Read more: perantaudiary Blogspot | life is journey diari perantau: February 2011

Saturday, February 19, 2011

Bengkel: celik solat 2011



Bengkel Celik Solat 2011, program anjuran JAKSA Sutera Indah pada sabtu 19 febuari 2011 bertempat di fakulti ekonomi muamalat, bengkel untuk adik-adik berumur 5 hingga 12 tahun. 

Comel-comel je semua..

Saya dijemput secara paksa rela kerana tiada fesi lelaki untuk mengurus adik-adik muslimeen. 

Moga-moga ada manfaat untuk adik-adik.. =)



ni dia peserta bengkel _comel2 semua. 



Hassan dengan Hazique (Paling buas sekali) 


 Sembahyang ye adik-adik (merasa la kena panggil ustaz sehari).



Solat satu rakaat diimamkan oleh Imam Hassan 






90 Degree.. 































p/s: Boleh dah kot jadi Ayah.. hahaha

Read more: perantaudiary | life is journey

Wednesday, February 16, 2011

PRK USIM: kembalikan mimpi saya








Ini mungkin hanya luahan yang tidak berfakta dan tidak ada unsur ilmiah. Hanya luahan beremosi pemerhati politik kampus yang kuat berangan!

Menjejakkan kaki ke menara gading, saya pernah membayangkan Pilihan Raya Kampus (PRK) yang meriah, bermimpi tokoh-tokoh mahasiswa berhujah dengan idealisme yang menggugah, melontarkan pandangan atau kritikan tanpa rasa takut dan goyah.

Pernah juga bermimpi hebatnya perayaan demokrasi kampus, memangkah kertas undi, mendengar pidato-pidato berpengaruh dan pastinya menikmati demokrasi kampus yang tidak dipengaruhi atau diperkuda oleh agen kerajaan mahupun daripada pihak pembangkang.

Malangnya, Saya terus hanyut bersama mimpi-mimpi tersebut.

PRK saya yang pertama, tiada pen dan kertas undi untuk dipangkah! 

Usim merupakan kampus pertama dijadikan bahan kajian makmal untuk sistem e-voting. Dan terus berjangkit kepada beberapa kampus yang lain. Entah apa rasionalnya penggunaan sistem ini saya kurang arif.

PRK seperti jugalah hari-hari biasa, tidak ada apa yang luar biasa dan istimewa tentang hari penamaan calon, malam pengenalan calon, dan sehinggalah berlarutan ke hari pembuangan undi. Seperti hari-hari kuliah yang biasa.  

Bawa kad matrik dan hanya perlu klik kepada gambar yang anda berkenan. Akhlak, manifesto, agenda, idealisme, dan karisma sebagai pemimpin menurut saya tidak dapat dinilai dengan sekeping gambar ataupun selama tiga puluh minit pengucapan awam semasa malam pengenalan calon. Ah, pilihan raya apa seperti ini?

Ini bukan pemilihan pengawas sekolah!

Saya tidak mengharapkan tertubuhnya parti Pro kerajaan mahupun Pro pembangkang di kampus ini, cukup sekadar pulangkan kembali mimpi-mimpi saya tentang kemeriahan pilihan raya kampus. Dan jika sekalipun wujud politik kepartian di kampus ini saya kira lebih baik, sekurang-kurangnya wujud suasana demokrasi yang sihat di kampus ini. 

Betul, mungkin ada yang berpendapat bahawa dengan wujudnya politik kepartian di kampus ini mahasiswa akan terpengaruh dengan politik kepartian di luar kampus dan sekaligus mempengaruhi pemikiran mereka. Namun harus diingat, kecenderungan menyokong atau membangkang pendirian parti tertentu dalam sesuatu isu adalah perkara lumrah dan fitrah bagi golongan yang berfikir samada isu tersebut bertepatan ataupun bertentangan dengan agenda perjuangan mereka

Bukan perkara ini yang patut dirungsingkan oleh pihak pentadbiran universiti malahan perkara inilah yang harus digalakkan kerana membuktikan mahasiswa mengambil cakna dan merespon isu semasa. Sepatutnya yang menjadi kerisauan adalah budaya 'aku tidak pedulisme' di kalangan mahasiswa, atau lebih tepat budaya  'tiga K', kuliah, kafe, dan katil.

