Read more: perantaudiary Blogspot | life is journey diari perantau: October 2010

Monday, October 25, 2010

permainan tanpa peraturan




 Nama dia syahir~

“Game seterusnya, cuba sebutkan nama permainan yang tak de peraturan..” saya meneruskan aktiviti.

“Teka-teki ke bang?” syahir bertanya.

“Bukan teka-teki, soalan. Semua wajib bagi satu jawapan” petang itu saya bersama kumpulan ikhsan, berkongsi pengalaman dan sedikit nasihat saya kira.

Circle bawah pokok.


SEKOLAH AGAMA

Kadang-kadang saya perlu melarikan diri ke kampung, memijak tanah kelahiran, dan mencium aroma kelapa sawit moga-moga jiwa sedikit tenang. Dan alhamdulillah telah pulang ke jengka pada mingu lepas berprogram bersama adik-adik di Maahad SAS, Bandar Jengka.

Sempat juga bertemu ayahanda tercinta.

Teruja dengan program-program bercorak sebegini, program seperti inilah yang saya kira menjadi asbab kepada perubahan diri saya sebelum menduduki PMR, perubahan 360 darjah. Itu sejarah dulu-dulu.

Ya, saya teruja.

Kerana saya anak jati Pahang, bersekolah dan menetap di Pahang. Dan saya kira mempunyai banyak persamaan dengan adik-adik di hadapan saya ini, anak peneroka dan pernah juga bersekolah di sekolah agama kerajaan negeri.

Maklum dengan daifnya kemudahan, alatan makmal yang ‘sempurna’dan bas tin biskut yang masih lagi diguna sehingga ke hari ini. Hadam dengan jalan ceritanya walaupun watak-wataknya kini berbeza, namun saya yakin dan percaya masih lagi kisah yang sama.

Namun, biah inilah yang banyak berjasa, meninggalkan bekas, dan paling penting saya kira mengajar erti sebuah kehidupan. 

Ya, belajar kehidupan bermasyarakat dan berdiri di atas kaki sendiri.


PERMAINAN TANPA PERATURAN

“Ok, ustazah apa permainan tanpa peraturan?” merujuk muslimat yang tak pernah lekang tersenyum sejak daripada awal.

“erm.. panjat pokok pastu terjun..” 

"haha.." semua ketawa.

“Naik bukit, pastu turun bukit..” seorang lagi menambah.

“Main pingpong tak de meja” Ustaz Ijat menambah.

“Semua menarik, tapi abang confius mata nak kira macam mana, macam mana nak tau sapa yang menang?” Saya bertanya.

Semua terdiam, tak kurang yang tersengih.

“Ok2, agak-agak ada ke tak permainan tanpa peraturan?”

“Tak de..” semua serentak menjawab.

“Nampak tak apa pengajarannya?”

“Semua perkara ada peraturan..” syahir menjawab.

“Betul, semua perkara kat atas muka bumi ini ada peraturan..”

“Tutup aurat peraturan..”

“Solat peraturan, apa lagi?”

“Puasa..” ustazah menjawab.

“Zakat..” seoarng lagi menambah.

Petang itu saya katakan ceritakan kepada mereka tentang indahnya islam sebagai cara hidup berlandaskan Quran dan Sunnah. Saya kongsikan juga kisah lembu yang terikat pada sebatang pokok dan lembu yang dilepas bebas meragut tanaman dan akhirnya menjadi mangsa binatang buas.

Sebagai analogi kepada kehidupan kita di muka bumi yang perlu kepada satu ‘ikatan’ untuk selamat bukan sahaja didunia bahkan di hari akhirat. Ikatan tersebut tidak lain adalah syariat. 

Dan saya simpulkan ‘ikatan’ tersebut bukanlah suatu bebanan tetapi menjadi satu panduan untuk manusia sebagai hamba dan juga khalifah.

Saya termenung panjang.

Budak Jengka 24,
DKS 1.2 FSU, USIM.
Metal Alloy presentation


Read more: perantaudiary | life is journey

Tuesday, October 19, 2010

kerana ukhuwwah itu indah



click to play song~














Sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda:

“Sesungguhnya di kalangan manusia ada yang bukan dari golongan anbiya'; dan bukan juga dari golongan syuhada’. Mereka dicenburui oleh para anbiya' dan syuhada' kerana ketinggian kedudukan mereka disisi Allah”.


Para sahabat bertanya:
“Wahai Rasulullah, beritahulah kami siapa mereka itu?” Rasulullah saw menjawab:

“Mereka adalah golongan yang berkasih sayang kerana Allah tanpa ada pertalian persaudaraan antara mereka dan bukan kerana harta benda. Demi Allah muka-muka mereka adalah “cahaya” dan mereka adalah di atas “cahaya”. Mereka tidak takut meskipun manusia lain berasa takut, dan tidak sedih ketika orang lain bersedih. Lalu baginda membaca firman Allah yang bermaksud: “Ketahuilah sesungguhnya penolong-penolong Allah itu mereka tidak takut dan tidak juga bersedih hati” (Yunus:62)
(hadis riwayat Ahmad).

song: Aizat, kau pergi
Read more: perantaudiary | life is journey

Monday, October 18, 2010

soya sejuk




running time~ (sources)






“Cakap semua pandai, yang buat kerja berapa kerat jea..” pak cik mengeluh sambil mengelap keringat di muka.

Saya bersama sahabat diam mendengar. Tengah hari tersebut penuh emosi, semuanya akibat sedikit salah faham penggerak yang terlibat.

Dan akibatnya segelintir tidak menjalankan tugas, dan kerja yang diamanahkan tersebut sepatutnya sudah hampir sempurna kami kerjakan, tetapi sehingga tengah hari tersebut langsung tidak berjalan.

Namun sesi beremosi tersebut tidak lama.

Selesai semuanya, pak cik berkongsi pengalaman, saya kira sebuah ‘taujihat’ tengah hari. Ditemani air kacang soya sejuk, kami berdua kusyuk mendengar.

“Rezeki Allah yang bagi..” pak cik bercerita.

Hari tersebut cukup bermakna saya kira, mendengar sedikit perkongsian, perihal pengalaman dan ujian sebagai pejuang agama Allah, dari sudut praktikal dan realiti pastinya.
Bercerita perihal pengalaman sebagai seorang pejuang yang disulam tawakal yang cukup tinggi terhadap Allah swt. 



Tentang sinisnya masyarakat terhadap golongan yang membawa islam.



Namun, mata masyarakat mula terbeliak dengan kejayaan seorang anak beliau yang berjaya melanjutkan pengajian dalam bidang perubatan di Rusia.


Membuktikan rezeki adalah di tangan Allah, bukan di tangan makhluk.

Saya termenung.

Allah swt berfirman, maksudnya:

“kalau apa Yang Engkau serukan kepada mereka (Wahai Muhammad) sesuatu Yang berfaedah Yang sudah didapati, dan satu perjalanan Yang sederhana (tidak begitu jauh), nescaya mereka (yang munafik itu) akan mengikutmu; tetapi tempat Yang hendak dituju itu jauh bagi mereka. dan mereka akan bersumpah Dengan nama Allah Dengan berkata: "Kalau Kami sanggup, tentulah Kami akan pergi bersama kamu". (dengan sumpah dusta itu) mereka membinasakan diri mereka sendiri, sedang Allah mengetahui Bahawa Sesungguhnya mereka itu orang-orang Yang berdusta (tentang tidak sanggupnya mengikutmu).
(surah Attaubah ayat 42)

Saya terus termenung.

Moga-moga kita semua terus istiqamah dengan islam..



p/s: berjuang itu pahit kerana syurga itu manis


Perantau Musafir Perjuangan
library, usim.



Read more: perantaudiary | life is journey

Sunday, October 10, 2010

Ibtila'


huh?~ source

Bismillahirrahmanirrahim..
Dengan nama Alah yang maha pemurah lagi maha mengasihani.


Saya tidak pernah jemu berulang kali membaca post-post terdahulu didalam blog ini, setiap satu ada ceritanya tersendiri. Maklum, kerana penulisnya adalah saya sendiri. Bertatih bercerita dan berkongsi pemikiran melalui tulisan, subjeknya tidak lari daripada manusia. Tentang sahabat, keluarga, buku-buku berpengaruh, pemikir- pemikir hebat dan diri saya yang hina ini pastinya.

Dan Temanya tidak lain adalah untuk mengislahkan diri sendiri sambil berdakwah mengajak pembaca-pembaca yang lain. Moga-moga usaha yang sedikit itu dinilai dan terhindar daripada dicemari sebarang sifat mazmumah seperti ujub, riak dan sewaktu dengannya.

Kadang-kadang beremosi dan kadang-kadang melangit keawangan. Membaca perkongsian, pengalaman dan cerita-cerita menerusi kaca mata manusia yang penuh dosa dan hina ini. kadang-kadang tersenyum sendiri. 

Dan kadang-kadang diuji dengan apa yang saya katakan! 

Allah Ta'ala berfirman..
"Dialah yang telah menciptakan kematian dan kehidupan dalam rangka menguji (ibtila') kalian, siapakah di antara kalian yang terbaik amalnya.."
QS Al Mulk ;2


IBTILA'

Saya pernah katakan supaya kita terus istiqamah dalam amalan sambil menambah amalan-amalan sunat harian untuk tarbiah ruhiyah. Solat jemaah, zikir mathurat, dhuha dan taubat. 

Pernah juga saya katakan supaya kita terus istiqamah dengan islam, islam way of life, islam sebagai cara hidup bukan sekadar agama untuk dianuti seperti mana agama-agama lain yang berada diatas muka bumi ini.. 

Pernah juga saya menulis tentang kata-kata semangat untuk terus hidup dalam bimbingan syariat, jangan sesekali melanggar syariat, jangan bercouple sebelum terbit lafaz ijab dan kabul. 
Buatlah yang itu, dan jangan buat yang ini..

Pernah juga menulis supaya kita terus kentar dan tegar berada didalam jalan dakwah selagi islam belum tertegak dan kembali berada di tempatnya semula. Dan hanya pada Allah tempat bermohon dan mengadu sebarang masalah layaknya seorang pejuang agama Allah. Terus istiqamah dalam perjuangan. 

Namun, ujian yang datang betul-betul menyesakkan dada. 

Benar, kita diuji dengan apa yang kita katakan. 

Ah, Bercakap cukup senang, namun peritnya usaha untuk kekal istiqamah dan menuju kearah itu.  Payahnya beristiqamah dalam amalan, sukarnya istiqamah dalam perjuangan. Dan tidak mudah untuk melakukan apa yang disuruh dan sedaya meninggalkan apa yang dilarang. Semuanya memerlukan mujahadah yang cukup tinggi.

Cukup gerun memikirkan amaran keras Allah swt,

“Wahai orang-orang yang beriman, kenapa kalian mengatakan apa yang tidak kalian kerjakan. Sungguh besar kemurkaan di sisi Allah karena kalian mengatakan apa-apa yang tidak kalian kerjakan.”
QS. Ash Shaff ;2-3

Namun, ujian itulah satu proses dalam kehidupan. Benar, Allah akan uji apa yang kita katakan, apa yang kita dakwahkan. Semua itu tidak lain bagi menilai sedalam mana keimanan dan ketakwaan diri kita kepadaNya dan lansung mengotakan setiap lafaz yang kita alunkan.

"Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata ‘kami beriman’ sedangkan mereka tidak diuji (dengan sesuatu ujian)" 
Surah al-Ankabuut ;2

Dan ingatlah, Allah sentiasa membantu saya dan anda

"Allah tidak memberati seseorang melainkan apa Yang terdaya olehnya. ia mendapat pahala kebaikan Yang diusahakannya, dan ia juga menanggung dosa kejahatan Yang diusahakannya. 

(Mereka berdoa Dengan berkata): "Wahai Tuhan kami! janganlah Engkau mengirakan Kami salah jika Kami lupa atau Kami tersalah. Wahai Tuhan Kami ! janganlah Engkau bebankan kepada Kami bebanan Yang berat sebagaimana Yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang Yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! janganlah Engkau pikulkan kepada Kami apa Yang Kami tidak terdaya memikulnya. dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami, dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami; oleh itu, tolonglah Kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum Yang kafir".

Surah Al-Baqarah ;286

Astagfirullahalazim..



Perantau musafir perjuangan
Desa Jati, Nilai.

Read more: perantaudiary | life is journey

Thursday, October 7, 2010

Armagedon 2012




kiamat itu pasti~ source



“Kamu semua pernah tengok buku ni?” saya bertanya, ‘Armagendon 2012’ segera dikeluarkan. Semua nampaknya berminat.


“Buku ni ada kaitan dengan filem 2012.. tapi menurut perspektif islam” saya menambah. Sahendran, Vinod dan Vineash membelek-belek buku tersebut. Anak-anak murid saya di pusat tuisyen mawar, empat orang semuanya, Priya entah kemana. 

Dan saya kira semuanya hindu.

Mereka bertiga tertarik dengan istilah ‘iluminati’ dan teori konspirasi yang telah saya kongsikan pada minggu sebelumnya.

Petang itu, selesai sesi kimia saya mengambil peluang bercerita perihal kiamat dan langsung membuka mata ketiga-tiga mereka tentang islam. Manalah tahu jika diberikan hidayah, menjadi asbab untuk mereka mengkaji dan langsung menerima islam suatu hari nanti, dan itu menjadi saham untuk saya.

Ameen..



KIAMAT

“Cikgu betul ke 2012 bumi kiamat? Kami baru je lepas SPM time tue..” Vinod bertanya, saya tersenyum.

“Cikgu pun baru grade time tu..” satu kelas ketawa

“Betul, ada kajian mengatakan kemungkinan planet-planet dalam sistem suria kita berada dalam keadaan sejajar pada tahun 2012, langsung menyokong teori kiamat 2012..”

“Tapi, NASA membantah sekerasnya dakwaan planet sejajar akan menghancurkan bumi dan menyebabkan kiamat, fenomena biasa..” saya mengulas serba sedikit kandungan buku tersebut.

Saya kira Armagendon 2012 cukup kaya dengan hujah-hujah ilmiah untuk menyangkal setiap dalil yang mengatakan kiamat akan berlaku pada 21 desember 2012, hasil ramalan kaum maya. Paling menarik huraian hadis-hadis nabi SAW tentang hari kiamat dikaitkan dengan proses sains, menurut pandang sisi kimia, fizik dan biologi.

Kaedah pengklonan, tindak balas biologi tubuh manusia terhadap dukhan (asap) selepas hentaman meteor dikupas satu persatu. Cukup sesuai untuk dihadam golongan yang mendalami sains. Namun, dakwaan yang mengatakan terdapat agenda konspirasi daripada gerakan iluminati didalam filem tersebut tidak pula disentuh.

 “Kamu percaya kiamat?” saya mula memasuk jarum.

“Agama hindu percaya selepas mati manusia akan dihidupkan semula samada menjadi manusia ataupun haiwan mengikut amalan yang dikerjakan semasa hidup.. penamatnya ‘Moksha’ penyatuan dengan tuhan..” Jelas Vineas.

“Bagi umat islam, kami percaya kepada hari kiamat..” saya membalas. Saya ceritakan kepada mereka kronologi dan tanda-tanda menjelang kiamat, tentang kedatangan Al-masih Dajjal yang mengaku sebagai tuhan, keluarnya yakjuj dan makjuj, dan penurunan semula nabi Isa putra Maryam bagi memimpin umat manusia. Saya jelaskan perbandingan pemahaman hari kiamat antara kristian, yahudi dan islam, moga-moga mereka diberi hidayah untuk mengkaji dan mendalami agama fitrah ini, tidak lain agama islam.

Petang itu mungkin saya seorang yang termenung. Hari kiamat pasti akan berlaku, hari yang penuh kedasyatan. Terpulang kepada kita untuk mempersiapkan diri.

Dan sama-sama doakan moga- moga semua anak murid saya menerima islam suatu masa nanti.

Ameen..




p/s- kiamat itu pasti..


Read more: perantaudiary | life is journey