Read more: perantaudiary Blogspot | life is journey diari perantau: December 2009

Saturday, December 12, 2009

Al Fatihah..




Dari kiri Danial, saya dan Acap, Zanur, Ain, arwah Hanisa (baju bewarna kuning) dan Masyitah.



Petang tadi, saya menerima satu sms, daripada adik Masyitah dari Negeri Sembilan. salah seorang ahli peserta tiger skuad semasa Kem harapan Sapura. Adik-adik saya.

“ As’kum… A.Imran? hanisa dh mninggal ngn adk die 7 thn bru pg td rmh die kne rmpuh lori mnyk. Hbs x de bnde yg tngl trbkr.”

“Astaghfirulllahalazim, innalillahwainnailaihirojiu’n..” Saya membalas mesej tersebut. Terkejut.

Benarlah, maut tak mengenal usia.

Al fatihah..


Petronas siasat insiden lori tangki rempuh rumah

Sumber: http://www.bharian.com.my

KUALA LUMPUR: Petronas Dagangan sedang menyiasat insiden yang mana sebuah lori tangki minyak merempuh sebuah rumah di Batu 18, Kampung Ulu Klawang di Jelebu, Negeri Sembilan sehingga mengorbankan pemandunya dan dua beradik kira-kira 8.40 pagi tadi.

Menurut kenyataan Petronas Dagangan, pihak berkuasa dan wakil Petronas Dagangan serta operator pengangkutan yang membawa produk untuknya berada di tempat kejadian untuk menyiasat punca insiden.

"Petronas Dagangan melahirkan rasa kesal dan takziah dan akan memberi segala bantuan yang perlu kepada keluarga mangsa insiden.


"Syarikat akan mengambil tindakan yang perlu terhadap operator pengangkutan yang terbabit dalam kejadian ini," menurut kenyataan itu.

Dalam kejadian itu, lori tangki berkenaan yang sedang membawa 21,000 litre petrol dan 10,000 liter diesel terbabas dan merempuh sebuah rumah lalu terbakar.

Pemandu lori tersebut mati dalam kejadian itu termasuk dua beradik yang sedang berada di dalam rumah berkenaan semasa kejadian. - Bernama



Semoga roh arwah dan adiknya ditempat dikalangan orang-orang yang beriman.

Read more: perantaudiary | life is journey

Wednesday, December 9, 2009

ingat lima




menghargai masa


“Pekeliling satu..”

“Sri Petaling?” Abang tiket bertanya tak faham.

“Pekeliling..”Saya meminta sekali lagi.

“Titiwangsa..?” Abang tiket membetulkan.

“Haah, ye la tu” saya tersengih, malu kat orang belakang. Cepat-cepat mengcoverkan diri, puas cuba untuk mengingat kembali perkataan 'Titiwangsa'.

Perjalanan dari Nilai ke rumah di Jengka 24 mengambil masa lebih kurang 4 jam. Menaiki bas di stesen Pekeliling, singgah di Bandar Temerloh, terus menukar bas ke Kuala krau. Dari Kuala krau, menaiki bot merentas sungai Pahang.

Sekali dengar macam orang asli nak balik pendalaman.

Ya lah, siap naik bot lagi. Sebenarnya, boleh je kalau nak berhenti di Bandar Jengka, tapi lagi best naik bot. Menikmati pemandangan sungai Pahang.

Merasa hebatnya gegaran bot meredah arus sungai, dan moga moga hati juga bergetar melihat kebesaran dan keagungan ciptaan Allah.

MASA

Selalunya bot ini akan menggunakan arus sungai sebagai pembantu tenaga enjin sedia ada. Cuma perlu bijak menggunakan arus. Pandai mengawal arus, cepatlah pula sampai ke destinasi, dan jika gagal mengawal arus mungkin lewat tiba dan lebih teruk mungkin terus hanyut dibawa arus.

Arus sungai yang mengalir kadang kala deras dan kadang kadang perlahan, namun terus mengalir. Begitulah juga waktu, terus berjalan tanpa kita sedari. Bijak mengawalnya kita akan berjaya, dan jika gagal mengisinya kita tergolong dalam golongan yang rugi.

Semuanya terpulang pada kita untuk mengawal dan mengisinya.


