Read more: perantaudiary Blogspot | life is journey diari perantau: January 2010

Tuesday, January 26, 2010

Tafsir Quran Per Kata







Memperkenalkan sebuah Tafsir atau terjemahan Al-Quran yang komprehensif. Di susun oleh DR. Ahmad Hatta,MA (Indonesia).


Istimewa 5 dalam 1 :
  1. Terjemahan per kata
  2. Terjemahan ayat
  3. Asbab An-Nuzul (sebab-sebab turun ayat)
  4. Nota kaki sebagai huraian tambahan
  5. Indeks yang memudahkan pencarian sesuatu bab

Ciri-Ciri Menarik :
  1. Merangkumi 30 juzuk Al-Quran dengan 616 mukasurat.
  2. Kulit tebal dengan pilihan 5 warna (Hijau, Biru,Merah, Merah Jambu & Ungu).
  3. Berat hanya 1.3 kg.
  4. Saiz A4.
  5. mukasuratnya sama dengan Al-Quran Mushaf Uthmani yang kita gunakan di Malaysia.
Tafsir bukan Terjemahan, begitulah menurut penulis tafsir ini. kerana perkataan غشوة misalnya bermaksud tutup/tabir, tetapi di dalam Tafsir Per Kata ini tafsirnyaditulis terus di bawah setiap lafaz arabnya; "terdapat tutup (sehingga tidak melihat kebenaran)."

Tafsir Per Kata ini juga dilengkapi dengan Asbab An-Nuzul(sebab turun ayat) dan nota kaki bagi memperjelaskan lagi maksud sesuatu tafsiran. Semuanya lengkap dalam satu naskah sahaja.


Walaupun dalam bahasa Indonesia, tetapi mudah sahaja difahami. Tambahan pula, kita di Malaysia ini memang sudah biasa menggunakan tafsir Indonesia.Sangat sesuai dijadikan rujukan oleh semua lapisan masyarakat, tidak kira umur.



Bagi mereka yang belum pernah belajar bahasa Arab, Tafsir ini sangat membantu. Setiap kalimah telah diceraikan, memudahkan anda mengetahui maknanya. Secara tidak langsung, membantu anda mengetahui tempat waqaf bacaan Al-Quran berdasarkan makna ayat yang sempurna. Begitu juga bagi mereka yang pernah belajar Bahasa Arab, Tafsir ini mampu membantu anda 'refresh' kembali kemahiran Bahasa Arab anda.

Bagi pelajar Pengajian Islam, SPM, STPM, STAM Guru-Guru Pendidikan Islam, Guru Kelas Khas Kemahiran Al-Quran (KKQ), Pegawai Jabatan Agama tidak lengkap kiranya jika tidak memiliki naskah Tafsir ini.

Tafsir ini lebih bermanfaat jika dijadikan hadiah hari lahir, hadiah buat ibu bapa, adik beradik, hantaran perkahwinan dan pelbagai lagi... Tetapi jangan lupa pula menggalakkan mereka membacanya...

Harga yang saya tawarkan ialah RM110.00 sahaja termasuk kos penghantaran dengan Pos Laju. Bagi yang tinggal sekitar Mentakab, Bangi dan Putrajaya, boleh berjumpa terus dengan saya untuk membelinya dengan harga RM100.00.

Jangan ketinggalan memiliki Tafsir yang hebat ini. Jika PlayStation, komputer, dan segala macam jenis alat permainan kita mampu beli, mengapa tidak Tafsir ini???


LANGKAH PEMBELIAN
  1. Hubungi saya atau SMS sahaja (Ustaz Ariff :019-3759091) untuk membuat tempahan.
  2. Buat bayaran melalui akaun Maybank (Zainul Ariff Husaini Bin Zainul Fuad : 1560-2025-5215).
  3. Penghantaran akan dibuat dalam masa 48 jam setelah bayaran anda disahkan.
Keraguan anda berkaitan hukum pos Al-Quran boleh rujuk : http://www.e-fatwa.gov.my/jakim/keputusan_view.asp?keyID=42

InsyaAllah, semoga kita semua beroleh manfaat di dunia dan di akhirat...