Menurut saya pihak pentadbiran tidak perlu takut kepada bayang-bayang sendiri, biar anak-anak muda ini dengan idealisme mereka. Bersetuju tidak beerti menyokong, dan membangkang tidak pula bermakna membenci. 
Itulah sepatutnya, mahasiswa menjadi check and balances kepada kedua belah pihak. 

Saya mengharapkan perubahan dalam sistem PRK usim, dan paling penting kembalikan mimpi-mimpi saya!



p/s: Hanya luahan beremosi, selamat mengundi!



  
Read more: perantaudiary | life is journey

Tuesday, February 15, 2011

interfaith dialogue









Allah SWT berfirman yang bermaksud,



Katakanlah (Wahai Muhammad): "Wahai ahli kitab, marilah kepada satu kalimah Yang bersamaan antara Kami Dengan kamu, Iaitu kita semua tidak menyembah melainkan Allah, dan kita tidak sekutukan dengannya sesuatu jua pun; dan jangan pula sebahagian dari kita mengambil akan sebahagian Yang lain untuk dijadikan orang-orang Yang dipuja dan didewa-dewakan selain dari Allah". kemudian jika mereka (Ahli Kitab itu) barpaling (enggan menerimanya) maka Katakanlah kepada mereka: "Saksikanlah kamu Bahawa Sesungguhnya Kami adalah orang-orang Islam".

Surah Ali-Imran (ayat 64)


Menurut panelis semalam pengkajian Bible dengan kritikal tidak akan membawa seseorang itu terpaut pada ajaran kristian, malahan mengkaji dan mendalami bible akan membongkar seribu macam kesalahan dan pertentangan antara satu dengan yang lain. 

Dan kebanyakan yang murtad dan menganut Kristian terutama di kawasan Asia kerana agenda kebajikan yang dibawa oleh missionary bukan kerana faktor keilmuwan atau kefahaman. Jadi, tidak perlu takut untuk membaca Bible. 

Ini antara video yang dicadangkan oleh panelis dialog antara agama semalam, program yang mencerahkan.


Former Bible scholar - Bard D. ehrman 






Former Christian Youth Minister - Joshua Evans





Former Ateist - Dr Lawrence brown




Former Christian Minister- Dr. Jerald Dirks








p/s: Salam Maulidur Rasul, jom banyakkan selawat, tambahkan kecintaan dan amalkan sunnah Nabi SAW.


Read more: perantaudiary | life is journey

Sunday, February 13, 2011

Kisah Nabi Musa: Pengajaran pada Hari Valentine



Cerita ini saya dapat secara langsung daripada seorang ustaz semalam, kisah Nabi Musa dan dikaitkan secara tidak langsung dengan sambutan hari Valentine yang jatuh pada 14 Februari. Moga-moga ada pengajarannya.

