Read more: perantaudiary Blogspot | life is journey diari perantau: Taa'ruf week

Sunday, May 24, 2009

Taa'ruf week

"Sila tunggu, kejap lagi number akan dipanggil" Nombor giliran diberi, sambil senyuman dihulurkan.

Dalam kesibukan 'tahap jerantut' yang dialami, aku telah ditaklifkan untuk menjadi pembantu urusetia untuk progaram ta'ruf pelajar tamhidi. Bersama seorang muslimat seniour, kami ditugaskan di bahagian pendaftaran. Tugasnya sangat mudah memberikan nombor giliran kepada pelajar.



Angkat ikrar. bersama tudung yang menimbulkan kontrovesi


"Anak pak cik ada jadi pensyarah dekat sini" seorang pak cik memberitahu.

Pagi itu, keadaan cukup sesak dengan kehadiran para penjaga menemani anak mereka. Walaupun diarah beberapa kali untuk tidak memasuki dewan bahagian pendaftaran, ada segelintir yang berkeras. Kasih seorang ibu dan ayah, yang setia menemani dan memastikan anak mereka berada dalam keadaan selesa sepanjang pengajian. Fitrah yang dikurniakan Allah kepada semua manusia untuk saling mengasihi.

"kalau dia ada senang sikit kerja" Pak cik tersebut menyambung.

"Awak ambil course apa?" pak cik menyoal seorang kakak seniour.

"Saya ambil financial math, anak pakcik dapat tamhidi apa?" seniour menyoal.

"Dia dapat tamhidi sains dan teknologi, tapi tengah tunggu result medic UM" pak cik memberitahu.

"Sama la dengan saya FST, dia ni pun FST juga course kimia industri" kakak seniour memberitahu menunjuk kepada aku.

"Ha.. boleh tak awak cerita sikit tentang program yang ditawarkan, sebab saya tengok anak saya macam tak de masa depan jea bila dapat program ni" pak cik menambah.

tak de masa depan? tahniah pak cik kerana mendoakan anak sendiri untuk gelap masa depan, insyaAllah akan dimakbulkan. Panas telinga dan hati mendengar luahan ikhlas tersebut. Akak seniour tersebut melayan pak cik tersebut sengan senyuman. Dia menerangkan program yang ditawarkan di FST dan program perubatan dan pergigian yang ditawarkan. Pakcik tersebut mendengar dengan tekun. Ada dua kemungkinan,, sama ada beliau bersungguh untuk mengetahui maklumat tentang FST ataupun sengaja untuk mengayat seniour tersebut untuk memasuki dewan pendaftaran. Hampir tiga jam kami bertugas di dewan pendaftaran tersebut.

RUH TERCABUT


Empat hari yang sangat meletihkan. Hari kedua, aku tidak menghadirkan diri untuk sesi pagi program. Syahid. Timbul rasa bersalah, kerana kami dibayar dan diberi makan percuma sepanjang program. Ruh aku tercabut sebaik sahaja mendapat satu sms dari rumah. Pesanan ringkas tersebut hanya beberapa baris, tapi kesannya sangat berbisa. Hilang semangat. Apabila keadaan ini berlaku, ada dua penyelesaian. Pertama minum nescafe, menikmati aroma dan penangan kafein dapat memberi sedikit kelegaan. Ataupun cara yang kedua tidur, melelapkan mata dapat melupakan sebentar masalah. Aku pilih uslub kedua.


Read more: perantaudiary | life is journey

6 comments:

  1. sabarlah atas ujian yang menimpa...dan istilah kesibukan tahap jerantut tu mmg brutal la.. lawak la nta ni..

    ReplyDelete
  2. adoi...panas je hati dengar pakcik tue..adoila..takpe2...dulu pun kiter2 samer gak...

    nescafe..bagus2

    ReplyDelete
  3. ahlan wasahlan Umar Mukhtar.. boikot israel, hu3..

    ReplyDelete
  4. hazimin, komen yg signifikan dan membuatku terkekeh..

    ReplyDelete