Read more: perantaudiary Blogspot | life is journey diari perantau: Changes: politik yang bagaimana?

Sunday, January 2, 2011

Changes: politik yang bagaimana?


Politik yang bagaimana? (sumber)



“Imran asal daripada mana?” seorang lelaki awal 30-an bertanya.

“Saya kampung dekat Jengka..” tersenyum membetulkan posisi. Juadah sahur segera dibuka, nasi bungkus berlauk ayam kurma dan sedikit sayur campur, beserta secawan teh suam.

Angin subuh di hari penghujung bulan Ramadan betul-betul dingin, sempat mengambil kesempatan tidur di masjid dan langsung bersahur bersama beberapa orang sahabat, dan abang yang bertanya tadi belum pernah saya temui sebelum ini.

“Oh.. saya pun orang Pahang juga, orang temerloh..” abang tadi menyambung ramah, perbualan makin rancak. Pagi sebelum subuh itu kami dihidangkan dengan perkongsian pengalaman beliau ketika menuntut dalam bidang perakaunan di United Kingdom tidak lama dahulu. 

Mesra bertaaruf, bercerita serba sedikit tentang kehidupannya.

“Abang kerja kat mana sekarang?” giliran saya bertanya.

“Engineer dekat area sini..” saya menggaru kepala yang tidak gatal, jurutera berijazahkan perakaunan?

Pagi itu topik perbualan kami berkisar isu semasa lebih tepat perkembangan politik negara, perkongsian dan pemerhatian hala tuju politik negara dari kaca mata penggiat politik, ditambah perisa tentang politik yang bagaimana harus diambil cakna dan wajar diperjuangkan.

Syarahannya tidak ubah seorang ‘yang berhormat’ yang sedang hebat memancing undi, sahabat menganguk-anguk tanda setuju dan sesekali menyampuk memberi sokongan. Ada mata yang menjeling, tanda protes agaknya kerana berbincang isu politik di masjid, mungkin menurut mereka politik adalah kotor dan tidak layak dibawa kedalam masjid.

Hasilnya saya namakan sahur tersebut sebagai ‘sahur politik’.

Ayat suci al-Quran dialunkan tanda azan bakal berkumandang dan  waktu imsak bakal melabuhkan tirai, teh suam segera dihabiskan.

CHANGES

Politik atau siasah adalah perkara yang cukup menarik untuk dibincangkan. Daripada golongan elit, mahasiswa sehingga diskusi di kedai kopi, semuanya hebat berbicara berkongsi pemikiran dan idea tentang perkembangan politik.

Saya baru sahaja selesai menonton drama bersiri jepun yang berjudul Changes. Berlatarkan bangunan parlimen dan bilik perdana menteri, saya kira changes merupakan sebuah karya yang cukup baik, unik  dan penuh pengajaran.

Changes adalah sebuah drama bersiri sebelas episod yang mengisahkan Asakura Keita seorang lelaki pertengahan 30-an merangkap guru sekolah rendah yang mengambil keputusan untuk bertanding dalam pilihan raya bagi menggantikan ayah beliau yang maut akibat kemalangan helikoper. Karya bersiri ini memaparkan sistem pilihan raya di negeri matahari terbit tersebut.



Asakura Keita dalam changes.


Asakura yang tiada langsung pengalaman dan pengetahuan tentang politik menang besar dalam pilihan raya tersebut, lebih menarik beliau diminta untuk merebut jawatan presiden parti dan langsung peraih undi tertinggi akan bergelar presiden parti merangkap perdana menteri! Politik jujur yang diamalkan olehnya benar-benar membuahkan hasil apabila beliau menjadi perdana menteri jepun yang termuda dalam sejarah negara tersebut.

Namun, tanpa sedar ada konspirasi besar disebalik kejayaan beliau, Asakura hanyalah sebagai 'puppet prime minister' dalam kata lain dimanipulasi untuk kepentingan individu. Namun, beliau tegar dengan prinsip jujur dalam berpolitik dan teguh membawa inspirasi rakyat membawa perubahan dalam sistem politik negara. Ya, membawa perubahan dalam dunia politik.




Bersama barisan menteri kabinet. 


Changes memberikan gambaran baru tentang politik, seperti kata-kata nasihat seorang sahabat kepada watak utama apabila berbicara tentang politik,

“This is a world filled with envy, when someone stands out they’ll want to bring him down or use him..”

Atau kata lain, politik adalah bagaimana anda memanipulasi atau dimanipulasi. 

Membayangkan jika ada penggiat seni tanah air yang berani menyentuh isu-isu besar seperti ini didalam karya mereka, tidak hanya menghasilkan lambakan karya yang bertemakan cinta murahan.

POLITIK YANG BAGAIMANA

Menurut saya politik adalah satu cabang seni.

Benar, seni untuk memimpin dan seni untuk berpengaruh.

Dan sudah pasti seni yang dicorak mengikut dua sumber acuan utama, tidak lain adalah Al-Quran dan sunnah. Namun reality pada hari ini umat islam sendiri paling hebat menentang perjuangan seni ini, gerakan islam yang memperjuangkan dasar ini dianggap ekstrimis dan golongan pelampau agama. 

Dan pastinya dengan penguasaan sistem politik oleh mereka yang benar-benar faham akan islam akan membawa kepada tertegaknya perundangan dan penguasaan islam.

Benar, persoalan politik islam dan hubungkaitnya dengan aspek perundangan adalah merupakan satu topik yang amat kontroversi dan sensitif dalam konteks politik Malaysia. Namun jangan kita lupa bahawa umat melayu pernah dimuliakan dengan sistem politik dan perundangan islam.

Kita lihat di zaman kesultanan islam Melaka bagaimana perjalanan perundangan seperti hukum kanun Melaka di zaman tersebut adalah berteraskan sistem syariah islam, khususnya hukum yang melibatkan jenayah syariah Islam. Dengan pengamalan sistem perundangan islam ini menjadikan Melaka sebagai empayar islam yang berpengaruh di rantau ini. Jadi mengapa kita masih lagi dimomokkan tentang ketidakupayaan islam dalam mentadbir umat ini.  

Secara kasar, perubahan dalam sistem politik dapat dilihat dengan pengamalan segala aspek dalam kesyumulan islam. Disamping tidak mengasingkan islam dengan politik atau kata lain meninggalkan pengamalan sistem secularism saya kira dapat menjernihkan dan sekaligus membawa perubahan dalam dunia politik.

Kerana islam pasti akan menang akhirnya.




P/s: Salam tahun baru (baru selesai daftar pemilih) pakat-pakat daftar mengundi..

p/s: sape ada episod last changes? 


Read more: perantaudiary | life is journey

1 comment:

  1. This post is very interesting but a little bit funny.why?..

    because it's all about politic.

    politik di Malaysia,xusah lew nak samekan dengan politik negara len beb...

    politik di malaysia bukan sehebat dan setulen politik bangsa Arab.Juga bukan seangkuh politik Barat.Ini cuma p0lemik politik.

    da daftar pemilih?dah tahu ke siapa yang benar2 tepat sebagai pemimpin.

    In my opinion, yang kerajaan seperti mana yang kita ketahuilah...(%&&(&%R$R$)

    yang pembangkang, ada yang kucar kacir..

    saya setuju dengan satu jenis parti..tp hanya pada ketuanya...pada anak buah..owh..sorila.....banyak tipu muslihat~(walau bertitle islam)

    -pemikir~

    ReplyDelete