Read more: perantaudiary Blogspot | life is journey diari perantau: pOkai

Friday, July 17, 2009

pOkai







"Bas Sutera ke ni?" saya bertanya seorang penunggu bersongkok, dia mengangguk sambil tersenyum.

Saya menjadi sangat peramah petang itu, berjumpa seorang sahabat baru. Bersembang sambil menunggu pintu bas dibuka.





"Err.. first year?" saya memulakan perbualan.



"Eh bukan, tahun empat.."



Entah kenapa maghrib itu saya menjadi sangat peramah. Berasal dari johor, fakulti Quran dan Sunnah, serba sedikit tentang beliau. Saya bertanya banyak perkara.



Tentang sejarah kampus, pengalaman sahabat sepanjang empat tahun menjadi warga USIM.



Bercerita tentang kekurangan dan kepayahan yang dihadapinya ketika awal pengajian.





“kami generasi awal lebih terasa, merasa daripada tiada kepada ada..”







Sahabat bercerita tentang perancangan masa depannya selepas tamat pengajian. Tentang pengalaman praktikalnya tanpa elaun.





“kalau ada rezeki, Ana lebih minat mengajar..”



“Tapi…” Saya melihat kebimbangan di wajahnya.



“MUET ana tak lepas lagi.. Ni dah masuk kali ke empat..” nadanya sayu.











BAHASA







Bahasa menjadi masalah utama. Bahasa inggeris untuk fakulti pengajian islam, bahasa Arab untuk pengajian sains.





Saya antaranya, gerun kepada bahasa arab..



Saya membayangkan jika bahasa arab juga mempunyai penilaian yang sama seperti MUET, syarat untuk mendapat ijazah.





Mungkin ramai di kalangan kita yang tidak mendapat degree.







TAWAKAL









“Kita nak focus pengkhususan, dan nak skor band 3 untuk MUET.. Serabut jugak”

“Tapi ana usaha yang terbaik, selebihnya TAWAKAL..” sahabat termenung panjang.











Saya suka perkataan ini, perkataan pergantungan dan pengharapan sepenuhnya kepada PENCIPTA, setelah segala usaha dikerjakan.





TAWAKAL,

Allah berfirman,

"Karena itu hendaklah kepada Allah saja orang-orang Mukmin bertawakal".

(Ali Imran: 122)







"Dan, barangsiapa yang bertawakal kepada Allah, niscaya Allah akan mencukupkan (keperluan)nya".

(Ath-Thalaq: 33)





POKAI









Dari Umar bin Al-Khaththab Radhiyallahu Anhu, dia berkata, "Aku mendengar Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda,



"Andaikan kalian bertawakal kepada Allah dengan sebenar-benarnya tawakal, niscaya Dia kan menganugerahkan rezki kepada kalian sebagaimana Dia menganugerahkan rezki kepada burung, yang pergi pada pagi hari dalam keadaan lapar, lalu kembali pada sore hari dalam keadaan kenyang."





Malam itu saya berada di UIA, menikmati mee hun sup panas dan Nescafe ais. Lapar tahap gaban.





Saya membelek dompet levis saya, mengeluarkan kad bank islam beratur untuk melihat baki. Harapannya PTPTIPU telah berada di dalam akaun. Butang semakan akaun simpanan ditekan.





“Baki dalam akaun anda RM 2.50”







Itulah jawapan yang mengecewakan setiap kali kad bank dicucuk..



Saya sedang mengalami kepokaian tahap kritikal,





p/s: HSP balik kampung esok, kenduri.

Read more: perantaudiary | life is journey

2 comments:

  1. cara utk berjmat;
    1)beli megi,pathkan 2 bhgn,mkn spt ubat 2 kali shri
    2)minum air gula buatn sndiri utk tmbh tenaga
    3)pau mknn org tngh mkn
    4)lastly,kalau lapaq sngt,makn bucu meja.

    ReplyDelete
  2. kesian..saba ye

    amlkan tips kat ats tu~

    ReplyDelete