Read more: perantaudiary Blogspot | life is journey diari perantau: Matlamat tarbiah islamiah

Tuesday, January 25, 2011

Matlamat tarbiah islamiah





          picture by http://ademmm.deviantart.com/



Secara umumnya, matlamat Tarbiyah Islamiyah adalah: “Mencapai semua aspek yang membolehkan seorang insan itu hidup di dunia ini dengan kehidupan yang berpetunjuk dan baik (soleh dan Musleh) lantas membawa kepada kehidupan akhirat yang diredhai Allah SWT”

Secara yang lebih spesifik, Tarbiyyah Islamiyah bermatlamat untuk mencapai perkara-perkara berikut:


1. Beribadah Hanya Kepada Allah Berdasarkan Kehendak Syara’

Firman Allah SWT di dalam al-Quran:
“Dan tidaklah Aku jadikan jin dan manusia itu melainkan supaya mereka menyembah Aku” (Adz-Dzariyat: 56)
Beribadah hanya kepada Allah SWT berpandukan apa yang telah ditetapkan oleh Syara’ melalui lisan Muhammad SAW adalah matlamat pertama dan paling utama Tarbiyyah Islamiyyah. Ia hanya dapat dihasilkan melalui gabungan unsur-unsur yang pelbagai termasuklah unsur Iman, Islam, Ihsan, Adil, Amar Ma’ruf  dan Nahi Munkar serta Jihad fi Sabilillah. Ia juga merangkumi aspek perkataan, perbuatan, akhlaq dan adab.


2. Khilafah Allah di Muka Bumi

Firman Allah SWT di dalam Surah al-Baqarah ayat 30:

“Sesungguhnya Kami menjadikan (Adam) di muka bumi itu sebagai Khalifah”
Ia dapat direalisasikan melalui perlaksaan tugas memakmurkan bumi Allah SWT serta memanfaatkan  apa yang diberikanNya di dunia ini untuk kegunaan manusia, daripada kebaikan. 

Firman Allah SWT di dalam surah Hud ayat 61:

“Dan kepada Tsamud (Kami utus) saudara mereka Shaleh. Shaleh berkata: "Hai kaumku, sembahlah Allah, sekali-kali tidak ada bagimu Tuhan selain Dia. Dia telah menciptakan kamu dari bumi (tanah) dan menjadikan kamu pemakmurnya, kerana itu mohonlah ampunan-Nya, kemudian bertaubatlah kepada-Nya, Sesungguhnya Tuhanku amat dekat (rahmat-Nya) lagi memperkenankan (doa hamba-Nya)."


3. Mengenali Sesama Manusia

Firman Allah SWT di dalam surah al-Hujurat ayat 13:

“Wahai sekalian manusia, sesungguhnya Kami telah jadikan kamu dari jenis lelaki dan perempuan serta berbangsa-bangsa dan kaum agar kamu saling mengenali di antara satu sama lain”
Ia adalah di antara tujuan yang besar bagi Tarbiyyah Islamiyyah kerana Allah SWT menjadikan kita dari aspek berkategori dengan kategori paling utama ini, adalah dengan maksud supaya manusia itu saling kenal mengenal. Natijah daripada matlamat inilah yang membolehkan agama Allah SWT tersebar luas dan manusia menerima Islam sebagai jalan yang lurus dan bersesuaian dengan segala latar belakang mereka.


4. Memimpin dan Memerintah Dunia dengan Teguh

Firman Allah SWT di dalam surah an-Nur ayat 55:

“Allah menjanjikan orang-orang yang beriman dan beramal soleh dari kalangan kamu (wahai umat Muhammad) bahawa Dia akan menjadikan mereka khalifah-khalifah yang memegang kuasa pemerintahan di bumi, sebagaimana Dia telah menjadikan orang-orang yang sebelum mereka: Khalifah-khalifah yang berkuasa dan Dia akan menguatkan dan mengembangkan agama mereka (agama Islam) yang telah diredhaiNya untuk mereka; dan Dia juga akan menggantikan bagi mereka keamanan setelah mereka mengalami ketakutan (dari ancaman musuh).”

Allah SWT telah menjanjikan bagi orang-orang yang beriman tiga pemberian berikut:

      Menjadikan mereka sebagai Khalifah yang memakmurkan bumi Allah SWT dan memanfaatkan kebaikan daripada apa yang disediakanNya untuk kegunaan manusia di dunia ini.


     Meneguhkan kedudukan mereka di dunia dengan Islam dan manhaj mereka lantas mereka menjadi golongan yang mulia dan berkuasa serta menjadikan agama mereka tinggi dan nyata.
        
        Menukar suasana kehidupan mereka daripada ketakutan kepada keamanan.


5. Menghukum dengan Syariat Allah SWT

 Firman Allah SWT di dalam surah al-Jatsiah ayat 18:

 “Kesudahannya Kami jadikan engkau (wahai Muhammad dan utuskan engkau) menjalankan satu Syariat (yang cukup lengkap) dari hukum-hukum agama; maka turutlah Syariat itu dan janganlah engkau menurut hawa nafsu orang-orang yang tidak mengetahui (perkara yang benar).”

Ini adalah matlamat Tarbiyyah Islamiyyah yang amat besar kerana matlamat-matlamat yang awal itu tadi adalah demi untuk melaksanakan maksud menghukum dengan Syariat Allah SWT. Hanya dengan terlaksanya hukum dan peraturan Allah SWT sahajalah, segala kebaikan, keadilan dan kemakmuran dapat dicapai, bukan sahaja untuk orang-orang Islam bahkan juga menjadi rahmat kepada sekalian alam.

Secara praktikal, pencapaian matlamat yang telah disebutkan di atas akan melalui beberapa fasa perlaksanaan atau pembentukaannya seperti yang digariskan oleh al Imam Hasan al Banna seperti yang berikut:

1-    Mengislah (memperbaiki) peribadi
2-    Mengislah keluarga
3-    Mengislah masyarakat
4-    Mengislah kerajaan
5-    Menyediakan negara untuk umat Islam (dengan membebaskan negara-negara dan menyatukannya serta mengisytiharkan Khilafah)
6-    Menjadi Ustaz (pentadbir) kepada dunia seluruhnya




Read more: perantaudiary | life is journey

No comments:

Post a Comment