Read more: perantaudiary Blogspot | life is journey diari perantau: potensi untuk islam

Sunday, January 23, 2011

potensi untuk islam






Permintaan sahabat untuk kartun ini dipakaikan kopiah.




Pernah dalam sebuah kem motivasi peserta diminta untuk menulis cita-cita apabila dewasa, saya tuliskan besar-besar perkataan 'SAINTIS', kemudian menggantung tag nama tersebut di leher penuh bangga. 


Ketika ramai memilih untuk menjadi polis, askar, doktor, dan bermacam lagi, saintis menurut saya lain daripada lain.

Dulu-dulu juga jika ada yang bertanya cita-cita apabila dewasa. 


Saya akan katakan kuat-kuat, 
"saya mahu jadi doktor!" penuh semangat.

Kerana minat membaca komik, menconteng dan melukis, pernah juga saya berangan-angan menjadi kartunis. Maka buku teks dan buku nota dipenuhi lukisan yang pelbagai. Tidak kira di bahagian belakang, bahagian tengah buku nota saya koyakkan dijadikan medium untuk bekarya.


Buku-buku nota habis semuanya menipis.

Itu cerita sepuluh tahun yang dulu. 


Hari ini menurut saya skrip jalan ceritanya sudah banyak yang berubah. 

Peringkat umur sepuluh tahun yang kedua telah berlalu, mula memasuki era kumpulan sepuluh tahun ketiga dalam hidup. 


Saya jangkakan sepuluh tahun ketiga ini penuh cabaran. Ya, tentunya cabaran kerjaya bagi mencari pendapatan tetap kerana tiada lagi peluang untuk menadah tangan dan menganga mulut untuk disuap daripada keluarga.


Mungkin juga cabaran cinta dan baitul muslim di penghujung peringkat sepuluh tahun ini. 


Ah, dalam perkiraan mungkin jaraknya masih jauh dan jalannya masih panjang. Paling penting dan utama bagaimana mempersiapkan diri bagi menggalas tanggungjawab yang pelbagai kelak. 


Benar, pastinya tanggungjawab sebagai individu musim, dan mungkin juga peranan dan tanggungjawab sebagai ketua baitul muslim, semuanya itu saya fikir memerlukan persediaan yang ketat dan mantap dari segenap segi. 

Tertanya-tanya juga diri sendiri tentang cita-cita, harapan dan impian. 

Saya rangkakan selepas tamat pengajian ijazah sarjana muda, berkira-kira mahu mencari peluang pekerjaan dalam bidang industri. Dalam masa yang sama jika diizinkan tuhan teringin juga menyambung pengajian dalam bidang master. Dan jika ada rezeki, teringin menjadi pensyarah dan menyumbang bakti sebagai ahli akademik. 

Itulah cita-citanya.

Bercakap soal impian, saya terus termenung.

Saya berangan-angan menerbitkan sebuah komik bertemakan islam. Bercerita mengenai dakwah, ukhuwwah dan diselitkan dengan tazkirah dan kata-kata nasihat. Menurut saya semestinya mengajak manusia kepada tuhan itu perlu dilakukan dengan cara pelbagai, kreatif, berhikmah, dan menurut syariah pastinya.


Itulah impiannya.

Menjenguk-jenguk ke alam maya, rupanya bukan saya seorang yang berfikiran sebegini. Sudah ramai yang menggunakan bakat yang dikurniakan tuhan untuk islam dan dakwah. Cuma saya kira belum diterbitkan sebagai sebuah majalah ataupun sebuah buku.


POTENSI UNTUK ISLAM




“Setiap manusia mempunyai kelemahan dan kekurangan. Setiap manusia mempunyai kelebihan dan keistimewaan masing-masing..” Saya teringat nasihat seorang senior.

Memikir kelebihan yang dikurniakan Allah, merenung manusia-manusia hebat dengan kelebihan masing-masing.

“Kalau tak pandai bercakap, mungkin kita hebat dalam kepimpinan..” Seniour memberitahu.


“Kalau tak pandai mengurus, mungkin kita hebat menulis..” Seniour memberi cadangan.

“Cari potensi..” Kata kunci pada petang itu.

Lalu mungkin ada yang bertanya,

“Untuk apa mencari kekuatan?”


Sabda Nabi Muhammad SAW,

"Sebaik-baik manusia adalah orang yang lebih banyak manfaatnya kepada manusia."


Itu jawapannya.

Mengenal potensi dan bakat untuk menjadi insan bermanfaat. 

Bermanfaat sebagai individu muslim menyumbang bakti kepada keluarga, masyarakat, dan paling penting bermanfaat kepada Islam. Kerana itu potensi kekuatan harus digali dan digilap, semuanya demi kepentingan islam dan dakwah.

