Read more: perantaudiary Blogspot | life is journey diari perantau: 1431

Saturday, January 2, 2010

1431





Hijrah perlukan pengorbanan (gambar hiasan)

salam. 1431 telah dipost sewaktu sambutan maal hijrah 1431. atas masalah teknikal tidak dapat dipaparkan.

Salam maal hijrah dan selamat tahun baru 2010. Sempena maal hijrah (bersama hijrah) saya ucapkan selamat tahun baru islam 1431, semoga tahun ini lebih baik dari tahun- tahun yang sudah.

Semuanya tentang hijrah, khutbah jumaat tentang hijrah, majalah Solusi berkisar hijrah dan Ahad ini insyaAllah diadakan siaran langsung forum hijrah radio ikim di masjid Nilai. Sama samalah kita mengambil manfaat.

Tahun baru, pastinya bertambah umur kita setahun lagi berada di muka bumi Allah SWT. Jika kita menyelak lipatan sejarah, Sultan Muhammad di umur 22 tahun telah berjaya membebaskan kota Constantinople daripada empayar Rom

Dan As syahid Imam Hassan Albanna telah menubuhkan Ikhwan Muslimin ketika berumur 22 tahun, menjadi sebuah gerakan islam yang hebat dan dijadikan model oleh gerakan-gerakan islam pada hari ini.

Tokoh-tokoh besar tersebut mengukir nama dan memberi sumbangan yang cukup besar untuk agama di usia yang cukup muda.

Persoalannya, bagaimana pula dengan kita?

Apa sumbangan kita untuk islam lewat umur kita ketika ini?


Ketika lepas bebas di alam remaja,

Impianku tidak mengenal batasan

Aku ingin mengubah dunia

Apabila usia meningkat dewasa dan aku semakin matang,

Kusedari rupanya dunia tidak akan berubah.

Lalu kubataskan jangkauan.

Memadailah jika aku dapat mengubah Negara.

Namun ini juga tidak kesampaian.

Kala usia senja, pilihan terakhirku

Mengubah keluarga dan mereka yang terdekat.

Malangnya…

Mereka juga tidak mampu ku ubah.

Kini, di perbaringan menanti maut baru kusedari

(mungkin buat kali pertama)

Andainya dahulu yang pertama ku ubah adalah diri sendiri

Dengan menunjukkan teladan yang baik

Pasti aku dapat mengubah keluarga.

Lantas dengan sokongan dan dorongan semangat mereka,

Aku pasti mampu mengubah Negara.

Dan siapa tahu…

Mungkin juga mampu mengubah dunia.

Dipetik daripada majalah Solusi isu 15, halaman 22




Mungkin jawapannya berada dalam sajak di atas, hijrahkan diri menjadi muslim yang lebih baik dari segenap sudut. Dan mungkin itu sumbangan untuk islam yang semua mampu lakukan.

Ya, kita mampu berubah.

Sama sama merenung, muhasabah dan mujahadah.


p/s: Hijrah diri sebelum kita dihijrah (ke barzakh)

Read more: perantaudiary | life is journey

No comments:

Post a Comment