Read more: perantaudiary Blogspot | life is journey diari perantau: tazkirah
Showing posts with label tazkirah. Show all posts
Showing posts with label tazkirah. Show all posts

Tuesday, December 7, 2010

salam maal hijrah



                              
salam maal hijrah, -sumber


Firman Allah SWT yang bermaksud:

"Dan orang-orang yang berhijrah kerana Allah sesudah mereka dianiaya, pasti kami akan memberikan tempat yang bagus kepada mereka di dunia. dan sesungguhnya pahala di akhirat adalah lebih besar, kalau mereka mengetahui, (yaitu) orang-orang yang sabar dan Hanya kepada Tuhan saja mereka bertawakkal.." – Surah an-Nahl, ayat 41-42

Bersyukur kita ke hadrat Allah SWT yang telah mengizinkan kita untuk terus hidup di bumiNya ini dan berada di ambang tahun baru 1432 H pada hari ini. 

Sesungguhnya nikmat kehidupan yang terus menerus dikurniakan Allah SWT kepada kita ini wajarlah digunakan untuk meningkatkan amalan dan ketaqwaan kita sebagai bekalan untuk mengadap Allah SWT suatu masa kelak.

Memperingati peristiwa hijrah bukanlah satu kegiatan yang diada-adakan tanpa asas. Sambutan ini yang dibuat untuk memperingati peristiwa hijrah yang dilalui oleh Rasulullah SAW sebenarnya telah diperintahkan oleh al-Quran sendiri. 

Allah SWT berulang kali di dalam al-Quran memerintahkan supaya manusia mengambil pengajaran daripada peristiwa-peristiwa yang dilalui oleh umat-umat yang terdahulu sebagai iktibar dan peringatan untuk semua. 

Justeru, memperingati peristiwa hijrah ertinya membelek semula lembaran sejarah untuk melihat dan mempelajari bagaimanakah pengorbanan yang telah dilalui oleh baginda Rasulullah SAW dan para sahabat demi menegakkan ketuanan Allah SWT di muka bumi ini.

Hari ini, setelah 1432 tahun ia berlalu, kisah hijrah Rasulullah SAW masih kekal segar dan terpahat kukuh dalam ingatan kita. Persoalannya, adakah cukup sekadar ia diingati dan disebut tanpa dihayati semangatnya? 

Tentulah tidak. Justeru, saya mengajak diri saya dan semua pihak agar sama-sama melakukan gerak kerja berhijrah untuk menjadi manusia yang lebih baik pegangan dan perilakunya selepas ini.

Lakukanlah hijrah ke arah kebaikan dalam semua aspek. 

Di bidang ekonomi, berhijrahlah dari ekonomi riba kepada ekonomi yang diredhai oleh Allah SWT. 

Di dalam bidang pendidikan, berhijrahlah dari sistem pendidikan yang hanya mengutamakan merit dan sijil semata-mata kepada sistem pendidikan yang benar-benar berteraskan wahyu dan berorientasikan pembentukan minda dan akhlak yang baik. 

Di dalam bidang politik dan pemerintahan, amalkanlah dengan cara Islam yang sebenar, yang turut mengambil kira soal dosa dan pahala di dalam gerak kerja. 

Seterusnya di dalam semua bidang di dalam kehidupan, selaraskanlah semuanya agar selari dengan tuntutan mencari keredhaan Allah SWT.

alt


Pada tanggal 1 Muharam telah termaktub dalam lebaran sejarah Islam , peristiwa Hijrah telah mendatangkan impak yang besar bagi umat Islam sehingga kini ,biarpun sudah berlalu hampir 1400 tahun namun kesannya masih segar dibenak ingatan.

Sejarah ini telah membuktikan bahawa kekuatan Islam tidak boleh dipandang enteng sepertimana yang telah berlaku ketika baginda Nabi Muhammad S.A.W dan sahabatNYA melakar kejayaan besar ini.

Kesatuan yang terbina antara Muhajiran dan Ansar memberikan kekuatan yang menyeluruh sekaligus membuka mata seluruh dunia bahawa umat Islam adalah umat yang satu.

Tidak kira darimana asal-usulnya, dimana dia berada asalkan dia mengucapkan syahadah dan kehidupan berlandaskan Al-Quran dan Sunnah maka ketika itu dia juga saudara.

Kerjasama yang diberikan antara Muhajirin dan Ansar sayugianya perlu dicontohi oleh umat Islam hari ini. Sesungguhnya Islam tidak memerlukan kita tetapi sebaliknya kita yang berhajat kepada Islam dalam memimpin kehidupan kita seharian.

Pengorbanan yang telah mereka berikan untuk merealisasikan sebuah perubahan adalah begitu besar dan agung.

Mana mungkin mudah untuk meninggalkan kampong halaman yang telah membesarkan kita dan menjadi tempat mainan sedari kecil lagi.