Terima Kasih




*Kepada sahabat yang berminat, anda boleh boleh terus mendapatkan tafsir ini di karnival usahawan islam (PKP) atau di ICEPS (Stadium tertutup Nilai).

InsyaAllah, semoga kita semua beroleh manfaat di dunia dan di akhirat...


Sila hubungi,
Mohd Imran Ab Aziz
013-6422789
Read more: perantaudiary | life is journey

Sunday, January 24, 2010

sejenak bersama jiwa





~pensive~


“Rindu betul zaman dulu, ana rasa nak jadi macam dulu..” seorang otai memberitahu.

“Solat jemaah lima waktu, mathurat tak pernah tinggal, istiqamah terus dalam ibadat” tambahnya lagi.


Saya teringat perbualan bersama seorang sahabat. Berkongsi sedikit ilmu dan bercerita tentang pengalaman. Kisah hidup manusia yang mengaku sebagai pejuang islam, namun kosong daripada pengisian rohani.

“Bagaimana sorang dai’ yang tidak melakukan ishlah (perbaikan) diri ingin mengishlahkan madu’nya?”

“Bagaimana seorang dai’ yang tidak beramal dengan islam secara istiqamah mahu mengajak manusia lain istiqamah dalam ibadat?”


Persoalan-persoalan yang tidak memerlukan jawapan, tapi memerlukan kekuatan dalam beramal.

Kita sibuk bercakap itu dan ini.

Berdakwah dan berjuang tanpa henti.

Namun, hati kita kosong. Kosong daripada amalan dan tarbiah diri.

QUDWAH QABLA DAKWAH

Aslih nafsaka wadu’ ghairaka (perbaiki dirimu dan kemudian ajaklah orang lain).

Aqim daulatal islami fil qalbika, taqum fi ardhika (tegakkan daulah islam dihatimu, niscaya ia akan tertegak di bumimu)

Seorang kanak-kanak seharusnya diberi didikan yang sempurna dan tauladan yang baik terutamanya daripada ibu dan bapa, supaya dasar-dasar islam meresap sejak diawal pembentukan sebagai seorang manusia. Sehingga mewarnai pertumbuhan peribadinya menjadi peribadi yang mulia.

Manakala seorang manusia pula perlu memperoleh tauladan daripada anggota masyarakatnya, agar hidupnya diwarnai dengan kehidupan yang bersih berlandaskan syariat.

Masyarakat pula perlu diberikan tauladan yang baik daripada para pemimpin supaya prinsip-prinsip islam terlaksana. Dengannya mereka akan mampu memikul amanah Allah swt. Tidak ada gunanya orang-orang zalim yang mengajak manusia menyantuni orang orang teraniaya. Tidak ada ertinya dakwah seorang penipu yang menyeru agar manusia sentiasa jujur dalam amalan.


Dan tidak ada bekasnya dakwah orang yang gemar melakukan maksiat ketika dia menyeru manusia lain agar bersikap istiqamah dalam beribadat.


Benar dakwah-dakwah seperti di atas tidak akan memberi erti apa pun, bahkan meninggalkan pengaruh buruk pada diri objek dakwah dan merosakkan nama islam itu sendiri.


Dan ingatlah sesungguhnya Allah swt memberi amaran keras kepada manusia yang pandai memberi nasihat kepada manusia lain, namun tidak mahu mengambil nasihat. Mereka mencegah manusia melakukan maksiat, tetapi mereka sendiri yang melakukannya.


Dan benarlah “Orang yang tidak memiliki , tidak akan dapat memberi’.


