Alhamdulillah, saya baru diamanahkan untuk membimbing kelas kimia dan subjek Sains tingkatan empat secara 'permanent'.
Sahendran, Lee, Ooi, Vineas, Aqilah dan beberapa nama lagi, persis konsep Satu Malaysia!
“Cikgu, titration ni untuk apa?” Sahendran tiba-tiba bertanya.
“Titration ni kita gunakan untuk..” berpusing-pusing tangan saya menerangkan aplikasi titration. Sepatutnya tajuk ini tidak ada masalah untuk dibincangkan kerana hampir setiap minggu kami melakukan titration pada semester-semester yang lepas.
Namun petang itu saya betul-betul buntu.
“We used titration to determine concentration of unknown substance” dan akhirnya terpaksa juga membuka rujukan.
Alahai cikgu..
Teruja, dan paling tidak dapat mengimbas kembali apa yang telah saya pelajari dan paling penting bidang ilmu yang saya timba dapat memberi manfaat kepada manusia lain.
InsyaAllah..
Itu cerita di kelas kimia.
“Cikgu dekat Amerika diaorang guna tenaga apa?” Aqilah pula bertanya.
Saya mengaru-garu kepala yang tidak gatal, sebelum pertanyaan bernas tersebut terpacul, saya terangkan kepada mereka bahawa antara negara yang menggunakan tenaga nuclear sebagai tenaga alternative adalah republlik Iran dan ditentang hebat oleh kuasa besar dunia Amerika dan konco-konconya.
Chapter nuclear energy, Science form four.
“Balik ni kita cari sama-sama ye, tenaga apa yang amerika guna..” perasaan ingin tahu seperti ini jangan dibunuh.
“Dalam Quran surah al-hadid ayat 25 ada diceritakan tentang logam yang berkait rapat dengan nuclear substances, balik ni boleh buka tafsir..”sebagai penutup saya kaitkan pelajaran nuclear hari tersebut dengan sepotong ayat AlQuran, seorang dua mencatat.
Pengalaman yang cukup bermakna saya kira.
Mengajar untuk belajar.
Dan alhamdulillah, banyak yang saya belajar.
p/s- Impak video @ kebetulan lagu Aris Ariwatan berkumandang di FKP - Sempat membeli 'Manhaj haraki dalam sirah Nabi saw'.
salam~ mengajar???
ReplyDeletefuhh~ cikgu jugak la nie...
alhamdulillah... bagus2~
cikgu kimia?? wahhhh~