Read more: perantaudiary Blogspot | life is journey diari perantau: PAtani bergOlak

Sunday, July 12, 2009

PAtani bergOlak



Usai solat fardhu jumaat, perkarangan masjid UKM disajikan dengan demonstrasi kekejaman kerajaan Thailand terhadap rakyatnya di selatan negara tersebut. Demonstrasi anjuran Ikatan Studi Islam UKM (ISIUKM) menambah cakna dan membangunkan jiwa mahasiswa islam yang sedang lena.


BUMI BERDARAH


Selatan Thailand merupakan sebahagian daripada negara Thailand yang diperintah oleh kerajaan Buddha, majoriti penduduknya orang melayu dan beragama ISLAM.

Patani yang damai dan indah memendam banyak se
arah perjuangan rakyatn
ya. Di sini telah lahir dan gugur pejuang-pejuang dari kalangan aristokrat seperti Tengku Abdul Kadir Kamaruddin, Tengku Abdul Jalal dan Tengku Mahmood Mahyiddeen yang kemudiannya didukung tuan-tuan guru pondok termasuk Hj Sulong. Kesultanan Melayu Patani berakhir dengan muslihat Phya Sri Shadheb ke atas Tengku Abdul Kadir.


Pembunuhan kejam Hj Sulung serta kematian Tengku Mahmood Mahyiddeen yang mencurigakan pada tahun 1954 memberi pukulan ke atas gerakan kemerdekaan Patani yang kemudiannya terpaksa bergerak secara amat terbatas.





PERJUANGAN


Pejuangan umat Islam Patani adalah perjuangan yang paling sulit dan rumit didunia. Jika dibanding kan dengan perjuangan rakyat Palestin mereka disokong oleh seluruh negara-negara Arab, negara-negara Islam dan sebahagian dunia barat. Mereka mendapat bantuan kewangan dari segenap pelusuk negara-negara yang prihatin.


Sebaliknya perjuangan Patani amat berbeza, ia tidak di bela oleh bangsa serumpun mereka sendiri seperti Malaysia, Indonesia dan Brunei Darusssalam. Tidak di sokong oleh negara-negara Islam dunia kecuali hanya menerima sedikit simpati.


Apa yang berlaku di Selatan Thailand lebih menjurus ke arah penghapusan etnik walaupun ia tidak nampak secara ketara. Meletakkan seluruh masyarakat Islam dalam satu guni dan melabelkan mereka sebagai pengganas adalah satu tindakan yang tidak wajar. Tidak ada agama di dunia ini yang mengajar pengikutnya melakukan keganasan. Tindakan individu tidak patut disamakan dengan nilai-nilai ajaran agama.


Pembunuhan kejam keatas umat islam di masjid Al-furqan ini menutup segala harapan yang ada untuk penyelesaian damai. Perjuangan bersenjata akan di teruskan dengan bergantung pada pertolongan Allah swt semata.


Ini hanya sebahagian rentetan pembantaian masyarakat islam di selatan Thailand. Ketika kita sedang selesa dalam keadaan aman dan sejahtera, sedarlah rakyat di selatan Thailand hidup dalam ketakutan, beribadat di rumah Allah penuh ketakutan, bimbang kehadiran peluru sesat yang bertaburan.


Mereka kini sedang bergelut berjuang untuk membina satu daulah islam yang merdeka. Berjuang menentang pemerintahan kafir yang zalim.


MAHASISWA BANGKIT


Sikap ASEAN yang terus berpegang dengan prinsip mind your own business menjadi pemangkin kepada pergolakan ini berterusan dan yang rugi adalah orang-orang Islam itu sendiri.


Sikap orang Islam yang telah diselami dengan arus media massa yang penuh dengan hiburan juga telah mengecewakan sehingga menjadikan isu pergolakan tersebut seperti tidak diambil peduli, hal ini mengingatkan saya bagaimana sahabat di Jordan menyatakan di laman maya bahawa ketika rakyat di Jordan bersorakan dengan pertandingan bola sepak, disebelah Palestin orang berteriakan lari dengan serangan dari pihak Zionist.


Semoga masyarakat islam di Malaysia mengambil pengajaran.


Sehingga ke hari ini belum ada satu usaha dari badan kerajaan atau bukan kerajaan bagi meringankan bebanan yang ditanggung oleh saudara seakidah kita di sana.


Mahasiswa perlu bangkit sebagai golongan pendesak, mendesak agar satu badan khas ditubuhkan bagi menjaga kebajikan dan kepentingan saudara kita di sana, mendesak kekejaman terhadap rakyat di selatan Thailand dihentikan serta merta.

p/s : Mahasiswa bangkit bukan kerana emosi, bukan kerana politikus.

Read more: perantaudiary | life is journey

No comments:

Post a Comment