Read more: perantaudiary Blogspot | life is journey diari perantau: February 2010

Monday, February 22, 2010

Diari: Saya rindu




kemsis 10~


Saya mengharapkan perasaan ini tidak akan hilang. Saya biarkan perasaan ini terus bermain dalam jiwa, dengan harapan ia terus tersimpan. Dan pastinya perasaan ini sukar untuk saya jelaskan. Bercampur antara kenangan dulu dan kehidupan saya sekarang.

Kenangan dizaman sekolah dulu. Damai.

Menjejakkan kaki ke Sekolah Menengah Raja Dr. Nazrin Syah (SARJANA), saya terasa bagai kembali semula ke sekolah lama.

Bertemu adik-adik disana yang masih belum dicemari racun keseronokan dunia yang melalaikan. Dalam keadaan jiwa yang ditarbiah dengan biah solehah, saya betul-betul cemburu.

Ah, saya nak kembali ke zaman dulu!

Berada di SARJANA, bagai saya kembali kezaman persekolahan tak lama dulu, semuanya saling tak tumpah.

Melihat suasana solehah itu kembali, saya terkesan.

Muhasabah diri, jauhnya saya dengan keadaan dulu, jiwa yang dulu..


SAYA CABAR

“Abang cabar antum dan antunna semua, apabilakeluar dari SARJANA terus istiqamah dengan islam..” saya meneruskan slot forum.

“Yang muslimin kekal berjubah, berserban..”

“Muslimat istiqamah dengan tudung labuh, boleh?!” saya mencabar.

Malam itu kami berdiskusi tentang biah solehah,sekadarbersembang dan berkongsi pengalaman. Saya lontarkan kepada adik-adik tentang pentingnya ruang lingkup biah solehah. Dan kita sedia maklum, biah solehah dari segi bahasanya adalah suasana yang baik, dari segi istilah pula membawa maksud manifestasi penghayatan islam dalam kehidupan.

Dan terbahagi pula kepada beberapa skop utama yang mesti dipenuhi seperti ukhwah, penghayatan ilmu, ikhtilat dan akhlak islamiyyah.

Dan pastinya mengikut acuan Quran dan sunnah.

Nabi saw bersabda:

"Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah Al-Quran dan Sunnahku.”



Forum: sembang-sembang biah solehah



MUHASABAH

Saya sempat melontarkan satu persoalanan.

“Sejauh mana pelajar yang ditaarbiah dengan biah solehah terus kekal beramal dan istiqamah terhadap nilai-nilai islam apabila keluar kealam kampus?”

Soalan dan cabaran sekadar untuk mengkoreksi diri sendiri,dan paling penting supaya adik-adik di SARJANA menyahut cabaran saya bila mereka memasuki dunia kampus.

Dan penting juga saya kira untuk sahabat-sahabat fasilitator bermuhasabah.

“Berapa ramai pelajar muslimin yang telah keluar dari ruang lingkungan biah solehah, tetap ke surau dan masjid menghadiri majlis ilmu dan solat berjemaah?”

“Dan berapa ramai kaum muslimat yang dahulunya bertudung labuh, sopan. Apabila keluar sahaja dari lingkungan tarbiah biah solehah terus tudungnya menjadi singkat dan seluar bertambah ketat?”

Dan lagi teruk, terus hilang tudung kepala, free hair..

Saya tak dapat bayangkan apa yang berada dalam benak golongan-golongan seperti ini, kemana hilangnya didikan, tazkirah dan taarbiah yang selama ini diasuh dan disemat ke dalam jiwa.

Sekadar berkongsi pengalaman dan pengamatan.

Sama-samalah kita muhasabah.



SAYA RINDU

“Abang nak tanya, sepanjang tiga hari program apa yang antum semua dapat?” sesi terakhir saya bersama adik-adik kumpulan dynamo.

“Bukan apa, abang takut. Abang-abang dan akak-akak fasi berkorban masa adik-adik sendiri hilang masa berehat hujung minggu.. rugi kalau kita semua tak dapat apa-apa” saya menyambung.

Dan alhamdulillah, jawapan positif diberikan adik-adik peserta. Cuma, saya bimbang jawapan tersebut sekadar menjaga hati abang fasi kesayangan mereka.

Saya bimbang.

“Terakhir, apa yang baik abang harap adik-adik dapat ambil sebagai pedoman dan pengalaman, dan apa yang buruk dalam program ni, adik-adik jangan sesekali ikut dan boleh campak dan buang jauh-jauh. Dan abang nak tengok muka-muka ni masuk universiti, boleh?” sayu saya menutup LDK terakhir bersama kumpulan dynamo dengan nasihat ringkas.

Saya rindu mereka semua.

Hanya doa saya tadahkan agar semua adik-adik disana berjaya didunia dan akhirat.


kumpulan 03, dynnamo



kumpulan 03, dynamo



SAYA RINDU

Dalam sedar, hampir empat tahun zaman persekolahan ditinggalkan. Dan pastinya, semuanya masih segar dalam ingatan, seperti baru semalam peristiwa itu berlaku.

Subhanallah, cepat betul masa berlalu.

Laungan takbir!

Mathurat berjemaah.

Doa wehdah, pembakar semangat.

Muslimat dengan tudung labuhnya, aurat yang terjaga.

Ya Allah, saya betul-betul rindu..



Biar jasad menjengah awan, namun doakan jiwa saya tetap berada pada zaman itu.

Ameen..



Ps: Betapa jauh kita dari zaman itu. Sama-sama muhasabah.




Faqirilallah (KEMSIS 10), Nilai, Malaysia .

Read more: perantaudiary | life is journey

Wednesday, February 17, 2010

adab kepada diri







Kita sering mendengar dan menyebut adab kepada ibu-bapa, adab kepada guru, adab kepada masyarakat, adab kepada sahabat.

Semuanya tentang ‘adab’..

Namun, pernah kita beradab kepada diri kita sendiri?

Ya, adab kepada diri. Adab kita sebagai muslim terhadap diri sendiri.


BERTAUBATLAH KEPADA ALLAH

Jika kita hitung baki umur yang telah berlalu, kita duduk sejenak bermuhasabah. Pasti kita akan melihat dosa-dosa maksiat yang telah kita dilakukan melebihi amal-amal soleh yang telah kita kerjakan. Bagaimana rasanya jika kita dihadapkan dihadapan Allah dalam keadaan penuh dosa?

Sedangkan setiap hari kita diberi kesempatan olehNya untuk bertaubat memohon ampun diatas segala kesalahan maksiat yang telah dilakukan.

Dan itulah adab seorang muslim kepada dirinya, bertaubat kepada Allah.

Allah swt berfirman:



Hai orang-orang yang beriman, bertaubatlah kepada Allah dengan taubatan nasuhaa (taubat yang semurni-murninya)...

(Surah At-Tahrim Ayat 8)


Berkata Imam Nawawi, bertaubat daripada segala dosa adalah wajib. Sekiranya maksiat tersebut hanya di antara hamba dan Allah swt iaitu tidak berhubungkait dengan hak-hak anak adam maka terdapat tiga syarat:

Meninggalkan terus maksiat.

Menyesal dengan perlakuan tersebut.

Berazam untuk tidak mengulangi untuk selama-lamanya.




KISAH TAUBAT MALIK BIN DINAR


Ibnu Al-Jauzi meriwayatkan dalam Kitab At-Tawwabin(orang-orang yang bertaubat), daripada Malik Bin Dinar bahawa beliau ditanya mengenai sebab taubatnya, lalu beliau menjawab: “Dahulunya aku adalah seorang polis (di zamannya) dan aku pernah membeli seorang hamba wanita yang cantik. Dia amat sesuai bagiku. Lalu, dia melahirkan seorang anak untukku dan aku pun amat kasih padanya.


Ketika mana dia mula berjalan, maka bertambahlah kasih sayangku buatnya dalam hatiku. Dia bermesra denganku dan aku pun bermesra dengannya. Setelah dia berumur 2 tahun, dia meninggal dunia dan kesedihannya itu pedih buatku.”

“Pada satu malam iaitu malam pertengahan bulan Syaaban, iaitu malam Jumaat. Aku terlihat di dalam mimpiku seolah-olah telah berlakunya hari kiamat. Sangkakala pun telah ditiup dan para penghuni kubur pun dibangkitkan. Lalu semua makhluk pun dihimpunkan dan aku juga bersama mereka. Maka aku pun terdengar satu pergerakan, aku memalingkan pandanganku. Tiba-tiba ianya adalah seekor ular besar berwarna hitam kebiruan. Ia telah pun membuka mulutnya dan mengejarku. Aku berlari-lari di hadapannya tergesa-gesa.


Dalam perjalananku, aku berjumpa dengan seorang lelaki tua yang bersih pakaiannya serta berbau wangi. Maka aku pun memberi salam kepadanya. Dia menjawab salam kepadaku. Aku pun berkata: “Wahai lelaki tua, selamatkanlah aku dari ular ini dan semoga Allah menyelamatkanmu jua.” Lelaki itu pun menangis dan berkata: “Aku ini lemah dan ianya (ular) pula lebih kuat dariku. Berlarilah dengan segera.


Semoga Allah merupakan buatmu sesuatu yang menyelamatkanmu darinya.” Lalu, aku pantas berlalu terus ke hadapan. Lalu aku pun naik ke atas satu anjung daripada anajung-anjung hari kiamat itu. Lalu aku pun melalui di tepi beberapa tingkatan api neraka dan aku hampir-hampir terjatuh ke dalamnya disebabkan pergelutanku itu. Maka satu suara menjerit: “Berundurlah kamu! Kamu bukan daripada ahlinya.” Lalu aku berasa senang dengan kata-katanya itu dan aku pun berundur. Ular itu juga kembali mengejarku.


Maka aku pun kembali semula kepada orang tua itu dan aku berkata: “Wahai orang tua! Aku sudah pun memintamu supaya menyelamatkanku dari ular itu, tapi kamu tidak melakukannya.” Lalu orang tua itu pun menangis dan berkata: “Aku ini lemah. Tetapi, kamu berlarilah kepada bukit itu. Di sana terdapat tinggalan orang-orang Islam. Jikalau kamu ada tinggalan di sana, ianya dapat membantumu.”



Aku pun melihat ke arah sebuah bukit yang dikelilingi oleh perak. Padanya terdapat lubang dindingnya yang menembusi di belakangnya, terdapat dua daun pintu diperbuat dari emas merah, diselangi dengan batu delima dan diliputi oleh permata. Pada setiap daun pintu terdapat tirai dari sutera. Setelah mana aku melihat ke arah bukit itu, aku pun berlari-lari ke arahnya dan ular itu masih di belakangku.



Sehinggalah aku mendekatinya, beberapa malaikat A.S menjerit: “Angkatlah tirai, bukalah daun pintu dan perhatikanlah!, moga-moga terdapat simpanan buat orang putus asa ini dalam kalanganmu semua yang dapat menyelamatkannya dari musuhnya itu.”



Setelah mana dibuka daun-daun pintu itu dan mereka memerhatikanku, aku dapati ramai kanak-kanak seumpama bulan-bulan. Ular itu pun mendekatiku dan aku tercengang. Beberapa orang dari kanak-kanak itu menjerit: “Dengarlah kamu semua! Kesemua kamu perhatikannya! Musuhnya telah pun menghampirinya.” Mereka itu pun datang memerhatikan sekumpulan demi sekumpulan.


Tiba-tiba anak perempuanku memerhatikan aku, menangis dan berkata: “Demi Allah ini adalah ayahku!” Lalu dia pun melompat kepadaku dalam satu bekas diperbuat dari cahaya jalan seperti anak panah sehinggalah dia berada di sisiku.


Dia pun menghulurkan tangan kirinya ke arah tangan kiriku. Maka aku pun berpaut kepadanya. Dia juga menghulurkan tangan kanannya ke arah ular itu sehinggalah ia melarikan diri. Kemudiannya, anakku itu meletakkan aku dan dia duduk dalam pangkuanku. Dia meletakkan tangan kanannya ke atas janggutku sambil berkata: Wahai ayahku!


