Read more: perantaudiary Blogspot | life is journey diari perantau: July 2009

Friday, July 31, 2009

Fiqih Dakwah



Read more: perantaudiary | life is journey

Fiqih Dakwah



Salam mujahadah,


Saya berjalan di C-fest (pesta convo) sebentar tadi, tujuan utama mencari sandal untuk menggantikan selipar jepun yang telah berusia. Sandal untuk perjalanan jauh pada hari esok.


Mata liar memerhati, kaki ligat berjalan..


Akhirnya, sandal yang dicari gagal ditemui. Selipar jepun kuning masih menjadi peneman setia.


Satu perkara yang menarik perhatian pastinya, KEDAI BUKU. Saya terjumpa buku-buku menarik dari negara seberang.Buah tangan dari humaira bookstore.


Bermacam buku menarik, dan akhirnya saya memilih buku ini


FIQIH DAKWAH, karya Jum’ah amin Abdul Aziz

Penerbit: Intermedia Solo


Dakwah berorientasi pembangunan dan perbaikan masyarakat. Namun seringkali karena kedangkalan wawasan dainya, ia tidak berhasil memberikan kontribusi apapun, tidak juga perwujudan maslahat yang riil. Bahkan terkadang keneradaannya justru memperkeruh suasana dan merusak tatanan masyarakat.


Dalam kondisi seperti itu kita jumpai orang menolak dakwah bukan karena benar-benar ingkar, tapi semata karena buruknya akhlak sang dai, atau dangkalnya pengetahuan dia tentang kaidah-kaidah dakwah. Buku ini menyajikan berbagai resep dakwah, utamanya menyangkut prinsip-prinsip dan kaidah-kaidah dakwah sebagai acuan bagi para dai dalam bertindak, sekaligus koreksi atas banyaknya fenomena penyimpangan di jalan dakwah.



Saya mungkin tertarik dengan gaya persembahan buku ini.


Moga diberi kekuatan untuk menghabiskannya,




P/s : InsyaAllah memberi manfaat..

Read more: perantaudiary | life is journey

Thursday, July 30, 2009

Hukmu Da'wah?













Saya sedang buat lab report organic chem, esok nak kena hantar.

Teringat petang tadi, kelas tutor metodologi da’wah.

Sesi soal jawab,

“Hukmu da’wah qismani, fardhu ain wa fardhu kifayah..

Assoal,

Yang mana satu kita nak pegang ustaz? Wajib ke fardhu kifayah..” Saya bertanya.

Ustaz menjawab,

“Mengikut istithoa’h (kemampuan), makan (tempat) wazaman (waktu)..”

Read more: perantaudiary | life is journey

Monday, July 27, 2009

Tabligh







“Makhluk tak de kuasa, Allah ada kuasa!” beritahu seorang cikgu sejarah.


“Tanam pinang rapat-rapat biar senang puyuh berlari, kita duduk rapat-rapat hidupkan sunnah nabi” tambah cikgu sejarah tadi sebelum majlis ta’lim zohor bermula.


Saya tiba-tiba teringat suasana di SMAPT dulu.



Seperti biasa, tepat masuknya waktu zohor, kami akan solat secara berjemaah sebelum kelas pengajian disambung semula.


Terkenang persekitaran dakwah disana, rindu majlis ta’lim. Saya paling rindu ceramah ustaz syaa’ri ketika kelas sejarah bermula. Antara guru yang paling saya hormati sehingga hari ini.




TABLIGH



Beberapa hari ini, banyak bercerita tentang gerakan tabligh. Kesatuan yang sangat berjasa kepada saya.


Gerakan dakwah ini yang memperkenalkan saya tentang keindahan islam. Daripada seorang yang tak kenal kepada masjid, saya mula berjinak dengan masjid. Daripada seorang yang culas solat, saya mula istiqamah. Saya mula kenal dengan sunnah nabi. Spiritual mula meningkat.


Tiga tahun saya dibesarkan dengan suasana ini.


Saya terpukau dengan kesederhanaannya. Dan pastinya, saya seorang yang cepat terpengaruh.Sehingga saya pernah terfikir untuk meneruskan perjuangan kesatuan ini sehingga ke akhirnya.


“Jom keluar dakwah tiga hari..” Ajak seorang penggiat di kampung saya.

“Tak boleh pak cik, ayah saya tak bagi..” Alasan popular.


Saya tak pernah keluar berdakwah. Cuma apabila ada yang menziarahi masjid di kampung, saya orang pertama mengikuti setiap program yang dijalankan. Bukan calang-calang manusia ahlinya, saya bertemu engineer, pensyarah dan banyak lagi golongan profesional dari berbagai pelosok tanah air.



DAKWAH


Saya bertemu usrah di sekolah baru. Tiada lagi majlis ta’lim, tiada lagi majlis fikir atas iman, tiada lagi keluar tiga hari.


Saya ditaarbiah dengan usrah,


Cuma kadang-kadang rindu pada kesederhanaan dulu..


