Read more: perantaudiary Blogspot | life is journey diari perantau: VoStrO 1310

Sunday, February 1, 2009

VoStrO 1310

28 januari 2009, tepat jam 8.30 pagi, sebuah bas ekspres meluncur laju mememulakan perjalanan. Kelihatan di dalam bas seorang pemuda berkemeja hitam dan berseluar jeans biru sedang termenung sambil membelek-belek beg sandang bewarna hitamnya. Sesekali pandangannya teralih kearah seorang wanita lewat 20an bersama pasangannya di kerusi bernombor 38. “Tak ramai orang KL balik hari ni” bisiknya sendirian. Dia ternanti-nanti siapakah gerangan yang akan memenuhi kerusi kosong di sebelahnya. Ada benda yang lebih penting bermain di fikirannya, hari ini ada misi berat yang menantinya.

Bas ekspress tersebut tiba di Bandar Temerloh tepat jam 9.30 pagi. Pemuda tersebut bingkas bangun keluar dari Metrobus ekspres, penghawa dingin bas benar-benar membuatkan badannya yang agak kurus itu kesejukan. Setelah semua penumpang mengambil tempat, dan konduktor menjalankan tugas, bas memulakan operasinya semula. Kerusi di sebelah pemuda tersebut masih lagi kosong. Dalam perjalanan, pemuda tersebut tersengguk-sengguk menahan mengantuk, kebanyakan masa hanya dihabiskan dengan menikmati permandangan yang tidak begitu indah melalui tingkap di sebelahnya, fikirannya tidak henti-henti memikirkan strategi yang telah dirancang untuk menyelesaikan tugas yang telah diamanahkan. Setelah 2 jam perjalanan akhirnya bas tiba di perhentian Pekeliling, pemuda tersebut mengeluarkan telefon bimbitnya. “ Alhamdulillah, awal lagi.” doanya agar dipermudahkan urusan dan sentiasa berada dalam kebaikan. Pemuda tersebut bingkas bangun mencapai beg hitam, tangannya erat menggemgam beg sandangnya itu seolah-olah ada sesuatu cuba disembunyikan. Dengan penuh keyakinan dia menuruni anak tangga bas satu persatu, kakinya kemas mengatur langkah, perhentian bas Pekeliling bukanlah tempat yang asing baginya. Perkara pertama yang bermain di fikirannya ialah mencari sebuah binaan, dia berlegar di kawasan perhentian bas. Matanya liar memerhatikan setiap inci sudut di kawasan tersebut. Usahanya menemui jalan buntu.Akhirnya dia mengalah dan merendahkan keegoannya, dia memberanikan diri untuk bertanya kepada seorang wanita lewat 40an yg sedang asyik menjalankan tugasnya membersihkan kawasan sekitar. “Mak cik toilet laki kat mane?” Tanya pemuda tersebut dalam suara yang perlahan bercampur malu. “Kat platform lima” jawab wanita itu ringkas. “Orang Indon rupanya”bisik pemuda tersebut selepas mendengar loghat wanita tersebut yang pekat berbahasa dengan bahasa dari seberang. Memang sukar untuk dibezakan antara warga Malaysia dan Indonesia, bahasa dan penampilan merupakan ciri yang ketara bagi membezakan antara rakyat dari dua negara serumpun ini.

Perjalanan diteruskan, Kuala Lumpur sudah acapkali dilawatinya, tetapi berjalan secara sendirian di Bandar besar seperti ini merupakan pengalaman baru baginya. Dia lantas menghubungi sahabat yang dirasakan arif tentang selok belok jalan di sini. “ Salam, wei kalau aku naik monorel dari titiwangsa terus ke jalan imbi buleh tak? Antara soalan yang kurang bijak ditanya pemuda tersebut selepas melihat papan tanda KL monorel di hadapannya. Jalan Imbi adalah destinasi utama yang perlu ditujui untuk menyelesaikan misi yang mencabar dan merbahaya ini.