Allah SWT berfirman yang bermaksud:

“Demi masa, Sesungguhnya manusia itu benar-benar berada di dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh dan nasihat menasihati supaya mentaati kebenaran dan nasihat menasihati supaya menetapi kesabaran”

(Al Asr 1-3)


INGAT LIMA

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud : " Rebutlah lima perkara sebelum datangnya lima perkara. Pertama : masa sihat sebelum sakit. Kedua : masa kaya sebelum datangnya masa sempit (miskin). Ketiga : masa lapang sebelum tiba masa sibuk. Keempat masa mudamu sebelum datang masa tua dan kelima masa hidup sebelum tiba masa mati." (riwayat al-Hakim dan al-Baihaqi)


Hadis ini memperlihatkan kepada kita betapa Rasulullah s.a.w begitu bersungguh-sungguh tidak mahu umatnya kerugian kerana mengabaikan kelima-lima peluang dengan merebutnya sebelum datang lima perkara yang boleh menyebabkan mereka ditimpa penyesalan di kemudian hari.


Sikap mengambil mudah ini menyebabkan begitu banyak orang Islam membiarkan kelima-lima masa atau keadaan itu hilang lesap tanpa dimanfaatkan. Dan ianya terus berlalu dengan pantas dan diisi pula degan kelima-lima masa atau keadaan yang merupakan lawannya itu.


Justeru demi memperolehi keselamatan hidup dunia dan akhirat, umat Islam perlu mengambil peringatan terhadap saranan Rasulullah s.a.w yang amat penting seperti yang tersebut di dalam hadith tadi.


Marilah kita isikan masa-masa yang lima itu dengan bersungguh-sungguh tenaga kita sebelum datangnya lima perkara yang penuh dengan duri dan ranjau yang mungkin akan menghitamkan muka kita setelah kita bangkit di Mahsyar nanti.



Diedit dari sumber


p/s: peringatan untuk diri, banyak sangat buang masa =(

Read more: perantaudiary | life is journey

Friday, December 4, 2009

Armenian Genocide?





Benarkah Armenia genosid benar-benar wujud?


Saya membelek-belek buku terjemahan bahasa Indonesia karangan Ralf Schoeman; Sisi Gelap Zionism (A Hidden History of Zionism). Tujuan utamanya adalah untuk mengenali gerakan Zionism, bermula dengan penubuhan dan objektif zionism itu sendiri.

Pandangan sisi Zionism dari kaca mata aktivis barat.

Namun, belumpun sempat memahami penubuhan gerakan ini dengan lebih mendalam, pembacaan saya terhenti pada rangkap ini;


Zionist plans for the Palestinian people anticipated the Ottoman solution for the Armenians, who would be slaughtered in the first sustained genocide of the 20th century.”

"Perancangan zionis terhadap bangsa palestin mendahului penyelesaian kerajaan Uthmaniah terhadap bangsa Armenia, yang telah disembelih pada ‘genosid’ pertama yang berlangsung pada abad ke-20."


Genocide ataupun genosid merujuk kepada penghapusan etnik, pembunuhan suatu kaum atau bangsa secara sistematik.

Istilah ni pertama kali digunakan oleh Raphael Lemkin, seorang sarjana Poland berketurunan Yahudi didalam bukunya ‘Axis Rule in Occupied Europe’, pada tahun 1944. Perkataan ini menjadi lebih popular selepas berlakunya tragedi ‘The Holocaust’ pembunuhan kejam beramai ramai rejim Nazi terhadap orang yahudi di eropah.


Persoalannya, benarkah dakwaan yang mengatakan ‘Armenian Genocide’ didalangi oleh kerajaan islam Turki Uthmaniah?


KONTROVERSI ‘ARMENIAN GENOCIDE’


Jika Holocaust yahudi di Jerman dijadikan senjata umat islam untuk mengkritik kebijaksanaan zionis bagi menduduki bumi palestin, kontroversi ‘Armenian genocide’ juga turut dijadikan modal dunia barat bagi mengkritik pemerintahan islam di bawah kerajaan islam Turki Uthmaniah.


Walaupun hampir 22 negara menyokong berlakunya genosid ini, namun kerajaan Turki dan termasuk sebahagian besar ahli-ahli sejarah telah menafikan sekerasnya tuduhan ini.

