Read more: perantaudiary Blogspot | life is journey diari perantau: budak matrik

Sunday, May 17, 2009

budak matrik









“Imran, kenapa tak datang kelas semalam?” Pn Sallehattun bertanya.

“Saya tertidur lepas subuh cikgu..” aku bersedia dengan jawapan.

“Kalau awak tahu makna tanggungjawab awak tak akan ponteng kelas..” Pn Sallehattun menasihati.

Sambil menunggu kehadiran rakan-rakan yang lain untuk tiba ke kelas, sesi tazkirah tersebut telah berlangsung hampir 5 minit. Pn Sallehattun merangkap guru tutorial untuk subjek biologi sangat mengambil berat tentang pelajarnya, dan antara pensyarah kegemaran aku ketika di KmPh. Dan telah ditakdirkan anak lelakinya mempunyai nama yang sama, menyebabkan aku selalu menjadi mangsa di dalam kelas.

“Tadi saya ada bagi tazkirah sikit..” kata beliau kepada ahli kelas 3h15,sambil tersenyum penuh makna.

“Awak semua datang sini ada tanggungjawab untuk belajar..” dia menambah.

“Saya bukan cakap untuk Imran seorang jea..” beliau memandang tepat ke arah aku sambil tersenyum puas, satu kelas ketawa.

Merah padam muka aku menahan panahan yang tepat mengenai muka. Pagi itu aku telah terlewat bangun dan menyebabkan kelas pada pukul 9.00 pagi itu gagal dihadiri. Dan jarang sekali untuk aku meninggalkan kelas sepanjang pengajian di matrikulasi.



bersama Pn sallehatun di cubic

MEMORY

Rasa rindu untuk kembali semula ke KmPh. Pahit manis pertemuan dan perjuangan selama setahun masih jelas di ingatan. Gambar-gambar ketika pengajian melahirkan rasa syahdu. Program dan kepadatan waktu sepanjang membuatkan ukhwah antara ahli kelas sangat akrab. Aku terkenang kembali, aktiviti bersama Muhib, seorang sahabat berasal dari kedah yang selalu melakukan perkara-perkara pelik, antara aktiviti wajib menimbang berat badan di cubic (bilik pensyarah). Banyak lagi amalan jahiliah telah dilakukan semasa pengajian bersama sahabat yang lain (tak yah sebut la). Antara kenangan yang termanis, aku bersama dua orang sahabat Muhib dan Arif memenangi tempat pertama dalam pertandingan melukis komik anjuran unit bahasa inggeris pada malam gala a.k.a malam galak.





3h15



Kartunis aku sendiri, Muhib sebagai pembantu dan Arif sebagai penyokong (penyempai). Malam galak gala adalah malam di mana semua pelajar akan berpakaian mengikut tema dan pakaian yang pelik-pelik dan percampuran lelaki dan perempuan yang ketara dapat dilihat. Aku bersama dua orang sahabat memakai baju melayu untuk menerima hadiah, ada unsur keganjilan disitu. Yang menariknya, dua kali Muhib naik ke pentas untuk menerima hadiah, hadiah comic strip dan magazine. Kelas kami menang besar malam itu.



Surau Al muttaqin yang damai dan harmoni meninggalkan pelbagai episode ukhwah dan perjuangan. Jamuan makan berjemaah atas talam dan babeque di melahirkan kerinduan. Cuma yang menjadi sesalan, aku futur sebelum berjuang.Banyak program yang ketinggalan, pelbagai alasan diberi untuk tidak menghadiri program yang telah dirancang. Alasan popular adalah sibuk dengan study. Mungkin ukhwah ketika itu belum cukup mantap.



Ukhwah itu indah. rehlah di pantai Balok



MINGGU TAARUF

“Anda semua diberi masa 10 minit untuk membuat satu graph perjalanan hidup anda daripada anda berumur 5 tahun sehingga la sekarang,” aku memberikan arahan.

“Sekiranya peristiwa tersebut gembira plotkan di bahagian positive dan sekiranya sedih, plotkan di bahagian negative” aku menambah, sambil graph contoh dilukis di papan putih.

Aku ditugaskan menjadi fasilitator untuk program ta’ruf sesi 2008/2009 pelajar KmPh. Pelbagai pengalaman ditimba sepanjang program. Tidak seperti minggu ta’ruf sewaktu menjadi peserta setahun yang dulu, guru memainkan peranan sepenuhnya. Pada sesi kali ini, fasilitator dipertanggungjawab kepada peserta untuk slot pengisian sepenuhnya.

Beberapa orang peserta secara sukarela membentangkan graph mereka, dan terdapat beberapa peserta yang gagal mengawal perasaan mereka ketika sesi pembentangan. Sebak.

“Saya pasti setiap daripada kita akan merasai peristiwa yang gembira dan sedih sepanjang kehidupan” slot muhasabah bermula. aku membuat beberapa kesimpulan cuba mengaitkan dengan pengalaman sepanjang pengajian dan cabaran yang bakal mereka hadapi.

Pengalaman kali pertama menjadi fc cukup mencabar, gugup dan terketar-ketar. Pada hari terakhir, rasa sedih dan sebak cuba disembunyi sebaiknya, komen, kritikan dan penghargaan adik-adik peserta masih lagi disimpan.

bertugas





Pelbagai pengalaman baru yang tidak pernah dirasai ketika menjadi pelajar dirasai ketika bertugas menjadi fasilitator. Antara yang menarik adalah mandi lombong. Tak ramai yang menyedari tentang kewujudan lombong yang sangat luas dan dalam di hutan KmPh. Dua hari berturut-turut warga fc lelaki berkubang di lombong tersebut.







p/s: Semua kenangan tersemat padu di ingatan. ^_^

Read more: perantaudiary | life is journey

4 comments:

  1. waa...
    imran x dtg kelas...
    aku igt lg mcm mane muke ko..
    merah padam gile...
    tu laa..
    kutok2 aku lg kan dtg lmbat..ngeh3..
    xpe2..smoge skrg ko slalu awal ke kelas..
    gud luck!!!

    p/s:3H15 in memory~~

    ReplyDelete
  2. Ko memang selalu datang lambat..
    semog jd dr yg baik..
    he3

    ReplyDelete
  3. sempat lagi kot kalo nak baiki smule ukhwah yg x mantap tu..
    jgn lost contact ngn dak2 lain...

    okkey..mohon link blog yer.

    ReplyDelete