Read more: perantaudiary Blogspot | life is journey diari perantau: Tabligh

Monday, July 27, 2009

Tabligh







“Makhluk tak de kuasa, Allah ada kuasa!” beritahu seorang cikgu sejarah.


“Tanam pinang rapat-rapat biar senang puyuh berlari, kita duduk rapat-rapat hidupkan sunnah nabi” tambah cikgu sejarah tadi sebelum majlis ta’lim zohor bermula.


Saya tiba-tiba teringat suasana di SMAPT dulu.



Seperti biasa, tepat masuknya waktu zohor, kami akan solat secara berjemaah sebelum kelas pengajian disambung semula.


Terkenang persekitaran dakwah disana, rindu majlis ta’lim. Saya paling rindu ceramah ustaz syaa’ri ketika kelas sejarah bermula. Antara guru yang paling saya hormati sehingga hari ini.




TABLIGH



Beberapa hari ini, banyak bercerita tentang gerakan tabligh. Kesatuan yang sangat berjasa kepada saya.


Gerakan dakwah ini yang memperkenalkan saya tentang keindahan islam. Daripada seorang yang tak kenal kepada masjid, saya mula berjinak dengan masjid. Daripada seorang yang culas solat, saya mula istiqamah. Saya mula kenal dengan sunnah nabi. Spiritual mula meningkat.


Tiga tahun saya dibesarkan dengan suasana ini.


Saya terpukau dengan kesederhanaannya. Dan pastinya, saya seorang yang cepat terpengaruh.Sehingga saya pernah terfikir untuk meneruskan perjuangan kesatuan ini sehingga ke akhirnya.


“Jom keluar dakwah tiga hari..” Ajak seorang penggiat di kampung saya.

“Tak boleh pak cik, ayah saya tak bagi..” Alasan popular.


Saya tak pernah keluar berdakwah. Cuma apabila ada yang menziarahi masjid di kampung, saya orang pertama mengikuti setiap program yang dijalankan. Bukan calang-calang manusia ahlinya, saya bertemu engineer, pensyarah dan banyak lagi golongan profesional dari berbagai pelosok tanah air.



DAKWAH


Saya bertemu usrah di sekolah baru. Tiada lagi majlis ta’lim, tiada lagi majlis fikir atas iman, tiada lagi keluar tiga hari.


Saya ditaarbiah dengan usrah,


Cuma kadang-kadang rindu pada kesederhanaan dulu..


Siapalah saya untuk mengutuk gerakan tabligh, Tinggi manalah ilmu saya untuk menyombong diri mengatakan gerakan islam ini salah.


Cuma ingin berterima kasih kerana telah memperkenalkan islam kepada manusia yang jahil dan hina ini..



Semuanya ada kaedah masing-masing, yang pastinya bermatlamatkan dakwah. Mengajak manusia mengenal Allah, mencintai sunnah.



Cuma beberapa perkara perlu diambil perhatian dan memerlukan kajian yang mendalam oleh ahli gerakan islam ini,


********


Ditulis oleh tamimi

Friday, 26 September 2008

Assalamualikum ustaz..


saya ingin bertanya tebtang jemaah tabligh..boleh ustaz terengkan serba sedikit tentang jemaag tabligh. terima kasih



*******


w.salam


Jemaah tabligh yang sedia maklum itu adalah salah satu dari ribuan jemaah2 Islam yang memberikan tumpuan atas uasaha2 dakwah dibumi Allah ini. Jemaah yang berpusat di india ini disertai oleh ratusan ribu umat islam diseluruh dunia.


Apa yang elok tentang jemaah tabligh ini ialah kerja2 berdakwah mengajak manusia menunaikan solat dan melakukan amalan2 sunnah yang mana kebanyakan manusia Islam hari ini semakin melupakannya.


Cuma perlu diberi perhatian pada apa yang berlaku pada jemaah tabligh yg ada pada zaman ini telah sedikit lari dari segi perjalannya jika dibandingkan dengan zaman awal ianya ditubuhkan.


Jemaah tabligh pada zaman penubuhannya sangat mementingkan dua perkara dalam gerakan mereka yaitu menuntut ilmu dan berjihad.


Lihatlah kisah bagaimana Maulana Mohd Zakaria dan Maulana Mohd Yunus bertungkus lumus belajar ilmu agama sehingga menjadi ulamak dan perjuangan mereka menentang kebatilan tanpa takut kepada sesiapa.


Jemaah yang ada pada hari ini telah meninggalkan dua asas penting dalam gerakan tabligh ini dimana mereka kurang gemar menuntut ilmu dengan bersungguh dan ramai pula yang meninggalkan jihad yang mana kedua perkara ini adalah sunnah Nabi saw yang sangat tinggi nilainya disis Allah swt.


Begitu juga dengan nahi munkar agak kurang dipraktikkan padahal amar ma'ruf itu tidak boleh dipisahkan sama sekali denga nahi munkar kerana keduanya inilah yang menjadikan para sahabht r.a. sebagai umat terbaik yag pernah wujud dikalangan umat manusia.


wallahua'lam


http://ustazazhar.com

KEPENTINGAN BERJEMAAH

Read more: perantaudiary | life is journey

No comments:

Post a Comment