Read more: perantaudiary Blogspot | life is journey diari perantau: Itulah si anak muda

Tuesday, August 4, 2009

Itulah si anak muda








“Anak muda mesti berjiwa muda..” Saya teringat ucapan ustaz Dzulkairi pada malam konsert antara dunia.


Semangat muda untuk menggegarkan dunia.



JIWA MUDA



Sejarah telah membuktikan bahawa semangat dan keberanian pemuda yang telah mengubah sejarah.


Lihat sahaja keberanian saidina Ali r.a menggantikan tempat tidur rasulullah SAW dalam peristiwa hijrah. Beliau dipilih untuk tidur di atas katil Rasulullah s.a.w. dengan muka berselimut , satu tindakan berani yang mempertaruhkan nyawa.


Semangat membara (Burning desire) Sultan Muhammad untuk menakluk konstantinople. Dengan semangat membara tersebut, Sultan Muhammad mengatur strategi dan akhirnya mendapat gelaran AL Fateh penakluk Konstantinople.


Berani dan semangat.



I.S.A ?



Perhimpunan satu ogos cukup membuktikan keberanian anak muda dalam menegakkan pendirian masing-masing.


Mahasiswa dari segenap pusat pengajian tinggi turun sama ada memberi sokongan kepada puak putih pro ISA ataupun berhimpun dalam demonstrasi GMI (gerakan mansuhkan ISA) golongan hitam dan merah.


Saya cuba untuk menutralkan diri, mengkaji kebaikan dan keburukan undang-undang ini.


INTERNAL SECURITY ACT atau AKTA KESELAMATAN DALAM NEGERI (I.S.A) termaktub dalam Seksyen 73 (1) Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960. Akta yang pada asalnya dikenali sebagai Akta Darurat 1948-1960 ini diperkenalkan oleh R.H Hikling ini bertujuan bagi membanteras kegiatan komunis yang berleluasa ketika itu. Sehingga hari ini, I.S.A telah melalui proses pindaan lebih 20 kali, bagi memastikan ianya relevan dan menepati keadaan semasa.



Pelaksanaan ISA terhadap pihak yang terbabit dalam aktiviti subversif seperti pengganas komunis adalah sejarah. Pada dasarnya, Komunis telah lama lenyap dalam kamus pemerintahan Malaysia hari ini. Itu adalah objektif utama ISA.



PRO ISA



Mari kita lihat pandangan pro ISA.


Dalam catatan pentadbiran negara ini, ISA telah berjaya bertindak sebagai undang-undang pencegahan yang berkesan. Melalui ISA kerajaan berjaya membendung kelompok-kelompok ektrimis tertentu serta pelampau-pelampau agama yang bertindak di luar batasan serta mengganggu gugat keamanan dan ketenteraman negara. Kejayaan ISA terbukti, dengan melumpuhkan beberapa tindakan dan gerakan subversif dalam negara seperti Kumpulan Al Maunah, Jemaah Islamiah, HINDRAF dan sebagainya.




Matlamat dan tujuan kerajaan mengekalkan ISA hanya satu, dalam apa situasi pun kerajaan bertanggungjawab memastikan keselamatan dan keamanan negara terus terpelihara, kerajaan tidak wajar memikirkan kepentingan individu. ISA perlu terus dilaksanakan tanpa mengira sesiapa, sama ada mereka ahli politik, NGO, orang perseorangan mahupun orang awam.




Kesimpulannya, melalui ISA yang telah dilaksanakan sejak lebih 30 tahun yang lalu, kerajaan berjaya mengawal negara dari berbagai-bagai ancaman sama ada ancaman dalaman mahupun luaran. Bermula dengan AKTA DARURATuntuk membanteras ancaman komunis hinggalah ke AKTA KESELAMATAN DALAM NEGERI (ISA) yang telah melalui proses transformasi dan pindaan lebih 20 kali, maka sewajarnya ISA perlu untuk terus dikekalkan demi memastikan negara terus aman dan tenteram.



http://pmr.penerangan.gov.my






MANSUHKAN ISA





Kita lihat pula mengapa ISA perlu dimansuhkan.



KUALA LUMPUR, 17 Julai (Hrkh) - Mantan perdana menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi meminta kerajaan menimbangkan untuk memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri.



Menurut agensi berita, Tun Abdullah Ahmad Badawi dilaporkan berkata ISA memberi kuasa yang besar serta skop yang mungkin terlalu luas untuk pihak berkuasa menentukan apa yang boleh dianggap sebagai ancaman keselamatan.



"Sebagai (bekas) menteri dalam negeri, saya telah menandatangani banyak penahanan tanpa perbicaraan di bawah ISA dan dengan kerajaan hari ini ingin pula mengkaji semula keberkesanan serta impak ISA, saya berasa terpanggil untuk memberi pandangan ikhlas mengenai akta ini.



"Perlu ditegaskan bahawa Malaysia masih memerlukan suatu mekanisme penahanan pencegahan demi keselamatan negara kerana cabaran yang kita hadapi seperti ancaman keganasan yang merentasi sempadan menuntut perundangan yang membolehkan kerajaan mengambil tindakan pencegahan," beliau dipetik berkata.



Abdullah mengulas isu ISA sewaktu berucap sempena majlis konvokesyen khas penganugerahan ijazah kehormat Doktor Falsafah Demokrasi kepadanya di Universiti Utara Malaysia (UUM).


Sultan Kedah Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah berkenan menyempurnakan penganugerahan berkenaan.


Abdullah menambah, sama ada suka mahupun tidak, ISA sebagai suatu akta sudah dicemari dengan stigma sebagai unsur negatif kepada agenda pemerkasaan demokrasi negara dan untuk benar-benar melakukan pembaharuan, kerajaan perlu berani untuk melangkaui kerangka lama dan membuka lembaran baru.


Abdullah dilaporkan berkata beliau percaya "kerajaan berani melakukan perubahan seumpamanya seperti memansuhkan ISA" sebagai satu petanda komitmen kepada agenda pembaharuan demokrasi negara.


"Inilah transformasi yang saya percaya rakyat harapkan kerana tindakan pencegahan itu seharusnya tidak mengorbankan kebebasan hak asasi manusia atau disalahgunakan untuk tujuan politik.


"Mungkin satu contoh adalah untuk menghadkan skop penahanan pencegahan kepada ancaman tertentu atau akta baru boleh dihadkan khusus untuk mencegah kegiatan keganasan sahaja sekaligus mengurangkan kemungkinan penyalahgunaan kuasa demi matlamat politik," katanya seperti dilaporkan.


Kelmarin, PAS menyeru ratusan ribu ahlinya agar menyertai demonstrasi membantah akta kontroversi untuk menyerahkan memorandum ke Istana Negara, 1 Ogos ini. - azm


http://harakahdaily.net




PUTIH HITAM & MERAH


Setiap pihak ada pandangan masing-masing, terpulang kepada kita untuk menilai.


Daripada pemerhatian jarak jauh, kerajaan dengan slogannya “ Rakyat didahulukan, prestasi diutamakan” menggunakan segala jentera bagi menghalang usaha ini.

Kekerasan membabi buta pihak polis dan FRU berjaya merubah perhimpunan aman menjadi seolah medan peperangan. Tidak mengenal golongan kanak dan warga tua. Alat kerajaan ini digunakan sebaiknya kononnya bagi menjaga keamanan. Meriam air dan penangan gas pemedih mata nyata Berjaya menghalang perhimpunan ini.




Putih @ hitam & merah? Anda pilih.





Read more: perantaudiary | life is journey

No comments:

Post a Comment