Read more: perantaudiary Blogspot | life is journey diari perantau: sejenak bersama jiwa

Sunday, January 24, 2010

sejenak bersama jiwa





~pensive~


“Rindu betul zaman dulu, ana rasa nak jadi macam dulu..” seorang otai memberitahu.

“Solat jemaah lima waktu, mathurat tak pernah tinggal, istiqamah terus dalam ibadat” tambahnya lagi.


Saya teringat perbualan bersama seorang sahabat. Berkongsi sedikit ilmu dan bercerita tentang pengalaman. Kisah hidup manusia yang mengaku sebagai pejuang islam, namun kosong daripada pengisian rohani.

“Bagaimana sorang dai’ yang tidak melakukan ishlah (perbaikan) diri ingin mengishlahkan madu’nya?”

“Bagaimana seorang dai’ yang tidak beramal dengan islam secara istiqamah mahu mengajak manusia lain istiqamah dalam ibadat?”


Persoalan-persoalan yang tidak memerlukan jawapan, tapi memerlukan kekuatan dalam beramal.

Kita sibuk bercakap itu dan ini.

Berdakwah dan berjuang tanpa henti.

Namun, hati kita kosong. Kosong daripada amalan dan tarbiah diri.

QUDWAH QABLA DAKWAH

Aslih nafsaka wadu’ ghairaka (perbaiki dirimu dan kemudian ajaklah orang lain).

Aqim daulatal islami fil qalbika, taqum fi ardhika (tegakkan daulah islam dihatimu, niscaya ia akan tertegak di bumimu)

Seorang kanak-kanak seharusnya diberi didikan yang sempurna dan tauladan yang baik terutamanya daripada ibu dan bapa, supaya dasar-dasar islam meresap sejak diawal pembentukan sebagai seorang manusia. Sehingga mewarnai pertumbuhan peribadinya menjadi peribadi yang mulia.

Manakala seorang manusia pula perlu memperoleh tauladan daripada anggota masyarakatnya, agar hidupnya diwarnai dengan kehidupan yang bersih berlandaskan syariat.

Masyarakat pula perlu diberikan tauladan yang baik daripada para pemimpin supaya prinsip-prinsip islam terlaksana. Dengannya mereka akan mampu memikul amanah Allah swt. Tidak ada gunanya orang-orang zalim yang mengajak manusia menyantuni orang orang teraniaya. Tidak ada ertinya dakwah seorang penipu yang menyeru agar manusia sentiasa jujur dalam amalan.


Dan tidak ada bekasnya dakwah orang yang gemar melakukan maksiat ketika dia menyeru manusia lain agar bersikap istiqamah dalam beribadat.


Benar dakwah-dakwah seperti di atas tidak akan memberi erti apa pun, bahkan meninggalkan pengaruh buruk pada diri objek dakwah dan merosakkan nama islam itu sendiri.


Dan ingatlah sesungguhnya Allah swt memberi amaran keras kepada manusia yang pandai memberi nasihat kepada manusia lain, namun tidak mahu mengambil nasihat. Mereka mencegah manusia melakukan maksiat, tetapi mereka sendiri yang melakukannya.


Dan benarlah “Orang yang tidak memiliki , tidak akan dapat memberi’.


*posting ini tiada kaitan kepada sesiapa yang masih hidup mahupun yang telah meninggal dunia

Read more: perantaudiary | life is journey

2 comments:

  1. ana terasa kepedasannya

    ReplyDelete
  2. salam..
    senada dengan penulis di akhir kata
    "orang yang tidak memiliki,tidak akan dapat memberi"..

    ReplyDelete