Read more: perantaudiary Blogspot | life is journey diari perantau: December 2010

Tuesday, December 21, 2010

Life journey


-CLICK to play soundtrack-























****************************************************



“Dan Dialah yang menyatukan di antara hati mereka (yang beriman). Kalaulah engkau belanjakan segala (harta benda) yang ada di bumi, nescaya engkau tidak dapat juga menyatu padukan di antara hati-hati mereka, akan tetapi Allah telah menyatupadukan di antara (hati) mereka. Seungguhnya Ia Maha Kuasa lagi Maha Bijaksana” (Al Anfaal ayat 63)

Sekuat-kuat ikatan iman ialah cinta dan berkasih-sayang kerana Allah dan marah juga kerana Allah”. (Hadis riwayat Imam Ahmad).

“Sesiapa yang melapangkan seorang muslim dari satu kesusahan dunia nescaya Allah melapangkan untuknya satu dari kesusahan di akhirat. Sesiapa yang memudahkan seseorang yang berada di dalam kesusahan nescaya Allah akan memudahkan (urusannya) di dunia dan di akhirat dan sesiapa yang menyembunyikan rahsia seorang muslim nescaya Allah akan memelihara rahsianya di dunia dan di akhirat. Dan Allah sentiasa menolong seseorang hamba selama ia menolong saudaranya”.

“Hak seseorang Muslim ke atas seorang muslim yang lain ada enam perkara: Apabila engkau bertemu dengannya hendaklah engkau memberi salam,  Apabila dia menjemputmu maka penuhilah jemputannya itu,  Apabila dia meminta nasihat hendaklah engkau memberi nasihat kepadanya, Apabila dia bersin dan bertahmid maka hendaklah engkau lengkapkan dengan bertasymit, Apabila dia sakit hendaklah engkau menziarahinya dan. Apabila dia meninggal dunia hendaklah engkau mengiringi jenazahnya”. (Hadis riwayat Muslim)

“Janganlah kamu saling memutuskan hubungan silaturahim, janganlah kamu saling belakang-membelakangi, janganlah kamu saling benci-membenci dan janganlah kamu saling hasad dengki. (Sebaliknya) jadilah kamu hamba-hamba Allah yang bersaudara. Tidak halal bagi seorang Muslim itu memulaukan saudaranya (yang mukmin) melebihi tiga hari”. (Hadis riwayat Imam Malik, Bukhari, Abu Daud, Tirmizi dan Nasaie).

Imam Muslim telah meriwayatkan satu hadis di dalam sahihnya yang menceritakan soalan malaikat kepada seorang lelaki yang ingin menziarahi saudaranya di sebuah kampong.

Malaikat itu bertanya, “Ke mana kamu hendak pergi?”
Jawab lelaki itu, “Aku ingin menziarahi saudaraku di kampong ini”.
Malaikat itu bertanya lagi, “Adakah kamu mempunyai sebarang kepentingan di sana?”
Lelaki itu menjawab, “Tidak melainkan aku menyintainya kerana Allah.”


Kemudian malaikat itupun berkata, “Sesungguhnya aku adalah utusan Alah yang diutuskan oleh Allah kepadamu untuk menyatakan bahawa Allah menyintaimu sebagaimana sahabatmu keranaNya”.

“Perumpamaan orang yang berkawan antara orang yang baik dengan orang yang jahat adalah seperti seseorang yang membawa minyak wangi dan seorang yang meniup dapur tukang besi. Orang yang membawa minyak wangi, mungkin dia akan memberikan kepadamu atau mungkin kamu akan membeli daripadanya dan mungkin kamu akan dapat bau yang harum daripadanya. Manakala orang yang meniup dapur tukang besi, mungkin beliau akan membakar pakaianmu, atau mungkin kamu akan mendapat bau yang tidak elok (daripada besi tersebut).”  (Muntafaq ‘Alaih)

“Perumpamaan orang mukmin itu dalam perkara berkasih sayang dan saling cinta-menyintai adalah seperti sebatang tubuh. Apabila salah satu anggota tubuhnya berasa sakit, maka seluruh anggota tubuh yang lain turut merasai akan kesakitannya”  (Muntafaq ‘Alaih)

waAllahualam..














Read more: perantaudiary | life is journey

Wednesday, December 15, 2010

Negeri Lima Menara: Inspirasi, tarbiah dan budaya



Negeri Lima Menara: penuh inspirasi -sumber



Negeri Lima Menara merupakan buku pertama daripada sebuah trilogi. Karya pertama A. Fuadi ini saya kira sangat berbekas dan cukup menarik, ditambah dengan gaya bahasa yang tidak terlalu puitis menjadikan novel ini cukup santai untuk dihadamkan. Saya memandang novel ini daripada dua sudut pandang yang berbeza.

Pertama, novel inspirasi dan motivasi ini kaya dengan kata-kata hikmah pembakar semangat golongan penimba ilmu. Kata semangat seperti man jadda wajada digarap kemas daripada awal kisah sehingga ke penghujung cerita.

Mesej yang cuba untuk disampaikan mudah, jangan sesekali meremehkan sebuah impian atau cita-cita kerana sesungguhnya tuhan itu maha mendengar. Man jadda wajada, sesiapa yang bersungguh-sungguh akan berjaya. 

Saya juga cukup terkesan dengan kata-kata hikmah daripada Imam Syafie yang turut diselitkan didalam karya ini. Kata-kata penuh hikmah ini membuatkan saya termenung beberapa kali,



“Orang berilmu dan beradab tidak akan diam di kampung halaman.
Tinggalkan negerimu dan merantaulah ke negeri orang
Merantaulah, kau akan dapatkan pengganti dari kerabat dan kawan
Berlelah-lelahlah, manisnya hidup terasa setelah lelah berjuang..”





Karya ini juga sarat dengan nilai ukhuwwah enam sahabat dalam menempuh suka dan duka sepanjang pengajian di Pondok Madani. Mereka berenam memasang impian dan berkongsi cita-cita di bawah sebuah menara masjid, sehingga mereka berenam digelar Sahibul MenaraDengan bermacam pengalaman suka mahupun duka, pondok moden ini terasa cukup dekat dihati dan kadang-kadang saya tersenyum sendiri membaca kisah mereka. 

Novel ini saya kira bukan sekadar memberi semangat kepada golongan penimba ilmu bahkan ia wajib dibaca golongan penyampai ilmu, menjadi inspirasi kepada golongan guru-guru. Pengorbanan dan keikhlasan guru-guru di Pondok Madani yang tidak mengharapkan sebarang balasan dalam menyampaikan ilmu wajar dicontohi.

Saya cukup terkesan dengan konsep mewaqafkan diri oleh salah seorang guru di pondok tersebut. Waktu, fikiran, dan tenaganya diwaqafkan didalam mendidik dan menyampaikan ilmu. Tanpa mengharapkan sebarang keuntungan peribadi seperti gaji, segalanya diwaqafkan ikhlas hanya untuk ibadah dan pengabdian untuk Allah SWT. Selepas menatap karya ini, dalam diam saya sematkan dalam diri supaya turut menjadi warga pendidik satu hari nanti, kerjaya yang cukup mulia saya kira.

Daripada sudut yang lain saya menggagumi sistem pembelajaran di pondok moden ini. Disini para pelajar diasuh dan ditekankan dengan pengamalan disiplin yang cukup unik. Pelajar juga turut ditekankan dengan pengamalan harian berbahasa arab dan inggeris sehingga mereka semua fasih menggunakan bahasa tersebut.

Selain itu, pelajar diasuh dan diberi peluang mengasah bakat dan minat masing-masing daripada bermacam sudut, seperti kebudayaan, seni, olahraga dan sebagainya.

Paling menarik semua pelajar diasuh untuk menjadi pemidato yang hebat, semua pelajar dilatih dan diasah untuk bercakap dan berceramah di khalayak umum. Dan saya kira sistem seperti ini wajar diteadani di negara kita bagi melahirkan generasi yang hebat dan berketerampilan.

Akhirnya, Negeri Lima Menara adalah sebuah karya bermutu dan penuh inspirasi, bukan sahaja sebagai sebuah karya seni bahkan memaparkan proses tarbiah dan budaya bagi meahirkan generasi yang cemerlang.



