Read more: perantaudiary Blogspot | life is journey diari perantau: kisah satu syawal

Saturday, September 19, 2009

kisah satu syawal

Allah masih beri peluang




“Mehnah Mu itu penghapus dosaku, mengganti hukuman Mu di akhirat”

Saya memutar rangkap lagu ini beberapa kali.

Sepatutnya malam raya semalam rumah kami akan menyambut satu jenazah. Sepatutnya hari ini satu stawal, jenazah saya selamat disemadikan.



Tapi Allah masih memberikan saya peluang,nyawa saya dipanjangkannya.

Pagi raya ini baju raya, lemang, ketupat dan rendang yang tersedia, saya hanya mampu memandang sayu. Saya kini berada dalam bilik berkain pelekat dan t shirt.

Perut saya masih kosong, sejak berbuka semalam saya hanya menjamah kuih bahulu pagi tadi. Mulut saya luka teruk.

Dagu dan tangan berjahit, kedua belah kaki cedera teruk, dengan jari kanan dan jari telunjuk dan jari hantu sebelah kiri yang masih berfungsi saya mengarang pengalaman syawal ini.

Ahamdulillah terima kasih ya Allah saya masih hidup.

Semuanya bermula semalam, 30 ramadan. Pagi itu, akhir terakhir Ramadan, saya nekad ke Bandar jengka seorang diri, mencari sepasang baju melayu untuk digayakan pada hari esok. Setelah urusan berjalan sempurna saya pulang,

sepasang baju melayu biru muda untuk esok.

Pertengahan perjalanan, entah apa yang merasuk saya memecut sehabis laju, sehingga minyak habis dipulas.



Apabila sampai di jalan utama depan sebuah stesen minyak, motosikal saya hilang kawalan kerana struktur jalan di situ yang amat daif dan beralun.

Motosikal terhutung hayang, sehingga saya bersama tersungkur, badan tergolek berpusing dan seterusnya mulut saya memakan jalan tar terus meluncur di atas jalan besar tersebut.



Saya terduduk, darah menitik nitik di atas baju, baju merah bermandi darah, seluar jeans koyak teruk. Saya duduk mengaduh, sehinggalah sebuah kereta berhenti bersama penduduk sekitar mengangkat saya ke gerai, saya dibaringkan disitu. Semuanya berlaku sepantas kilat.

Allah masih sayangkan saya, tiada kereta yang memecut ketika saya diam terduduk di atas jalan besar tersebut.



Darah yang banyak keluar, saya terus dikejarkan di poliklinik, Saya diberi rawatan selepas beberapa minit menunggu, pedihnya hanya Allah yang tahu.

“Abang boleh tutup air cond?” saya meminta, pedih sangat.

“Nanti cuci lagi pedih..” Dr membalas.



Luka saya dibersihkan, batu tar yang masih melekat diantara luka dibuang, siku, tangan kiri dan dagu saya dijahit. Pedihnya Allah sahaja yang tahu, saya mengaduh dan menggeliat menahan kesakitan.

Saat takbir raya berkumandang, saya mampu menginsafi kifarah dari tuhan ini. Saya akan kenang pengalaman ini sampai akhir hayat saya.

Saya bersyukur kerana Allah masih bagi peluang untuk saya.


“Mehnah Mu itu penghapus dosaku, mengganti hukuman Mu di akhirat”

p/s: Hidup sebuah perjalanan~

Read more: perantaudiary | life is journey

No comments:

Post a Comment