*posting ini tiada kaitan kepada sesiapa yang masih hidup mahupun yang telah meninggal dunia

Read more: perantaudiary | life is journey

Sunday, January 17, 2010

doa







“Ya Allah kurniakanlah kami lisan yang lembut

dan sentiasa basah mengingati dan menyembut nama-Mu,

hati yang sentiasa mensyukuri nikmat-Mu,

serta badan yang ringan menyempurnakan ketaatan perintah-Mu.

Ya Allah kurniakanlah kami iman yang sempurna, hati yang khusyu’,

ilmu yang berguna, keyakinan yang benar-benar mantap.

Ya Allah kurniakanlah kami cara hidup yang jitu unggul,

selamatkanlah kami dari segala bahaya dan malapetaka.

Kami memohon Ya Allah kecukupan,

yang tidak sampai kami terpaksa meminta kepada orang lain.

Berikanlah kami ya Allah iman yang sebenar sehingga kami tidak lagi takut

atau mengharap kepada orang lain selain daripada Engkau.

Limpahkanlah rahmat-Mu keatas kami, keluarga dan anak-anak kami

serta sesiapa sahaja yang bersama-sama kami.

Jangan ya Allah Engkau biarkan nasib kami ditentukan oleh diri kami sendiri,

walaupun sekadar sekelip mata atau sekadar masa yang lebih pendek daripada itu.

Wahai tuhan yang paling mudah dan cepat memperkenankan permintaan.

Perkenankanlah.

Amin Ya Robala’lamin.

Read more: perantaudiary | life is journey

Wednesday, January 13, 2010

politik kampus


“Politik ni adalah persepsi” kata seorang sahabat.

Saya terdiam sekejap, cuba menangkap maksud yang tersirat.

“Calon kena pandai bina persepsi..” tambahnya lagi.

Sahabat menjelaskan bahawa faktor persepsi daripada mahasiswa lain terhadap individu calon yang bertanding memainkan peranan yang cukup besar dalam menambahkan bilanga
n undi. Secara tidak langsung meluaskan pengaruh seseorang individu.

Penerangan lagak seorang YB.

Memenangi persepsi samalah juga kita membina kepercayaan individu lain terhadap kebolehan dan kemampuan yang kita miliki. Mainan persepsi juga boleh dijadikan senjata bagi menjatuhkan pihak lawan.
Politic and perceptions.



PERSEPSI

Namun apabila melihat suasana politik di kampus ini, saya sangat tak bersetuju. Kerana politik kampus ini tidak lebih sekadar memeriahkan suasana. Ya, memeriahkan suasana
yang tidak berapa meriah.

Saya rasa ramai yang setuju.


Bunyinya kontroversi, tapi sekadar menghangatkan suasana pilihan raya kampus (PRK) yang bakal menjelang pada penghujung bulan januari tidak berapa lama lagi. Menghangatkan suasana.


Teringat PRK pertama sebagai pengundi, saya dah lupa calon
yang diundi. Tiada kriteria pemilihan pemimpin, hanya klik mengikut bilangan yang ditetapkan dan asal sedap mata memandang. Manifesto, agenda, keperibadian dan kepimpinan calon langsung menjadi misteri.

Semuanya akibat tidak memeriahkan suasana.


PRK menjadi medan untuk memilih pimpinan mahasiswa, terpulang kepada kita menilai dan memilih calon daripada sudut yang bagaimana.



DEMOKRASI

“Kami join politik, tapi tolak demokrasi..” seorang sahabat bercerita.

Saya menggaru kepala yang tidak gatal. Malam itu saya bersem
bang “online” dengan seorang sahabat. Berkongsi persepsi tentang beberapa perkara tentang demokrasi dan politik.

Dan kesudahannya saya tak dapat jawapan yang saya cari.






SUARA KAMPUS


Politik kampus hari ini menggambarkan landskap politik negara beberapa tahun akan datang. Mahasiswalah yang bakal mencorakkan kepimpinan negara sepuluh tahun akan datang.

Maka tidak hairan jika pilihan raya kampus begitu mendapat perhatian daripada pihak kerajaan, mahupun pihak pembangkang. Masing-masing cuba mengambil kesempatan dan manfaaat.


