Read more: perantaudiary Blogspot | life is journey diari perantau: kimia islam

Wednesday, July 15, 2009

kimia islam



“Awak pernah dengar golongan prostaz?” cikgu menyoal.

“Profesional ustaz..”



Itu kali pertama saya mendengar perkataan tersebut. Entah ada atau tidak dalam kamus dewan, saya tak pasti, cuba la cari. Golongan professional yang berpewatakan seorang ustaz.



Kalau ada yang membaca blog ini, dua kali entri saya bercerita tentang demonstrasi. Soal kebangkitan mahasiswa sebagai agen perubah. Tidak hanya berkisar dengan bilik kuliah semata.



Saya membayangkan kampus saya sehebat kampus lain, mengimpikan suasana seperti di UKM, mengbayangkan suasana seperti di UM. Semangat pejuangan seperti di UIA. Universiti-universiti veteran yang telah melahirkan ramai manusia-manusia hebat, yang kini sedang berkhidmat untuk masyarakat.



Tapi persoalan pokoknya, mampukah saya berdepan dengan suasana hebat itu.

Mungkin saya akan terus futhur(tewas) dan hanyut,

Dan pasti itu hikmahnya Allah meletakkan saya disini.

Kampus AMAN dan DAMAI..



IMBAS



Keluar awal pagi, pulang bila malam menjelang. Itu rutin harian pada awal semester. Subjek bahasa menjadi keutamaan, berlakon dan presentation menjadi perkara kemestian.



Apabila tiba di rumah, terus tidur keletihan. Tiada masa untuk studi.



Itu cerita semester satu, tahun dua lebih mencabar. Pembahagian masa antara kuliah dan taklifan.

Baru seminggu kuliah berlangsung , macam-macam perkara perlu diselesaikan.



Seminggu yang penat.



KIMIA DAN ISLAM



“Orang kampong takkan tanya masalah hukum hakam dekat kita, takkan suruh kita bukak kitab.. Sebab bukan bidang kita, tapi kalau masalah yang berkaitan dengan bidang kita kita tak boleh nak jawab, tu boleh menimbulkan fitnah..” saya teringat nasihat seorang OTAI.



Pertikaian antara fardhu kifayah dan fardhu ain,

Tiba-tiba perkara ini terlintas di fikiran.





KIMIA + FALSAFAH + ETIKA + DAKWAH = ?





Saya membayangkan Hidup Sebuah Perjalanan bercerita tentang konsep dan fakta KIMIA diselitkan dengan falsafah dan etika ISLAM dan hasilnya menjadi satu bentuk DAKWAH.



Persoalan tentang SAINS dan ISLAM berunsur kehidupan dan motivasi.

Dan disampaikan dalam bentuk yang santai dan senang difahami.



Mengenang kesibukan yang dialami, saya tak pasti.

Mungkin akan terus kekal BERAPI di dalam.

Read more: perantaudiary | life is journey

No comments:

Post a Comment