Ketika menunggu ketibaan monorel, pemuda tersebut hanya berdiri dan memerhatikan gelagat manusia di sekitarnya. Selang beberapa minit, Monorel yang dinanti pun tiba, pemuda tersebut menaiki monorel dengan berhati-hati, beg hitamnya disandang dengan kemas. Seperti kebiasaan puluhan manusia berasak-asak didalam kenderaan tersebut, pemuda tersebut bernasib baik kerana berjaya mendapatkan tempat duduk yang selesa. Ini merupakan pengalaman kedua baginya menaiki kemudahan awam ini. Masih jelas di ingatannya pengalaman membeli sebuah alatan elektronik di kawasan sekitar tidak lama dahulu. “Stesen Jalan Imbi” lamunan pemuda tersebut disentak dengan suara computer. Monorel berhenti di stesen jalan Imbi, dia bingkas turun dari monorel dan melangkahkan kakinya ke destinasi yang telah dirancangkan, tempat yang akan menjadi sejarah dalam hidupnya, masih terbayang jelas di benak fikirannya selok belok jalan ke tempat tersebut ketika kali pertama menjejakkan kaki bersama beberapa orang sahabat tidak lama dahulu. Walaupun pada mulanya agak kabur, dia hampir-hampir hilang arah namun seperti ada sesuatu yang memimpinnya, dia akhirnya tiba di destinasi. Jelas terpampang tulisan “Plaza Low Yat” di atas pintu gerbang bangunan di hadapannya, “Semoga dipermudahkan segala urusan” bisik pemuda tersebut.
Perutnya yang hanya diisi dengan dua keping roti pada awal pagi tadi dirasakan begitu kenyang kerana begitu teruja untuk menyelesaikan misi ini. Pemuda tersebut mempercepatkan ayunan langkahnya dia mesti menyelesaikan misi itu dengan bijak dan pantas. Segala strategi dan perancangan asal berlegar-legar di benaknya. Dia melangkah kaki dengan cukup berhati-hati, sambil tangannya erat memegang beg hitam. Mata pemuda tersebut liar seolah-olah mencari sesuatu. Sementara itu kelihatan di dalam bangunan tersebut kebanyakan jurujual yang ditemuinya merupakan warga bangladesh, masih terbayang keratan akhbar tempatan yang sempat dibacanya semalam perihal warga Bangladesh yang memonopoli perniagaan di sini.

“Abang cari laptop ke? Tanya seorang jurujual awal 30an melayu pertama yang dijumpainya disini. Jurujual dari utara tersebut sempat menasihatinya supaya tidak tertipu dengan kellibat warga asing yang memonopoli perniagaan disini. Hampir 2 jam pemuda tersebut berlegar-legar, dari tingkat yang terbawah sehinggalah ketingkat yang paling atas. Perutnya mulai lapar, namun usahanya masih belum berhasil, dia berasa cukup tidak selesa untuk meneruskan perjuangan. Telefon bimbitnya di capai, dia cuba untuk menghubungi abangnya yang ketika ini masih berada di kampung. “Hang dah beli belum”? pertanyaan pertama yang terpancul keluar dari mulut abangnya. Dia mendengar dengan teliti setiap tips dan nasihat dari abangnya pengalaman dan pengetahuan seorang graduan sains komputer memang amat berguna untuk situasi yang rumit ketika ini. Perbualan mereka berlangsung di hadapan seorang jurujual warga asing.