Namun begitu,demi menegakkan syiar Islam dan untuk memastikan survival Islam terus berkembang ke seantero dunia maka segalanya sanggup dikorbankan.

Kesannya penghijrahan  yang mereka lakukan terus menjadi teladan sehingga kini.

Insya-allah, kita yakin jika semangat ini dapat dihayati dengan sebaik mungkin, kita tidak akan berdepan dengan pelbagai masalah untuk mengurus tadbir kehidupan masyarakat. 

Wallahu’alam.



Read more: perantaudiary | life is journey

Friday, November 12, 2010

kelebihan bulan Zulhijjah sepuluh hari pertama


zulhijjah month~


Imam al Bukhari Rahimahullah meriwayatkan daripada Ibnu ‘Abbas Radhia Allah ‘anhuma bahawa Baginda Nabi Salla Allah ‘alaihi wa sallam bersabda : 

“Tiada suatu haripun, amalan kebaikan padanya mempunyai kelebihan melainkan pada hari-hari ini – iaitu sepuluh hari Zulhijjah-”. 
Para Sahabat Baginda bertanya
“Apakah juga (pengecualian itu) termasuk jihad pada jalan Allah ?” . 
Ujar Baginda : 
“Tidak juga (termasuk) berjihad pada jalan Allah kecuali bagi seorang yang keluar dengan jiwa raga dan hartanya dan tidak membawa pulang apa-apa pun”. 

Imam Ahmad Rahimahullah meriwayatkan dari Ibnu ‘Umar Radhia Allah ‘anhuma bahawa Baginda Salla Allah ‘alaihi wa sallam bersabda : 

“Tiada suatu haripun, amalan kebaikan padanya mempunyai kelebihan melainkan pada hari-hari sepuluh Zulhijjah ini, oleh kerana itu perbanyakkanlah padanya tahlil (La Ilaha Illa Allah) , takbir (Allah Akbar) dan tahmid (Alhamdu Lillah)”. 


Ibnu Hibban di dam kitab Sahihnya meriwayatkan dari Jabir Radhia Allah ‘anhu bahawa Baginda Salla Allah ‘alaihi wa sallam bersabda : 

“Seutama-utama hari adalah hari ‘Arafah”. 



AMALAN YANG DIANJURKAN 

* Menunaikan ibadah haji dan umrah merupakan sebaik-baik amalan.

Berpuasa pada hari-hari tersebut atau sekadar kemampuannya – terutamanya pada hari ‘Arafah.

Takbir (Allahu Akbar) dan berzikir pada-Nya.

Bertaubat dan meninggalkan segala ma’siat dan dosa, semoga dengan amalan baik dapat mencapai  keampunan dan rahmat Allah. 

Memperbanyakkan amalan soleh terutama amalan-amalan sunat tambahan seperti solat sunat, bersedekah, berjihad, membaca al Quran, menyeru kepada kebaikan, mencegah kemungkaran dan seumpamanya kerana kesemuanya akan digandakan pada hari-hari tersebut.

Disyari’atkan bertakbir pada beberapa hari yang mulia (hari raya Aidiladha) itu pada waktu siang atau malam terutama selepas menunaikan fardu solat lima waktu yang dikerjakan secara berjamaah.

Disyari’atkan amalan korban (menyembelih haiwan ternakan) pada hari raya haji dan hari-hari Tasyriq (11, 12 dan 13 Zulhijjah).

Penuhilah hari-hari berkenaan dengan ketaatan kepada Allah, berzikir, bersyukur, menunaikan perintahNya, menjauhi laranganNya, mendekatkan diri kepadaNya semoga mendapat rahmat dan keampunanNya. 



p/s: Semoga kita diberi kekuatan untuk beramal. 

Sumber: portal jakim

Read more: perantaudiary | life is journey

Friday, September 3, 2010

Malam kemuliaan




Ramadan is still alive~ sources





Firman Allah dalam surah al-Qadr yang bermaksud:

"Sesungguhnya kami telah turunkannya (al-Quran) pada malam al-Qadr.

Dan tahukah kamu apakah "malam kemuliaan" itu?

Malam a-Qadr itu lebih baik daripada seribu bulan

Pada malam itu, turun malaikat Jibrail dengan izin Tuhan mereka kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut).

Selamat sejahteralah ia (malam al-Qadr) sehinggalah terbit fajar (subuh)".




Nabi Muhammad saw bersabda:

" Maka carilah ia sungguh-sungguh pada sepuluh malam yang terakhir daripada ramadan".

(Riwayat al-Bukhari no. 2021)




p/s: Ramadan masih lagi hidup, jangan 'menSyawalkan' Ramadan..
Read more: perantaudiary | life is journey

Thursday, September 17, 2009

Moga Bertemu Kembali







moga kita bertemu lagi


Malam terakhir saya bertarawikh di Nilai. Cerita malam sebelumnya, 27 ramadan.

Usai witir saya bersandar di tiang masjid menikmati secawan teh suam, teh kurang gula. Sambil menghirup udara malam dibuai angin lembut, syahdu.



Terkenang kejahilan dosa.

Menghitung amalan yang kurang sepanjang bulan Ramadan kareem ini.



Pejam celik kini Ramadan hanya berbaki beberapa hari sahaja lagi, madrasah Ramadan bakal melabuhkan tirai. Persoalannya, sejauh mana Ramadan memberi kesan dalam mentarbiah jiwa kita?


Tahniah kepada mereka yang berjaya melakukan ibadah dalam bulan Ramadan ini dengan penuh rasa keimanan. Sabda Rasulullah SAW maksudnya: “Siapa yang berpuasa dengan penuh rasa keimanan dan penuh rasa keinsafan, diampunkan dosanya apa-apa yang dilakukan sebelum ini,” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).



Tetapi, pernah kita terfikir?



Solat tarawikh 8 @ 20 rakaat dalam bulan Ramadan, dalam bulan bulan seterusnya kita gantikan dengan solat sunat Dhuha dan solat sunat hajat selepas isyak.


Bagi yang membaca satu juzuk sehari dalam bulan Ramadan, untuk 11 bulan seterusnya usahakan untuk membaca paling kurang satu muka sehari.


Bagi perokok tegar, tinggalkan terus amalan tersebut dalam bulan bulan yang lain.



Dengan kata lain Ramadan mampu meningkatkan kualiti ubudiah penghambaan kita kepada Allah. Sebulan dalam bulan Ramadan melatih kita untuk menempuh 11 bulan seterusnya dengan penambahan kualiti dalam ibadah.

Sama-sama kita renungkan.



p/s: Sempena syawal ini, saya memohon ribuan ampun dan maaf kepada semua sahabat yang mengenali, andai terlebih dan terkurang mohon dihalalkan.

Selamat Aidilfitri =)





Salam Aidilfitri~MySpace

Read more: perantaudiary | life is journey

Friday, August 28, 2009

Promosi Ramadan








Dari Abu Hurairah, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,


كُلُّ عَمَلِ ابْنِ آدَمَ يُضَاعَفُ الْحَسَنَةُ عَشْرُ أَمْثَالِهَا إِلَى سَبْعِمِائَةِ ضِعْفٍ قَالَ اللَّهُ عَزَّ وَجَلَّ إِلاَّ الصَّوْمَ فَإِنَّهُ لِى وَأَنَا أَجْزِى بِهِ يَدَعُ شَهْوَتَهُ وَطَعَامَهُ مِنْ أَجْلِى لِلصَّائِمِ فَرْحَتَانِ فَرْحَةٌ عِنْدَ فِطْرِهِ وَفَرْحَةٌ عِنْدَ لِقَاءِ رَبِّهِ. وَلَخُلُوفُ فِيهِ أَطْيَبُ عِنْدَ اللَّهِ مِنْ رِيحِ الْمِسْكِ


“Setiap amalan kebaikan yang dilakukan oleh manusia akan dilipatgandakan dengan sepuluh kebaikan yang semisal hingga tujuh ratus kali lipat. Allah Ta’ala berfirman (yang artinya), ‘Kecuali amalan puasa. Amalan puasa tersebut adalah untuk-Ku. Aku sendiri yang akan membalasnya. Disebabkan dia telah meninggalkan syahwat dan makanan karena-Ku. Bagi orang yang berpuasa akan mendapatkan dua kebahagiaan yaitu kebahagiaan ketika dia berbuka dan kebahagiaan ketika berjumpa dengan Rabbnya. Sungguh bau mulut orang yang berpuasa lebih harum di sisi Allah daripada bau minyak kasturi.’”

(HR. Muslim no. 1151)



p/s: Apa yang telah kita buat sepanjang ramadan ini?


Read more: perantaudiary | life is journey

Tuesday, August 25, 2009

Kita hamba









Ibrahim bin Adham berkata,


“Suatu masa saya telah membeli seorang abdi. Saya tanya namanya. Dia menjawab “Panggillah apa sahaja yang tuan suka..” Aku bertanya pula apa yang dia mahu makan. Dia menjawab “Apa sahaja yang tuan ingin berikan..” .



Aku bertanya pula tentang pakaian yang dia hendak pakai. Dia menjawab “Apa sahaja yang hendak diberi..” Aku bertanya kepadanya tentang apa pekerjaan yang hendak dia lakukan. Dijawabnya sedemikian juga.


Aku bertanya pula kehendaknya.


Dia menjawab, “Bahawa aku hanyalah seorang hamba abdi dan hamba abdi tidak ada kehendak yang lain selain daripada kehendak tuannya”



Aku pun terfikir, sekiranya aku hamba Allah yang sejati, tentulah aku menyerah bulat-bulat kepada Allah seperti hamba ini.



-Petikan dari "Belajar dari para wali" karya Wan Ji Wan Husin-



p/s: Mari menjadi hamba

Read more: perantaudiary | life is journey