Siapalah saya untuk mengutuk gerakan tabligh, Tinggi manalah ilmu saya untuk menyombong diri mengatakan gerakan islam ini salah.


Cuma ingin berterima kasih kerana telah memperkenalkan islam kepada manusia yang jahil dan hina ini..



Semuanya ada kaedah masing-masing, yang pastinya bermatlamatkan dakwah. Mengajak manusia mengenal Allah, mencintai sunnah.



Cuma beberapa perkara perlu diambil perhatian dan memerlukan kajian yang mendalam oleh ahli gerakan islam ini,


********


Ditulis oleh tamimi

Friday, 26 September 2008

Assalamualikum ustaz..


saya ingin bertanya tebtang jemaah tabligh..boleh ustaz terengkan serba sedikit tentang jemaag tabligh. terima kasih



*******


w.salam


Jemaah tabligh yang sedia maklum itu adalah salah satu dari ribuan jemaah2 Islam yang memberikan tumpuan atas uasaha2 dakwah dibumi Allah ini. Jemaah yang berpusat di india ini disertai oleh ratusan ribu umat islam diseluruh dunia.


Apa yang elok tentang jemaah tabligh ini ialah kerja2 berdakwah mengajak manusia menunaikan solat dan melakukan amalan2 sunnah yang mana kebanyakan manusia Islam hari ini semakin melupakannya.


Cuma perlu diberi perhatian pada apa yang berlaku pada jemaah tabligh yg ada pada zaman ini telah sedikit lari dari segi perjalannya jika dibandingkan dengan zaman awal ianya ditubuhkan.


Jemaah tabligh pada zaman penubuhannya sangat mementingkan dua perkara dalam gerakan mereka yaitu menuntut ilmu dan berjihad.


Lihatlah kisah bagaimana Maulana Mohd Zakaria dan Maulana Mohd Yunus bertungkus lumus belajar ilmu agama sehingga menjadi ulamak dan perjuangan mereka menentang kebatilan tanpa takut kepada sesiapa.


Jemaah yang ada pada hari ini telah meninggalkan dua asas penting dalam gerakan tabligh ini dimana mereka kurang gemar menuntut ilmu dengan bersungguh dan ramai pula yang meninggalkan jihad yang mana kedua perkara ini adalah sunnah Nabi saw yang sangat tinggi nilainya disis Allah swt.


Begitu juga dengan nahi munkar agak kurang dipraktikkan padahal amar ma'ruf itu tidak boleh dipisahkan sama sekali denga nahi munkar kerana keduanya inilah yang menjadikan para sahabht r.a. sebagai umat terbaik yag pernah wujud dikalangan umat manusia.


wallahua'lam


http://ustazazhar.com

KEPENTINGAN BERJEMAAH

Read more: perantaudiary | life is journey

Saturday, July 25, 2009

U-turn ke jalan lurus








Salam mujahadah.

Saya semakin malas, malas tahap gaban. Mungkin faktor kekurangan idea. Cuma sedikit perkongsian.

Saya baru sahaja selesai menghabiskan bacaan sebuah buku. Hasil pinjaman dari seorang sahabat.



U-Turn ke jalan lurus

karya Zul Ramli

M. Razali.


Penulis menyampaikan nasihatdan peringatan dengan penuh hikmah melalui jalan penceritaan yang cukup menarik. Koleksi kisah dan pengajaran dengan gaya bahasa yang santai disulam dengan hadis-hadis qudsi dari kitab al-mawaiz fil ahadis qudsiah karya imam Ghazali.


Buku yang sangat menarik saya kira. Juadah yang mampu menyegarkan jiwa penuh lesu, dan mampu membangkitkan kembali semangat yang pudar.

Selamat membaca.


******************




p/s: jom g konsert antara dunia 1 ogos =)

Read more: perantaudiary | life is journey

Friday, July 17, 2009

pOkai


Read more: perantaudiary | life is journey

pOkai







"Bas Sutera ke ni?" saya bertanya seorang penunggu bersongkok, dia mengangguk sambil tersenyum.

Saya menjadi sangat peramah petang itu, berjumpa seorang sahabat baru. Bersembang sambil menunggu pintu bas dibuka.





"Err.. first year?" saya memulakan perbualan.



"Eh bukan, tahun empat.."



Entah kenapa maghrib itu saya menjadi sangat peramah. Berasal dari johor, fakulti Quran dan Sunnah, serba sedikit tentang beliau. Saya bertanya banyak perkara.



Tentang sejarah kampus, pengalaman sahabat sepanjang empat tahun menjadi warga USIM.



Bercerita tentang kekurangan dan kepayahan yang dihadapinya ketika awal pengajian.





“kami generasi awal lebih terasa, merasa daripada tiada kepada ada..”







Sahabat bercerita tentang perancangan masa depannya selepas tamat pengajian. Tentang pengalaman praktikalnya tanpa elaun.





“kalau ada rezeki, Ana lebih minat mengajar..”



“Tapi…” Saya melihat kebimbangan di wajahnya.



“MUET ana tak lepas lagi.. Ni dah masuk kali ke empat..” nadanya sayu.











