Read more: perantaudiary Blogspot | life is journey diari perantau: Moga Bertemu Kembali

Thursday, September 17, 2009

Moga Bertemu Kembali







moga kita bertemu lagi


Malam terakhir saya bertarawikh di Nilai. Cerita malam sebelumnya, 27 ramadan.

Usai witir saya bersandar di tiang masjid menikmati secawan teh suam, teh kurang gula. Sambil menghirup udara malam dibuai angin lembut, syahdu.



Terkenang kejahilan dosa.

Menghitung amalan yang kurang sepanjang bulan Ramadan kareem ini.



Pejam celik kini Ramadan hanya berbaki beberapa hari sahaja lagi, madrasah Ramadan bakal melabuhkan tirai. Persoalannya, sejauh mana Ramadan memberi kesan dalam mentarbiah jiwa kita?


Tahniah kepada mereka yang berjaya melakukan ibadah dalam bulan Ramadan ini dengan penuh rasa keimanan. Sabda Rasulullah SAW maksudnya: “Siapa yang berpuasa dengan penuh rasa keimanan dan penuh rasa keinsafan, diampunkan dosanya apa-apa yang dilakukan sebelum ini,” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).



Tetapi, pernah kita terfikir?



Solat tarawikh 8 @ 20 rakaat dalam bulan Ramadan, dalam bulan bulan seterusnya kita gantikan dengan solat sunat Dhuha dan solat sunat hajat selepas isyak.


Bagi yang membaca satu juzuk sehari dalam bulan Ramadan, untuk 11 bulan seterusnya usahakan untuk membaca paling kurang satu muka sehari.


Bagi perokok tegar, tinggalkan terus amalan tersebut dalam bulan bulan yang lain.



Dengan kata lain Ramadan mampu meningkatkan kualiti ubudiah penghambaan kita kepada Allah. Sebulan dalam bulan Ramadan melatih kita untuk menempuh 11 bulan seterusnya dengan penambahan kualiti dalam ibadah.

Sama-sama kita renungkan.



p/s: Sempena syawal ini, saya memohon ribuan ampun dan maaf kepada semua sahabat yang mengenali, andai terlebih dan terkurang mohon dihalalkan.

Selamat Aidilfitri =)





Salam Aidilfitri~MySpace

Read more: perantaudiary | life is journey

2 comments:

  1. masya Allah kandar..
    makin hebat fikrah skarang..
    moga suksess slalu=)

    ReplyDelete
  2. mung curi aku punyer kartun...mintak izin dulu...

    ReplyDelete