Read more: perantaudiary Blogspot | life is journey diari perantau: Mothers day

Tuesday, May 26, 2009

Mothers day

Salam mujahadah. Artikle ini telah lama terperap. Ia telah ditulis ketika sambutan hari ibu, atas masalah teknikal ia tidak dapat dipostkan, dan pada petang yang syahdu ini, ia berjaya disiarkan.







Mungkin belum terlambat untuk mengucapkan selamat hari ibu, kepada semua ibu yang berada di seluruh dunia maupun di afrika tengah. Sempena hari ibu, tiba-tiba lahir rasa rindu. Sewaktu pulang, entah dari mana album lama keluarga berada di atas meja. Satu persatu gambar ditatap, dan gambar yang paling banyak meninggalkan kesan adalah gambar kenangan bersama arwah ibu.

Aku sempat melawat ke pusara bonda sewaktu pulang ke rumah baru-baru ni. Aku ambil kesempatan ziarah ke kubur pagi sebelum bertolak ke kampus. Di tanah perkuburan, rumput yang semakin panjang dicabut, dan al fatihah bersama doa disedekahkan, moga-moga roh ibu ditempatkan bersama orang yang beriman dan dilepasaskan dari azab kubur.

************





Ingatan aku berputar kembali di pertengahan tahun 2001, sewaktu masih dialam sekolah rendah. Malam yang tenang berubah menjadi tegang, Mak dihantar ke hospital.

Sejak akhir-akhir ni Mak selalu mengadu sakit kepala, aku tak tau sebab dan musababnya.

“tolong picit kepala Mak jap” aku mentaati arahan, Kepala ibu dipicit.

“picit kuat lagi, mak tak rasa apa-apa pun” Mak meminta.

“Kuat macam ni ke?” Aku memicit dengan sepenuh tenaga, memang agak kasar tapi aku melihat mak begitu selesa sekali.

Mak menganguk sambil matanya dipejamkan.

“Paiz mana?” Mak tiba-tiba bertanya.

“Tak tau le..”aku menjawab, sambil kepala digelengkan.

Sejak Mak sakit, budak kecik bernama Faez sering lesap bersama temannya. Dan menjadi tugas aku untuk mencari dan memberi ganjaran yang setimpal kepadanya. Aku boleh dikategorikan antara abang yang ganas ketika itu, (sekarang pun ganas juga kot.. he3..). Nurul Izzah masih lena dalam buaian. Satu-satunya puteri dalam keluarga, dia tidak meragam seperti selalu.

Dan tidak diduga sama sekali sakit yang disangka hanya sementara, membuatkan Mak terlantar di hospital. Sehingga ke hari ni, aku masih gagal menyebut nama penyakit yang dihidapinya dengan tepat, yang pasti otaknya dijangkiti kuman.



Daripada hospital Bandar Jengka, mak dibawa ke hospital Kuantan dan terus ke unit rawatan rapi HKL. Aku bersama faiz dan Nurul Izzah diamanahkan kepada Mak Long untuk dijaga. Kami akan berulang alik dari felda Rentam ke hospital. Setiap minggu.





Aku paling sedih pada dua keadaan. Pertama ketika berada di Hospital Jengka, mak memanggil anak-anaknya dengan suara yang sangat lemah, aku tak sanggup menatap wajahnya. Sayu ketika itu mungkin hadir, apabila salah seorang nenek saudaraku tidak dapat menahan kesedihan. Kedua ketika melihat wayar berserabut di seluruh badannya, ketika dia koma tidak sedarkan diri di HKL. Aku dimaklumkan, air tulang belakangnya diambil untuk dianalisis. Aku tak sanggup membayangkan kesakitan yang dihadapinya.

Lebih kurang sebulan mak di HKL, aku dihantar pulang ke rumah untuk menyambung kembali persekolahan, dah lama sangat ponteng. Aku tinggal di rumah seorang jiran yang lebih dikenali dengan panggilan Cik Mek, aku dilayan seperti keluarga mereka sendiri. Cuma sejak akhir-akhir ini, setelah umur meningkat dewasa, seperti ada jurang yang besar antara aku dan jiran-jiran. InsyaAllah akan dieratkan. Petang itu, aku menyiapkan semua kerja yang terbengkalai. Persekolahan diteruskan.