Mereka mendakwa kebanyakan bangsa Armenia yang mati disebabkan oleh peperangan yang meletus, bukan penganiyaan dari kerajaan Turki. Hal ini bukan berlaku terhadap bangsa Armenia sahaja, bahkan beratus ribu rakyat turki juga terkorban ketika itu.


Tambahan pula, beberapa orang sarjana dan intelektual Turki telah membentangkan laporan dan kertas kerja berdasarkan fakta visual sejarah mengenai dakwaan palsu negara sekutu Amerika terhadap kerajaan Turki.

Sebaliknya mereka mendakwa bangsa Armenia juga turut terlibat membunuh bangsa Turki berdasarkan gambar-gambar yang berada dalam arkib sejarah Negara berkenaan.


Dipihak yang lain, penghapusan etnik Armenia didakwa dilakukan sekitar tahun 1915-1917, tragedi ini mencetuskan kontroversi kerana melibatkan kepentingan agama dan politik. Peristiwa ini berlaku ketika penghujung perang dunia pertama, genosid Armenia didakwa dilakukan pada beberapa tahap yang berbeza.


Pada tahap pertama, semua pemuda berusia 20-45 didakwa dikerahkan menjadi tentera Uthmaniah. Mereka ditugaskan sebagai tentera pada permulaannya, tetapi pada awal 1915 mereka telah dipecat dan dikerah menjadi buruh kasar dan telah dilayan seperti haiwan.


Pada tahap kedua, ahli politik Armenia, tokoh masyarakat, pendidik, cendekiawan dan para pemimpin terkemuka didakwa ditangkap pada April 1915. Dan tahap terakhir, bermula pada bulan Mei dan Jun 1915, penduduk Armenia yang masih tinggal telah didakwa dibuang negeri, ramai yang meninggal dunia akibat kebuluran, dan penganiyaan.

Sekitar 1.2 juta orang Armenia yang telah terkorban.


Alasan utama peristiwa berdarah ini adalah kerana Armenia dianggap sebagai gunting dalam lipatan dalam kerajaan Turki Uthmaniah.

Mereka didakwa terlibat dalam pengkhianatan, memberontak di beberapa wilayah dan berjuang melawan Turki sebagai sukarelawan dalam pasukan Caucasus Russia.

Dokumen rasmi dan dokumen daripada arkib semasa perang empayar jerman dan Austria-Hungary yang terselamat menunjukkan bahawa kemusnahan bangsa Armenia tersebut direncana secara sistematik oleh ‘Young Turk regime’ (rejim muda Turki).


SIAPAKAH ‘YOUNG TURK REGIME’?


THE YOUNG TURK REVOLUTION AND ITS CONSEQUENCES

Upset by Abd al-Hamid’s increasingly autocratic rule and alarmed by threats to the empire’s survival, a group of civilian and military revolutionaries known as the Young Turks, combined their resources and efforts, inside and outside the empire, to overthrow the sultan and his regime. The Young Turk Revolution of 1908 and 1909 restored the empire’s constitution and parliament and deposed Abd al-Hamid. By ending the sultan’s 33-year despotic reign, the Young Turks hoped to stop the empire’s decay and disintegration.


Although Abd al-Hamid’s brother retained the title of sultan, a group of Young Turks operating under the name Committee of Union and Progress (CUP) dominated the government in one way or another, except for a brief period. Eager to infuse the empire with a new, progressive spirit, the CUP embraced the ideals of the French Revolution: liberty, equality, and fraternity. Despite success in enacting certain legal and administrative reforms, however, the CUP’s foreign policies and domestic nationality policies soon drove the empire into an abyss.


Lacking leaders experienced in the art of government, the Young Turks continued to conduct themselves as a secret revolutionary organization in the years following the revolution. They became increasingly intolerant of criticism and dissent and resorted to tactics of intimidation and terror. When rebellions broke out in various parts of the empire, the government responded with repression by military force. Their greatest blunders related to nationality conflicts, which culminated in the Balkan Wars in 1912 and 1913, conflicts that cost the Ottomans their remaining territory in the Balkans. The First Balkan War (1912) was especially devastating to the empire. The substantial territorial and human losses from the war led to a national crisis during which the radical wing of the Young Turk party maneuvered itself into a position of party dominance in the spring of 1913. Thereafter, authoritarian elements of the Young Turk party controlled the central and provincial governments of the empire. A new policy of nationalism was adopted, which emphasized Turkism (the culture and traditions of the Turks) as a substitute for multiethnic Ottomanism. On the one hand it sought to replace Islam as the empire’s unifying force, but on the other it used Islam as an instrument against non-Muslim elements. Christian minorities especially were viewed as an obstacle to Turkification.