BAHASA







Bahasa menjadi masalah utama. Bahasa inggeris untuk fakulti pengajian islam, bahasa Arab untuk pengajian sains.





Saya antaranya, gerun kepada bahasa arab..



Saya membayangkan jika bahasa arab juga mempunyai penilaian yang sama seperti MUET, syarat untuk mendapat ijazah.





Mungkin ramai di kalangan kita yang tidak mendapat degree.







TAWAKAL









“Kita nak focus pengkhususan, dan nak skor band 3 untuk MUET.. Serabut jugak”

“Tapi ana usaha yang terbaik, selebihnya TAWAKAL..” sahabat termenung panjang.











Saya suka perkataan ini, perkataan pergantungan dan pengharapan sepenuhnya kepada PENCIPTA, setelah segala usaha dikerjakan.





TAWAKAL,

Allah berfirman,

"Karena itu hendaklah kepada Allah saja orang-orang Mukmin bertawakal".

(Ali Imran: 122)







"Dan, barangsiapa yang bertawakal kepada Allah, niscaya Allah akan mencukupkan (keperluan)nya".

(Ath-Thalaq: 33)





POKAI









Dari Umar bin Al-Khaththab Radhiyallahu Anhu, dia berkata, "Aku mendengar Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda,



"Andaikan kalian bertawakal kepada Allah dengan sebenar-benarnya tawakal, niscaya Dia kan menganugerahkan rezki kepada kalian sebagaimana Dia menganugerahkan rezki kepada burung, yang pergi pada pagi hari dalam keadaan lapar, lalu kembali pada sore hari dalam keadaan kenyang."





Malam itu saya berada di UIA, menikmati mee hun sup panas dan Nescafe ais. Lapar tahap gaban.





Saya membelek dompet levis saya, mengeluarkan kad bank islam beratur untuk melihat baki. Harapannya PTPTIPU telah berada di dalam akaun. Butang semakan akaun simpanan ditekan.





“Baki dalam akaun anda RM 2.50”







Itulah jawapan yang mengecewakan setiap kali kad bank dicucuk..



Saya sedang mengalami kepokaian tahap kritikal,





p/s: HSP balik kampung esok, kenduri.

Read more: perantaudiary | life is journey

Wednesday, July 15, 2009

kimia islam



“Awak pernah dengar golongan prostaz?” cikgu menyoal.

“Profesional ustaz..”



Itu kali pertama saya mendengar perkataan tersebut. Entah ada atau tidak dalam kamus dewan, saya tak pasti, cuba la cari. Golongan professional yang berpewatakan seorang ustaz.



Kalau ada yang membaca blog ini, dua kali entri saya bercerita tentang demonstrasi. Soal kebangkitan mahasiswa sebagai agen perubah. Tidak hanya berkisar dengan bilik kuliah semata.



Saya membayangkan kampus saya sehebat kampus lain, mengimpikan suasana seperti di UKM, mengbayangkan suasana seperti di UM. Semangat pejuangan seperti di UIA. Universiti-universiti veteran yang telah melahirkan ramai manusia-manusia hebat, yang kini sedang berkhidmat untuk masyarakat.



Tapi persoalan pokoknya, mampukah saya berdepan dengan suasana hebat itu.

Mungkin saya akan terus futhur(tewas) dan hanyut,

Dan pasti itu hikmahnya Allah meletakkan saya disini.

Kampus AMAN dan DAMAI..



IMBAS



Keluar awal pagi, pulang bila malam menjelang. Itu rutin harian pada awal semester. Subjek bahasa menjadi keutamaan, berlakon dan presentation menjadi perkara kemestian.



Apabila tiba di rumah, terus tidur keletihan. Tiada masa untuk studi.



Itu cerita semester satu, tahun dua lebih mencabar. Pembahagian masa antara kuliah dan taklifan.

Baru seminggu kuliah berlangsung , macam-macam perkara perlu diselesaikan.



Seminggu yang penat.



KIMIA DAN ISLAM



“Orang kampong takkan tanya masalah hukum hakam dekat kita, takkan suruh kita bukak kitab.. Sebab bukan bidang kita, tapi kalau masalah yang berkaitan dengan bidang kita kita tak boleh nak jawab, tu boleh menimbulkan fitnah..” saya teringat nasihat seorang OTAI.



Pertikaian antara fardhu kifayah dan fardhu ain,

Tiba-tiba perkara ini terlintas di fikiran.





KIMIA + FALSAFAH + ETIKA + DAKWAH = ?





Saya membayangkan Hidup Sebuah Perjalanan bercerita tentang konsep dan fakta KIMIA diselitkan dengan falsafah dan etika ISLAM dan hasilnya menjadi satu bentuk DAKWAH.



Persoalan tentang SAINS dan ISLAM berunsur kehidupan dan motivasi.

Dan disampaikan dalam bentuk yang santai dan senang difahami.



Mengenang kesibukan yang dialami, saya tak pasti.

Mungkin akan terus kekal BERAPI di dalam.

Read more: perantaudiary | life is journey