Read more: perantaudiary Blogspot | life is journey diari perantau: the way of life

Thursday, January 6, 2011

the way of life





 
full time musim -source


Petang tadi saya menerima satu sms daripada seorang sahabiah, beliau bertanya pendapat dan pandangan saya tentang salah faham terhadap islam dalam kalangan umat islam.

Menurut saya mungkin dimaksudkan oleh ukhti tersebut salah faham dari sudut ibadah, konsep jihad dan mungkin juga politik.

Bagaimana umat islam hari ini memandang ibadat hanyalah berkisar ibadah khusus seperti solat, zikir, puasa, zakat dan menunaikan haji semata. Bagaimana ibadah umum seperti menuntut ilmu, riadah, tidur, mandi dan segala amalan rutin seharian tidak dipandang sebagai perkara ibadat.

Kehidupan seorang muslim segalanya adalah ibadah jika diniatkan betul kerana Allah, bermula dari celik mata sehingga berehat melelapkan mata semula, Islam memberi panduan dari sekecil-kecil perkara sehingga sebesar-besar perkara, dari adab beristinja' sehingga panduan mentadbir sesebuah negara kerana islam adalah deen (cara hidup), Islam the way of life.

Islam adalah cara hidup yang sempurna memimpin muslim dari segenap aspek kehidupan, merangkumi kehidupan individu, keluarga, dan masyarakat. Islam memimpin umat manusia dari segala aspek termasuk sosial, ekonomi dan tidak terkecuali perkara berkaitan politik dan penerapan undang-undang sesebuah negara. 

Cuba kita renungkan jika islam merupakan sesuatu di luar masalah sosial, ekonomi, peradaban dan negara, lalu islam macam apakah itu?

Pengertian yang sempit terhadap islam sengaja diusahakan musuh-musuh islam untuk merosakkan pemikiran orang-orang islam itu sendiri.

Dengan kata lain, mereka mengangap islam hanya sekadar suatu keyakinan atau hubungan spiritual antara seorang dengan tuhannya, tidak ada hubungannya dengan urusan-urusan material di dalam kehidupan dunia ini.

 Menurut golongan ini, 

“Agama adalah satu bahagian dan politik adalah satu sebahagian yang lain”.


p/s: sekadar pandangan.

Read more: perantaudiary | life is journey

3 comments:

  1. kata org "agama lain, politik lain'. ayt ni tau dh ni golongn biru ke hijau or merah. wat la ayt bru. hehe

    -mujahid-

    ReplyDelete
  2. "Agama suku, politk suku,"
    -pemantau

    ReplyDelete
  3. heiheihei

    tidak usahlah kalian bermain politik kalau basuh baju pun masih dikotori air musta'mal.

    rasa macam janggal ,nak ikut sunnah nabi berpolitik tapi tinggalkan yang wajib.hahahahahah

    ReplyDelete