*************************

Nabi Musa adalah satu-satunya Nabi yang boleh bercakap terus dengan Allah S.W.T. Setiap kali dia hendak bermunajat, Nabi Musa akan naik ke Bukit Tursina. Di atas bukit itulah dia akan bercakap dengan Allah. Nabi Musa sering bertanya dan Allah akan menjawab pada waktu itu juga. Inilah kelebihannya yang tidak ada pada nabi-nabi lain.
Suatu hari Nabi Musa telah bertanya kepada Allah. “Ya Allah, siapakah orang di syurga nanti yang akan berjiran dengan aku?”.
Allah pun menjawab dengan mengatakan nama orang itu, kampung serta tempat tinggalnya.
Setelah mendapat jawapan, Nabi Musa turun dari Bukit Tursina dan terus berjalan mengikut tempat yang diberitahu. Setelah beberapa hari di dalam perjalanan akhirnya sampai juga Nabi Musa ke tempat berkenaan.
Dengan pertolongan beberapa orang penduduk di situ, beliau berjaya bertemu dengan orang tersebut. Setelah memberi salam beliau dipersilakan masuk dan duduk di ruang tamu.
Tuan rumah itu tidak melayan Nabi Musa. Dia masuk ke dalam bilik dan melakukan sesuatu di dalam. Sebentar kemudian dia keluar sambil membawa seekor babi betina yang besar. Babi itu didukungnya dengan cermat.
Nabi Musa terkejut melihatnya. “Apa hal ini?, kata Nabi Musa berbisik dalam hatinya penuh kehairanan.
Babi itu dibersihkan dan dimandikan dengan baik. Setelah itu babi itu dilap sampai kering serta dipeluk cium kemudian dihantar semula ke dalam bilik.
Tidak lama kemudian dia keluar sekali lagi dengan membawa pula seekor babi jantan yang lebih besar. Babi itu juga dimandikan dan dibersihkan. Kemudian dilap hingga kering dan dipeluk serta cium dengan penuh kasih sayang. Babi itu kemudiannya dihantar semula ke bilik.
Selesai kerjanya barulah dia melayan Nabi Musa. “Wahai saudara! Apa agama kamu?”
“Aku agama Tauhid”, jawab pemuda itu iaitu agama Islam.
“Habis, mengapa kamu membela babi? Kita tidak boleh berbuat begitu.” Kata Nabi Musa.
“Wahai tuan hamba”, kata pemuda itu. “Sebenarnya kedua babi itu adalah ibubapa kandungku. Oleh kerana mereka telah melakukan dosa yang besar, Allah telah menukarkan rupa mereka menjadi babi yang hodoh rupanya. Soal dosa mereka dengan Allah itu soal lain. Itu urusannya dengan Allah. Aku sebagai anaknya tetap melaksanakan kewajipanku sebagai anak. Hari-hari aku berbakti kepada kedua ibubapaku sepertimana yang tuan hamba lihat tadi. Walaupun rupa mereka sudah menajdi babi, aku tetap melaksanakan tugasku”, sambungnya.
“Setiap hari aku berdoa kepada Allah agar mereka diampunkan. Aku bermohon supaya Allah menukarkan wajah mereka menjadi manusia yang sebenar, tetapi Allah masih belum memakbulkan lagi.”, tambah pemuda itu lagi.
Maka ketika itu juga Allah menurunkan wahyu kepada Nabi Musa a.s. ‘Wahai Musa, inilah orang yang akan berjiran dengan kamu di Syurga nanti, hasil baktinya yang sangat tinggi kepasa kedua ibubapanya. Ibu bapanya yang sudah buruk dengan rupa babi pun dia berbakti juga. Oleh itu Kami naikkan maqamnya sebagai anak soleh disisi Kami.”
Allah juga berfirman lagi yang bermaksud : “Oleh kerana dia telah berada di maqam anak yang soleh disisi Kami, maka Kami angkat doanya. Tempat kedua ibubapanya yang Kami sediakan di dalam neraka telah Kami pindahkan ke dalam syurga.”
Itulah berkat anak yang soleh. 
Doa anak yang soleh dapat menebus dosa ibubapa yang akan masuk ke dalam neraka pindah ke syurga.
Ini juga hendaklah dengan syarat dia berbakti kepada ibubapanya. Walaupun hingga ke peringkat rupa ayah dan ibunya seperti babi. Mudah-mudahan ibubapa kita mendapat tempat yang baik di akhirat kelak.
Walau bagaimana buruk sekali pun perangai kedua ibubapa kita itu bukan urusan kita, urusan kita ialah menjaga mereka dengan penuh kasih sayang sebagaimana mereka menjaga kita sewaktu kecil hingga dewasa.
Walau banyak mana sekali pun dosa yang mereka lakukan, itu juga bukan urusan kita, urusan kita ialah meminta ampun kepada Allah S.W.T supaya kedua ibubapa kita diampuni Allah S.W.T.
Doa anak yang soleh akan membantu kedua ibubapanya mendapat tempat yang baik di akhirat, inilah yang dinanti-nantikan oleh para ibubapa di alam kubur.
Erti sayang seorang anak kepada ibu dan bapanya bukan melalui hantaran wang ringgit, tetapi sayang seorang anak pada kedua ibubapanya ialah dengan doanya supaya kedua ibubapanya mendapat tempat yang terbaik di sisi Allah.

*************************************

Pasti anda tertanya-tanya kaitan antara kisah diatas dan sambutan Hari Valentine. Ada kaitannya, 
Allah SWT berfirman yang bermaksud: 
“Dan Tuhanmu sudah perintahkan, supaya engkau tidak menyembahkan melainkan kepadaNya semata-mata dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang daripada keduanya, atau kedua-duanya sekali, sampai kepada usia tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar), sekalipun perkataan ‘uuh’ dan janganlah engkau menengking mereka, tetapi ucapkanlah kepada mereka perkataan mulia (yang bersopan santun)...
Surah Al-Israk (Ayat 23-24) 

Cuba kita fikirkan mengucapkan perkataan 'uuh' atau 'ahh' sudah dikira sebagai menderhaka apatah lagi jika kita memalukan, mengaibkan, dan menghancur remukkan hati dan perasaan kedua-dua mereka dengan perlakuan sumbang di hari kekasih.
Sekadar perkongsian.



Read more: perantaudiary | life is journey

Saturday, February 12, 2011

Tirani pernah berkuasa disini







Tirani pernah berkuasa disini,
membuat angkara, menebar janji,
ya, Firaun dulunya pernah mengaku tuhan,
Musa dikirim memberi peringatan,
namun Firaun tegar mencabar langit,
sehingga, jasadnya kini tidak bersemadi.
 
Tirani pernah berkuasa disini,
Membuat angkara, menebar janji,
tirani lain pula bangkit membuat angkara,
tiga dekad penuh kezaliman,
pembela agama, ulama dipenjara,
hilang kebebasan, 
terhapus kemakmuran.

Tirani pernah berkuasa disini,
membuat angkara menebar janji,
benar, doa orang yang dizalimi itu tiada hijab,
rakyat bangkit penuh berani,
Mulut yang katup tiba-tiba terbuka,
kaki-kaki kemas mengatur langkah,
gegak gempita suara mendesak,
Sehingga bumi kinanah itu bermandi darah!

Tirani pernah berkuasa disini,
membuat angkara menebar janji,
Ya, tuhan itu maha mendengar,
sebelas februari menjadi saksi,
tirani dicampak rakyat sendiri,
sujud panjang, 
syukur penuh kepada ilahi.

Tirani pernah berkuasa disini,
membuat angkara, menebar janji,
benar janjiMu Robbi,
Engkau muliakan siapa yang Kau kehendaki,
Engkau menghina siapa yang Kau kehendaki,

Ah, moga tiada lagi tirani bangkit selepas ini,
moga tirani 'baru' tidak mampu bernafas lagi.


Perantau,
6.18 p.m. desa jati,
Nilai.







Read more: perantaudiary | life is journey

Friday, February 11, 2011

tutorial: coloring perantau style








Still learning..
Moga bermanfaat.. =)


p/s: perkongsian teknik photoshop daripada sahabat-sahabat amat-amat dialukan.


Read more: perantaudiary | life is journey

Thursday, February 10, 2011

Ballighu 'anni walau ayah - InsyaAllah




 


www.deviantart.com merupakan web forum yang mengumpulkan hasil seni seperti lukisan, walpaper, comic, hasil fotography, flash, design dan termasuk hasil penulisan seperti sajak dan sebagainya. 


Secara tidak langsung Deviant art mengumpulkan segenap artis seni dari seluruh pelusuk dunia dengan pelbagai latar belakang budaya dan agama.

Dan saya baru sahaja mendaftarkan diri menjadi ahli dan mengupload beberapa lukisan ke dalam web tersebut, galeri buruk yang beralamat di caliphs89.deviantart.com.

