Read more: perantaudiary Blogspot | life is journey diari perantau: Hati

Tuesday, July 7, 2009

Hati





Saya bersama seorang sahabat sedang menikmati keindahan petang. Kami berdua melepak di tepi jambatan sambil menikmati keindahan pemandangan air parit.

Sungai ini tempat saya berkubang tidak lama dulu.

Asap rokok memenuhi ruang, menusuk hidung. Sebatang demi sebatang dunhill dihabiskannya.

“Aii, aku dengar haritu dah nak berenti..” saya memerli.

“Ni dah kurang sikit..”



ROKOK





Ini aktiviti wajib saya bila pulang ke jengka, bersama lima orang sahabat mengimbau kenangan nakal di zaman sekolah dulu. Bercerita tentang kehidupan dan pengalaman hidup masing-masing.

Kalau berduit, minum cendol dan makan keropok lekor panas.



Petang itu sedikit berbeza, kami hanya berdua. Tiga yang lain sibuk dengan komitmen masing-masing.

Seorang baru habis bercuti, penuntut UITM. Seorang baru mendaftar di UIA, dan seorang lagi sedang bertugas sebagai tentera.



Dikalangan kami, tiga PEROKOK TEGAR.



“Sehari berapa ringgit habis?” saya bertanya soalan cepu emas.

“Aku selalu beli pakai kotak, banyak juga la habis..” sebatang lagi dunhill dinyalakan.

“Aku nak habiskan dalam kotak nie, malas nak bawak balik rumah..” sahabat tersengih.



Itu sahaja yang saya mampu. Memerli dan memberi soalan perangkap, tapi selalunya tak berhasil.





HATI YANG BERBOLAK BALIK



Saya teringat zaman nakal kami berdua dulu.



Dari darjah dua sehinggalah ke akhir pengajian di sekolah rendah kami sekelas. Sangat baik akhlaknya, selalu solat berjemaah di masjid, dan antara pelajar cemerlang UPSR, 5A.



Kami berdua dilantik menjadi pengawas di darjah dua. Memakai uniform biru sehinggalah ke akhir pengajian. Bezanya dia dilantik menjadi ketua pengawas, dan saya dicop sebagai ‘mawas’, pelajar nakal dan pernah digantung jawatan.



Saya pelajar bermasalah, dia pelajar hebat membuatkan kami kurang rapat di sekolah.Sahabat menyambung pengajian di sekolah berasrama penuh, saya menuntut di sekolah agama kampung.



Beberapa tahun berlalu.



Takdir Allah menemukan kami semula, di tingkatan empat dan lima, sekali lagi kami di kelas yang sama.



Tapi sahabat yang saya kenal dulu dah berubah..





HATI





“Wahai tuhan yang membolak balikkan hati, tetapkan hati kami di atas agamamu”



Berdoa supaya pengakhiran hidup kita diredhai.



Saya teringat kisah Tha’labah bin Hathib, Sahabat nabi yang diuji dengan sedikit kemewahan, sehingga berbolak balik hatinya menjadi seorang yang kikir.



Moga-moga kita istiqamah hingga ke hujung nyawa..



Moga-moga pengakhiran hidup kita di dunia ini, menjadi satu permulaan yang indah untuk hidup di akhirat yang kekal selama lamanya.



Sekadar renungan.

Read more: perantaudiary | life is journey

3 comments: