Seperti anda,
hamba yang lemah dan hina.
Tak pernah sunyi daripada kesalahan dan dosa.
Sama seperti anda,
suka pada kebaikan dan ketaatan.
Benci bila fitrah dicalari,
walaupun hanya sekelumit dosa.
gerun dan takut pada siksa Allah.
Bimbang diazab akibat kejahilan diri, kebuasan nafsu.
Samalah seperti anda,
terasa gelisah apabila jauh daripada Allah.
iiwa mendesak untuk diselamatkan,
daripada terus tenggelam
dipukul badai dosa yang menggila.
menangis dan merintih mengenang keterlanjuran dosa.
Mengharap belas ihsan sang pencipta.
takut dihempap dosa yang menggunung tinggi.
Bimbang kalau kalau dosa tidak diampunkan.
Jiwa semakin memberontak,
resah dan gelisah.
Namun,
Samalah juga seperti anda,
Tak kan pernah putus asa daripada rahmat Allah.
Kerana,
Seperti anda,
yakin rahmat kasih Allah mengatasi kemurkaan-Nya
************
Allah berfirman:
“Katakanlah (wahai Muhammad), ‘Wahai hamba-hamba-Ku yang melampaui batas
(Surah al-Zumar 39:53)
Sesungguhnya Allah tidak akan pernah memungkiri janji-Nya; Dia telah berjanji untuk mengampunkan segala dosa, dari sekecil zarah sehinggalah sebesar-besarnya, melainkan syirik kepada-Nya.
p/s: jangan berputus asa dengan rahmat Allah
~hamba yang sangat hina
Sentiasa memohon keampunan daripada Allah swt walau sebesar mana dosa, Allah Maha Pengampun.
ReplyDeletedan
Sentiasa berhati-hati dengan perkara syirik (pada tafsiran disisi ASWJ).
syahir: mantap name mung..muhammad syahir al-kajangi al mantini..
ReplyDeleteaku nak letak name aku erma fatiha al-kelantani al-pasiri masi
aku nak jugak,
ReplyDeleteImran Ajmain Al-iskandari.. hehe