-Tiga bintang-


Harga: RM 20.00 / RM 23.00
ISBN-13: 978-983-3892-94-5 
Tarikh Terbit: 11 Aug 2010
Jumlah Muka Surat :




Read more: perantaudiary | life is journey

Wednesday, December 8, 2010

tasbih


click to play soundtrack~



 
tasbih~ sumber



Saya membelek-belek seutas tasbih. Sambil berzikir saya putarkan lagu berjudul Perantau dendangan kumpulan nasyid Raihan. Lagu tema kepada blog ini.

Ya, lagu ini ber’hantu’.

TASBIH UNGU

Saya beristighfar semula, meratib biji-biji tasbih tadi.

Seingat saya, selama hampir dua puluh satu tahun saya hidup di atas muka bumi Allah SWT ini, hanya beberapa kali saya menerima pemberian hadiah. Selain daripada beberapa buah buku dan cenderamata, ini kali pertama saya menerima seutas biji tasbih.

Dan inilah juga kali pertama sepanjang genap lima semester saya berada dialam kampus, menerima hadiah daripada seorang housemate.

Seutas tasbih bewarna ungu..

Buah-buah tasbih saya ratib satu persatu.

Ini merupakan malam terakhir saya di apartmen ini, seorang diri bertemankan laptop. Sahabat-sahabat yang lain ramai yang telah pulang dan tidak kurang yang terlibat dengan bermacam aktiviti dan taklifan.

Semester ini cukup menarik saya kira, tinggal di apartmen yang dihuni bersama masyarakat awam termasuklah pekerja-pekerja kilang warga asing dari Indonesia, Nepal, India dan Bangladesh, terasa seperti berada di luar negara.

Bersama-sama empat orang sahabat yang lain kami ditempatkan di unit D.8.3. 

Saya kembali meratib biji tasbih bewarna ungu tadi, kali ini berselawat keatas nabi SAW.

Bersama tasbih tersebut ada juga disertakan sepucuk surat, kemas berbalut sampulnya. Antara isinya, melahirkan rasa terima kasih, penghargaan, dan nasihat daripada seorang sahabat. Selain saya tiga sahabat yang lain turut menerima pemberian yang sama.

Pemberinya bukanlah manusia yang biasa, pejuang yang kental saya kira, istiqamah terus dalam perjuangan dakwah.

Namun, hakikatnya saya masih belum dapat menerima keputusan yang diambil oleh sahabat tadi untuk menangguhkan pengajiannya selama setahun.

Jika mendengar alasannya, mahu saja saya memberi libasan kaki kiri di bahagian belakang badannya. Dan saya kira ada alasan lain yang menjadi asbab kepada keputusan sahabat tersebyt, dan menurut saya biarlah menjadi rahsianya..

Berdoa semoga beliau temui apa yang dicari, dan paling penting saya memohon ribuan kemaafan di atas segala kesalahan dan kekhilafan selama menjadi housemate juga merangkap sahabat...

Jazakallah khaira jaza..





Saya terus meratib biji tasbih, kali ini dengan kadar kelajuan yang lebih pantas.


Bertasbih, bertahmid, dan bertakbir.




p/s: Kerana ukhuwwah itu indah

*pemberi tasbih adalah saudara Mohamad Saifuddin Md Darwis, boleh dikunjungi di sini.




Read more: perantaudiary | life is journey

Tuesday, December 7, 2010

salam maal hijrah



                              
salam maal hijrah, -sumber


Firman Allah SWT yang bermaksud:

"Dan orang-orang yang berhijrah kerana Allah sesudah mereka dianiaya, pasti kami akan memberikan tempat yang bagus kepada mereka di dunia. dan sesungguhnya pahala di akhirat adalah lebih besar, kalau mereka mengetahui, (yaitu) orang-orang yang sabar dan Hanya kepada Tuhan saja mereka bertawakkal.." – Surah an-Nahl, ayat 41-42

Bersyukur kita ke hadrat Allah SWT yang telah mengizinkan kita untuk terus hidup di bumiNya ini dan berada di ambang tahun baru 1432 H pada hari ini. 

Sesungguhnya nikmat kehidupan yang terus menerus dikurniakan Allah SWT kepada kita ini wajarlah digunakan untuk meningkatkan amalan dan ketaqwaan kita sebagai bekalan untuk mengadap Allah SWT suatu masa kelak.

