Read more: perantaudiary Blogspot | life is journey diari perantau: Kimia & islam (Part one)

Thursday, September 10, 2009

Kimia & islam (Part one)








islam itu sempurna




Ilmu kimia merupakan antara sumbangan penting yang telah diwariskan para cendekiawan Muslim di abad keemasan untuk peradaban moden. Para ilmuwan dan ahli sejarah barat mengakui bahawa dasar-dasar ilmu kimia moden diletakkan kepada para kimiawan Muslim.



Sehinggakan dunia menabalkan kimiawan Muslim bernama Jabir Ibnu Hayyan sebagai 'Bapa Kimia Modern'. Will Durant dalam The Story of Civilization IV: The Age of Faith, juga mengakui bahawa para kimiawan Muslim di zaman kekhalifahanlah yang telah meletakkan asas ilmu kimia moden.




Menurut Durant, kimia merupakan ilmu yang hampir seluruhnya diciptakan oleh peradaban Islam. "Dalam bidang ini (kimia), peradaban Yunani (seperti kita ketahui) hanya sebatas melahirkan hipotesis yang samar-samar," ungkapnya.



bersambung..



Read more: perantaudiary | life is journey

No comments:

Post a Comment