Read more: perantaudiary Blogspot | life is journey diari perantau: Kena pinDah @ Halau

Thursday, May 28, 2009

Kena pinDah @ Halau

“Rumah awak ke ni?” Pegawai KKSI menyoal kumey.

“Ni rumah saya, saya nak pindah la malam ni” Aku menjawab selamba.

Balik daripada isyak, aku dan seorang sahabat dikejutkan dengan kehadiran seorang petugas kolej kediaman. Dikhabarkan pada malam ini, operasi besar-besaran menghalau pelajar-pelajar yang menumpang secara haram. Kolej kediaman kami menjadi tempat penginapan pelajar –pelajar sekolah menengah untuk pertandingan debat, bilik-bilik yang dikenal pasti perlu dikosongkan dengan kadar segera.

“Owh, saya datang baru awak nak pindah..” Petugas menyindir.

“Saya memang dah lama nak pindah, masalahnya bilik yang saya nak pindah ada student lain yang duduk. Lagipun kunci bilik pun dia belum pulang lagi..” aku menjelaskan kepada pegawai tersebut.

“Awak ni jaksa ke?” pegawai tersebut menyoal, kali ini dalam nada yang lebih lembut.

“Saya memang nak pindah malam ni, sebab esok saya tak de. Ada lawatan.” aku menjawab ringkas.

Maka tshirt putih aku basah dengan keringat. Berulang alik dari tingkat empat ke tingkat satu memunggahkan barang yang bukan sedikit jumlahnya. Letih campur dahaga.

BERNASIB BAIK

Aku antara manusia yang bernasib baik. Mengenangkan beberapa orang sahabat yang terpaksa mengambil masa lebih 20 minit ke kampus, aku antara insan yang bertuah. KKSI antara kolej kediaman yang paling strategic dan hampir dengan kampus. Kedudukannya yang berhampiran dengan masjid Nilai dan berdekatan dengan tempat kemudahan menjadikannya tempat idaman bagi pelajar yang tidak berkenderaan.

Bilangan pengambilan mahasiswa yang bertambah menyebabkan mahasiswa yang lain dipindahkan ke KKCC. Hanya AJK kolej kediaman dibenarkan untuk terus tinggal di KKSI.Dan yang pasti, ramai yang membuat surat pemohonan untuk terus tinggal di KKSI, atas pelbagai sebab dan alasan. Dan diharapkan dengan pertambahan jumlah siswa tidak menyebabkan kebajikan kami terabai.

p/s: kepada Syeday, Omar dan Daing diharapkan anda bersabar atas kehilangan handset (tanda2 untuk membeli hndset yang lebih mahal)

Read more: perantaudiary | life is journey

3 comments:

  1. salam

    tiga otai hilang henset dalam masa 2 hari..
    petanda besar akan berlaku perubahan..
    apakah...jeng jeng jeng??!

    ReplyDelete
  2. (memandang sayup dari jauh...apakah masih ada pitih di poket?)

    ps: nama ana UMAR, nama dia RASYADAN.

    ReplyDelete
  3. petandanya. kes kecurian besar-besaran akn b'laku. AWAS hazimin, imran, syahir, loh, toba dll. jaga barangan anda. baca al-muawwizat

    ReplyDelete