Saya antara jutaan penggemar karya dakwah Habiburrahman El Shirazy.
Bermula dengan Ayat-Ayat Cinta (AAC), Ketika Cinta Bertasbih (KCB) 1 & 2, Pudarnya Pesona Cleopatra, Di atas Sejadah Cinta dan beberapa buah karya lagi seterusnya Bumi Cinta. Saya cukup tertarik dengan cara penghidupan watak dan jalan cerita dalam setiap karyanya. Karya dakwah melalui genre novel.
Semuanya tentang cinta.
Namun jika kita cuba selami mesej yang cuba disampaikan penulis dalam setiap karyanya, akhirnya kita akan bertemu pengajaran cinta yang lebih besar dan maha indah iaitu tidak lain adalah cinta pada Pencipta dan Rasulnya.
Karya terbaru beliau, novel Bumi Cinta mengisahkan pengalaman Muhammad Ayyas di bumi Rusia. Seorang pemuda muslim yang sedang menghadapi kemelut jiwa dan cubaan iman di bumi yang bertuhankan kebebasan dan pornografi.
Bumi cinta menceritakan makna sebenar kebebasan, pertarungan antara kebebasan yang dipimpn oleh hawa nafsu dan kebebasan yang dipimpin oleh wahyu.
Kebebasaan yang bagaimana?
Novel ini turut diselitkan dengan peristiwa berdarah di Sabra dan Shatila. Walaubagaimanapun klimaks yang lemah dan cara pengolahan dialog yang terlalu panjang sedikit sebanyak mencacatkan prestasi novel ini.
Antara kekuatan novel ini pula adalah terletak pada latar keindahan senibina Rusia yang cukup memukau.
Gereja St. Basil di Red Square
Kisah Ayyas mempertahankan imannya sebagai pemuda muslim di tengah kota Moscow, disajikan dengan gaya penceritaan yang sangat memukau dan penamat yang mengharukan.
Selamat membaca.
Cubalah google tajuk BANGSA MELAYU MENGIKUT ULAMA AHLU SUNNAH WAL JAMAAH, maka akan fahamlah kita tentang hakikat bangsa ini. Dan cubalah google pula tajuk-tajuk berikut agar kita kenal musuh dalam selimut yang mencari peluang dan ruang untuk mengkhianati bangsa ini, iaitu:-
ReplyDelete(a) http://www.mediafire.com/?ne2dmyeinzo
(b) Jaringan Wahabbi Sdn Bhd
(c) Jom Kenali Dr Maza & Co
(d) Ahlul Bait Yang Dicerca
(e) Tok Ayah Zid Kedai Lalat
(f) Kuasa Tiang Kepada Cita-cita
(g) 40 Mutiara Hikmat Serambi Mekah
FAKEH KHALIFAH SAKA