Misalnya seorang yang petah bercakap, gunakanlah itu kelebihan untuk menyentuh hati-hati muslim supaya kembali dekat kepada Tuhan. Berceramah dan berhujah mengajak manusia supaya kembali hidup bertuhan.

Sahabat yang lunak suara misalnya, gunakanlah potensi tersebut dengan mengalunkan nasyid-nayid keinsafan bertemakan dakwah. Menyanyi dan berzanji mengajak manusia berfikir kebesaran tuhan.


Saya kira jika semua potensi dan kekuatan yang dipinjamkan oleh Allah swt ini jika digunakan semaksimumnya, tidak mustahil dakwah akan cepat tersebar dan manusia akan kembali semula menghayati islam sebagai satu-satunya sebagai cara hidup.

Dan menurut saya tiada alasan untuk tidak menghidupkan usaha dakwah ini disaat umat islam kembali semula ke zaman jahiliah, lebih tepat jahiliah zaman moden.
Sebuah kisah di zaman Nabi Ibrahim, semasa Nabi Ibrahim dibakar oleh kaumnya, seekor burung kecil terbang berulang alik mengisi air dalam paruhnya lalu menyiram ke atas api yang membakar. Itulah yang dilakukannya berulangkali. 
Tingkah lakunya diperhatikan oleh makhluk Allah yang lain lalu bertanya kepada burung kecil itu, ‘buat apa kau penat-penat mengambil air berulang alik, sedangkan api yang membakar Nabi Ibrahim takkan terpadam dengan air yang kau siramkan itu.’
Lalu dijawab oleh burung tersebut, ‘Memang ia tidak akan memadamkan api tersebut, tetapi aku lebih takut kepada Allah kerana Allah akan menyoal aku nanti, apakah yang aku lakukan untuk agama Allah, dan Allah tidak akan bertanya samada aku berjaya memadamkan api itu ataupun tidak‘.








p/s- Membaiki diri disamping berdakwah itu perlu seiring. "Islah nafsak wadu' ghairak".

Read more: perantaudiary | life is journey

10 comments:

  1. perlukah berpotensi? =p

    -mujahid-

    ReplyDelete
  2. Sheihk Mujahid,
    yang penting berdakwah dan buat kerja untuk islam,
    Paling berkesan dakwah bilhal,
    actions speak louder than words..

    -perantau

    ReplyDelete
  3. yup action speaks louder than word.
    tapi, meeting pun xdatang, action louder than speak ke?

    sekurang-kurangnya bagitahu orang lain kalau xboleh dtg.sekurang-kurangnya orang lain boleh gantikan.

    one more thing, be sure with the repeat class.Mahu atau tidak.Kalau tidak mahu urus sendiri.

    ReplyDelete
  4. perghh.. perantau diserang bertubi-tubi, =p

    -perantau

    ReplyDelete
  5. Salam.

    Sesungguhnya orang-orang yang suka dihebahkan (tuduhan atau berita)
    yang buruk dalam kalangan orang-orang yang beriman,mereka akan beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya di dunia dan di akhirat; dan (ingatlah) Allah mengetahui (segala perkara) sedang kamu tidak mengetahui (yang demikian).[al-Nur 24:19]

    http://hafizfirdaus.com/ebook/ASWJ/ciri5C.htm

    “Sebaik- baik umatku ialah kurunku, kemudian kurun selepas mereka, kemudian kurun selepas mereka,
    kemudian sesungguhnya selepas kamu ada satu kaum yang bersaksi sebelum diminta menjadi saksi, mereka mengkhianati dan tidak dipercayai, mereka berjanji tetapi tidak menepati, dan jelas pada mereka tanda-tanda as-Siman (al-Bukhari :3650)

    Dan katakanlah kepada hamba-hamba-Ku (yang beriman)supaya mereka berkata dengan ucapan-ucapan amat baik; sesungguhnya syaitan itu sentiasa menghasut di antara mereka; syaitan itu adalah musuh yang amat nyata bagi manusia.
    [al-Isra’ 17:53]

    Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini – dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) – sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan.- al-Hujurat : 7

    Sama-sama kita mencari potensi dan memperbaiki diri...akhukum fillah

    ReplyDelete
  6. syukron T_T

    -perantau

    ReplyDelete
  7. jangan ada sapa2 terasa lebih2 ya..saja tumpang lalu...kohkoh

    ReplyDelete
  8. perlu kepada perubahan, hijrah. ada perkara yang lebih susah daripada susah itu sendiri iaitu berubah. Sebab itulah ramai orang yang hidup susah daripada mengambil jalan untuk berubah....

    ReplyDelete
  9. asrarqulub
    -wah mendalam, syukron.. =)

    -perantau

    ReplyDelete