Read more: perantaudiary Blogspot | life is journey diari perantau: Momentum

Monday, May 10, 2010

Momentum




m1v1+m2v2=v(m1+m2)


“Gas yang dihasilkan semasa pembakaran bahan api dalam roket menghasilkan momentum yang besar, menolak roket kehadapan” saya bercerita.

“Semua tu aplikasi momentum dalam kehidupan” saya menyambung, sambil menyelak-nyelak helaian buku rujukan pinjaman.

Petang itu saya menggantikan seorang sahabat mengajar di sebuah kelas tuisyen. Kami berdiskusi tentang momentum dan pressure antara subtopik yang terkandung didalam bab motion subjek sains tingkatan lima.

Kelas ini ada keunikannya yang tersendiri, semuanya melayu tulen. Namun, jika kelas yang ditaklifkan sebelum ini terdiri daripada non-muslim, kelas ini saya kira cukup unik dengan gelagat pelajar-pelajarnya, termasuklah dua pelajar wanita melayu islam free hair.

“Hari ni berapa hari bulan?” saya bertanya, memecahkan kebuntuan dan kebosanan.

“tujuh..” dua tiga orang menjawab.

“Bukan, bulan islam..”

“24 rejab kot..” seorang menjawab.

“Syaaban lah..” pelajar lelaki dibelakang menyampuk.

“Kita dah penghujung bulan rejab, dan insyaAllah 27 rejab kita akan menyambut isra’ mikraj” saya memulakan sesi tazkiah tidak rasmi.

Momentum lebih hebat

“Dalam peristiwa isra’ dan mikraj ada satu kenderaan yang boleh mengalahkan kelajuan roket yang menggunakan prinsip momentum..” semua memberi tumpuan.

“Bayangkan perjalanan daripada masjid al-Haram (Makkah) ke Masjid Al-aqso (Baitulmaqdis) kemudian naik ke langit sampai ke Sidrat Al-muntaha bahkan menembusi tujuh lapis langit menerima perintah solat terus dari Allah swt lalu kembali semula ke Makkah pada malam yang sama!”.

“Dan sehingga ke hari ini tiada satu kenderaan yang dapat mengatasi kepantasan dan momentum yang Buraq gunakan”.

Petang itu saya melihat tidak sedikit yang termenung, sempat juga bercerita input menarik yang terkandung dalam filem three idiot.

Moga-moga mereka menjadi penuntut ilmu bukan penghafaz buku.

Ameen ya Robb..

Read more: perantaudiary | life is journey

1 comment:

  1. salam..

    lamer tak update..btw,bestla ayat ko...mendalam dan menusuk...blog ni macam blog hazimin plop..

    btw.best!

    ReplyDelete