Read more: perantaudiary Blogspot | life is journey diari perantau: PenakLuK KonstAntiNopeL

Sunday, February 8, 2009

PenakLuK KonstAntiNopeL


Pada cuti pertengahan sem yang lepas saya telah berpeluang mengikuti program Sekretariat Pendakwah muda Malaysia yang bertempat di kampus USIM Nilai. Pelbagai program menarik sepanjang majlis seperti teori dakwah yang telah disampaikan oleh pelbagai agensi dakwah tanah air seperli PERNIM dan PERKID. Di akhir program peserta telah beramali di KL sentral, SOGO dan Mid Valley. Saya telah ditugaskan menjalankan misi bersama kumpulan di pasaraya SOGO.

Banyak pengalaman telah di peroleh sepanjang amali. ada Sewaktu menjalankan tugas saya secara

tidak sengaja telah berpeluang menyaksikan program pelancaran mansuhkan PPSMI di pintu gerbang SOGO. NAmun begitu bukanlah itu yang menjadi fokus saya untuk post kali ni. Saya lebih tertarik untuk berkongsi maklumat tentang Penakluk konstantinopel.



Novel merupakan salah satu medium penyampai yang baik, melaluinya kita dapat mengkaji dan memahami sejarah umat islam dulu dengan lebih berkesan. Baru-baru ini dengan berbekalkan RM22, saya telah membeli sebuah novel sejarah islam yang berjudul Sultan Muhammad AL-FATEH penakluk konstantinopel karya Abdul Latip Talib. (Rasenya ni la buku terakhir kot untuk sem ni, duit dah nak kering). Novel yang harga asalnya RM24 ni berjaya dihabiskan dalam lebih kurang seminggu.






Novel ini mengisahkan kejayaan umat islam menakluki kota Konstantinopel (Istanbul). Banyak pengajaran yang boleh kita peroleh daripada kisah sejarah ini. Apa yang ingin saya kongsikan disini ialah mukjizat luar biasa nabi Muhammad SAW yang dapat melihat jauh ke masa depan, 800 tahun sebelum tentera Sultan Muhammad menakluki kota Konstantinopel baginda telah bersabda,







“Konstantinopel akan jatuh ke tangan seorang ketua yang baik, tentera yang baik dan rakyat yang baik.” (H.R Ahmad bin HambalAl-Musnad 4/335)



Kota Konstantinapel yang kini dikenali dengan nama Istanbul, terletak di sempadan antara benua eropah dan asia. Kerana percaya dan yakin dengan sabda Rasulullah SAW, usaha menakluk konstantinopel dimulakan oleh saidina Ali pada tahun 34H. Usaha diteruskan oleh Muawiyah bin abu sufyan pada tahun 84H, Sultan Sulaiman 91H, Khalifah Harun Ar-Rashid 165H, Sultan Beyazid pada tahun 1391,1397, dan 1400, namun semua usaha tersebut menemui kegagalan.


SOGO, praktikal program sekratriat pendakwah muda malaysia (SPMM)



Sehinggalah pada 20 Jamadil awal 857H bersamaan 29 mei 1435, kota Konstantinopel Berjaya ditawan oleh seorang anak muda iaitu Sultan Muhammad. Apa yang menarik disini ialah beliau menaiki takhta Turki Uthmaniah pada umur 19 tahun, selepas kewafatan ayah baginda Sultan Murad. Baginda telah mentadbir sebuah kerajaan islam yang besar dan memimpin negara dengan penuh ketakwaan di awal usia remaja. Dan seawal umur 21 tahun baginda telah berjaya menawan Istanbul dan menukar gereja kebanggaan kristian iaitu Aya Sophia menjadi masjid Aya Sophia.




Baginda seorang pemimpin yang sangat bertakwa, baginda selalu mendapatkan nasihat gurunya Syeikh Syamsudin Al Wali yang sangat terkenal denga ilmunya. Sejak dari kecil baginda telah diramal membebaskan kota Konstantinopel. Sheikh Syamsudin alWali pernah berkata,


“Wahai Sultan Murad (Ayahanda Muhammad alFateh), Bukan tuanku yang membebaskan Konstantinopel, tetapi anak yang didalam buaian itu (Muhammad AlFateh).






Pelancaran gerakan mansuhkan PPMSI diperkarangan sogo: Dimana mahasiswa? - penulis kebetulan berada di kawasan pelancaran. (gambar hiasan)






"Jangan bunuh bahasa ibunda" kelihatan media menemuramah aktivis bahasa. antara yang hadir Dr abdullah Hassan, A Samad Said. (gambar hiasan)





Baginda telah pergi menghadap ilahi pada puncak zaman kegemilangannya, Sultan Muhammad Al Fateh ketika itu telah berjaya memerintah 25 buah negeri, antara jajahan takluknya ialah Itali, Hunggary, Bosnia, Serbia dan Jerman. Baginda telah mangkat ketika membuat persiapan untuk menakluk Rhodesia kerana diracun oleh seorang yahudi bernama Moesto Jakopa. Baginda telah dilahirkan pada 29 Mac 1432 dan mangkat pada 3 Mei 1481 pada umur 49 tahun. Pemergiannya diratapi umat islam seluruh dunia. Tetapi berita tersebut amat menggembirakan penduduk kristian. Mereka berarak di jalan-jalan raya sambil menyanyikan lagu kemenangan dan ketuhanan. Pop besar mengarahkan semua gereja dibunyikan 3 hari 3 malam sebagai tanda kegembiraan.


Sebelum menghembuskan nafasnya yang terakhir baginda sempat berwasiat kepada anaknya Putera Beyazid 11. Antara isi wasiatnya,




“ayahanda bakal menghadap Allah SWT. Sedikitpun ayahanda tidak menyesal dengan apa yang berlaku kerana semua itu sudah ditakdirkan. Tambahan pula sekiranya ayahanda pergi sudah ada penggantinya. Ayahanda berwasiat kepada kamu, jadilah pemerintah yang adil….
Kamu ambillah pengajaran daripada hidupku. Ayahanda dilahirkan didunia ini seperti semut kecil. Kemudian tuhan mengurniakan kepada ayahanda nikmtnya yang begitu besar. Bekerjalah kamu bagi meninggikan agama Allah.


(petikan dari novel Abdul Latip Talib)






Sultan Muhammad akan kekal dalam ingatan semua umat islam sebagai remaja yang berjasa, marilah kita mencontohi keberanian dan ketakwaan tokoh islam ini. Kita renung kembali seawal umur kita 21 tahun apa sumbangan yang telah ataupun akan kita sumbangkan untuk islam, Muhammad al-Fateh telah berjaya menakluk Kota Konstantinopel, Mungkin diawal usia tersebut kebanyakan kita masih leka dibuai alam remaja.





Harapan saya supaya kita sama-sama berusaha untuk memahami dan mengkaji sejarah islam. Antara persoalan sejarah ialah bagaimana kerajaan umaiyah boleh terbentuk, bagaimana islam boleh menguasai 2/3 dunia, bagaimana kejatuhan khilafah islamiyah, dan sebagainya. Menjadi tanggungjawab kita untuk memahami sejarah umat islam kita sendiri. Semoga Allah memberikan keampunan serta melimpahkan rahmatnya kepada penakluk Konstantinopel Sultan Muhammad Al-Fateh. AlFatihah.










Semoga dengan mendalami dan memahami sejarah islam akan meningkatkan semangat jihad dalam diri kita untuk meletakkan islam di tempatnya kembali. Takbir!!!

Wallahualam…
Read more: perantaudiary | life is journey

No comments:

Post a Comment