Read more: perantaudiary Blogspot | life is journey diari perantau: 2 travelog

Wednesday, September 9, 2009

2 travelog







travelog



Saya mula mengenali Muhd Kamil Ibrahim dengan travelog dakwah. Sebuah buku motivasi dakwah yang cukup hebat. Berkisar tentang pengalaman beliau sendiri.


Pengalaman yang cukup unik dan memberi pengajaran yang hebat.


Dalam kerjaya,beliau sentiasa berjaya dan mendapat apa yang dihajatinya. Sehinggakan beliau berjaya memperoleh gelaran Professor pada usia 39 tahun. Namun jauh di sudut hati sedar beliau punya kekurangan peribadi.



Beliau jujur mengaku kekurangan dari segi ilmu dan amalan agama. Tidak malu belajar semula di usia yang bukan lagi muda. Belajar mengenal huruf Al-Qur’an sewaktu sudah bergelar Professor.


Karya yang menyentuh perasaan.


Akibat terlalu “taksub” saya meminjam karya utama beliau travelog haji, mengubah sempadan iman. Alhamdulillah, baru selesai menghabiskan karya hebat beliau tersebut.



Travelog Haji dan teravelog dakwah ditulis dengan sepenuh jiwa. Perjalanan itu ditulis dengan penuh jujur, rasa ikhlas dan tulus, kadang-kadang terasa penulisnya sangat merendah diri.



Doa doa rintihan seorang hamba yang dimakbulkan, memperlihatkan kekuasaan Allah dan membuatkan kita mahu sepertinya dekat dengan sang pencipta.



Memberi bukti bahawa hidup ini bukan kebetulan tetapi satu ketentuan.


Buku buku ini begitu berkesan di hati.



p/s: mengarut jawab quiz hu~

Read more: perantaudiary | life is journey

1 comment: