Read more: perantaudiary Blogspot | life is journey diari perantau: Salam Mujahadah

Wednesday, May 6, 2009

Salam Mujahadah



“Sheikh, aku nak tanya ko satu soalan nie, ” aku menyoal seorang sahabat ketika perjalanan pulang dari masjid, sudah menjadi kebiaaan menggelar sahabat dengan panggilan sheikh, a.k.a pak cik.



“Ha tanyalah..” dia dengan pantas menyambut.

“Apa itu MUJAHADAH?” aku menyoal dalam nada berunsur skema.

“Baik ko jawab elok-elok, aku nak masuk dalam blog ni, he3” aku menyambung.

“Mujahadah.. jahada, bersungguh-sungguh dalam melakukan sesuatu” dia menjawab ringkas.

Malam itu, aku tidak terus pulang tapi melawat sekitar UIA Nilai. Misi utamanya adalah untuk mencari U Pax bagi menggantikan sim yang masih belum ditemui.



MUJAHADAH

Seringkali jiwa ini tunduk dan tewas kepada hawa nafsu.Dan selepas tewas, kembali memohon simpati sang pencipta, dan kemudian tanpa segan mengulanginya semula. Dan episode ini terus berulang. Hinanya hambamu ini ya Allah.

“Wahai tuhan yang membolak-balikkan hati, tetapkanlah hati ini dalam agamamu dan dalam ketaatan kepadamu dengan iman.”

HSP(HidupsebuahPerjalanan) tertarik dengan karya Dr.danial zainal Abidin di dalam 7 formula individu cemerlang yang membicarakan tentang “baja mujahadah”.

Mujahadah bermaksud berusaha melawan atau menundukkan kehendak hawa nafsu.



NOTA UNTUK DIRI





Imam Ghazali dalm Raudhatut Talibin berkata,

“Berhati-hatilah kamu dengan hawa nafsu. Ia adalah musuh kita yang paling ketat dan yang paling sukar untuk dikalahkan. Hal ini kerana ia berada di dalam tubuh dan diri kita. ( Sebagai contoh ) jika seorang pencuri berada dalam rumah kita, kita sukar mengalahkannya. Selain daripada itu, ia merupakan musuh yang kita cintai dan manusia biasanya tidak mampu melihat keaiban mereka yang dicintainya. ”

Dalam Ihya Ulumuddin, Imam Ghazali berkata,



“Antara tanda cinta hamba kepada Allah adalah dia mengutamakan perkara yang disukai Allah daripada kehendak nafsu serta peribadi, sama ada dalam aspek zahir ataupun batin. Oleh itu seseorang yang mencintai Allah sanggup memikul kerja-kerja yang sukar dan sanggup m

elawan hawa nafsunya kerana Allah…”



………………………………………………………………………………………………………

ISTIQAMAH DALAM

MUJAHADAH









Written by Khaulah al Azwar

Saturday, 12 July 2

008







Ramai yang tahu dan mahu melakukan kebaikan. Sayangnya, selalu gagal untuk melaksanakannya. Ramai yang tidak mahu melakukan kejahatan tapi sering te

rdorong melakukannya. Al-Syeikh Hasan al-Banna pernah mengungkap suatu realiti para penyokong dan pendokong Islam dengan katanya “ Wahai ikhwa

n al-Muslimin…sesungguhnya lapangan bicara itu bukan lapangan khayalan, lapangan amali itu bukannya lapangan bicara, lapangan jihad itu bukan lapangan amali, lapangan jihad yang benar itu bukan jihad yang salah. Terlalu mudah untuk kebanyakan orang berkhayal akan tetapi tidak semua khayalan yang berputar di dalam benak itu mampu digambarkan dengan kata-kata, dan bahawasanya ramai yang mampu berkata-kata akan tetapi sedikit sahaj

a yang tetap di dalam amalnya, dan kebanyakan daripada yang sedikit ini yang mampu bekerja akan tetapi sedikit sahaja yang mampu menanggung jihad yang penuh dengan kesusahan dan keperitan. Mereka itulah mujahidin yang merupakan barisan yang sedikit daripada para pendokong, yang terkadang tersalah dan tersasar daripada matlamatnya yang

sebenar dan sekira mereka betul itulah merupakan Inaya

h daripada Allah s.w.t.

Kita seolah-olah hilang kuasa untuk mengawal diri kita sendiri. Semacam ada kuasa yang lebih kuat dalam membentuk dan mengendalikan diri kita ini. Ya, kita sebenarnya sentiasa diburu malah dibelenggu oleh dua musuh yang sentiasa mendorong

ke arah kejahatan. Musuh itu ialah syaitan dan hawa

nafsu.

Bagaimana kita hendak mengalahkan dua musuh ini de

mi mengembalikan pimpinan diri kepada diri sendiri? Sam

alah dengan berdepan dengan musuh yang zahir, tidak ada jalan lain melainkan ‘berperang’ dengannya. Cuma berperang dengan musuh batin berbeza dengan musuh zahir, justeru musuh zahir dapat dilihat dan tipu dayanya dapat dinilai dengan akal dan mata. Tegasnya, musuh zahir agak lebih mudah didekati daripada musuh batin.

Perang melawan musuh batin khususnya hawa nafsu dan syaitan ini dinamakan mujahadah. Ia adalah peperangan yang jauh lebih hebat dari peperangan zahir. Mengapa dikatakan demikian?

Ini kerana medan peperangan kedua-dua musuh ini berlaku dalam diri kita. Serangan, tikaman dan ledakannya berlaku dalam diri kita. Walaupun tidak kedengaran dentumannya tetapi bisanya lebih berkesan. Justeru, ramai manusia yang mampu mengalahkan musuh zahir tetapi gagal mengalahkan hawa nafsunya sendiri.

Rasulullah S.A.W pernah bersabda yang maksudnya, mereka yang gagah bukanlah mereka yang dapat mengalahkan musuh zahirnya, tetapi adalah mereka yang dapat mengawal kemarahannya.

Namun bukan mudah mengawal kemarahan justeru kemarahan adalah sifat buruk yang didalangi syaitan. Syaitan adalah makhluk yang paling derhaka dan paling banyak menipu daya manusia. Bahkan sangat sedikit manusia yang berjaya mengatasi tipu dayanya. Dalam Al-Quran Allah menjamin orang yang tidak dapat ditipu daya oleh syaitan ialah mereka yang ikhlas.

Begitu juga dengan hawa nafsu, bukan mudah hendak dilawan kehendak dan hasutannya. Ini kerana nafsu itu adalah sebahagian daripada diri kita sendiri. Bermujahadah melawan nafsu bererti berperang dengan diri kita sendiri. Apa yang di sukai oleh hawa nafsu akan disukai oleh diri kita sendiri. Hanya dengan ilmu yang tepat sahaja kita dapat menilai apakah kehendak itu baik atau jahat. Namun setakat tahu buruk atau baiknya belum cukup untuk kita mampu melaksanakan atau meninggalkan. Kita perlu bermujahadah dan terus bermujahadah. Ramai manusia yang tahu tapi tidak mahu. Dan ramai juga manusia yang mahu tapi tidak mampu.

Syaitan tidak pernah tidur. Begitu juga nafsu, musuh yang tidak pernah tahu erti lesu. Sedikit sahaja kita terleka, pasti kita di tipu dan dihasutnya. Bukankah manusia sebaik Nabi Adam pun boleh ditipu oleh iblis hingga terkeluar dari syurga? Oleh kerana kedua-dua musuh itu tidak pernah berehat dari menyerang kita, maka kita sewajarnya tidak berehat untuk mempertahankan diri. Bermujahadah tidak boleh bermusim atau mengikut ‘mood’. Ia adalah satu perjuangan yang tidak henti-henti hinggal malaikat maut mencabut nyawa kita. Malah, hingga ke saat nyawa kita hendak bercerai dari jasad pun, syaitan terus berusaha menipu daya kita. Bahkan pada saat itu, tipu dayanya lebih dahsyat kerana itulah peluang terakhir untuk menyesatkan manusia agar mati dalam keadaan tidak beriman. Setiap dosa yang kita buat kerana termakan hasutan syaitan adalah umpama titik hitam pada hati. Makin banyak kita berdosa, makin gelaplah hati. Bayangkan kalau kita bermujahadah sekali sekala ia umpama mencuci pakaian yang sangat kotor sekali sekala. Sudahlah jarang di cuci, kotoran yang terpalit makin banyak hari demi hari. Begitulah hati, jika malas ‘dibasuh’ dengan mujahadah, maka akan bertambah kotorlah ia hingga payah hendak dibersihkan lagi.

Oleh itu, satu prinsip asas dalam bermujahadah ialah istiqamah. Yakni konsisten, terus menerus dan berkesinambungan dalam ‘peperangan’ dengan syaitan dan hawa nafsu. Jika kita hanya bermujahadah tapi tidak istiqamah, maka mujahadah itu tidak akan memberi kesan.

Istiqamah adalah sifat terpuji sama seperti mujahadah. Malah kedua-duanya merupakan gandingan mantap dalam setiap diri yang ingin menuju Allah.

Istiqamah dari segi bahasa adalah tegak lurus. Yakni berdiri teguh di jalan yang lurus, berpegang pada akidah yang tepat dan melaksanakan syariat dengan tekun serta berakhlak baik secara konsisiten.

Firman Allah : " Oleh yang demikian, maka ajaklah mereka dan berdirilah dengan lurus sebagaimana engkau di perintahkan, dan janganlah engkau turutkan kehendak nafsu mereka." (As-Syura :15)

Untuk beristiqamah dalam mujahadah, kita perlukan keteguhan keyakinan (iman), penjagaan lisan dan kawalan tindakan. Ingatlah, syaitan yang kita hadapi adalah makhluk kreatif yang sangat komited dengan azamnya untuk menyesatkan manusia. Hanya senjata mujahadah dan perisai istiqamah mampu berdepan dengan mereka.



Sesungguhnya lapangan bicara itu bukan lapangan khayalan, lapangan amali itu bukannya lapangan bicara, lapangan jihad itu bukan lapangan amali, lapangan jihad yang benar itu bukan jihad yang salah. Terlalu mudah untuk kebanyakan orang berkhayal akan tetapi tidak semua khayalan yang berputar di dalam benak itu mampu digambarkan dengan kata-kata, dan bahawasanya ramai yang mampu berkata-kata akan tetapi sedikit sahaja yang tetap di dalam amalnya, dan kebanyakan daripada yang sedikit ini yang mampu bekerja akan tetapi sedikit sahaja yang mampu menanggung jihad yang penuh dengan kesusahan dan keperitan. Mereka itulah mujahidin yang merupakan barisan yang sedikit daripada para pendokong, yang terkadang tersalah dan tersasar daripada matlamatnya yang sebenar dan sekira mereka betul itulah merupakan Inayah daripada Allah s.w.t

p/s - HSp nak balik jengka esok nak mencari spirit yang hilang, =)

Read more: perantaudiary | life is journey

2 comments:

  1. salam.... jihad melakukan sesuatu perkara dengan bersungguh untuk meninggikan Agama Allah yang mulia....

    ReplyDelete
  2. sory ustaz tak dengor molek aritue..

    ReplyDelete