Belum sampaikah lagi masanya bagi orang-orang yang beriman, untuk khusyuk hati mereka mematuhi peringatan dan pengajaran Allah?”(Surah Al-Hadid: 16).


Lalu aku pun menangis dan berkata: “Wahai anakku! Kamu semua tahu tentang Al-Quran?” Maka dia pun berkata: “Wahai ayahku! Kami semua lebih mengetahui tentangnya berbanding kamu semua.”


Aku berkata: “Beritahulah kepadaku tentang si ular yang hendak membinasakanku itu.” Si anak itu menjawab: “Itulah amalan burukmu yang telah engkau menguatkannya. Ianya hendak menghumbankanmu ke dalam neraka Jahannam.”


Aku bertanya: “Lelaki tua yang aku berjumpa dengannya itu?” Dia menjawab: “Itulah amalan solehmu yang engkau telah melemahkannya sehingga ianya tidak lagi mampu mengalahkan amalanmu yang buruk itu.”


Maka aku pun berkata: “Wahai anakku, apakah yang kamu semua lakukan di bukit ini?” Dia menjawab: “Kanak-kanak orang Islam telah tinggal di dalamnya sehinggalah ke hari kiamat. Kami pula menantikan kamu semua datang kepada kami, maka kami dapat membantu kamu semua.”


Malik bin Dinar pun berkata: “Maka aku pun terjaga dalam keadaan takut dan gementar. Maka aku pun memecahkan kesemua alat-alat yang digunakan dalam menentang Allah. Aku juga telah meninggalkan kesemua itu. Aku jua telah mengikatkan taubatku dengan Allah Taala, iaitu Taubat Nasuha. Maka Allah pun menerima taubatku itu.”


(sumber)


Wallahualam..

p/s: Sesungguhnya hanya mengingati Allah hati akan menjadi tenang.


Faqir ilallah,

Sutera Indah, Nilai, Malaysia.



Read more: perantaudiary | life is journey

Monday, February 15, 2010

Carrot Susu



carrot susu~




*Posting ini tiada sebarang unsur pengisian, sekadar hasil karya akibat bosan yang terlampau kerana berada seorang diri di Sutera Indah (tak balik raya cina, huk3).


“Bagi saya carrot susu satu..” saya meminta.

“Epal susu..” giliran sahabat pula.

Malam minggu malam untuk berehat, kalau tiada aktiviti inilah program saya.

Usai solat isyak, saya telah berjumpa sahabat lama, bertanya kabar dan bercerita tentang kehidupan. Dan tanpa diduga, malam itu saya telah dihidangkan dengan konflik yang cukup rumit.


“Dah macam cerita novel!” saya membetulkan posisi.

“Tu lah, aku ingat nak tulis novel pasal ni nanti, haha” sahabat tersengih.

Saya ringkaskan kisah tersebut dalam nada bahasa yang lebih mudah.

Saya namakan cerkon (cerita kontot) ini sebagai “Selangkah ke alam bunian misteri” atau boleh juga dinamakan “Jangan pandang-pandang”.

Pengalaman hebat seorang sahabat.

Moga-moga bermanfaat dan dapat diambil iktibar.



JANGAN PANDANG-PANDANG


Usai menunaikan solat isyak seperti biasa Husnul Fikri (bukan nama sebenar) melangkahkan kaki ke café, perutnya yang masih belum diisi sejak pagi tadi, menjerit simpati mohon untuk diisi. Belum sempat makanan dijamah, Husnul Fikri menerima satu panggilan.

“Assalamualaikum.. Fikri, apa yang enta dah buat dekat Hajar(bukan nama sebenar)?” Panggilan daripada seorang senior muslimat.

“Waalaikumsalam.. Buat apa kak?”

“Malam ni satu asrama banat kecoh, Hajar hysteria meracau menjerit nama enta!”

“Ya allah, ana tak buat apa-apa pun” wajahnya kemerahan, terkejut. Husnul Fikri beristigfar panjang.

Malam itu juga dia telah dijelaskan panjang lebar oleh senior tersebut tentang konflik yang telah berlaku.

Dadanya terasa sempit.