Pemuda tersebut melewati gerai warga asing tadi menuju ke arah meja seorang warga cina yang sudah ditemuinya sewaktu kunjungan kali pertama tidak lama dahulu. Dihadapannya tertera tulisan “Dell latest model”, dia berhenti sambil memerhatikan laptop-laptop yang dipamerkan. Jurujual berbangsa cina yang ditemuinya cukup bijak mengatur kata mempromosikan produknya. Segala ilmu dan pengalaman dikeluarkan untuk melariskan hasil jualannya. “Adik saya lasa elok lu angkat model ni la…” pujuk jurujual tersebut. Buku resit jualan ditunjukkan kepada pemuda tersebut menjadi fakta segala perkatannya adalah benar. Pemuda tersebut kini menghadapi dua pilihan. “ Tokey inspiron dia punya design lawa, lagipun ade banyak kale..” pemuda tersebut cuba menolak pelawaan taukey cina tersebut dengan baik. Memang tidak dinafikan design menjadi aspek penting dalam pemilihan sebuah notebook. “ Haiya itu warna untuk talik pelempuan saja maa” kata-kata taukey tersebut seolah-olah memberi kekuatan kepada pemuda tersebut untuk membulatkan tekad. Selepas memikirkan dengan sedalam-dalamnya dia bersetuju untuk membeli model vostro 1310, wang pendahuluan dibayarnya sebanyak RM30 sebagai perjanjian sebelum pergi mengeluarkan baki selebihnya di tingkat atas, walaupun jauh di sudut hati pemuda tersebut cuba mempersoalkan tindakan yang dilakukannya.

Pemuda tersebut melangkah kaki kearah lif, dia lantas menekan butang ke tingkat 4, di dalam hatinya timbul perasaan takut dan ragu. Takut untuk mengeluarkan wang yang jumlahnya belum pernah dikeluarkan sebelum ini. Ragu samaada tindakannya bijak untuk memiliki alatan elektronik tersebut. Namun dia membulatkan tekad, jumlah wang yang diperlukan sudah pun tersimpan kukuh di dalam dompet lusuhnya. Pemuda tersebut tidak terus menuju ke arah kedai tadi, sebaliknya hatinya kuat menyatakan supaya dia menimbang semula keputusannya dan membandingkan harga di kedai yang lain. Dia berlegar-legar bagai orang hilang arah, sambil di fikirannya tidak pernah putus mengingatkan kembali perjanjan yang telah dibuat tadi. Dia cuba untuk tidak menepati janji yang telah dibuat sebentar tadi.

Selepas beberapa minit, timbul kesedaran untuk menunaikan janji yang telah dimaterai. Terbayang jelas di fikirannya hadis pertama yang dipelajarinya sewaktu menuntut dulu perihal tanda-tanda orang munafik yang apabila dia berjanji tidak ia tepati, lagipun tawaran jurujual itu dirasakan cukup berbaloi baginya. Pendiriannya kini kembali teguh dia memutuskan keputusan untuk menyelesaikan misinya, dia mengatur langkah dengan kemas dan teratur menuju kearah jurujual tadi. “ Sory tokey lambat sikit” dia tidak mahu memberikan alasan. Urusan jual beli akhirnya selesai, vostro 1310 akhirnya beralih tangan, mouse dan cooler pad disimpan rapi didalam beg galas bewarna hitam berbelang putih. Sebelum melangkah pergi dia sempat berjabat erat dengan jurual sebanyak 2 kali,sebagai tanda urusan jual beli selesai. Terukir kepuasan di wajah jurujual sebelum dia menyerahkan resit belian dan kad perniagaannya. Pemuda tersebut meluru laju keluar dari bangunan tersebut. Misinya berjaya diselesaikan dengan lancar dan pantas, vostro 1310 di galas di belakangnya menuju ke KL sentral, Dia perlu cepat untuk tiba di sana untuk menunaikan fardhu zohor. Harapannya semoga dengan kehadiran alat ini akan memudahkannya dalam mencari mardhatillah dan tidak hanyut dan leka dalam menyelesaikan misi utamanya sebagai seorang yang bergelar muslim.


*Cerita ini telah diadaptasi daripada pengalaman penulis, jalan cerita telah diolah agar bersesuaian untuk dupaparkan, wallahualam.
Read more: perantaudiary | life is journey

1 comment: