Read more: perantaudiary Blogspot | life is journey diari perantau: The Jengka Boy

Sunday, May 10, 2009

The Jengka Boy

Salam Mujahadah, segala puji bagi Allah tuhan yang melimpahkan nikmat. Alhamdulillah, rezeki murah betul sejak dua menjak ni. Teringat dekat kuliah tafsir lepas maghrib tadi, ustaz menceritakan perihal Niqmah(huruf qaf) lawan kepada perkataan nikmah atau kata lain nikmat yang menyesatkan, istidraj.

Sebenarnya tak ade apa pun nak cerita, saje jea nak mengarut. Short syem dah menjelma, sunyi betul rumah ni.. Daripada berlapan pada permulaan sem 1, tinggal 4 orang pada sem 2, dan kini, tinggal 2 orang penghuni setia. Dan bakal kosong pada hari esok. Sunyi. Banyak betul kenangan dekat rumah ni. tapi tak pe, Hidup Sebuah Perjalanan.. cewah..
Stop pasal rumah.

The Jengka Boy story begin. Aku balik jengka pada hari khamis lepas, dah lama sangat tak balik jengka, seingat aku last balik bulan satu dulu, kenduri kawin jiran. Tujuan utama adalah berjumpa ayahanda, dan mengambil ic di bandar Jerantut. Aku sampai bandar jengka pukul lapan setengah malam. Terus ambil teksi ke felda jengka 24. dengan bayaran Rm 24, aku minta kurang,tapi pak cik teksi tu cakap, "Siang pun Rm22". Dalam teksi. Pak cik sangat peramah. Sampai satu soalan yang tak patut aku tanya. "Orang rumah pak cik orang mana". Pak cik menjawab "Saya mana ada orang rumah, bujang lapok.. macam citer P Ramlee". Lepas tu pak cik teksi terus bukak radio kuat-kuat, sambil berkaraoke. Merajuk kot. Kalau tengok rupa pak cik ni, rasanya dah lebih 40, Aku teringat nasihat ustaz Hasrizal dalam "Aku Terima Nikahnya" JANGAN TERGESA-GESA dan JANGAN TERTANGGUH-TANGGUH. "Malas la nak kahwin, senang hidup sorang" pak cik menyambung.

Esoknya, tunggu bas nak pergi jerantut di rumah seorang rodong. Sahabat dari kecik lagi ni, sama-sama nakal dekat sekolah rendah dulu.. kira sahabat baik la, bayangkan sunat pun sama-sama. Dia baru habis STPM, gempak jugak la result, sekarang menjadi penganggur sepenuh masa, sebelum melangkah ke IPT. Selepas nasi lemak dan teh ais dilantak, bas yang dinanti pun tiba.

Tiba di pejabat pendaftaran, ramai betul orang asli kat sini.. daftar anak baru lahir kot. Perjalanan pulang bas merentasi Sek. Men. Agama Pulau Tawar. Pergh.. tiba-tiba je terkenang memory 3 tahun kat sekolah ni. Sayu je rasa. Infrastuktur tak berubah, kalau berubah pun.. warna je la kot. Sek agama kerajaan negeri. Banyak memori pahit dan manis dekat sekolah ni. Tapi peristiwa ni paling aku ingat.

Teringat satu petang, abg Ijat ketua asrama aku tiba-tiba masuk dalam surau, selalu memang payah nak tengok muka dia dalam surau.
"sapa-sapa yang pergi naik atas sebelum maghrib datang belakang jap!"

dia menjerit. Wirid yang sedang dibaca terhenti. sunyi. Menjadi kebiasaan budak-budak asrama akan pergi ke kawasan sekolah selepas makan, dan perbuatan ini amatlah tidak dibenarkan oleh para seniour. semua yang naik ke kawasan sekolah bangun, dan aku salah seorang daripadanya.
selalunya aku akan terlepas dari hukuman, kerana abang aku merupakan pelajar form 5 merangkap seniour di situ. Tapi malangnya, dia telah dibuang asrama akibat suatu peristiwa.
"PaAp!!" seorang demi seorang ditempeleng.

Seorang demi seorang. dan tiba giliran aku, Rasa macam nak jatuh, melayang satu badan. lengan dan badannya yang besar cukup untuk menimbulkan gerun. Selang beberapa hari Abang Ijat dikhabarkan ditahan di lokap, aku cukup tak sangka. Aku dimaklumkan seorang student pada malam itu, telah kehilangan sebelah pendengaran akibat ditempeleng.

Moral, sepanjang kehidupan di asrama, aku dapat simpulkan untuk berjaya, kita perlu dengan rela hati menerima segala tarbiah oleh seniour mahupun raging. Tidak perlu untuk melaporka kepada keluarga atau sebagainya, kesan daripada terlampau manja proses pembelajaran tidak akan berjalan, kita akan disisihkan, dan seterusnya bertukar sekolah. cukup serabut. Aku tidak pernah memaklumkan peristiwa ini kepada keluarga apatah lagi kepada pihak sekolah, kerana aku tahu kesannya nanti. Anggap ia merupakan satu bentuk tarbiah yang mengajar kita erti sebuah kehidupan. Are you agree with me?

Read more: perantaudiary | life is journey

2 comments: