Read more: perantaudiary Blogspot | life is journey diari perantau: May 2010

Monday, May 10, 2010

Momentum




m1v1+m2v2=v(m1+m2)


“Gas yang dihasilkan semasa pembakaran bahan api dalam roket menghasilkan momentum yang besar, menolak roket kehadapan” saya bercerita.

“Semua tu aplikasi momentum dalam kehidupan” saya menyambung, sambil menyelak-nyelak helaian buku rujukan pinjaman.

Petang itu saya menggantikan seorang sahabat mengajar di sebuah kelas tuisyen. Kami berdiskusi tentang momentum dan pressure antara subtopik yang terkandung didalam bab motion subjek sains tingkatan lima.

Kelas ini ada keunikannya yang tersendiri, semuanya melayu tulen. Namun, jika kelas yang ditaklifkan sebelum ini terdiri daripada non-muslim, kelas ini saya kira cukup unik dengan gelagat pelajar-pelajarnya, termasuklah dua pelajar wanita melayu islam free hair.

“Hari ni berapa hari bulan?” saya bertanya, memecahkan kebuntuan dan kebosanan.

“tujuh..” dua tiga orang menjawab.

“Bukan, bulan islam..”

“24 rejab kot..” seorang menjawab.

“Syaaban lah..” pelajar lelaki dibelakang menyampuk.

“Kita dah penghujung bulan rejab, dan insyaAllah 27 rejab kita akan menyambut isra’ mikraj” saya memulakan sesi tazkiah tidak rasmi.

Momentum lebih hebat

“Dalam peristiwa isra’ dan mikraj ada satu kenderaan yang boleh mengalahkan kelajuan roket yang menggunakan prinsip momentum..” semua memberi tumpuan.

“Bayangkan perjalanan daripada masjid al-Haram (Makkah) ke Masjid Al-aqso (Baitulmaqdis) kemudian naik ke langit sampai ke Sidrat Al-muntaha bahkan menembusi tujuh lapis langit menerima perintah solat terus dari Allah swt lalu kembali semula ke Makkah pada malam yang sama!”.

“Dan sehingga ke hari ini tiada satu kenderaan yang dapat mengatasi kepantasan dan momentum yang Buraq gunakan”.

Petang itu saya melihat tidak sedikit yang termenung, sempat juga bercerita input menarik yang terkandung dalam filem three idiot.

Moga-moga mereka menjadi penuntut ilmu bukan penghafaz buku.

Ameen ya Robb..

Read more: perantaudiary | life is journey

Wednesday, May 5, 2010

Monolog: Seperti anda









Ya Allah ampunkanlah segala dosa kami






Seperti anda,

hamba yang lemah dan hina.

Tak pernah sunyi daripada kesalahan dan dosa.



Sama seperti anda,

suka pada kebaikan dan ketaatan.

Benci bila fitrah dicalari,

walaupun hanya sekelumit dosa.

gerun dan takut pada siksa Allah.

Bimbang diazab akibat kejahilan diri, kebuasan nafsu.



Samalah seperti anda,

terasa gelisah apabila jauh daripada Allah.

iiwa mendesak untuk diselamatkan,

daripada terus tenggelam

dipukul badai dosa yang menggila.

menangis dan merintih mengenang keterlanjuran dosa.

Mengharap belas ihsan sang pencipta.

takut dihempap dosa yang menggunung tinggi.

Bimbang kalau kalau dosa tidak diampunkan.

Jiwa semakin memberontak,

resah dan gelisah.



Namun,

Samalah juga seperti anda,

Tak kan pernah putus asa daripada rahmat Allah.



Kerana,



Seperti anda,

yakin rahmat kasih Allah mengatasi kemurkaan-Nya



************



Allah berfirman:

“Katakanlah (wahai Muhammad), ‘Wahai hamba-hamba-Ku yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), maka janganlah kamu berputus asa daripada rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa; sesungguhnya Dialah jua yang Maha Mengampun, lagi Maha Mengasihani.”

(Surah al-Zumar 39:53)





Sesungguhnya Allah tidak akan pernah memungkiri janji-Nya; Dia telah berjanji untuk mengampunkan segala dosa, dari sekecil zarah sehinggalah sebesar-besarnya, melainkan syirik kepada-Nya.





p/s: jangan berputus asa dengan rahmat Allah



~hamba yang sangat hina

Read more: perantaudiary | life is journey

Saturday, May 1, 2010

magic II


Magic ini telah dijalankan dengan jayanya di kediaman A182 akibat 'kebengongan' yang terhasil menerusi penghayatan kitab inorganic chemistry.

Selamat menonton.. =)







p/s: syahir balik rumah petang tadi..
Read more: perantaudiary | life is journey