Pelbagai agenda cuba dilaksanakan, dan antaranya adalah E-voting yang cukup mendapat perhatian masyarakat. Sistem pembuangan undi melalui sistem computer.


Sistem undi ini tidak memberikan kesan langsung bagi kampus yang tidak melibatkan persaingan antara pihak pro kerajaan dan pro pembangkang.Namun, bimbang wujudnya impak yang kuat kepada kampus-kampus veteran bagi menjalankan proses pilihan raya kampus yang telus dan bersih.

Sejauh mana ketelusan E-voting? Sama-samalah kita menilai keputusan PRK nanti.

Dan sama-samalah kita memeriahkan suasana yang tidak berapa meriah dan menghangatkan suasana yang tidak berapa hangat tadi.



p/s: jangan meNILAI e-voting di NILAI
.
Read more: perantaudiary | life is journey

Saturday, January 2, 2010

1431





Hijrah perlukan pengorbanan (gambar hiasan)

salam. 1431 telah dipost sewaktu sambutan maal hijrah 1431. atas masalah teknikal tidak dapat dipaparkan.

Salam maal hijrah dan selamat tahun baru 2010. Sempena maal hijrah (bersama hijrah) saya ucapkan selamat tahun baru islam 1431, semoga tahun ini lebih baik dari tahun- tahun yang sudah.

Semuanya tentang hijrah, khutbah jumaat tentang hijrah, majalah Solusi berkisar hijrah dan Ahad ini insyaAllah diadakan siaran langsung forum hijrah radio ikim di masjid Nilai. Sama samalah kita mengambil manfaat.

Tahun baru, pastinya bertambah umur kita setahun lagi berada di muka bumi Allah SWT. Jika kita menyelak lipatan sejarah, Sultan Muhammad di umur 22 tahun telah berjaya membebaskan kota Constantinople daripada empayar Rom

Dan As syahid Imam Hassan Albanna telah menubuhkan Ikhwan Muslimin ketika berumur 22 tahun, menjadi sebuah gerakan islam yang hebat dan dijadikan model oleh gerakan-gerakan islam pada hari ini.

Tokoh-tokoh besar tersebut mengukir nama dan memberi sumbangan yang cukup besar untuk agama di usia yang cukup muda.

Persoalannya, bagaimana pula dengan kita?

Apa sumbangan kita untuk islam lewat umur kita ketika ini?


Ketika lepas bebas di alam remaja,

Impianku tidak mengenal batasan

Aku ingin mengubah dunia

Apabila usia meningkat dewasa dan aku semakin matang,

Kusedari rupanya dunia tidak akan berubah.

Lalu kubataskan jangkauan.

Memadailah jika aku dapat mengubah Negara.

Namun ini juga tidak kesampaian.

Kala usia senja, pilihan terakhirku

Mengubah keluarga dan mereka yang terdekat.

Malangnya…

Mereka juga tidak mampu ku ubah.

Kini, di perbaringan menanti maut baru kusedari

(mungkin buat kali pertama)

Andainya dahulu yang pertama ku ubah adalah diri sendiri

Dengan menunjukkan teladan yang baik

Pasti aku dapat mengubah keluarga.

Lantas dengan sokongan dan dorongan semangat mereka,

Aku pasti mampu mengubah Negara.

Dan siapa tahu…

Mungkin juga mampu mengubah dunia.

Dipetik daripada majalah Solusi isu 15, halaman 22




Mungkin jawapannya berada dalam sajak di atas, hijrahkan diri menjadi muslim yang lebih baik dari segenap sudut. Dan mungkin itu sumbangan untuk islam yang semua mampu lakukan.

Ya, kita mampu berubah.

Sama sama merenung, muhasabah dan mujahadah.


p/s: Hijrah diri sebelum kita dihijrah (ke barzakh)

Read more: perantaudiary | life is journey