As the Ottoman Empire crumbled under the pressures of spreading nationalism among its subject nationalities and as a young government took power, several factors favored targeting the Armenian community for destruction. The first factor was renewed pressure from the Great Powers in 1912 and 1913 for Armenian reforms to be carried out under direct European control. The Ottoman government resented this interference and blamed the Russians in particular for the initiative, but the Ottoman government found it more convenient to direct its anger at the vulnerable, essentially powerless Armenians. A second factor was the relatively dense concentration in the eastern provinces of Armenians who were clamoring for reforms. The Armenians were the last major non-Muslim nationality under Ottoman rule still seeking the types of reforms that the CUP government understood to mean autonomy and eventual independence. The Ottoman government subsequently declared the Armenians a danger to the empire’s security and feared they might aid the Russians, with whom the empire was at war. A third factor was the 1909 massacre in the town of Adana and its environs, which had claimed some 23,000 Armenian victims. Because that massacre had been executed swiftly and without intervention from the Great Powers, whose warships stood idly by, it encouraged the Young Turks to contemplate a more radical and sweeping scheme.


Microsoft ® Encarta ® 2006. © 1993-2005 Microsoft Corporation. All rights reserve. (sumber)


Young Tukr’ tidak lebih sebagai pemberontak kerajaan Turki Uthmaniah, mereka adalah dalang sebenar ‘Armenian Genocide’. ( boleh guna google translator untuk terjemahan)


Sebuah mahkamah tentera turki telah ditubuhkan bagi membela kekejaman ini sekitar tahun 1919-1921. Meskipun disabitkan bersalah, sejumlah menteri kabinet dan kebanyakan yang terbabit telah terlepas daripada hukuman, disamping ada juga yang telah melarikan diri ke luar Negara.

Dengan kejayaan pemberontakan nasionalis Mustafa kemal Ataturk dan tertubuhnya Republic Turki, Mahkamah bela diri tersebut tiba-tiba dihentikan.


Terdapat tiga kesimpulan ringkas bagi membersihkan nama kerajaan islam Turki Uthmaniah daripada dipalit kekotoran yang didakwa mendalangi episod berdarah ini.


  1. Kejadian berdarah tersebut terjadi pada era keruntuhan kerajaan turki Uthmaniah dan bukan pada era keemasan dan kegemilangan kerajaan islam Turki.
  2. Pembantaian terhadap warga Armenia disebabkan pengkhianatan mereka sendiri.
  3. Usaha untuk menghakimi kerajaan Uthmaniah adalah tidak adil kerana wujudnya bukti-bukti dari dokumen yang ternyata membuktikan perbuatan tersebut telah direncanakan oleh Young Turk.

Menjadi satu persoalan.


Selama bertahun tahun sebelum ini, kebanyakan pemimpin dunia dan negara-nagara Barat cuba menghindari untuk memperbesarkan isu ini diperingkat antarabangsa sebagai menghormati kepimpinan secular yang dibawa Mustafa Kamal Atartuk tidak lama dahulu.

Namun sejak penguasaan Parti politik yang dipelopori oleh pemimpin pro-islam, tekanan terhadap kerajaan Turki semakin meningkat dan dibawa ke peringkat global.



Pembersihan nama Sultan Abdul hamid II yang didakwa sebagai diktator dan Sultan Merah boleh dirujuk di sini.


Wallahualam.



Read more: perantaudiary | life is journey

Tuesday, December 1, 2009

lembah kehidupan





penjarakan hawa nafsu


Ramai yang mengarang episod kehidupan.

