Read more: perantaudiary Blogspot | life is journey diari perantau: Mahasiswa UKM bantah kekejaman Selatan Thailand

Tuesday, July 14, 2009

Mahasiswa UKM bantah kekejaman Selatan Thailand


Bangi 12 Julai 01:45a.mMahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) menyuarakan bantahan terhadap kekejaman yang berlaku di Selatan Thailand dua hari lepas dengan mengadakan perhimpunan secara aman setelah selesai solat Jumaat di Masjid Universiti Kebangsaan Malaysia.


Perhimpunan tersebut dianjurkan oleh Ikatan Studi Islam UKM (ISIUKM) dan beberapa persatuan lain yang berasa ‘terpukul’ dengan siri-siri kekejaman yang dilakukan terhadap penduduk Selatan Thailand.


Beberapa orang pimpinan mahasiswa telah tampil menyatakan pendirian berkaitan isu ini dan menggesa kemelut tersebut diselesaikan segera.


Konflik tersebut telah berlaku sekian lama dan dilihat semakin serius kerana angka korban kini mencecah 3700 orang. Konflik ini kembali mendapat perhatian media setelah pembunuhan kejam 11 orang jemaah ketika solat isyak di Masjid Al-Furqan di Kampung Air Tempayan pada 10 Jun yang lalu.


Presiden persatuan tersebut, Mohd Idris B. Mohd Yussoff menyifatkan apa yang berlaku di Selatan Thai tidak ada bezanya dengan kesengsaraan yang dialami oleh umat Palestin.


“Saya rasa kesal kerana isu ini ‘disejukkan’sehingga menyebabkan masyarakat tidak memandang serius penindasan dan kekejaman yang dilakukan.”katanya lagi.


Beliau juga mempersoalkan badan-badan NGO yang dilihat ‘lesu’ kerana tiada sebarang badan khusus yang mengumpul sumbangan untuk membantu penduduk Selatan Thailand.


Sementara itu, wakil mahasiswa Pattani, Mohd Hafifi menegaskan bahawa rakyat Malaysia perlu bangkit membantah dan tidak wajar membisu tentang peristiwa berdarah yang terus-menerus berlaku saban hari di wilayah bergolak , selatan Thailand.


“Lihatlah apa yang berlaku, anda tidak sewajarnya berdiam diri kerana kita adalah saudara seIslam. Kekejaman ini perlu dihentikan segera kerana kami juga mempunyai hak untuk hidup dengan aman.”kata beliau.-mahasiswakini


http://mahasiswakini.com

Read more: perantaudiary | life is journey

No comments:

Post a Comment