“Cikgu, titration ni untuk apa?” Sahendran bertanya.
“Titration ni kita gunakan untuk..” berpusing-pusing tangan saya menerangkan aplikasi titration.
“We used titration to determine concentration of unknown substance” dan akhirnya terpaksa juga membuka rujukan.
Itu cerita di kelas kimia.
Alhamdulillah, saya baru diamanahkan untuk membimbing kelas kimia dan subjek Sains tingkatan empat secara tetap. Sahendran, Lee, Ooi, Vineas, Aqilah dan ramai lagi, semua ada.
Teruja, dan paling tidak dapat mengimbas kembali apa yang telah saya pelajari dan paling penting bidang ilmu yang saya timba dapat memberi manfaat kepada manusia lain.
InsyaAllah..
“Cikgu dekat Amerika diaorang guna tenaga apa?” Aqilah pula bertanya.
Saya mengaru-garu kepala yang tidak gatal, sebelum pertanyaan tersebut diajukan saya terangkan kepada mereka bahawa antara negara yang menggunakan tenaga nuclear sebagai tenaga alternative adalah republlik Iran dan ditentang hebat oleh kuasa besar dunia Amerika dan konco-konconya.
Chapter nuclear energy, Science form four.
“Balik ni kita cari sama-sama tenaga apa yang amerika guna..” perasaan ingin tahu seperti ini jangan dibunuh.
“Dalam Quran surah al-hadid ayat 25 ada diceritakan tentang logam yang berkait rapat dengan nuclear substances, balik ni bulah buka tafsir..”sebagai penutup saya kaitkan pelajaran nuclear dengan sepotong ayat AlQuran.
Pengalaman yang cukup bermakna saya kira.
Mengajar sambil belajar.
Saya mula faham agaknya kesukaran dan kepayahan warga pendidik hadapi. Hanya tuhan dapat membalas jasa kalian.
p/s: -sempat membeli karangan hebat, Manhaj Haraki dalam sirah Nabi saw
No comments:
Post a Comment