Dai'e sepanjang zaman; ustz. Rahmat Abdullah
“Assalamualaikum, nak bagi assignment sikit boleh?” seorang muslim menegur.
“Waalaikumsalam.. boleh je, tgh buat tesis ke?” saya membalas, sambil nasi goreng cendawan dijamah sedikit. Malam itu saya bersama dua orang junior merangkap sahabat menjamu selera diperkarangan UIA.
“Bukan. Nak minta tolong antum separatekan yang kat dalam tu..” tersenyum sambil mulut dimuncungkan kearah sepasang couple di dalam restoran.
Saya kira abang berkemeja tersebut mungkin salah seorang seniour UIA. Semua kaku terdiam.
“Abang try la dulu..”saya mengelak.
“Ana nak uruskan yang kat luar tu, kat dalam tu antum setelkan..” tersenyum seperti biasa, menunjuk kearah sekumpulan muslimin dan muslimat yang saling berhadap menjamu selera. Dan saya kira jumlahnya tidak kurang dari sepuluh orang.
Perlahan kumpulan tersebut dihampiri, manakala saya bersama sahabat hanya memerhati daripada jauh.
Ajaibnya, selang beberapa minit semua muslimat bangun serentak, beredar meninggalkan meja tersebut!
Dalam keadaan masih terkejut dan kagum, abang tersebut memandang kearah kami sambil mengisyaratkan supaya kami pula yang beraksi. Kami membalas dengan senyuman penuh makna.
Abang tadi terus beredar, tanpa meninggalkan petua rahsia kehebatannya mendekati madu’. Manakala kami bertiga terus tersengih lagak seperti kerang busuk membalas pelawaanya dek kerana ceteknya ilmu dan kurangnya pengalaman.
Malam itu jauh kami termenung, betapa maksiat yang berlaku di sekitar dianggap seperti perkara yang biasa seolah tiada apa yang perlu dikisahkan.
Astagfirullahalazim..
CINTA DAKWAH
Saat secularism memerintah negara, capitalism menguasai dunia dan zionis bermaharajalela. Siapa yang mahu memikul tanggungjaawab membawa islam kembali ke tempatnya?
Apabila menyebut perkataan dai'e perkara pertama dalam fikiran adalah imej pendakwah itu sendiri. Pakaian mesti berlengan panjang, janggut sejemput dan kopiah sentiasa diatas kepala. Apabila syarat-syarat seperti yang disebut tidak dipenuhi, berambut panjang dan berseluar jeans misalnya sejuta mata akan memandang dengan pandangan penuh kejelekan kepada individu yang mengaku dirinya sebagai pendakwah tadi.
Jangan bekukan medan dakwah!
Tak perlu berpewatakan lagak seorang ustaz untuk melakukan dakwah, dan tidak perlu ilmu setinggi ulama muda untuk menyambung perjuangan dakwah Rasulullah saw.
Dari Abi Sa'id Al-Khudri r.a. telah berkata : Aku telah mendengar Rasulullah saw bersabda :
"Barangsiapa diantara kamu yang melihat kemungkaran, hendaklah ia merubah/mencegah dengan tangannya (kekuasaan) jika ia tidak mampu, maka dengan lidahnya (secara lisan), dan jika tidak mampu, maka dengan hatinya (merasakan tidak senang dan tidak setuju). Dan itu adalah selemah-lemah Iman".
Di riwayatkan oleh Imam Muslim [no:49]"
"Barangsiapa diantara kamu yang melihat kemungkaran, hendaklah ia merubah/mencegah dengan tangannya (kekuasaan) jika ia tidak mampu, maka dengan lidahnya (secara lisan), dan jika tidak mampu, maka dengan hatinya (merasakan tidak senang dan tidak setuju). Dan itu adalah selemah-lemah Iman".
Di riwayatkan oleh Imam Muslim [no:49]"
Tidak dinafikan imej memainkan peranan yang tidak kurang pentingnya, namun harus diingat imej bukanlah menjadi prasyarat wajib untuk melakukan dakwah. Setiap individu mempunyai kaedah yang pelbagai dalam membawa mesej islam.
Biarlah saintis dengan kaedahnya, kaunselor dengan caranya, mat rempit dengan dakwahnya. Jika fikir, amalan dan zikirnya adalah islam dan dakwah, mereka adalah dai'e!
Namun harus diingat, tidak cukup hanya sekadar berdakwah.
“Kalau hanya berdakwah, kita memang bisa.. Tapi apakah bisa kita cinta dengan dakwah? Cinta itu butuh pengorbanan, waktu, tenaga dan harta..”
Saya teringat kata-kata ustaz Rahmat Abdullah dalam filem Sang Murobbi. Berapa ramai diantara kita yang mampu berdakwah, namun berapa ramai pula daripada yang sedikit itu yang cinta kepada dakwah?
Moga-moga kita tergolong dalam golongan yang menjalankan dakwah dan paling penting cinta kepada dakwah itu sendiri..
No comments:
Post a Comment