Read more: perantaudiary Blogspot | life is journey diari perantau: October 2009

Saturday, October 24, 2009

Dr gigi

gigi oh gigi











Dua minggu lepas saya melawat ke klinik kampus bagi merawat gigi yang pecah dan telah mengakibatkan palma (tolong betulkan jika silap) terkeluar. Sangat tak selesa dan menyulitkan aktiviti harian (sebenarnya segan tak de gigi, hu3).



Saya bertemu seorang Dr. lewat 40 an. Free hair menampakkan rambut kuning keemasan, dari pertuturan dan pemerhatian jelas berbangsa india. Dari segi pakaian pula tidak menunjukkan ciri ciri seorang muslimah.

Gigi saya diperiksa sambil digoyang tanpa sarung tangan.



“Sepatutnya dua gigi depan ni pun patah jugak..” saya bercerita, merujuk gigi yang terselamat.



“Alhamdulillah lah, sebab tak patah, kita cuba selamatkan gigi yang patah ni..”

Alhamdulillah? Saya silap dengar rasanya.

Sebelum itu plak mesti dibersihkan.



“Bismillahirahmanirrahim..” Dr memulakan tugas.

Bismillah? Ai, Dia ni muslim ke? Proses cucian bermula. Seluruh kawasan gigi dibersihkan, kejang mulut menahan kesakitan.



Soalan tersebut saya pendam ke appointment di minggu berikutnya.







Minggu kemudiannya, menaiki ambulans saya bersama Dr. dan dua orang sahabat senasib menuju ke pandan indah. Sebelum perjalanan, melihat Dr. membawa sebuah buku fotokopi bertajuk “What everyone needs to know abaut islam” karya John L. Esposito, menambahkan lagi pelbagai tafsiran dan persoalan.



Saya mentafsirkan beliau sedang tertarik untuk mendalami dan memahami islam. Saya cuba untuk mendekati dan bertanya beberapa soalan, tetapi tak berkesempatan.



Sesi ‘penyiksaan bermula, saraf dan akar daripada gigi yang patah dibuang. Hanya Allah yang tahu peritnya.

Hampir pengsan saya menahan sakit.





Selesai semuanya kami pulang, saya Dr. dan seorang sahabat menunggu seorang muslimat menunaikan solat. Sebelum itu saya bersama sahabat tadi sempat berbincang perihal Dr. samada islam ataupun sebaliknya.

Oh, rupanya bukan saya seorang yang perasan.



Kami menunggu di perkarangan fakulti pergigian di hadapan ambulans.

Dalam fikiran, ini peluang terbaik untuk menyelesaikan semua persoalan dalam benak kepala. Ada satu soalan saya mahu kepastian, tapi sebelum itu kena memancing jawapan terlebih dahulu.



“ Dr. minggu depan saya kena datang lagi ke?” saya memulakan perbualan, memancing untuk ke fasa seterusnya.



“Minggu depan saya tampal gigi kamu kemudian isi besi, bila kamu dah kerja nanti dah ada duit buat crome..” Dr. menerangkan rawatan yang baru selesai dijalankan sebentar tadi.

Masa yang dinanti pun tiba, masa untuk soalan cepu emas.



“Dr. ni muslim ke?” hajat akhirnya tertunai.



“Of course lah.. saya keturunan Pakistan..” Dr tersenyum menjawab, ada riak malu malu kucing di wajah beliau.



“Oh.. patutlah pun” serentak kami menjawab.





p/s: Jangan biarkan islam terfitnah dengan pakaian, penampilan dan aurat anda.

sama sama renungkan

Read more: perantaudiary | life is journey

Friday, October 9, 2009

Tanda kasih






tanda kasih dari pencipta



“Balik aritu demam, ni eksiden pulak, kesian..” Mak cik memandang simpati.

Hampir tiga hari saya tak bertemu nasi. Makan dan minum hanya menggunakan straw penyedut minuman. Menu utamanya milo suam dan nestom.

Pengalaman yang menginsafkan..

Saat bertemu kembali nasi, seperti mahu menitis air mata. Bersyukur dikembalikan semula nikmat. Nasi banjir bersama isi ikan hancur. Itupun hanya mampu dikunyah beberapa kali, terus ditelan.

Perlahan, sampai ke telinga sakitnya. .


Nasi banjir licin.

“ Allah mengajar nilai harga sebutir nasi, nikmat yang selalu diabaikan ketika sihat ..”



JAZAKALLAH


Pengalaman syawal ini sangat bermakna dan istimewa.


Terima kasih saya tujukan kepada ayah dan mak cik, makan minum saya dijaga cukup rapi. Dari awal kejadian sehingga saya mampu pulang ke USIM semula.

Terima kasih kepada semua sahabat yang mendoakan dan mengambil berat. Untungnya mempunyai ramai sahabat, tak putus-putus ucapan syafakallah dan takziah yang diterima.


Ramainya yang datang melawat..

Saudara mara, sahabat jengka, sahabat dari TAHAP, sahabat dari USIM, jiran-jiran.

Saya rasa betul betul dihargai,

Jazakallah semoga Allah membalas jasa kalian.



ALLAH MAHA HEBAT

Segala kejadian yang berlaku di dunia ini adalah dalam penguasaan Allah. Batu yang sangat kecil berada berpuluh ribu meter dalam lautan bergerak dibawa arus, semuanya dalam pengetahuan Allah. Semuanya berlaku atas perintah dan iradahnya. Allah maha hebat.

Kehidupan makhluk yang bernama insan di alam fana ini tidak pernah terlepas dari ujian. Kesenangan, kesusahan, kesakitan, kekayaan dan apa sahaja yang kita miliki semuanya dikurniakan Allah sebagai ujian untuk kita. Firman Allah :

 
“Yang menjadikan mati dan hidup, supaya Dia menguji kamu, siapa di antara kamu yang lebih 
baik amalnya. dan Dia Maha Perkasa lagi Maha Pengampun, “(QS Al-Mulk [67]: 2).
 
 
 
 
 
TANDA KASIH
 
Allah menguji tandanya Allah sayang kepada kita. Sayangnya Allah kepada hambanya melebihi kasih seorang ibu 
kepada anaknya. Seharusnya kita sebagai hamba bergembira menerima tanda kasih dari tuhan yang mencipta. 
 
 
Allah rindu mendengar rintihan hamba hamba-Nya. Rindu mendengar doa, zikir, dan wirid seorang hamba.
 Apabila menerima cubaan dan ujian, maka berdoalah kepada Allah.
 
 
Betapa Allah sayang kepada hamba hamba-Nya, ujian yang menimpa dijadikan kafarah, penebus dosa-dosa yang 
telah kita dilakukan. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud : 
 
“Tak seorang muslim pun yang ditimpa gangguan semisal tusukan duri atau yang lebih berat 
daripadanya, melainkan dengan ujian itu Allah menghapuskan perbuatan buruknya serta 
menggugurkan dosa-dosanya sebagaimana pohon kayu yang menggugurkan daun-daunnya.” 
(HR Bukhari dan Muslim).
 
Adakah ketika ini kita sedang di uji? Jika ya, maka bersyukurlah. Jadikanlah ujian itu sebagai kesempatan 
untuk memperbaiki kualiti iman. Apapun ujian yang kita hadapi tempuhlah dengan jalan redha dan sabar.
 
Moga moga ujian yang diterima di dunia yang sementara ini, membuka jalan yang luas untuk mencapai redha 
Allah di akhirat yang kekal abadi.
 
Carilah hikmah setiap kejadian yang berlaku.
 
 
 
“ Allah rindu mendengarkan rintihanmu berpanjangan, bersyukurlah dan sabarlah menghadapi 
segala ujian yang diberi.. Maka bersyukurlah selalu.”
 
 
 
Sama sama memohon keampunan Allah.
 
 

Astaghfirullahala’zim.. ( 3 x )



Read more: perantaudiary | life is journey

Tanda kasih




Read more: perantaudiary | life is journey

Wednesday, October 7, 2009

Tanda kasih


Read more: perantaudiary | life is journey