Read more: perantaudiary Blogspot | life is journey diari perantau: September 2010

Tuesday, September 28, 2010

Resensi: Tuhan manusia


Tuhan Manusia~


Saya baru selesai membaca 'Tuhan Manusia'. Tidak keterlaluan jika saya katakan novel karya saudara Faizal Tehrani ini adalah antara bahan bacaan terbaik dan membuka minda yang pernah saya temui. 


Novel ini ada kelasnya yang tersendiri, sarat dengan pencerahan tentang istilah-istilah berat seperti islam liberal dan pluralisme. Istilah-istilah ini dikupas satu persatu dengan cukup mendalam dan dihidupkan lagi dengan karakter yang memperjuangkan islam liberal dan menyokong pluralisme itu sendiri seperti Aris Iskandar.

Pada sisi yang lain, penulis turut bercerita masalah dan proses murtad di Malaysia secara dekat melalui pembawaan watak Talha yang keliru dan tenggelam dalam lautan falsafah barat yang menyesatkan. Dalam masa yang sama, Ali Taqi, anak muda luar biasa, bergelut dengan pelbagai aliran pemikiran dan falsafah bagi mencari kebenaran bagi membantah segala hujah yang dibawa gerakan liberal dan pluralisme selepas abangnya Talha murtad.

Dalam proses itu, Tuhan Manusia menyajikan nas-nas Al-quran, hadis, kajian kitab-kitab, fakta sejarah dan karya-karya akademi bagi mematahkan setiap hujah yang menyokong pluralisme. 

Saya kira sudah terhafaz dengan pembuka kata setiap bab didalam novel ini yang berbunyi, 

"Andai kota itu peradaban, rumah kami adalah budaya dan menurut ibu lagi tiang serinya adalah agama".

Peradaban disini sebagai analogi kepada teknologi, sebagai contoh kita menggunakan teknologi video kamera untuk merakam sesuatu. Hasil rakaman tersebut tentunya mempamerkan dan memperlihatkan sebuah budaya.

Nah, cuba bayangkan jika tiang seri rumah itu rosak. 

Tidak mustahil penyalahgunakan peradaban itu berlaku, merakam aksi lucah misalnya. Natijahnya, rosak budaya dan peradaban dek kerana rosaknya agama.


Saya kira Tuhan Manusia merupakan karya islam yang cukup bermutu, bukan sekadar menyelitkan unsur islam untuk kelihatan 'islamic' ,seperti kebanyakan novel-novel cinta islam yang cukup laris ketika ini. 



p/s: Karya luar biasa. Beralih angin.
Read more: perantaudiary | life is journey

Wednesday, September 22, 2010

Read more: perantaudiary | life is journey

Friday, September 10, 2010

Salam eidilfitri











p/s- taqabballAllah minna wa minkum.. kullu am wa antum bilkhair, maaf zahir & batin.. =)
Read more: perantaudiary | life is journey

Friday, September 3, 2010

Malam kemuliaan




Ramadan is still alive~ sources





Firman Allah dalam surah al-Qadr yang bermaksud:

"Sesungguhnya kami telah turunkannya (al-Quran) pada malam al-Qadr.

Dan tahukah kamu apakah "malam kemuliaan" itu?

Malam a-Qadr itu lebih baik daripada seribu bulan

Pada malam itu, turun malaikat Jibrail dengan izin Tuhan mereka kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut).

Selamat sejahteralah ia (malam al-Qadr) sehinggalah terbit fajar (subuh)".




Nabi Muhammad saw bersabda:

" Maka carilah ia sungguh-sungguh pada sepuluh malam yang terakhir daripada ramadan".

(Riwayat al-Bukhari no. 2021)




p/s: Ramadan masih lagi hidup, jangan 'menSyawalkan' Ramadan..
Read more: perantaudiary | life is journey