taksub” saya meminjam karya utama beliau travelog haji, mengubah sempadan iman. Alhamdulillah, baru selesai menghabiskan karya hebat beliau tersebut.

Travelog Haji dan teravelog dakwah ditulis dengan sepenuh jiwa. Perjalanan itu ditulis dengan penuh jujur, rasa ikhlas dan tulus, kadang-kadang terasa penulisnya sangat merendah diri.

Doa doa rintihan seorang hamba yang dimakbulkan, memperlihatkan kekuasaan Allah dan membuatkan kita mahu sepertinya dekat dengan sang pencipta.

Memberi bukti bahawa hidup ini bukan kebetulan tetapi satu ketentuan.

Buku buku ini begitu berkesan di hati.

p/s: mengarut jawab quiz hu~

Read more: perantaudiary | life is journey

Tuesday, September 8, 2009

Quiz~

Mengenang kuiz kimia organik esok hari, sempat lagi saya mengarut.

Berehat kejap.

Ingat lagi subjek SPM yang kita pernah ambil dulu?

Spesifik lagi subjek sejarah, biologi ataupun subjek berbentuk hafazan yang sama waktu dengannya.

Pasti ramai yang geleng kepala.

Daripada sekolah rendah sehinggalah ke IPT, sistem pendidikan di Negara kita lebih menekankan HAFAZAN. Segala ilmu dihafaz sebaiknya, kemudian dimuntahkan di meja peperiksaan. Rajin menghafaz penentu sebuah kejayaan bagi seorang pelajar.

Cuba kita duduk dan renung sekejap.

Adakah pelajar atau mahasiswa berpemikiran lateral serta mempunyai daya kreativiti tinggi dapat dilahirkan dengan sistem pendidikan yang hanya berteraskan “exam oriented” semata mata?

Gejala sosial yang hebat melanda generasi baru Malaysia mempunyai perkaitan yang rapat dengan sistem secular pendidikan Malaysia yang diamalkan sekarang.

Usaha GAMIS untuk membawa reformasi sistem pendidikan Negara sekaligus untuk merombak sistem pendidikan Malaysia sangat kena pada masanya.

klik

Moga moga usaha mereka Berhasil dan memberikan sumbangan yang besar kepada masyarakat.

p/s: tension menghafaz organic..

Read more: perantaudiary | life is journey

Friday, September 4, 2009

risalah ramadhan

klik untuk besarkan

Read more: perantaudiary | life is journey

Tuesday, September 1, 2009

ramadhan dua zaman

Ramadhan satu nasib tak serupa
Peluangnya sama natijah berbeza

Ramadhan mereka gemilang cemerlang
Mukmin berjasa diawal zaman
Ramadhan kami malam terbuang
Muslim berdosa di akhir zaman

Mereka gembira kerana kedatanganmu
Kami gembira dengan pemergianmu
Malam mereka meriah disimbah Nur al-Quran
Tapi malam kami muram bertemu dengkur

Mereka berlumba mengejar makrufat
Tapi kami lesu diburu nafsu
Hati mereka bercahaya digilap takwa
Jiwa kami gelap didera dosa

Takbir mereka takbir kemenangan
Hadiah mujahadah sebulan ramadhan
Takbir kami lesu tak bermaya
Tanda kalah lemah tak berdaya
Puasa sekadar lapar dan dahaga