Sakit mak tak lama, malam kedua di Jengka aku dikejutkan oleh seorang jiran pada awal pagi. Aku bangun dari tidur, dan melihat seorang jiran di penjuru katil.

“Mak dah tak de..” katanya dalam nada sedih bercampur air mata.

Aku keluar dari bilik, terus menuju ke arah rumah. Ramai jiran berkumpul, menanti kehadiran van jenazah yang dikhabarkan akan tiba sebelum subuh. Seperti bermimpi. Semasa jenazah diuruskan, aku langsung tak mengalirkan air mata, namun dalam hati.. hanya Allah yang tahu. Hilangnya mak, seperti kehilangan sebelah kaki untuk berdiri. Yang pasti seluruh keluarga terasa kehilangannya.





Aku memandang tepat ke wajah mak sebelum kain kapan menutup seluruh bahagian wajahnya. Dalam hati, rasa macam ada suatu perasaan yang sukar untuk digambarkan dengan perkataan. Menangis di dalam hati. Kehidupan sangat berbeza selepas mak meninggalkan kami. Pada awalnya, agak haru biru. Tiada orang untuk menguruskan keluarga. Tiada tempat untuk bercerita, dan bermanja. Dan mungkin aku yang paling terkesan, antara manusia yang paling rapat dengannya kerana hero-hero yang lain berada nun jauh di asrama.

9 tahun berlalu, sejak kematian mak, aku lebih banyak berdikari, dan mungkin itu hikmahnya. Cuma, tiada doa seorang ibu untuk menemani sepanjang perjalanan. Nurul Izzah kini di sekolah rendah, dia terus dibesarkan mak Long selepas mak meninggal. Faez menuntut di SMAPT, calon PMR, yang menjadi kemusykilan dia kini lebih tinggi daripada aku. hu3..

Al fatihah untuk seluruh umat islam yang telah kembali ke rahmatullah.

“Dan Kami wajibkan manusia berbuat kebaikan kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung susah payah dan telah melahirkannya dengan menanggung susah payah.”



(Surah Al-Ahqaf, ayat 15)





*************************





Selain sempat melawat pusara arwah ibu, aku juga sempat menziarahi bakal ibu baru (mak tit tiri) sehari sebelum pulang ke kampus.

“Bulan 7 ni balik?” soal bakal ibu tiriku, aku dimaklumkan walimatulurus pada bulan julai.

“insyaAllah..” ^_^

p/s- sayangi, hormati dan berbaktilah kepada insan yang bergelar ibu, sementara hayatnya masih ada.

Read more: perantaudiary | life is journey

5 comments:

  1. 'Jangan bersedih lagi'

    'Dlm kesedihan ada benih kegembiraan,carilah ia..cambahkan ia,agar esok dapat memunggut faedah kegembiraan darinya dan detik itu,kita tidak akan membenarkan perkara kecil atau remeh-temeh menganggu kehidupan...

    Dimasa inilah kesedihan mempamirkan diri,dan bertindak sebagai pembimbing kepada jalan kejayaan..

    Selamat berjuang!

    ReplyDelete
  2. salam adikku imran...
    tersentuh hati akak...ujian buatmu...tabahkan hati...
    moga menjadi anak yg soleh...

    ReplyDelete
  3. salam..
    la tahzan
    kuatkan diri untuk terus berjuang...

    ReplyDelete
  4. salam..aduh betapa ceteknya ukhuwah ana ngan nta...

    kalau x kerana tergerak nama baca artikel "Mother's day" ni, ana tak tahu..

    Semoga Allah mengampuni dosa-dosanya dan meletakkan beliau bersama orang-orang yang didekatkan olehNya...Amin



    ps: cuma nta ni antiklimaks tullah...klause:

    "Faez menuntut di SMAPT, calon PMR, yang menjadi kemusykilan dia kini lebih tinggi daripada aku"
    m

    membuat ana tersenyum sendiri menghilangkan sugul

    ReplyDelete
  5. orang yg berbuat baik dengan anak yatim, amat dekat dengan nabi saw.
    aku berbuat baik ngn ko, ko buat bik dengn aku. sama2 dekat dgn nabi
    la tahzan la tahinu

    ReplyDelete