Memperingati peristiwa hijrah bukanlah satu kegiatan yang diada-adakan tanpa asas. Sambutan ini yang dibuat untuk memperingati peristiwa hijrah yang dilalui oleh Rasulullah SAW sebenarnya telah diperintahkan oleh al-Quran sendiri. 

Allah SWT berulang kali di dalam al-Quran memerintahkan supaya manusia mengambil pengajaran daripada peristiwa-peristiwa yang dilalui oleh umat-umat yang terdahulu sebagai iktibar dan peringatan untuk semua. 

Justeru, memperingati peristiwa hijrah ertinya membelek semula lembaran sejarah untuk melihat dan mempelajari bagaimanakah pengorbanan yang telah dilalui oleh baginda Rasulullah SAW dan para sahabat demi menegakkan ketuanan Allah SWT di muka bumi ini.

Hari ini, setelah 1432 tahun ia berlalu, kisah hijrah Rasulullah SAW masih kekal segar dan terpahat kukuh dalam ingatan kita. Persoalannya, adakah cukup sekadar ia diingati dan disebut tanpa dihayati semangatnya? 

Tentulah tidak. Justeru, saya mengajak diri saya dan semua pihak agar sama-sama melakukan gerak kerja berhijrah untuk menjadi manusia yang lebih baik pegangan dan perilakunya selepas ini.

Lakukanlah hijrah ke arah kebaikan dalam semua aspek. 

Di bidang ekonomi, berhijrahlah dari ekonomi riba kepada ekonomi yang diredhai oleh Allah SWT. 

Di dalam bidang pendidikan, berhijrahlah dari sistem pendidikan yang hanya mengutamakan merit dan sijil semata-mata kepada sistem pendidikan yang benar-benar berteraskan wahyu dan berorientasikan pembentukan minda dan akhlak yang baik. 

Di dalam bidang politik dan pemerintahan, amalkanlah dengan cara Islam yang sebenar, yang turut mengambil kira soal dosa dan pahala di dalam gerak kerja. 

Seterusnya di dalam semua bidang di dalam kehidupan, selaraskanlah semuanya agar selari dengan tuntutan mencari keredhaan Allah SWT.

alt


Pada tanggal 1 Muharam telah termaktub dalam lebaran sejarah Islam , peristiwa Hijrah telah mendatangkan impak yang besar bagi umat Islam sehingga kini ,biarpun sudah berlalu hampir 1400 tahun namun kesannya masih segar dibenak ingatan.

Sejarah ini telah membuktikan bahawa kekuatan Islam tidak boleh dipandang enteng sepertimana yang telah berlaku ketika baginda Nabi Muhammad S.A.W dan sahabatNYA melakar kejayaan besar ini.

Kesatuan yang terbina antara Muhajiran dan Ansar memberikan kekuatan yang menyeluruh sekaligus membuka mata seluruh dunia bahawa umat Islam adalah umat yang satu.

Tidak kira darimana asal-usulnya, dimana dia berada asalkan dia mengucapkan syahadah dan kehidupan berlandaskan Al-Quran dan Sunnah maka ketika itu dia juga saudara.

Kerjasama yang diberikan antara Muhajirin dan Ansar sayugianya perlu dicontohi oleh umat Islam hari ini. Sesungguhnya Islam tidak memerlukan kita tetapi sebaliknya kita yang berhajat kepada Islam dalam memimpin kehidupan kita seharian.

Pengorbanan yang telah mereka berikan untuk merealisasikan sebuah perubahan adalah begitu besar dan agung.

Mana mungkin mudah untuk meninggalkan kampong halaman yang telah membesarkan kita dan menjadi tempat mainan sedari kecil lagi.

Namun begitu,demi menegakkan syiar Islam dan untuk memastikan survival Islam terus berkembang ke seantero dunia maka segalanya sanggup dikorbankan.

Kesannya penghijrahan  yang mereka lakukan terus menjadi teladan sehingga kini.

Insya-allah, kita yakin jika semangat ini dapat dihayati dengan sebaik mungkin, kita tidak akan berdepan dengan pelbagai masalah untuk mengurus tadbir kehidupan masyarakat. 

Wallahu’alam.



Read more: perantaudiary | life is journey