Tengah hari tadi saya menerima satu mesej daripada seorang sahabat dari United Kingdom, ingin bertukar pandangan. Dengan English yang lintang pukang saya berusaha juga menjawab persoalan beliau.





  
Saya kirimkan bersama kiriman video ini.












Sama-sama kita doakan moga-moga sahabat mengkaji tentang islam dan mudah-mudahan menerima hidayah daripada Allah SWT. 

Ameen~.



p/s: Medan dakwah teramat luas.. lukisan juga salah satu medium dakwah.
islah nafsak wadu’ ghairak.

Read more: perantaudiary | life is journey

Wednesday, February 9, 2011

Picture: cover your aurat!







tool: photoshop 7.0



In reality, as a servant of Allah SWT and the follower of Rasulullah SAW, we are taught to always come back to Al-Quran and Al-Hadith to obtain assurance about the permissibility of a matter. Regarding this, Allah SWT said:-

يَا أَيُّهَا النَّبِيُّ قُل لِّأَزْوَاجِكَ وَبَنَاتِكَ وَنِسَاء الْمُؤْمِنِينَ يُدْنِينَ عَلَيْهِنَّ مِن جَلَابِيبِهِنَّ ذَلِكَ أَدْنَى أَن يُعْرَفْنَ فَلَا يُؤْذَيْنَ وَكَانَ اللَّهُ غَفُورًا رَّحِيمًا

"O Prophet! Tell your wives and your daughters and the women of the believers to draw their cloaks (veils) all over their bodies. That will be better, that they should be known (as free respectable women) so as not to be molested. "(Al-Ahzab: 59)

I list several mistakes that are commonly practiced by Muslim women today regarding aurat:

ERROR 1: Aurat is ONLY about covering the hair.

ERROR 2: Wears hijab with short sleeve T-Shirt.

ERROR 3: Wears hijab with slitted skirts.

ERROR 4: Wears hijab with tight and transparent blouse that reveals body parts that lures a man. 

ERROR 5: Wears very loose hijab that causes the hair to be visible.

ERROR 6: Wears hijab only in the office. Not at home or around the mall. 

ERROR 7: Wears hijab but the end of the hijab is pulled up revealing the chest.

ERROR 8: Wear a hijab that is made of transparent material that causes the hair, neck and chest to be visible.

Some women believe that covering the aurat is only about covering the hair. This is totally inaccurate as Allah mentioned in Al-Qur'an:

وَلْيَضْرِبْنَ بِخُمُرِهِنَّ عَلَى جُيُوبِهِنَّ وَلَا يُبْدِينَ زِينَتَهُنَّ إِلَّا لِبُعُولَتِهِنَّ أَوْ آبَائِهِنَّ أَوْ آبَاء بُعُولَتِهِنَّ أَوْ أَبْنَائِهِنَّ أَوْ أَبْنَاء بُعُولَتِهِنَّ أَوْ إِخْوَانِهِنَّ أَوْ بَنِي إِخْوَانِهِنَّ أَوْ بَنِي أَخَوَاتِهِنَّ أَوْ نِسَائِهِنَّ أَوْ مَا مَلَكَتْ أَيْمَانُهُنَّ أَوِ التَّابِعِينَ غَيْرِ أُوْلِي الْإِرْبَةِ مِنَ الرِّجَالِ أَوِ الطِّفْلِ الَّذِينَ لَمْ يَظْهَرُوا عَلَى عَوْرَاتِ النِّسَاء

And tell the believing women to lower their gaze and to be mindful of their chastity, and not to display their charms [in public] beyond what may [decently] be apparent thereof; hence, let them draw their head-coverings over their bosoms. And let them not display [more of] their charms to any but their husbands, or their fathers, or their husbands' fathers, or their sons, or their husbands' Sons, or their brothers, or their brothers' sons, or their sisters' sons, or their womenfolk, or those whom they rightfully possess, or such male attendants as are beyond all sexual desire, or children that are as yet unaware of women's nakedness (An-Nur: 31)

sources: [link]

Read more: perantaudiary | life is journey

Monday, February 7, 2011

Teori BM






Saya sedang menekuni pandangan kritis Wan Abd Rahman, bekas Ketua Jabatan Sains Politik Universiti Kebangsaan Malaysia yang juga pernah menuntut  di Universiti tersohor dunia, Universiti Oxford untuk pengajian peringkat doktor falsafah yang kini merangkap Pengarah Penyelidikan PAS pusat.