Kisah bermula apabila tanpa pengetahuannya seorang muslimat telah jatuh hati padanya. Dan dalam masa yang sama, sikapnya yang mesra dan peramah menjadi pemangkin kepada wujudnya perasaan muslimat tersebut.

Namun, telah menjadi lumrah seorang aktivis dakwah sepertinya untuk berhubung dengan muslimat bagi menjayakan pelbagai program.

Bagi menjalankan suatu aktiviti dakwah di kampusnya, dia kerap berhubung dan bersua muka dengan Hajar, salah seorang aktivis dakwah yang sangat disegani di kampus.

Namun akibat rasa kurang selesa dan cemburu terhadap situasi tersebut, tanpa diduga muslimat yang telah jatuh hati kepada Husnul Fikri tadi telah menggunakan pertolongan makhluk halus untuk meganggu Hajar.

Dan hasilnya, malam itu Hajar telah hysteria. Menjerit dan meracau nama Husnul Fikri.

Peristiwa tersebut tersebar dengan pantas, dan pastinya pelbagai versi dapat didengar. Dan sudah pasti memburukkan nama Husnul Fikri itu sendiri sebagai penggiat dakwah di kampusnya. Semua cerita tidak enak dan fitnah terhadapnya tersebar dengan luas.

Cerita tersebut bukan sahaja berlegar di kawasan kampusnya malahan turut menjadi buah mulut di kampus cawangan yang lain.

Manusia yang paling terkesan tentulah Husnul Fikri itu sendiri. Hampir seminggu kehidupannya tak terurus. Diganggu puluhan sms dan panggilan memohon penjelasan.

Dadanya terasa sempit. Ujian yang dihadapinya berlarutan hampir dua bulan.

Manakala Hajar pula terpaksa melanjutkan semester pengajiannya. Dibawa berjumpa pakar-pakar perubatan islam bagi memulihkannya kembali.

(Saya ringkaskan, malas nak tulis)


-TAMAT-



“Uish, betul ke ni?” saya terkejut mendengar kisah sahabat tadi.

“Dah boleh buat novel cerita ni!" saya betul-betul terkejut.

“Tak sangka pulak, aku tengok ko happy jea..” saya menyambung.

“Aku memang macam ni, dapat result exam teruk pun aku boleh ketawa buat lawak lagi..” sahabat menyedut epal susu yang dipesan tadi.

“Tapi tak sangka, budak pengajian islam pun boleh buat benda-benda macam ni”

“Tu la, nanti ko cerita la dalam blog, tapi jangan bagitau nama aku. Segan la nanti!” sahabat tersengih.

“Haha, cantit..” carrot susu segera dihabiskan.

Selesai semuanya, saya langsung berjalan pulang menuju ke kolej kediaman. Pengalaman sahabat tadi saya simpan, dan sedikit-sebanyak telah mengubah persepsi saya dalam menilai sesuatu perkara. Menilai supaya kelihatan bernilai.

Moga-moga kita sekuat sahabat tadi dalam menghadapi setiap ujian dalam perjalanan. kerana kita semua adalah perantau.

Ameen ya Robb.



*Husnul fikri(bukan nama sebenar) adalah sahabat yang memesan epal susu diatas. Lokasi dan nama watak terpaksa dirahsiakan.



Perantau musafir perjuangan

Sutera Indah, Nilai.





Read more: perantaudiary | life is journey

Sunday, February 14, 2010

muhasabah cinta






Wahai,

Pemilik nyawaku

Betapa lemah diriku ini

Berat ujian dariMu

Kupasrahkan semua padaMu



Tuhan,

Baru ku sadar

Indah nikmat sehat itu

Tak pandai aku bersyukur

Kini kuharapkan cintaMu




Kata-kata cinta terucap indah

Mengalun berzikir di kidung doaku

Sakit yang kurasa biar jadi penawar dosaku

Butir-butir cinta air mataku

Teringat semua yang Kau beri untukku

Ampuni khilaf dan salah selama ini


Ya ilahi,

Muhasabah cintaku,



Tuhan,

Kuatkan aku

Lindungiku dari putus asa

Jika ku harus mati

Pertemukan aku denganMu








Album :
Munsyid : EdCoustic
http://liriknasyid.com

Read more: perantaudiary | life is journey