Menambah perisa sebagai penyedap rasa, menghiasi kehidupan dengan bunga penyeri. Novel mahupun, cerkon (cerita kontot). Dan pastinya, jika bermula dengan kesulitan akan diakhiri kebahagiaan. Maka tersenyumlah mereka yang membaca kehidupan yang indah sebegini.

Ada yang sanggup menghadam kisah yang berakhir dengan penderitaan?

Begitulah fitrah manusia, selalu menginginkan yang indah.


DI DALAM LEMBAH KEHIDUPAN

Membaca karangan Profesor Dr. HAMKA “di alam lembah kehidupan”, membuka minda dan membuatkan kita membaca kehidupan dari sudut berbeza.

Himpunan kisah kehidupan yang bermula dengan keperitan, di pertengahannya penderitaan, berakhir dengan ratapan dan kesedihan.

Himpunan air mata, kesedihan dan rintihan segolongan manusia yang hidup di atas dunia ini.

Nun jauh di lembah kehidupan ada segolongan manusia yang merintih. Seorang manusia yang mati melarat akibat kebuluran di jalanan. Seorang miskin yang meninggal dunia kerana tidak berkemampuan untuk menanggung kos perubatan. Anak yang merempat mengemis untuk mencari sesuap nasi.

Nah, bayangkan anda menonton atau membaca kisah sebegini, bagaimana rasanya?

Membaca perjalanan kehidupan manusia yang disulami dengan penderitaan silih berganti, dan berakhir pula kehidupan di dunia dengan penderitaan.

Diulang, hanya kehidupan di dunia!

Namun, banyak pengajaran untuk golongan senang dan golongan yang susah untuk dihayati bersama.


GULA-GULA

Teringat satu kisah ringkas, namun padat dengan pengajaran untuk dihayati dua golongan di atas. Kisah bermula,dalam perjalanan pulang seorang lelaki bertemu dengan seorang kanak kanak yang sedang menangis.

“Kenapa kamu menangis?” tanya lelaki tesebut.

“Duit saya untuk membeli gula gula hilang..” kanak-kanak tersebut menjawab.

Lelaki tersebut lantas memberikan wangnya kepada kanak kanak tersebut. Tanpa terima kasih, wang tersebut diambil dan tiba-tiba kanak kanak tersebut meneruskan tangisannya.

Lelaki tadi menjadi hairan lantas bertanya,

“Kenapa kamu menangis lagi? bukankah aku telah menggantikan duit kamu yang hilang..”

“Jika duit aku tidak hilang, tentu jumlahnya akan berganda lebih banyak!” kanak kanak tersebut menjawab meneruskan tangisannya.

Tangisan kali pertama menggambarkan kesedihan dan rintihan seorang manusia apabila di uji. Rasa sempitnya dunia apabila menerima ujian. Inilah yang dialami oleh golongan yang menerima ujian, apabila menerima dugaan dan musibah kita haruslah sedar bahawa kita sedang diuji tahap keimanan, dan sentiasa yakin dan percaya setiap musibah pasti ada hikmahnya.

Melalui berlapang dada dan sentiasa positif, jiwa akan sentiasa tenang.

Tangisan kedua menggambarkan sifat manusia yang tidak akan pernah puas mengecap nikmat dunia.

Tamaknya menikmati dunia, tidak pernah puas mengecap nikmat dunia!

Sanggup melakukan apa saja, asalkan tuntutan dunia dan nafsu dapat dipenuhi tanpa mengira syariat agama. Setiap amalan yang dilakukan hanya bertuhankan hawa nafsu yang dibimbing bisikan syaitan.

Dan akhirnya sesat tanpa pedoman.

Bijak pandai pernah berkata,

“Dunia ibarat air laut, diminum hanya menambah haus. Nafsu bagaikan fatamorgana di padang pasir, dilihat ada, ditangkap hilang.”

Golongan pertama terus diuji dengan ujian, menangis merintih bertawakal kepada Allah, manakala golongan kedua terus tamak menghirup nikmat dunia, tidak pernah puas mengecap kenikmaan yang hanya sementara.

Persoalannya,

Mampukah kita menjadi seperti manusia di golongan yang pertama?

Atau adakah kita sebagai penambah bilangan golongan kedua?

sama-sama renungkan..



p/s: hamba yang sangat hina~


hidup sebuah perjalanan~

Read more: perantaudiary | life is journey