Teori Domino: PRU 13 BN tumbang merupakan Himpunan kertas kerja terbaik beliau yang saya kira berat bagi golongan yang bukan berteraskan bidang pengajian sains politik. Namun karya ini padat dengan idea dan pandangan kritis diserta dengan lambakan kajian yang cukup terperinci berkisar perjalanan politik tanah air. Menganalisa kekuatan gerakan islam dalam persaingan demokrasi, merespon isu berkaitan politik kontemporari negara ini. 

Jujur saya cukup tertarik dengan segenap olahan kajian dan pandangan daripada setiap satu kertas kerja beliau. Paling menarik tentang konsep Bunyanul-Marsus (BM) yang diasaskan oleh Rasulullah SAW yang menjadi model pentadbiran islam yang disebutkan dalam surah As-Sof ayat yang keempat. 

Allah berfirman:
"Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang Yang berperang untuk membela ugamaNya, Dalam barisan Yang teratur rapi, seolah-olah mereka sebuah bangunan Yang tersusun kukuh".

Beliau menerangkan dengan terperinci pengajaran daripada kisah hijrah baginda nabi SAW dan membanding bezakan konsep BM dengan konsep pentadbiran yang diperkenalkan oleh barat seperti model Weber dan beberapa contoh model yang lain.

Kita sedia maklum peristiwa hijrah bukan sahaja satu peristiwa penting tetapi ia menjadi pengenalan kalendar islam secara rasmi oleh saidina Umar (ra). Semasa Rasulullah SAW berada di Makkah, kehidupan beragama (islam) agak terhad. Sedikit sahaja isi rumah yang semua penghuninya menerima islam, dimana timbulnya tanggapan yang salah tentang islam itu sendiri. 

Islam dilihat sebagai agama milik peribadi, hanya menumpukan persoalan akhirat dan tidak kena mengena dengan kehidupan sosial.

Hanya selepas peristiwa hijrah masyarakat mula melihat bahawa islam merupakan satu cara hidup the way of life yang menumpukan perhatian kearah memperbaiki kehidupan manusia. Kehidupan sosial bersifat kolektif dengan persaudaraan individu Muslim Muhajirin dan individu Muslim Ansar. Penguasaan umat islam dalam bidang ekonomi hasil gabungan kepakaran pertanian kaum Ansar dan kemahiran dalam bidang perniagaan kaum Muhajirin berjaya memecahkan monopoli kaum yahudi dalam bidang ekonomi di Madinah sebelum ini. 

Paling penting dalam pengajaran hijrah adalah penguasaan dan kebebasan dalam politik umat islam itu sendiri dengan tertubuhnya negara islam yang pertama hasil daripada terbentuknya perlembagaan bertulis pertama di dunia, Sahifah Madinah.

Sebagai analogi BM digambarkan sebuah bangunan berbentuk segi empat tepat dibina daripada batu bata yang disusun secara rapi. Simen yang mengikat bangunan tersebut bertujuan mengikat bangunan berkenaan adalah takwa. Pengisian sistem pentadbiran dengan konsep ubudiyah, masuliyah dan itqan (kepakaran). Beliau berjaya mengaitkan ketiga-tiga konsep ini dengan pengajaran daripada sirah dan berkait rapat dengan model BM dalam pentadbiran islam.

-bersambung


p/s: Masih dalam proses penekunan. Buku wajib baca tahun ini sebelum PRU 13 yang dijangka tidak sampai beberapa bulan saja lagi.




  
Read more: perantaudiary | life is journey